Mee Bandung Muar Original | Orang Johor tak sah kalau tak pekena Mee Bandung Muar kalau datang singgah ke Muar. Tapi tak semua mee bandung rasa dia pure. Ada sesetengah kedai cakap mee bandung Muar original, tapi bila makan alahaii.. kecewa perut ini! 

WA memang penggemar mee bandung dari kecil lagi. Kalau dulu ada arwah mak, kitaorang akan berjalan-jalan dan sanggup singgah Muar cari kedai yang sedap. Dulu adalah satu tempat ni kat bandar Muar jual mee bandung original. Tapi sekarang kedainya dah kena sodok buat tempat lain so tak tahu orangnya pindah ke mana. Then, cari-cari jumpa tapi malangnya orangnya dah takde, anak dia buat. Tapi dah tak sesedap yang dulu dan isinya kedekut. Sorry terjujur.

Okay, abaikan kisah yang lama usah dikenang. Chewwahhh!! Hahaha... Sebenarnya hujung minggu baru ni mertua ajak makan mee bandung kat area kami, dekatlah juga sebab kami pun dah duduk sempadan Muar je. Mak mertua kata kawannya makan di kedai tu dan sedap katanya. So kami pun pergi selepas Magrib, takut kalau lepas Isyak, dah kehabisan. Huhu~

Sampai je di sana, kami blur tak tahu nak makan mee bandung apa. Sebab ada macam-macam menu. Yang WA ingat mee bandung biasa, mee bandung special, mee bandung ayam, mee bandung udang, mee bandung sotong, dan mee bandung double. Ayah dan mak mertua pilih menu Mee Bandung Double manakala WA dan suami memilih Mee Bandung Udang. 

Mee Bandung Udang RM23

Mee bandung sini isinya banyak weii! Ingatkan udang besar sahaja, tapi siap ada hirisan sotong kembang dan daging. Tak pastilah dia guna udang apa ni sebab besar tau. Rasanya udang galah ni sebab besar. Setiap satu pinggan ada 5 ekor udang. 5 ekor okay, bukan 2 ekor! Ada telur (belah bawah sekali dan tauhu). 

Mee Bandung Double RM30

Kenapa panggil double? Sebab ia ada 2 jenis seafood besar iaitu sotong dan udang. Sama seperti menu Mee Bandung Udang, terdapat 5 ekor udang dan satu ekor sotong besar sekali kepala sotong tau. isi lain sama ada tapi sotong kembang not sure ada ke tak sebab menu ini mertuaku punya. Hihi~

Saja bagi gambar dekat :D

Jangan terkejut kalau tengok harga macam itu ye. Selalu yang korang makan tu adalah Mee Bandung Biasa. Tapi kalau nak merasa yang lain, duit tu kenalah standby juga ye. Mungkin harga itu mengikut size udang/seafood yang lain. Bagi WA ianya berbaloi sangat kalau sekali sekala try makan sini. Kalau hari-hari memang kopaklah kan. Hahaha! 

Tapi serius nak cakap, rasa dia memang cukup! Betul-betul original lah! Kuahnya pedas tapi kaw betul masa menikmati. Sampai kami menghirup hingga licin kuah dalam pinggan. Kali ini barulah WA betul-betul dapat menikmati kesedapan rasa Mee Bandung Original di Muar. Kalau luar negeri jangan cakaplah, dulu duduk di Nilai masa zaman study, order mee bandung sekali makan rasa asam pedas daaa! Amma Appaaa~~

Kalau nak ke sini, cari signboard ni ye. Kedai gerai je tepi jalan. Tapi signboardnya dah berubah sikit. Tak silap tulis Mee Bandung Fuad (Kamisah) Pt Bulat. Kedai ini tak sure bukak pukul berapa sebab lupa nak tanya. Dan ia tutup pada pukul 11 malam. Jika pelanggan kurang atau bahan habis, ia tutup awal sikitlah.

Untuk memudahkan pencarian, korang boleh search sahaja di maps. Just google maps Mee Bandung Fuad (Kamisah@Manisah) Pt Bulat Muar dan ianya akan detect di ruangan carian tersebut. Rugi kalau anda tidak merasa mee bandung sedap di kedai Mee Bandung Fuad Pt Bulat ini yang beralamat Jalan Muar, Kampung Parit Pechah 81450 Parit Jawa Muar.

Rating : 10/10 untuk masakan !