Sunday, August 20, 2017

STUNNING | Wangian Baharu Enchanteur Memikat Hati




Stunning - Wangian Baharu Enchanteur | Cantik tak box dari Enchanteur? Besar dan disaluti dengan kain baldu berwarnakan tona peach lembut amat menggamit suasana romantik. Ewaahh! Serius Wawa terkejut masa dapat surprise box ni. Dahlah besar dalam hati fikir bila masa Wawa order barang, rupanya ini adalah surprise dari Enchanteur!

seketul wawa bersama box dari Enchanteur! Cantikkkkkkkk weii!!!
"Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian".. Author C.Joybell C
Setuju dengan pepatah dari beliau, ternyata wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini memang tidak dapat disangkal lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita percaya bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.

Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona dengan Enchanteur Stunning
ENCHANTEUR adalah jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan kelembutan Sandalwood. Si pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang teristimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuklah losyen, deodoran dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berbau harum wangian segar sepanjang hari.


ENCHANTEUR telah memperbaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung, manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi bahan pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.

ENCHANTEUR Eau de Toilette boleh didapati pada harga RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml. Cantik kan reka bentuknya? Haruman wangian apatah lagi kan? Hehehe....

Losyen Enchanteur ini boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari 
RM5.40 hingga RM17.60


Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk iaitu stik bebola atau semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40

Manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rankaian pasaraya, pasaraya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila layari www.enchanteur.com.my atau lawati laman facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.


Wednesday, August 16, 2017

Resepi Mudah Masak Sayur Goreng



Resepi Sayur Goreng | Hai semua! Wawa kembali lagi dengan membawa entry tentang masakan iaitu resepi masakan. Walaupun blog Wawa lebih kepada beauty tapi Wawa gemar tentang makanan juga. Boleh kan kalau diselitkan tentang makanan? Hehehe :)

Kali ini Wawa nak buat resepi mudah masak sayur goreng. Pernah dengar tak sayur goreng? Bukan sayur sawi/kobis yang digoreng macam pisang goreng tauu! Hahaha... Rasanya suri rumah semua dah pakar dah pasal sayur goreng ni. Mungkin anak-anak dara yang remaja dan dewasa ada yang belum tahu. Mehh layan resepi mudah dan simple dari dapur Puan Wawa.. Ehh? :D

sayur goreng wawa terlebih soo hoon sebab suka sangat :)

Bahan-Bahan :
(Hidangan 4 orang)
  • Bawang putih 3 ulas (mayang halus)
  • Bawang besar 1 ulas / bawang merah 4 ulas (mayang halus)
  • Sedikit ikan bilis / kiub bilis @ ayam - guna kiub bilis sikit
  • Cili merah hidup 1 tangkai (potong serong)
Bahan Sayur & Lain-Lain :
  • 1/2 kobis bulat sederhana 
  • 1/2 batang carrot merah
  • 10 tangkai kacang panjang
  • Soo Hoon (ikut suka kita nak banyak mana) - direndam dahulu
  • Tauhu kering (ikut suka nak banyak mana) - direndam dahulu
Cara Masak Sayur Goreng :

1. Tumiskan bahan seperti bawang putih, bawang besar/merah dan kiub bilis sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan cili merah.

2. Kemudian masukkan sedikit ajinamoto dan garam secubit rasa sebagai perasa. Selepas itu terus masukkan bahan yang direndam tadi iaitu soo hoon dan tahu kering dan biarkan ianya masak sebentar dengan sedikit air. Jangan banyak sangat nanti jadi basah.

3. Selepas itu, masukkan segala sayur-sayuran yang sudah dipotong dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga masak dan boleh angkat untuk dihidang.

Mudah bukan resepi ini? Simple dan sedap yang pastinya. Jom cuba! Hehehe :)

Syampu Shurah Ariana | Syampu Untuk Wanita Berhijab



Syampu Shurah Ariana | Setiap wanita impikan mahkota yang cantik, lagi-lagi bahagian rambut. Ini kerana rambut merupakan mahkota mahal buat wanita diluar sana. Nak kemana-mana mesti akan fikirkan rambut. Ada ke yang tidak ambil kisah mengenai rambut mereka? Nauzubillah... Jauhkanlah dari sifat pemalas tu.. hehehe..


