September 26, 2020

Resepi Chicken Blackpaper Tortilla Wrap

6:00 AM 26 Comments

 

Chicken Blackpaper Tortilla Wrap | Sebenarnya lama dah teringin makan tortilla wrap tapi selama ini malas buat. Kali ini kena rajin sebab terpaksa buat. Dan kalau baca sampai habis, menu aku ini nampak macam menu diet, tapi actually menu pantang. Sebab aku masih tengah on pantang makan disebabkan gastrik yang teruk sebulan yang lalu. Pasal sakit tu mungkin akan ada entry baru (kalau rajin). 

Terdetik nak buat sebab masa belanja barang dapur kebetulan nampak wrapping ni, so trylah ambil yang wholemeal punya. Sebab gastrik tak boleh makan yang full gandum (yang biasa @ classic). Dalam kepala dah fikir aduhh! Timun, tomato, sayur kobis purple, sos cili, mayonis, ayam goreng tak boleh untuk gastrik (boleh je kalau nak sakit berterusan, aku nak sihat perut dulu tu aku pantang makan betul-betul). 

Last-last dapat idea buat versi makanan pantang gastrik. Aku dah boleh makan blackpaper dan sos tiram, so why not buat chicken blackpaper kan? Hehehe... So jom layan resepi aku buat untuk semua boleh makan. Untuk yang gastrik korang kurangkanlah apa yang tak boleh tu ye.

RESEPI CHICKEN BLACKPAPER TORTILLA WRAP

Bahan-bahan yang diperlukan :
(untuk 5-6 orang makan)
  • Roti wrap (anything boleh) - 5 keping 1 peket
  • Salad
  • Telur rebus - 4 biji
  • Timun
  • Tomato
  • Kobis merah ungu (optional)
  • Sos cili
  • Mayonis
  • Isi ayam 
  • Lada hitam
  • Carrot
  • Sos tiram
Bahan Masak Ayam Blackpaper :
  • Isi ayam
  • Lada hitam - tumbuk halus biji lada hitam
  • Carrot
  • Sos tiram
  • 1/2 inci halia - hiris
  • Bawang putih 1 ulas - hiris
  • Bawang besar 1/2 ulas - hiris
Cara Masak Ayam Blackpaper :
1. Tuang olive oil sedikit untuk tumis bawang, halia hingga naik bau. 
2. Masukkan isi ayam beserta lada hitam yang dah ditumbuk 
3. Kemudian, masukkan carrot dan sos tiram beserta sedikit garam. Boleh tuang air sedikit sahaja bagi mengelakkan ianya terlampau kering. 
4. Siap dan ketepikan dahulu.


Cara membungkus :
1. Mula sekali bakar roti wrap atas api sekejap. Tak perlu minyak ke apa. Just rotinya sahaja. Sebab roti wrap itu layurkan atas api seperti capati. Jangan lama nanti hangus.
2. Kemudian letaklah bahan-bahan yang ada. Letak salad, isi ayam blackpaper, telur rebus yang sudah dihancurkan, timun, tomato kemudian sos dan mayonis.
3. Last sekali lipat dua dan wrap bagi tak terkeluar isinya. Siap untuk dihidang dan makan!


Kalau aku biasa potong 2 sahaja, tapi kalau ramai potong 3 pun okay. Kenyang pon kenyang. Lagi-lagi roti wholemeal. Bukan susah pun nak buat ni. Cuma nak sedia bahan je banyak sikit. Boleh bawak bekal anak-anak pergi sekolah, ke pejabat dan ke mana-mana.

Kalau tak ada roti wrap, korang guna roti yang petak pun boleh jangan risau. Cuma kalau buat camni aku lebih prefer yang jenis wrap sebab dia lebih padat rotinya. Kalau roti petak ni, lebih kepada sandwich la senang kata. Tapi bahan tetap sama. Ada orang suka roti petak, ada orang suka wrap. Depends diri sendiri lah kan. Hehehe..

Selamat mencuba guyss!

September 23, 2020

PG Mall Tawar Diskaun Hebat : WOW Store Free Shipping!

