Tuesday, June 25, 2019

Hasil Redeem Point & Shopping Di Althea Korea!

6:16 PM 27 Comments

Redeem Point Althea Korea | Yeayy, finally baru dapat buat blog about this entry. Actually, barang-barang yang WA dah redeem ini lama dah sampai cuma kadang-kadang lupa nak story kat blog. Maklumlah, excited masa dapat barang. Padahal gambar semua dah ready shoot dulu. Hehehe!

As usually, siapa lagi tak kenal Korea? Korang kalau search word 'ALTHEA' kat blog WA ni, korang akan tahu apa itu Althea. Alaa, Korean web shopping online lahh! Memang directly from Korea tau. Bukan biasher-biasherr punya shipping. Hihihi!

I'm so sorry sebab tak ingat redeem point apa masa ni, tapi memang banyaklah dapat point. Yelah, shopping sana sini kan? Kumpul point so dapatlah shopping balik. Ehhh!~ So jom kita tengok barang Korea apa kali ini WA beli kat Althea.

Tan tan taraammmmm!! Inilah items yang WA sempat shopping tempoh hari. Mostly macam banyak barangan makeup kan? Sebelum ini WA banyak shopping barangan skincare. Sekali-sekala kita berubah selera pula. Just ada lah seketul dua skincare. Let's go see what another items!

1. Contour Cleanser Althea (150g)
Best gila pakai cleanser dari brand Althea sendiri ni. Memang WA banyak skincare tapi bila sometimes WA tak serasi with another product yang WA tengah try, WA akan get to back produk yang sesuai. Setakat ni adalah dalam 3 jenis cleanser berlainan brand yang WA pakai. So far its okay for my skin.

2. Natural Pure Cotton Pads (100pcs)
Ek elehh, cotton pads pun beli online. Ehh, sukati akulahh! Hahaha.. Sebenarnya, WA jenis cerewet juga kalau nak guna toner with kapas. Ada setengah kapas tu dia punya tekstur very bad lagi-lagi kalau kat kedai biasa punya. Ada yang dah terbuk, terburai dulu. So masa pakai toner tu rasa macam tak syok. Tapi bila belek-belek kapas kat Althea ni, tertarik pula sebab very fix dia punya tekstur. Alaa, nak cakap pun tak reti. Korang trylah tengok sendiri dalam web Althea tentang kapas ni. Dan ramai puas hati!

3. Air Cotton Makeup Base (40g) - Lavender
Selalu lalu kedai The Face Shop. Tapi jarang masuk sebab tak tahu nak beli apa. Tapi sejak tengok orang dok review brand The Face Shop ni terasa nak cuba juga. So WA try la tengok review dari youtuber. So far ramai kata makeup base ni best. So why not I try memandangkan harga dia berbaloi! 

4. No Poreblem Primer (30ml)
Primer sangat penting tau before makeup ank bagi makeup tahan lama. So WA pun decide nak cuba primer dari Korea yang tak pernah WA guna lagi. Selalunya WA guna yang local product je sebab senang nak dapatkan secara on the spot. Hehehe. Setelah pilih, akhirnya No Poreblem Primer jadi pilihan untuk cuba sebab feedback kat Althea ramai kata best. Kita pun nak try jugalah.

5. Missha Glow Tension Cushion [Line Friends Edition] (15g) - Beige
Cute sangat packaging cushion Missha ni kan? Masa nak pilih cushion, tertarik dengan Missha cushion ni dan ianya very unlimited edition. So tak nak ia sold out, WA cepat-cepat order! But of course lah bukan sebab packaging je. WA tengok juga review youtuber and guess what? Missha antara product yang paling ramai pengguna dari Asia Tenggara juga! WA ambil kod Beige, sebab kod Light/Natural dia sangat terang. Yelah, kulit orang Korea kan cerah melepak. Tak sama dengan kulit cerah orang Asia.

6. Cover Perfection Tip Concealer (6.5g) - Natural Beige
Kalau korang nak tahu, WA sejenis hantu concealer! Koleksi concealer WA banyak gila. Sebab tak semua concealer kita suka pakai. Ada yang cacky, ada yang terlampau creamy. So WA beli dan try and error. Kalau sesuai WA akan beli banyak-banyak buat stok. So far WA suka concealer brand The Saem ni. Tak salah pilihan sebab rupanya ramai dah yang cuba concealer ni dan  ramai bagi feedback kat web Althea.