Oleh sebab itu, anda perlu memilih syampu yang sesuai dengan jenis rambut anda bagi memastikan rambut dan kulit kepala anda kekal sihat. Dengan cara menutup rambut sepanjang hari dalam keadaan cuaca panas dan lembap akan mengakibatkan rambut mudah berminyak dan mengakibatkan kelemumur. Bukan itu sahaja, ia juga akan menyebabkan  rasa ketidakselesaan dek kerana rambut yang berbau dna ia boleh mengurangkan keyakinan diri.

Bayangkanlah, anda tengah busy dengan kerjaya masing-masing tanpa menghiraukan keadaan rambut anda. Dibiarkan ia berbau masam, berkepam dan berkuping kelemumur sebab anda fikir ada tudung yang boleh menghalang bau tersebut. Siapa kata? NOOO OKAYYY ! 


SYAMPU SHURAH ARIANA
Syampu Shurah Ariana kini telah diperkenalkan untuk membantu dalam penjagaan rambut wanita terutamanya untuk wanita yang berhijab. Dalam syampu ini mempunyai bahan-bahan utama di mana ia diperkaya dengan bahan aktif DANRILYS yang mampu mengurangkan kelemumur dan ia lebih efisyen berbanding molekul anti-kelemumur terkenal, Zinc Pyrithione (ZPT). Fungsi danrilys adalah untuk mengurangkan kerengsaan, ketidakselesaan akibat kegatalan dna mengawal pengeluaran minyak pada kulit kepala.

Selain itu, bahan aktif FARNESOL dan aroma wangian juga turut disertakan dengan teknologi mengurangkan bauan dan akan membuatkan rambut kekal harum dan segar sepanjang hari.

Kini, rangkaian Syampu Shurah Ariana yang baharu ini hadir dalam 4 jenis yang berbeza untuk menangani pelbagai masalah rambut khususnya rambut wanita berhijab :

1. Lembut Dan Licin (Botol Pink)

  
Dirumuskan dengan pati buah tin dan delima bagi membantu melembutkan rambut dan membersihkan kulit kepala dari kesan minyak serta kekotoran. Dengan adanya kandungan bahan antioksidan yang tinggi ia dapat memelihara kesihatan kulit kepala walaupun berhijab sepanjang hari.

2. Anti Kelemumur (Botol Hijau)


Diformulasikan dengan bahan aktif Octopirox dan Menthol bagi mengurangkan masalah kelemumur melalui pengawalan minyak berlebihan, mengawal had tahap sebum serta melindungi dari unsur-unsur luar. Kandungan menthol di dalam syampu ini boleh membuatkan kulit kepala dan rambut anda kekal sihat, menawan dan segar sepanjang hari.

3. Kawalan Rambut Kering Dan Rosak (Botol Oren)


Diadun dengan menggunakan ekstrak minyak Argan, minyak Jojoba, Vitamin A, B5 dan E yang berupaya membekalkan nutrisi mencukupi untuk mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang sekaligus menjadikan rambut lebih lembut, subur dan bermaya. 

Vitamin A berfungsi memberi kelembapan berkekalan kepada kulit rambut, Vitamin B5 menguatkan akar rambut supaya tidak mudah gugur, mengawal kerosakan rambut akibat terdedah kepada panas dan mengurangkan masalah rambut bercabang. Manakala, Vitamin E bertindak untuk mengurangkan kerosakan akibat radikal bebas serta membekalkan nutrisi yang cukup bagi mengatasi masalah rambut kering, gugur dan bercabang.

4. Kawalan Rambut Gugur (Botol Biru)


Diperkaya dengan protein dan minyak zaitun untuk menguatkan, memperbaiki serta melindungi rambut agar sentiasa lembut dan sihat. Kandungan minyak zaitun berfungsi mengawal kesan anti radang pada kulit kepala. Dan bahan antioksidan pula menyubur dan menguatkan akar rambut serta mengurangkan kelemumur.

==================================================================


Kesemua koleksi syampu Shurah Ariana ini boleh didapati di pasaraya dan farmasi terpilih di seluruh Malaysia pada harga RM12.30 (330ml) dan RM7.90 (170ml).