10:57 AM 16 Comments

 

PG Mall Tawar Diskaun Hebat! | Bab shopping online, kau sebutlah mana-mana platform e-dagang yang terkenal memang aku pakar bab bershopping. Hehehe.. Lagipun sekarang aku lebih suka bershopping online daripada merayap pergi mana-mana mall sebab yelah kita kan masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) sehingga hujung Disember ini. So aku pilih untuk keluar apabila perlu sahaja. Sekarang pun banyak mall yang sudah buat secara online kan?

Sebut mengenai shopping online, korang mesti dah tahu kewujudan PG Mall kan? PG Mall iaitu https://pgmall/my/?Source=Blogger&BloggerID=578 merupakan platform e-dagang (platform membeli-belah tempahan secara online) No. 1 di Malaysia, yang telah ditubuhkan sejak dari tahun 2017 lagi dan merupakan satu-satunya platform tempahan online tempatan di Malaysia sahaja. 

Sehingga kini, PG Mall telahpun menduduki tangga ke-3 web e-dagang teratas berdasarkan laporan Iprice insight - https://iprice.my/insights/mapofecommerce/en/ (sila tekan link). Selain itu, jika korang ingin berbelanja korang tak perlu risau dengan cara pembayaran di PG Mall. Kini pihak PG Mall telah menerima semua e-wallets dan juga semua jenis pembayaran samada credit card mahupun secara online banking dengan bank yang berkenaan.

APA BESTNYA SHOPPING DI PG MALL?

Haa, kalau korang nak tahu dekat PG Mall ini ada bermacam-macam tawaran istimewa setiap bulan tau. Korang cari jelah apa korang nak, senang je nak dapatkan di sana dengan diskaun yang berbaloi-baloi. Untuk bulan September ini, ada tawaran istimewa tau. Antaranya ialah :

1. WOW Store : Free Shipping!

Menariknya untuk kategori WOW Store, korang boleh dapatkan diskaun sebanyak 80% di beberapa buah kedai dan akan mendapat penghantaran percuma setiap hari dengan perbelanjaan minimum RM30. Bukan itu sahaja, korang juga boleh membeli-belah dengan mendapatkan pulangan wang tunai sehingga 3.5%. Fuhh, bukan senang nak dapatkan tawaran hebat begini di PG Mall!

Berikut merupakan top merchant yang mengambil bahagian dalam WOW Store Free Shipping :


2. Super Brand Sales!
Selain itu, PG Mall turut membuat Super Brand Sales bermula 21 September 2020 hingga 30 September 2020 ini. Apa yang menariknya tawaran ini adalah korang hanya perlu berbelanja minimum RM50 dan akan mendapat RM20 diskaun dan boleh menggunakan kod diskaun 'PGSUPER' untuk menikmati pelbagai diskaun hebat. 

Antara brand-brand yang turut serta ialah Nestle, Gintell, Vivo, G2OOO, Revlon, Old Town, P&G, Focus Point, Hurix, 4S Professional, Pineng. Maklumat lanjut korang boleh klik pautan ini - https://pgmall.my/superbrand-powerseller.

3. Health & Beauty Essential Week!

Tawaran hebat yang paling ditunggu-tunggu oleh kaum wanita semestinya Health & Beauty Essential Week. Aku pun tak terkecuali nak topup barang kosmetik dan skincare aku yang dah nak habis tu. Ianya sudah berlangsung dari 15 September 2020 hingga 30 September 2020. Masih sempat nak shopping uii! Mudah sahaja, korang hanya perlu berbelanja sebanyak RM100 dan dapat RM25 diskaun. Woww! Banyak juga diskaun tu kan. So, jangan lupa shopping dan dapatkan penghantaran percuma terhad pada RM4 dan gunakan kod diskaun istimewa untuk korang shopping iaitu 'LOVEPGHB25'. Klik pautan ini untuk lihat lebih banyak diskaun hebat - https://pgmall.my/healthybeauty-essential-week.

Jangan tunggu lagi. Jom shopping sekarang di https://pgmall.my/Source=Blogger&BloggerID=578 atau boleh install applikasi PG Mall untuk menyopping di sana sebelum tamat diskaun dan jualan hebat! Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh layari laman berikut :

Website : https://pgmall.my/Source=Blogger&BloggerID=578

Facebook : https://facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram : https://instagram.com/pgmall.my/

#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #FreeShipping #Wowstore #Superbrandsales #healthnbeautyessentials