7. Cotton Blush Missha (4g) - Vintage Robe
Tak ada blush dalam makeup harian memang tak sah bagi kaum wanita kan? Blusher ni satu benda wajib dalam makeup supaya nampak sweet gitu. Tertarik nak guna blusher dari Missha ni, packaging dia kecik je tapi color dia lawa weyyy! 

8. Missha 4D Mascara (7g)
Malas nak cakap banyak, sebab dari awal pembelian kat Althea hingga sekarang, maskara Missha ini dah satu kewajipan untuk dibeli. Memang best gila weii! Pakai pun senang tak bergumpal, melentikkan bulu mata secara natural. Senang kata best dan harga dia tak lebih RM20 pun macam local brand!

8. Missha Wish Tone Tint Velvet (4.6ml) - Pure Pink Coral & Pretty Pink
Bila seorang WA dah jatuh hati dengan produk Missha, maka semuanya WA nak try! Hahaha~ Orang Korea ni lebih suka pakai lip tint daripada lipmatte, sebab tu bibir dorang nampak moist je kan. Sebab lipmatte kan kadang-kadang boleh buat kulit bibir jadi kering.

9. Glamfox Fleurissant Lip Gloss (3.8g) - Honey & Peach Flower
One more thing, untuk bibir orang Korea suka juga guna lip gloss sebab sana cuaca sejuk. So dorang lebih prefer lipgloss dan liptint. WA pun nak try juga walaupun tak berapa minat dengan lipgloss ni sebab bibir WA bukan macam orang Korea. Hahaha!~

10. Every Day Mask 1 Sheet Boomdeahdah (25g) - Aloe/Berry/Lemon/Green Tea
Last but not least, mask sheet kena ada dalam chart juga! Yelah, dah kata shopping kat web Korea, mestilah wajib ada mask. Orang Korea jadikan mask muka ni sebagai rutin harian mereka sebelum tidur untuk dapatkan kulit lembap sentiasa sepanjang hari.

Tergugat tak tengok barang-barang yang WA shopping? Tahu mesti tergugat punya. Hehehe. Kalau korang nak shopping, bolehlah terjah website Althea di https://my.althea.kr/.

Wednesday, June 19, 2019

Makeup Touch Up Natural No Makeup Look | Shasha

10:43 PM 15 Comments

Natural No Makeup Look | Sebenarnya tak ada benda sangat pun nak share tapi sebagai kenangan kat blog, WA pun nak update jugalah simpan buat kenangan. Entri kali ini actually masa majlis kahwin sedara husband. Kalau kahwin belah husband or belah WA, memang tak boleh miss melainkan ada hal tertentu.

Pendek cerita, si pengantin DM tanya boleh makeupkan tak untuk dia? So bla bla bla, WA ambil jelah untuk touch up pengantin. Datang-datang majlis memanglah meriahkan suasana sebagai sedara kan. So mujurlah nak touch up pada waktu lepas zohor. Dan pengantin pun request natural no makeup look. Memang orang kata sesimple habislah. So WA buatlah sebagai mana yang dikehendaki pengantin ni.

Sorry ambil gambar selfie, gambar before tak sempat snap :D

Pengantin ni kulit dia lawa dah, putih pulak tuh. So, senanglah nak makeup natural kat dia. Tak banyak benda kena cover. Dan pengantin pula minta makeup sesimple yang boleh. Apa lagi, buat dalam 40 minit jugalah plus pengantin berbual-bual dengan kawan. Huhu... Alhamdulillah, pengantin suka dengan look ni. Tak heavy dan yang penting, inilah yg pengantin nak. Gambar yang ada yang ni jelah. Hehehe...

Bersama belah mak mertua & ipar 

Pelamin pengantin lawa giler! So kitaorang pun selfie kat pelamin :D

Ok itu sahaja nak share. Gambar dekat muka pengantin tak ada pula. Anak buah main hp tekan-tekan terdelete gambar. Aishhh, sabar jelah....