Untuk maklumat lanjut mengenai Shurah, anda boleh layari :



Pembelian di dalam talian : www.jetaine.com/shop/

Dan follow hashtag #shurahmy #shurahariana #shurahmalaysia 

Monday, August 14, 2017

Kenapa Dexandra Perfume Menjadi Pilihan Ramai?



Dexandra Perfume | Nama Dexandra kini tidak asing lagi di Malaysia. Ini kerana dengan kehadiran Dexandra Perfume membuatkan semua orang buka mata bahawa inspired perfume pun bukan calang-calang perfume. Kalah dengan perfume antarabangsa.


Sebelum ini, Wawa ada buat review mengenai Dexandra Perfume juga. Mula-mula dalam fikiran Wawa, boleh ke Dexandra kalahkan perfume inspired yang lain? Sebab sekarang dah banyak inspired perfume dikeluarkan tapi tak semua berjaya menarik hati pelanggan. Ternyata fikiran Wawa merosot. Dexandra berjaya membuka mata orang di luar sana dan sedar akan kehadiran Dexandra.


Untuk kali ini, Wawa akan review serba sedikit mengenai Dexandra yang baharu, iaitu Dexandra Limited Edition - Scent of Life. Kenapa ia limited edition? Dexandra limited edition dikeluarkan dengan had dari sebelum ini dan jenis bauan juga sangat limited. Kebanyakkannya berbau harum wangi seperti buah-buahan dan floral dan yang paling penting ia berbau lembut dan tidak keras dimana ia bersesuaian untuk lelaki dan juga wanita.

Dexandra Limited Edition (For Men) 

Sultan | Brave | Grenade | Primus

Dexandra Limited Edition (For Women)

Amour | Adore | Violet | Purity


Sedap sangat bau Violet ni tau, bau sweet-sweet buah campur vanila. Selalunya orang tak suka bau vanila sebab kadang-kadang ada yang keras dan lembut, tapi Violet ini bau dia sangat lembut dan sesuai sangat untuk kaum wanita. 

Jom kita lihat kenapa Dexandra menjadi pilihan ramai?

KENAPA DEXANDRA PERFUME MENJADI PILIHAN RAMAI
1. Tahan Lama Lebih 8 Jam

Dexandra perfume merupakan perfume tahan lama dimana ianya boleh tahan lebih dari 8 jam dan yang paling best adalah baunya kekal. Tidak berbau busuk bercampur peluh. Memang best sangat guna Dexandra perfume.

2. Boleh Di Bawa Solat

Walaupun Dexandra mempunyai alkohol, tetapi ia selamat digunakan kerana ia merupakan alkohol dari ekstrak TEBU. Bukannya dari sumber yang tidak pasti. Ini kerana ia mempunyai pati original dan alkohol first grade iaitu selamat digunakan untuk solat.

3. Setanding Dengan Perfume Antarabangsa

Memang tidak dinafikan lagi, walaupun Dexandra merupakan inspired perfume tetapi ianya mempunyai bau hampir 90% sama dengan perfume antarabangsa.

4. Mudah Di Bawa Kemana-mana (Travel Perfume)

Dengan isian 35ml dan bersaiz sederhana, ianya mudah dibawa kemana-mana dan juga boleh dibawa pergi travel kerana ia bersifat ringan.

5. Menepati Citarasa & Permintaan Pengguna

Menghasilkan bauan pilihan citarasa rakyat Malaysia dan yang penting, ia memberi kegilaan dalam segi ketahanan bauan. Dan menjadi pilihan kerana harga yang murah dari perfume antarabangsa.

6. Produk Bumiputera

Dexandra merupakan keluaran bumiputera dan founder adalah orang Melayu. Jadi tak perlu risau lagi dah untuk membeli Dexandra.


Untuk dapatkan Dexandra perfume, bolehlah anda dapatkan dengan Azie, iaitu Stokis Sah Dexandra Kluang di alamat berikut :

Azie Beauty Da House
No 46, Jalan Ciku (ground floor) 
86000 Kluang Johor

Atau jika anda ingin membuat pendapatan sampingan, bolehlah menjadi agen di bawah Azie. Untuk maklumat lanjut boleh layari media social Azie :



Sunday, August 6, 2017

Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion & Klairs Mochi BB Cushion



Makeup Jadi Lengkap Dengan 2 Produk Ini | Memandangkan sekarang ramai sukakan kecantikkan terutama dari segi makeup, jadi kali ini Wawa nak perkenalkan satu jenama produk dari Korea yang memang tidak asing lagi di luar mahupun dalam Malaysia.

Kali ini Wawa berpeluang untuk mencuba Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion dan Klairs Mochi BB Cushion sebagai pelengkap makeup harian kita. Yelah, ada sesetengah orang tidak suka makeup tebal ada yang suka tebal, jadi review kali ini sesuai untuk semua.


Waaahhh! Comel gila weiii yang bulat tu kan? itulah Klairs Mochi BB Cushion. Yang biru itu pula Blue Sun Lotion. Bukan ada 2 produk ini sahaja tau, bahkan Klairs telah membuat sample trial kit untuk mencuba ke semua jenis produk yang ada. Mudah kan? Memang mudah dan sangat jimat. Untuk sample pack tersebut ada 8 sample kesemuanya.
KLAIRS MID- DAY BLUE SUN LOTION SPF40 PA++

Klairs Mid-Day Blue Sun Lotion dirumus khas untuk melindungi kulit dari sinaran UV yang merbahaya serta memberikan perlindungan dari haba untuk menjaga kulit sensitif dari gelombang haba yang terlalu kuat. Atau lebih dikenali sebagai sunblock atau pelindung matahari untuk kulit.

Bukan itu sahaja, Blue Sun Lotion ini juga boleh bertindak sebagai makeup base dengan tona warna yang semulajadi. Kebanyakkan barangan makeup tidak mempunyai pelindung matahari, jadi fungsi Blue Sun Lotion ini boleh menjaga kulit sebelum mengenakan sebarang makeup.


Yang paling best adalah apabila anda memakainya, kulit anda tidak akan kering kerana ia bertindak untuk melembapkan kulit di samping melindungi kulit dari sinaran UV yang bahaya. Cara pemakaian sangat senang, anda hanya perlu bersihkan muka terlebih dahulu (boleh apply mana-mana skincare dulu seperti toner) barulah anda memakai ia di sekitar muka dan leher. Sapu bagi rata ke seluruh wajah dan leher dan jangan risau, kerana warna lotion ini akan kembali kepada warna semulajadi, lebih meresap ke kulit serta tidak melekit dan memberi effect mencerahkan kulit dan glowing.

KLAIRS MOCHI BB CUSHION


Penjualan terbaik bagi Klairs adalah Mochi BB Cushion kerana ia diperbaiki dengan penghasilan yang ringan, penggunaan lebih tahan lama dalam melawan peluh dan kulit berminyak, jadi anda tidak perlu risau lagi.

This stuff so cute! Am I right? :)

Penghasilan Pemakaian Seperti Menggunakan Bedak!

Mochi BB Cushion direka bentuk sebagai produk jenis balm bukanlah jenis cecair untuk mengisi liang-liang roma bagi ia kelihatan lebih halus dan lembut. Yang menariknya, ia direka  dengan bekas mudah alih yang boleh dibuat isian semula dan hygenic.


Mengekalkan Tona Warna Semulajadi

Mochi BB Cushion mempunyai tona warna apricot-beige iaitu lebih ke arah warna kulit kuning langsat ke coklat kemerahan secara semualajadi. Ia dapat meneutralkan kemerahan kulit untuk kelihatan lebih selesa dan sihat di samping dapat membetulkan warna kulit, mencerahkan kulit yang kusam dan tona kulit yang tidak sekata.

Untuk dapatkan hasil makeup yang sempurna senang sahaja hanya menggunakan Blue Sun Lotion sebagai makeup base anda untuk melindungi kulit dari sinaran UV, kemudian sapukan secara rata ke kulit wajah dengan Mochi BB Cushion yang bertindak sebagai foundation to powder! Kulit akan lebih lembut, halus dan glowing sepanjang hari. 

=============================================================

Untuk maklumat lanjut, anda boleh klik link ini - CLICK HERE! 


Friday, August 4, 2017

Pipi Pink Doll Stick Blusher | Famirafaa



Muka Ala-Ala Doll Dengan Pipi Pink | Sekarang tengah trend makeup ala-ala doll atau anime doll kan? Mesti korang tengah mencari blusher brand apa sesuai untuk look makeup macam tu. Ada sesetengah blusher jenis matte, kalau doll biarlah bagi nampak glowing. Barulah naik makeup tu kan.