Sunday, June 16, 2019

Resepi Sambal Goreng Jawa Paling Ringkas & Mudah Dimasak

5:21 PM 26 Comments

Resepi Sambal Goreng Jawa | Hi semua! Lama tidak membebel di blog sejak dari awal puasa sampailah dah 2 minggu raya. Maklumlah super busy. Kerja-kerja review pun banyak yang kena tolak sementara waktu. Ini baru nak aktifkan balik blog. Hehehe..

Kali ini WA nak buat resepi senang. Resepi ini adalah menu wajib ada pada setiap pagi raya pertama kat rumah WA. Especially orang Jawa. Haa, siapa sama dengan WA? Angkat jari sikit! Hehehe... Oklah, sebenarnya menu Sambal Goreng Jawa ini ada pelbagai versi. Means ada yang letak bahan banyak, ada yang letak bahan sikit. Depends pada kita nak macam mana. Tapi bagi WA, kalau dah letak sayur tu, tak dipanggil Sambal Goreng Jawa, tapi dipanggil Sayur Goreng. Asas Sambal Goreng ni yang wajib adalah kicap, soo hoon, tempe! 

Jom layan resepi Sambal Goreng Jawa paling ringkas dan mudah dimasak versi family WA! Bahan pun tak payah banyak-banyak dah sedap! Cuma gambar bahan-bahan tak sempat nak snap sebab masak pagi-pagi raya kan. Kelam kabut dibuatnya. Huuhuhu~ *nanti kalau buat lagi, WA masukkan gambar bahan-bahan


Sambal Goreng Jawa

Bahan-bahan Yang Diperlukan (5-6 orang) :
1. Ikan bilis (1 genggam tangan/1 senduk nasi) - ditumbuk *banyak lagi sedap! 
2. Bawang putih (8-10 ulas) - ditumbuk/dimayang
3. Bawang besar (6 ulas) *mayang kasar
4. Cili merah hidup (8 tangkai) *dipotong serong
5. Cili padi (6 tangkai) - dipotong serong *nak pedas tambah lagi 
6. Kentang *ikut nak banyak mana
7. Tempe *ikut nak banyak mana
8. Soo hoon (1 peket sederhana/1 genggam tangan)
9. Tauhu kering/fucuk (1 peket) *potong kecil
10. Gula, garam dan ajinamoto *ikut citarasa
11. Kicap *ikut nak banyak mana

Bahan yang perlu digoreng dahulu :
- Tempe *potong dadu/kecil
- Kentang *potong dadu/kecil

Cara Masak Sambal Goreng Jawa :
1. Tumiskan bawang putih (4 ulas) dan ikan bilis yang telah ditumbuk sehingga warna sedikit kekuningan.
2. Masukkan bawang besar, bawang putih, cili merah dan cili padi yang telah dimayang/dipotong dan tumis sehingga naik bau aroma.
3. Masukkan gula, garam dan ajinamoto ikut citarasa anda, WA lebihkan pada manis-manis masin sedikit. Elakkan masin nanti tak sedap. Dia bukan manis macam makan manisan, sebab asalnya dah manis bawang dah.
4. Masukkan fucuk/tauhu kering dan soohoon yang telah direndam air tadi beserta air sedikit bagi kedua-duanya masak dengan betul.
5. Masukkan kicap ikut citarasa anda. Kalau nak gelap letak banyak. Pakai kicap manis ye. Kicap Jalen Manis warna kuning. Tak pakai lemak manis sebab nanti rasa dia lemak-lemak gitu.
6. Lastly, masukkan kentang dan tempe yang telah digoreng terlebih dahulu dan gaul bagi rata. Then, siap dan sedia untuk dihidang!

Dalam resepi ini, WA tidak menggunakan serai sebab arwah mak & makcik kata tak perlu sebab bau aroma tumis tu dah wangi. Ada orang suka letak kan? So depends. Tapi versi family WA tak letak serai. Dan kacang panjang serta tauhu basah tidak digunakan jika hendak tahan lama. Selalu kalau nak masak Sayur Goreng je baru WA letak tauhu basah, kobis dan kacang panjang (tiada kicap). Haa, google jelah rupa sayur goreng.

Jom cuba resepi Sambal Goreng Jawa versi mudah ni. Gerenti sedap!