Apa benda ni? Foundation stick ke lipstick? Haa, kalau korang nak tahu, sekarang blusher pun dah ada jenis stick tau. Senang nak guna, senanag dibawa ke mana-mana dengan saiznya yang kecil molek dan berwarna pink ni. Buat pengetahuan korang, warna pink adalah keluaran untuk raya dan stok sangat limit. 

Produk ini telah dikilangkan di Korea dan dibawa masuk ke Malaysia oleh seorang founder perempuan muda iaitu FAMIRAFAA COSMETICS. So, produk ini dinamakan Pipi Pink di mana bila ianya dipakai ia ala-ala doll gitu. Stick blush ini telah banyak digunakan di Korea tau.

FUNGSI PIPI PINK DOLL STICK BLUSH
  • Wajah kelihatan lebih glowing dan natural
  • Meratakan tekstur dengan lebih cepat
  • Pipi lebih gebu dan flawless (glow & shiny)
  •  Mempunyai warna yang natural
  • Melembapkan kulit wajah
Antara kandungan bahan-bahan yang digunakan adalah sejenis vitamin untuk kulit , Extract Plant Texture, Mica Powder, Silica Fume dan Titanium Dioxide. Yang paling penting ianya selamat digunakan kerana tidak mempunyai bahan-bahan terlarang. Malah ia melindungi kulit dengan adanya vitamin untuk kulit wajah.


KEBAIKAN PIPI PINK DOLL STICK BLUSH
- Hasil lebih natural , pipi nampak ke arah merah jambu kemerah-merahan
- Senang digunakan dan dibawa ke mana-mana sahaja
- Kekal lama sehingga 7-8 jam 
- Bahan yang digunakan tidak merosakkan kulit kerana mempunyai sejenis vitamin kulit
- Tidak mudah comot kerana ianya sejenis krim bukan powder yang mudah bertaburan di sekitar pipi
- Tahan lama penggunaan selama 2-4 bulan jika kurang guna


Nampak tak hasil penggunaan Wawa dengan Pipi Pink Doll Stick Blush ini? Nampak sangat natural tidak terlalu pekat dan terang. Jika anda inginkan effect yang lebih lagi, boleh calit banyak sikit tapi tetap nampak natural tidak seperti guna yang jenis powder. Wawa tak pakai highlight muka tau, hanya guna blusher ni je dah nampak glowing kulit wajah kan? Pipi Pink ini best sangat tau, mesti korang JATUH CINTA dengan stick ni.

Hanya Dap Dap calit dekat pipi then ratakan dengan menggunakan berus, span makeup atau paling senang dengan tangan sahaja pun boleh tau! Nak guna mana-mana boleh ikut kesesuaian korang.


Kalau korang jenis kaki makeup tapi malas guna jenis powder sebab yelah, powder ni kadang-kadang leceh, takut pecah kalau bawa ke mana-mana, jadi dengan adanya stick blush Pipi Pink ni memang selamat! Nak beli Pipi Pink Doll Stick Blush bolehlah layari :



Whatsapp : 013-9770393

Tuesday, August 1, 2017

Kulit Cerah dan Berseri dengan Shurah Pencerah



Shurah Pencerah | Tahukah anda semua bahawa Shurah kini telah mengeluarkan produk baharu mengenai skincare dan bodycare? Haa, bagi yang tidak tahu lagi, anda bolehlah baca artikel ini sampai habis tau. Rugi kalau terlepas maklumat.


Kali ini anda pasti teruja kerana pek baharu dari rangkaian Shurah Pencerah kini lebih nampak vibrant, menarik dan lebih feminin dengan tona warna pink dan putih. Mesti ramai wanita diluar sana geram je tengok packaging baharu ini. Samalah kita geram je sampai kita nak grab rangkaian Shurah Pencerah. Hehehe... Cakap panjang lebar tak guna, jom Wawa perkenalkan rangkaian Shurah Pencerah ini kepada anda dengan lebih dekat lagi.
RANGKAIAN SHURAH PENCERAH
Shurah Pencerah yang baharu ini kini mempunyai bahan aktif Clear White dan Shiny Glow untuk memutihkan kulit serta menghidratkan kulit agar sentiasa lembap dan berseri. Buat pengetahuan anda, set lengkap ini mengandungi pembersih muka, losyen, penyegar, pelembap, krim siang dirumus denagn pelindung UV untuk melembap dan melindungi kulit daripada sinar UV yang membahayakan dan krim malam untuk membuat kulit wajah lebih cerah dan berseri.

Apa itu Clear White dan Shiny Glow? Mesti anda semua tertanya-tanya apa fungsinya kan?
  • Clear White - Mampu mengurangkan penghasilan melanin selama 24 jam dan memutihkan kulit dalam masa 7 hari sahaja.
  • Shiny Glow - Diperbuat daripada bahan semulajadi ekstrak akar kunyit yang memberikan kesan cerah pada kulit bagi menyerlahkan keserian wajah dan menyamakan tona kulit wajah.
JENIS - JENIS PRODUK SHURAH PENCERAH

1. Shurah Pencerah Pembersih Muka (50ml,100ml)

Membersihkan kotoran dan minyak muka yang berlebihan tanpa mengurangkan lembapan semulajadi kulit agar kulit akan menjadi lebih bersih, lembut dan cerah berseri.

Harga 50ml RM7.31, manakala 100ml RM12.61.


2. Shurah Pencerah Penyegar (120ml)

Dirumus khas tanpa alkohol untuk membersihkan kulit secara mendalam disamping mencerahkan dan mengecilkan liang pori wajah tanpa menghilangkan lembapan kulit. Gunakan penyegar ini selepas membersihkan muka untuk merasakan kesegarannya.

Harga untuk penyegar ini hanya RM10.49.


3. Shurah Pencerah Pelembap (120ml)

Dengan tekstur yang ringan dan tanpa berminyak, pelembap muka ini dapat mengembalikan kelembapan disamping mencerahkan kulit anda. Ia juga mengandungi pelindung UV untuk melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Dengan penggunaan pelembap ini, kulit akan jadi lebih lembut, gebu dan cerah berseri.

Harga untuk pelembap ini berharga RM11.55.


4. Shurah Pencerah Krim Siang (40g)

Krim muka yang tidak melekit ini dapat mencerah dan melembapkan kulit anda supaya lebih cerah sekata dan berseri. Dengan rumusan SPF 30, ia dapat melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan.

Harga krim siang ini hanya RM16.85 sahaja.


5. Shurah Pencerah Krim Malam (40g)

Krim muka ini dirumus khusus untuk merangsang proses pencerahan kulit semasa anda tidur dengan lebih berkesan. Pada waktu malam, kulit kita lebih mudah untuk menerima nutrien dan vitamin yang diperlukan untuk memperbaiki kerosakan yang dialami pada waktu siang. Penyerapan yang lebih cepat ke dalam kulit dapat memelihara kulit anda agar lebih lembut, lembap dan cerah berseri.

Harga krim siang ini berharga RM16.85.


6. Shurah Pencerah Losyen Tangan & Badan (140ml & 400ml)

Losyen ini tidak berminyak dan berfungsi untuk melembap dan melindungi kulit anda daripada sinaran UV yang membahayakan. Ia dapat diserap dengan pantas ke dalam kulit anda untuk mencerahkan kulit dengan cepat dan berkesan. Gunakan selalu untuk mendapatkan kulit yang lembut dan cerah sekata.

Harga untuk losyen ini hanya RM6.04 untuk 140ml, manakala RM11.98 untuk 400ml.

===================================================================


Yang paling penting adalah, rangkaian Shurah Pencerah ini boleh didapati dengan harga mampu milik dan ianya merupakan produk buatan Malaysia dan diyakini HALAL.

Ingin dapatkan rangkain Shurah Pencerah? Anda boleh layari :



Atau anda boleh membuat pembelian di dalam talian : www.jetaine.com/shop/

## follow @shurahmalaysia dan hashtag #shurahmy #shurahpencerah


Thursday, July 27, 2017

MURAD | Mineral Sunscreen Terbaik dengan SPF 50



Sunblock Terbaik Dari Murad | Setiap hari, kulit diserang dengan suasana alam sekitar yang boleh menyebabkan tanda-tanda penuaan yang kelihatan. Antaranya cahaya biru dari telefon pintar, pencemaran dari kereta dan asap, radiasi inframerah dari alat pemanasan seperti dapur atau gelombang mikro, dan tentu saja, sinaran UV dari matahari.


Oleh itu, Murad telah mengeluarkan City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 PA ++++, pelindung matahari 100% yang benar-benar bertindak sebagai perlindungan matahari untuk menawarkan perlindungan lengkap, melindungi kulit daripada lima alam sekitar yang bahaya seperti cahaya biru, pencemaran, radiasi inframerah, UVA, dan UVB.

City Skin Age Defense Broad Spectrum SPF 50 PA ++++ adalah sebahagian daripada koleksi formula Murad Environmental Shield. Ia bertujuan untuk memanfaatkan kekuatan antioksidan Vitamin C bekerja untuk membantu mencegah dan menghalang kesan penuaan alam sekitar.


Pelindung matahari yang revolusioner, ultra-ringan, 100% dengan teknologi perlindungan alam sekitar untuk melindungi kulit daripada punca kerosakan utama yang mempercepatkan tanda-tanda penuaan yang kelihatan. 

Formula ringan ini berfungsi dengan baik pada semua jenis kulit dan menyerap dengan cepat ke kulit tanpa meninggalkan sisa tidak seperti pelindung matahari yang lain. Ia meninggalkan tekstur yang berkilat, bak mutiara yang berfungsi dengan baik sebelum makeup atau dipakai begitu sahaja. Warna peach lembut membantu membetul warna kulit secara langsung untuk meningkatkan cahaya dan tona kulit walaupun Vitamin C membantu mencerahkan kulit dan membetulkan kerosakan kulit yang terkena matahari. Bahan-bahan yang digunakan selamat untuk kulit sensitif dan formulanya adalah free fragrance dan selamat untuk kawasan mata.


Jenis kulit yang bersesuaian :

✔ Normal
✔ Gabungan
✔ Kering
✔ Sensitif

Mineral Sunscreen ini untuk menyelesaikan masalah berikut :

- Tekstur yang tidak sekata
- Tona kulit yang tidak sekata
- Garis halus dan kedutan
Bahan yang Digunakan & Fungsi 

  • Melindungi 89% cahaya biru dari telefon pintar dan 96% pencemaran.
  • Polimer Matrix bertindak seperti kulit "bernafas yang bernafas" dan menghalang ia dari melekat dan menembusi persekitaran alam sekitar. Bahan maju ini mencipta halangan pada kulit kepada bahan pencemar atmosfera seperti karbon, logam berat dan bahan pencemar kimia.
  • Lutein dan Iron Oxides meningkatkan perlindungan spektrum luas, sambil menambah pertahanan terhadap cahaya biru, dan radiasi inframerah.
  • Selamat untuk kulit yang sensitif dan free fragrance.
  • Warna peach berfungsi untuk melembapkan tona kulit dan meningkatkan sinaran tanpa meninggalkan sisa putih.
  • Ringan, pelindung matahari mineral ini menyerap dengan cepat.

 Yang paling best adalah ia dirumuskan TANPA parabens, sulfat dan phthalates.


Pertama kali Wawa mencubanya, Wawa sudah jatuh hati. Walaupun harganya boleh tahan mahal, tapi jenama Murad ini sudah dikenali lama di luar negara dan baru-baru ini ada diperkenalkan di Malaysia. Ramai foreigner suka dengan koleksi skincare Murad dan menyatakan ianya sangat bagus dan berkesan. Kulit pun rasa smooth tak cepat kering bila berjemur atau terkena sinaran UV.

Bagi Wawa, Mineral Suncsreen atau dikenali sebagai sunblock ini sangat sesuai bagi yang suka travel atau pun yang jenis suka suasana tepi pantai atau laut. Tahan lama penggunaannya, jadi anda patut memilikinya untuk melindungi kulit anda dari rosak terkena dengan pencahayaan matahari.

Harga sebotol berharga RM298 sahaja untuk 50 ML. Untuk sebarang maklumat, anda bolehlah layari ke website berikut :

Website : www.murad.com.my/

Facebookwww.facebook.com/Murad.Malaysia/

Instagramwww.instagram.com/muradmalaysia/

Wednesday, July 26, 2017

Makeup Letops Cantik Tahan Lama dengan Wowskin Vitamin Serum



Wowskin Vitamin Serum | Perempuan dengan makeup memang tak dapat dipisahkan. Kalau dah suka tu, halang macam mana sekalipun tetap mahu juga. Semua dah lengkap foundation, compact powder, eyebrow pencil dan lipstick tapi makeup tak tahan lama pula. Dahlah tak tahan lama, cepat crack pula tu foundation dekat muka. 

Sebenarnya dalam makeup kita perlukan serum muka tau. Betul ke? Kalau anda lihat ramai Makeup Artist (MUA) menggunakan serum sebagai salah satu cara untuk glowingkan makeup dan tahan lebih lama serta untuk penjagaan kulit mereka agar sentiasa sihat dan cantik walaupun menggunakan makeup dengan kerap. Oleh itu, anda tak perlu risau sebab kini anda boleh dapatkan satu set serum muka  2017 iaitu Wowskin Vitamin Serum dimana ianya lengkap mengandungi vitamin untuk kulit lebih cerah dan glowing. 


Wowskin Vitamin Serum ini merupakan serum muka terbaik kerana ianya mengandungi set serum vitamin yang lengkap untuk anda mendapatkan kulit yang lebih cantik dan sihat. Ianya dilengkapi dengan Vitamin A,B3, C, D & E di dalam serum siang dan malam. 

Kenapa Perlu Asingkan Serum Siang & Malam?


Ini kerana serum siang mempunyai 3 bahan utama iaitu vitamin B3, C & E lebih diperlukan pada waktu siang dimana adanya sinaran matahari. Antara kebaikannya adalah :

1. VITAMIN B3 : 
Anti Redness, Immune Boosting, Anti Ocidant, Skin Glowing

2. VITAMIN C :
Collagen Boosting, Improves Texture, Skin Hydrating

3. VITAMIN E :
Anti Dark-Spots, SKin Firming, Treats Sunburn

Manakala, serum malam mempunyai 2 bahan utama iaitu vitamin A & D lebih sesuai dijadikan sebagai rutin pada waktu malam sebelum tidur atau tidak berada di persekitaran yang terik.  Antara kebaikannya adalah :

1. VITAMIN A :
Anti Wrinkles, Skin Smoothing, Anti Dryness, Decrease Sebum

2. VITAMIN D :
Reduce Acne, Cells Repairing, Anti Inflammatory

Mesti anda pelik kan? Sebenarnya dengan cara pengasingan inilah yang paling bagus dan lebih berkesan kerana inilah serum untuk kulit jerawat dan jeragat serta serum untuk kulit berminyak.Bukan itu sahaja, set Wowskin Vitamin Serum ini juga telah ditambah dengan 11 bahan boosters lain untuk menambahkan lagi keberkesanannya sebagai serum untuk makeup.


Ada 7 bahan booster telah ditambahkan untuk serum siang iaitu Hyaluronic Acid, Beta Glucan, Portulaca Oleracea, Algae Extract, Aloe Vera Extract, Provitamin B5 dan Allantoin. Dan untuk serum malam pula ada 6 bahan booster di dalamnya iaitu Matrixyl 3000, Hyaluronic Acid, Portulaca Oleracea, Ceramide 1, Collagen dan Elastin.

Menarik kan? Bukan sahaja Wowskin Vitamin Serum ini bertindak sebagai  serum makeup di mana ia mengandungi vitamin-vitamin sebagai bahan utama, bahkan turut mempunyai bahan-bahan booster bagi meningkatkan keberkesanannya. Dan yang paling menarik adalah ia tidak berminyak dan cepat menyerap berbanding serum yang lain.

Sambil pakai makeup, sambil merawat kulit muka. Kadang-kadang bila kita makeup macam-macam produk masuk dan serap ke kulit kan, jadi inilah kelebihan Wowskin skin untuk semua wanita diluar sana.

Untuk keterangan lebih lanjut, anda bolehlah hubungi di laman social berikut :




Pengasas Produk : Muhammad Zukermi bin Edi (facebook)

Jangan tangguh lagi, anda kini boleh dapatkan segera dengan harga promosi sebanyak 50%  diskaun tau. Untuk membuat sebarang tempahan, anda boleh hubungi di no talian 010-3130631 atau melalui website rasmi dan juga facebook.

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara