Thursday, January 25, 2018

TIPS | Padanan Hijab Yang Sesuai Dengan Warna Kulit

8:38 PM 30 Comments

Hijab Bersesuaian Warna Kulit | Pemakaian hijab sangat penting untuk kita tahu warna apa yang sesuai dengan kulit kita sendiri. Tapi tidak semua mengikut fesyen yang betul dan akhirnya penampilan berhijab nampak janggal di mata sendiri atau orang lain.

Oleh itu, kita perlulah tahu hijab mana yang sesuai dengan warna kulit kita supaya ianya kelihatan lebih menarik dan berfesyen, asalkan masih menepati syariah. Tona warna pakaian mahupun hijab sangat penting untuk kita tahu tau bukan boleh sembrono aje. Hehehe...

1. KULIT PUTIH

Untuk kulit putih, anda digalakkan untuk memilih warna yang kontra dari kulit iaitu gelap atau terang seperti hitam, merah, ungu dan oren. Warna-warna seperti itu akan membuat raut wajah anda tampil lebih cerah dan bercahaya. Elakkan atau kurangkan dari memilih warna-warna yang pudar seperti kuning cair atau pastel kerana ia boleh membuatkan muka anda nampak kusam dan tidak bermaya.

2. KULIT KUNING LANGSAT

Pilihlah warna yang terang seperti kuning, merah, biru, hijau dan pink untuk digayakan. Elakkan dari memakai warna coklat gelap atau krim kerana warna tersebut akan menjadikan kulit muka nampak kelam dan kusam.

3. KULIT SAWO MATANG

Jangan memilih warna yang seakan kulit sawo matang iaitu coklat gelap atau kelabu kerana pemilihan warna tersebut akan membuat penimpalan nampak suram dam kelam iaitu tidak terlalu menonjol. Pemilihan warna pastel, terang dan gelap sangat membantu menaikkan penampilan anda seperti merah hati atau ungu.

4. KULIT GELAP

Elakkan dari menggayakan dengan warna kusam iaitu coklat gelap lerana ia boleh tenggelamkan penampilan anda. Cuba beranikan diri dengan mengenakan warna terang seperti merah, oren, kuning dan royal blue yang bersesuaian dengan kulit gelap. Dengan menonjolkan warna yang kontra terhadap warna kulit anda dapat menaikkan seri muka dan kelihatan lebih segar.

Haa, selepas ini bolehlah anda praktikkan supaya penampilan anda nampak lebih berseri. WA pun nak perbaiki penampilan WA lepas ini sebab WA berkulit kuning langsat iaitu medium. Patutlah ramai cakap WA sesuai warna pink. Ehh? Hahahha..

Bagaimana pula dengan korang? 



Maybelline Pure Concealer Mineral Review

12:48 AM 17 Comments

Review Concealer Maybelline | Hai semua. Hari ini WA kembali lagi dengan mereview satu produk drugstore ini. Sebenarnya concealer ini sudah lama berada di pasaran di bawah jenama Maybelline tau. Nak tau apa dia? Inilah Maybelline Pure Concealer Mineral.

Concealer pertama yang WA gunakan ketika belajar makeup adalah jenama ini. Harga dia pun boleh tahan murah dan sesuai digunakan. Ianya sejenis liquid dan medium coverage. Mempunyai 2 shades iaitu light & medium dan WA memilih shade light untuk bentukkan kening dan juga untuk menutup dark circles di bawah mata.

First WA cuba memang so far okay, sesuai juga untuk beginner mencuba concealer ini jika tidak sesuai jenis cream. Walaupun ianya sejenis cecair tetapi ianya tidak mudah luntuh. Sebab kebanyakkan orang bila guna concealer akan nampak luntuh atau bercapuk terutama untuk yang kulit berminyak. Tapi dengan Pure Concealer Mineral ia meresap terus ke kulit dan membantu mengurangkan pembentukan dark circles di bawah mata


Walaupun ianya kecil, tapi mudah dibawah, dan tahan lama juga. Sebab WA guna boleh tahan dalam 3-4 bulan. Kalau tidak silap WA harga dia dalam RM20 lebih gitulah. Kalau tengah sales dekat Watsons atau Guardians atau SASA, harga dia jatuh dalam belas ringgit. Dalam gambar di atas WA menggunakan kod light untuk bentukkan kening dan dark circles.

Sekarang susah nak jumpa stock yang ini mungkin kerana cepat habis stock. Kadang-kadang tinggal yang kod medium sahaja. Tapi tak tahulah kalau di kawasan korang kan. Nanti WA buat swatches kat tangan untuk 2 shades ini. Gambar dulu ada tapi dah hilang. Hehehee..

Nak tanya apa-apa mengenai concealer atau sebarang pertanyaan? Boleh drop komen dibawah dan WA akan cuba menjawabnya. Terima kasih.

Thursday, January 18, 2018

4 Sebab Anak Meragam Dan Cara Mengatasinya | Balm Tasneem Naturel

9:10 PM 30 Comments

Masalah Bayi & Anak Meragam | Kebanyakkan ibu bapa menjadi runsing apabila anak mula meragam tanpa sebab. Mesti anda dapat bayangkan, tengah anak-anak bersuka ria tiba-tiba menangis dan meragam tak tentu arah. 

Hal ini pernah terjadi pada anak-anak saudara WA ketika menjaga mereka selama beberapa bulan. Sedang mereka khusyuk bermain ketawa bersama pada waktu malam, kemudian mereka mengaruk tak tidur langsung sampai pukul 2 pagi. Tup-tup mereka demam mungkin dek kerana cuaca atau hal lain. Hal ini membuatkan WA runsing kerana secara tiba-tiba sahaja berlaku tanpa kita sedar. Dengan segala ubat apa semua tak ada masa pagi buta tu. Bertabahlah diri ini..Huhu...

Baiklah, WA tak nak cerita panjang sangat nanti anda semua jemu nak baca panjang-panjang pula kan? Hehe.. Sebenarnya, baru-baru ini WA telah diperkenalkan dengan satu produk ini dan WA sendiri telah mencubanya. Yelah, sebab WA belum ada anak lagi. Maybe soon :)

Inilah dia balm bayi Tasneem Naturel yang WA ingin perkenalkan kepada anda semua kerana ia merupakan kit bayi semula jadi yang banyak memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini telah dirumus khas daripada bahan semula jadi serta kombinasi 100% minyak pati asli (essential oil) yang bermutu tinggi.

Buat pengetahuan anda semua, balm ini sesuai digunakan dari bayi hinggalah ke dewasa. Sebab itu WA juga telah merasmikannya. Mana tahu, jika okay bolehlah rekemenkan pada yang lain dan standby belikan untuk anak suatu hari nanti. 


Mempunyai Bahan Kandungan Merbahaya Tak?

Mana boleh ada bahan kandungan merbahaya lagi-lagi untuk kegunaan anak-anak kecil. Kalau ada, mestilah tidak akan dijual hingga sekarang. Tapi, anda semua jangan risau kerana balm bayi Tasneem Naturel TIDAK MENGANDUNGI sebarang bahan kimia yang merbahaya seperti paraben, SLS dan juga bahan pewarna. Dan yang pastinya balm ini telahpun diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. 

Fuuuhh, lega sikit kan? Yelah, ibu bapa sangat menitikberatkan hal sebegini untuk keselamatan dan kesihatan anak masing-masing. Jadi, memang patutlah balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa. Sebelum itu, kita kena tahu 4 sebab kenapa bayi dan anak meragam dan bagaimana cara untuk mengatasinya.

4 Sebab Bayi/Anak Meragam :
  1. Bayi atau anak kecil meragam kerana sakit seperti demam, selsema, batuk dan lain-lain. Isu ini memang akan berlaku pada semua orang tak kira bayi, anak kecil atau dewasa. Kadang-kadang kita nak merawat anak sendiri pun tak berapa tahu. Contohnya, CoolFever yang jenis tampal itu tidak sesuai untuk bayi/anak kecil pakai di dahi. Seeloknya tampal di belakang leher. 
  2. Bayi atau anak kecil meragam kerana ketidakselesaan akibat cuaca, keletihan akibat belajar sesuatu seperti berjalan dan lain-lain. Hal sebegini juga pernah berlaku tapi tak semua bayi/anak kecil mengalami situasi ini. Contoh paling senang kita dapat lihat, anak-anak berasa kurang selesa samada ketika cuaca tak menentu atau meracau akibat mengigau bangun tidur secara tiba-tiba (terkejut).
  3. Bayi atau anak kecil meragam kerana kembung perut, cirit birit dan lain-lain. Hal ini sangat membimbangkan para ibu bapa. Kadang-kadang terfikir adakah salah makan, kembung perut sebab angin banyak, atau cirit-birit sebab susu dah basi? Benda ini melibatkan organ dalaman, memang ibu bapa akan risau.
  4. Bayi atau anak kecil meragam kerana susah tidur malam. Ada sesetengah bayi/anak jenis susah tidur malam dan aktif sehingga waktu pagi. Ibu bapa pula perlu bekerja siang harinya. Ini juga boleh merunsingkan para ibu bapa. Bermacam-macam cara untuk lenakan anak. 
Oleh itu, kita tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya balm bayi Tasneem Naturel ini, anda semua boleh atasi masalah-masalah anak meragam dengan mudah. Balm ini mempunyai 4 jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi-fungsinya. Jom kita kenali 4 jenis balm Tasneem Naturel iaitu :
  • CF-Rub (Pink)
  • Calm Time (Green)
  • F-Rub (Yellow)
  • Sleep Time (Purple)
1. Balm Tasneem Naturel  CF-Rub (Pink)

CF-Rub telah dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan masalah anak demam, batuk, selsema serta mencairkan kahak. Bukan itu sahaja, ia juga berkesan dalam membantu melegakan asma. Bahan-bahan yang digunakan seperti Eucalyptus Oil, Cypress, Tea Tree dan Lemon dapat membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu demam anak-anak. Bau seperti teh bunga dan lemon sangat menyamankan suasana ketika berada dalam kesakitan.

Cara penggunaan : 
Sangat mudah menggunakannya, ibu bapa hanya perlu sapu balm ini di kawasan seperti tapak kaki, dada, tekak, hidung dan juga tulang belakang.

2. Balm Tasneem Naturel  Calm Time (Green)

Calm Time berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil anda bagi membantu mengurangkan keletihan dan tekanan si manja supaya anak anda akan lebih tenang. Dengan menggunakan minyak pati tulen seperti Lavender, Naval Orange, Tangerine, Bergamot, Frankinsense dan Marjoram, balm ini boleh membantu ank kecil anda menjadi lebih tenang dan ceria sepanjang hari. Haruman yang sangat menenangkan minda dengan campuran bauan bunga Lavender dan buah Oren.

Cara penggunaan :
Hanya perlu sapu di tapak kaki, nadi, belakang telinga, tulang belakang dan juga pergelangan tangan.

3. Balm Tasneem Naturel  F-Rub (Yellow)

Balm ini sangat sesuai kerana ianya boleh menggantikan minyak telon. Sudah tentunya ibu bapa sangat menyukainya kerana setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi boleh melegakan perut kembung, sembelit, dan membuang angin berlebihan. Dengan adanya bahan-bahan utama seperti Fennel, Ginger, Lemongrass, Anise, Juniper, Wild Mint, Tangerine dan Patchouli ia dapat membantu masalah penghadaman juga. Bau haruman lebih kepada halia seperti bau minyak angin geliga tapi sedap je bau tau.

Cara penggunaan :
Sapukan balm ini di tapak kaki dan tangan. Untuk bahagian perut, ibu bapa disarankan membuat sapuan seperti urutan 'I Love You' bagi memastikan si manja anda lebih selesa.

4. Balm Tasneem Naturel Sleep Time (Purple)

Balm ini sangat membantu ibu bapa yang berhadapan masalah anak yang sukar tidur dan aktif pada wakti malam. Hal ini sangat dibelenggui oleh para ibu bapa dan tiada ubat yang sesuai untuk membuatkan anak tidur lena melainkan kita sendiri memaksanya. Oleh itu, balm ini telah dirumus khas dan berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang lebih ceria. Balm ini mengandungi bahan-bahan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile, Sweet Orange, Marjoram, Tangerine dan Ylang-ylang bagi membantu anak mendapat tidur yang berkualiti. Bau buah oren yang lembut dengan campuran bahan lain melenakan tidur si manja hingga keesokkan harinya.

Cara penggunaan :
Ibu bapa boleh menyapukan balm ini di bahagian tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.

Betul Ke Orang Dewasa Boleh Pakai Balm Tasneem Naturel???

Serius memang betul orang dewasa juga boleh guna. Bukan itu sahaja, orang tua juga boleh menggunakannya. Bestnya balm ini mesra pengguna kan? Oleh sebab itu, balm ini sangat sesuai untuk seisi keluarga.

Anak Ada Ekzema Boleh Guna Tak??
Buat pengetahuan anda semua, untuk anak yang ada ekzema atau jenis kulit yang sensitif, sebaiknya kena buat patch test dahulu di pelipat tangan sebelum menggunakannya. Tapi ianya bergantung pada individu tersebut itu juga. Dalam balm ini ada Almond Oil, jadi ada sesetengah yang sensitif dengannya dan ada juga yang sesuai bila guna balm ini. 

Apa Kata WA Sebagai Pengguna Balm Tasneem Naturel?

Setakat ini WA telah mencuba 2 jenis balm Tasneem Naturel iaitu Sleep Time dan Calm Time lebih kurang nak masuk 2 minggu penggunaan. Untuk Calm Time, WA menggunakannya ketika WA keletihan kerana membuat kerja rumah atau  stress dek kerja-kerja blog terutamanya yang memerlukan otak berfikir. WA mempunyai simpton Hyper Tencion dan WA  sendiri perlu mengawal perasaan dan pemikiran WA supaya tidak berlarutan. 

Jadi, WA cuba untuk menggunakan Calm Time ini ketika WA stress dan ternyata ia sangat membantu mengurangkan stress WA sehingga minda dan dada terasa lapang sedikit. Bukan nak kata balm ini mujarab 100% selain berdoa dan solat jika kita mengalami stress, tapi ia sebagai alternatif jika kita mengubatinya dengan menggunakan sesuatu benda seperti balm ini.

Untuk balm Sleep Time, WA menggunakannya ketika hendak tidur malam. Ini kerana, WA mengalami keadaan seperti kesukaran untuk tidur dengan lena. Kadang-kadang kerap terjaga malam dan susah untuk tidur semula. Maka, WA mencuba balm ini pada diri sendiri dan alhamdulillah, senang tidur dan lena hingga ke esok pagi. 

Manakala, balm CF-Rub dan F-Rub WA belum lagi mencubanya kerana tidak mengalami lagi simpton2 tersebut. 

Harga balm ini murah sangat dan berbaloi sebab boleh tahan berbulan-bulan. 1 kotak hanya berharga RM49 sahaja dan jika beli 2 kotak berharga RM88 (jimat RM10). Makin banyak anda beli makin jimat duit anda. Hehehehe...

Jika anda berminat membuat tempahan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang balm Tasneem Naturel ini, bolehlah hubungi maklumat-maklumat berikut seperti yang tertera :

TASNEEM NATUREL
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG, 
43000 KAJANG SELANGOR
HOTLINE : 011-20964665 (ORDER) / 010-8453469 (DAFTAR AGEN@STOKIS)


Facebook :

Instagram :

Resepi Asam Pedas Ayam Pencen

6:54 AM 22 Comments

Asam Pedas Ayam Pencen | Korang layan tak ayam pencen ni? Area bandar susah tau nak jumpa ayam pencen. Duduk kawasan kampung ni senang je nak jumpa ayam pencen. Murah pun murah. Tapi ada orang tak berapa suka ayam pencen sebab liat. Nak petua ayam pencen tak liat? Senang je, korang rebus ayam pencen tu sampai air dah nak kering. Barulah masak apa-apa jenis makanan.

Kali ini WA nak bagi resepi masak asam pedas ayam pencen versi WA. Memang ketinggalan sebab resepi asam pedas bersepah. Hahaha. Dan ramai tahu. Tapi tak mengapa kita buat juga resepi versi kita sendiri. Jom kita layan resepi.....


RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan :

  • Ayam pencen seekor potong 8 ke 12 ke ikut suka (direbus dahulu)
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang besar 1 ulas (kalau bawang merah dalam 5-7 ulas)
  • Halia 1 inci
  • Serbuk kunyit setengah sudu besar (kalau kunyit hidup 1 inci)
  • Cili kering 15-20 tangkai (ikut nak pedas mana)
  • Daun kesum 1-2 tangkai (kalau tak ada, guna 1 bunga kantan)
  • Asam jawa 1 sudu besar 
Cara memasak :

1. Masukkan bahan-bahan yang di blender (bawang putih,bawang besar,halia, cili kering) serta serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau dan garing. 

2. Kemudian, masukkan ayam pencen dan gaul rata sehingga sebati rencah pada ayam tersebut. Biarkan beberapa minit.

3. Masukkan  daun kesum dan asam jawa. Kemudian gaul rata semula. 

4. Letak air ikut suka nak banyak mana kuahnya dan jangan lupa bagi ajinamoto dan garam secukup rasa. Kemudian, siap dan hidang!


Haa, amacam... Senang kan  buat asam pedas ni? Kalau korang suka kuah pekat, arwah mak pernah cakap letak lebih bawang besar sebab ia boleh pekatkan kuah asam pedas. Yang penting air tu jangan terlebih sudah. Hehehe...

p/s : Maaflah sebab tak ada gambar official yang cantik-cantik sebab memang tak sempat nak snap betul-betul.. jadi terimalah gambar kuali dengan senduk sudip tu yee :D


Tuesday, January 16, 2018

Kelas Penjagaan Kulit Mary Kay Di Selangor PERCUMA!!

1:40 AM 5 Comments

Free Skincare Class Mary Kay | Haii haiii semua. Kali ini entri blog WA tidak panjang lebar tapi ada lah nak dibebelkan dalam entri ini. Hehehe... Bukan senang korang nak jumpa orang yang suka bebel secara pendek tau. Hahhaa!

Oklah, memandangkan banyak kes skincare local yang penuh dengan merkuri sedang menular, jadi ramai manusia di luar sana berhati-hati dengan produk yang banyak merkuri. Sampaikan ada yang teruk muka tak sanggup WA nak lihat sebab kesian sangat tau. Tapi mujurlah ada Mary Kay sekarang yang diyakini selamat untuk digunakan. Haa, takkan tak tahu lagi pasal Mary Kay kot? Google lah yee, sebab WA nak promot class FREE je ni.. Hikss!

Bagi warga Selangor, yang inginkan FREE CONSULTANT serta CLASS SKINCARE FREE, anda boleh hadir ke kelas Cik Syeda Som kita tau. Kelas skincare MK free ini dibuat area Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan Taman Sri Ukay, Ampang. 

Bukan senang tau nak dapat kelas skincare secara percuma dengan beauty consultant dari MK ini. Dahlah free kelas, dapat pula merasa produk dari Mary Kay sendiri. Memang berbaloi. Tak rugi korang pergi belajar kenali masalah kulit korang. Haa, nak kenal siapakah gerangannya?

Inilah dia Cik Syeda Som kita yang berasal dari Johor dan kini menetap di Selangor kerana bekerja disana. Jadi, tak perlu risau lagi sebab Cik Syeda Som ini boleh dipercayai dan merupakan Independent Sales Director! 

Antara kelas skincare percuma yang beliau anjurkan di Johor sebelum ini. Kini anda boleh dapatkan kelas skincare Mary Kay secara percuma di Selangor seperti area Ukay Perdana, Bukit Antarabangsa dan Taman Sri Ukay, Ampang. 


Nak kulit bersih, kulit cantik tanpa masalah dari bahan-bahan yang terlarang seperti merkuri dan sebagainya, anda memang perlu hadir ke kelas skincare percuma ini.

Sebarang pertanyaan mengenai kelas skincare percuma ini, korang boleh hubungi Cik Syeda Som kita di talian 016-7426793 atau laman social beliau :

Facebook : Syeda Som SD MK

Instagram : @putrysyeda

Sunday, January 14, 2018

Set Hadiah Enchanteur Dengan Wangian Penuh Keindahan

11:21 PM 34 Comments

Enchanteur Gift Sets | Siapa sini pengguna setia Enchanteur dari zaman sekolah hinggalah sekarang? Haaa, mesti ramai pengguna-pengguna Enchanteur ini kan. Begitu juga dengan WA. Sejak akhir-akhir ini, Enchanteur sentiasa penuh dengan kejutan kewujudan rangkaian produk.

Untuk menghargai seseorang dalam hidup kita, semestinya kita akan terfikir untuk menghadiahkan seseorang sesuatu untuk diingati selalu. Bagi mereka yang tidak mahu memberi hadiah yang biasa seperti jambangan bunga, coklat dan kad hadiah yang tidak akan bertahan lama, set wangian adalah pilihan hadiah yang terbaik untuk seseorang. 

Pemberian wangian dilambangkan seperti memberi sejambak bunga yang besar, tetapi lebih praktikal dan mengandungi intipati kuntuman bunga semerbak. Terutamanya, haruman ini membawa kepada gabungan simbolik keintiman dan kemewahan.

Memandangkan ramai suka dengan wangian EDT, kini Enchanteur memperkenalkan 5 set wangian tersendiri yang telah disediakan dalam kotak yang cantik dan sesuai untuk semua acara seperti ulang tahun, perayaan, haru lahir dan hari penghargaan. Pek EDT yang mesra perjalanan dan bersaiz 15 ml ini menjadikan hadiah ini sesuai sebagai kejutan dan mudah dibawa di dalam beg tangan.

Enchanteur telah membina nama sebagai pengeluar jenama haruman dan penjagaan diri yang terkemuka, berkualiti dan diilhamkan dari Kota Perancis. Setiap aromanya telah dipilih oleh pakar wangian Perancis.

Rangkaian 5 Set Wangian Enchanteur

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & MON AMIE)

Mon Amie bermaksud Sahabatku, memberikan wanita aroma yang menyenangkan dengan penuh kesegaran apabila berada diluar. Manakala Belle Amour bermaksud Keindahan Cinta, wangian yang didambakan terhadap seorang gadis impianmu. Kedua-dua wangian ini melambangkan persahabatan dan hubungan cinta yang mekar untuk menikmati keindahan ketika detik bersama-sama.

SET HADIAH EDT MINI ENCHANTEUR (MON AMIE & ADORE)

Set hadiah yang mengandungi 2 wangian EDT ini digubah khas untuk memikat dan menawan hati orang di sekeliling. Mon Amie adalah aroma personaliti menawan dalam semua hubungan. Manakala Adore menggambarkan haruman gadis idaman. Set hadiah ini dapat meningkatkan mood si gadis agar dirinya sentiasa berasa istimewa dan berkeyakinan.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (MON AMIE & CHARMING)

Set hadiah ini berkonsepkan siang dan malam. Lengkapkan gaya hidup si gadis yang gemar menggunakan aroma berbeza untuk waktu yang berbeza. Di siang hari, gunakan Mon Amie yang mempersonalitikan diri sebagai seorang yang periang dan mudah didekati. Di waktu malam pula bersiap untuk keluar dengan haruman Charming bagi menonjolkan keanggunan diei serta membuat si dia terpikat.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR (BELLE AMOUR & ROMANTIC)

Set hadiah di dalam kotak merah jambu ini bertujuan untuk menyemarakkan cinta dan kasih sayang ketika bersama dengan detik berharga. Sudah pastinya anda akan terpesona dengan keanggunan dan kecantikkannya yang memukau.

SET HADIAH MINI ENCHANTEUR MON AMIE

Set ini Mon Amie ini mengandungi sebotol wangian EDT bersaiz 15ml serta losyen badan dan tangan (Light & Fresh) yang segar dan melembapkan kulit bersaiz 100ml. Haruman wangian yang lembut ini dan losyen yang diperkaya dengan lidah buaya, portulaca, ekstrak liquorice dan ejen pelindung matahari bertujuan melindungi kulit agar lebih lembut, cerah, lembap dan terlindung dari sinaran UV. 

Diformulasikan tekstur yang ringan dan tidak berminyak, membolehkan si gadis membuat aktiviti dengan selesa. Gabungan set ini memberikan bau haruman yang mewangi sepanjang hari dan terjaga rapi.

Wangian Belle Amour ini sangat sesuai bagi mereka yang suka kan keintiman dalam hubungan cinta dan hidup dengan penuh keyakinan. Jika anda seorang yang romantik, sangat sesuai memikinya.

Manakala, wangian Mon Amie ini sesuai bagi yang inginkan kebebasan ketika berada diluar. Ini kerana bau harumannya sangat menarik dan sesuai untuk anda melakukan aktiviti di luar.

Enchanteur Paris Mini EDT gift sets ini dijual pada harga RM34.90 (Semenanjung dan Sabah & Sarawak). Manakala, untuk Enchanteur Paris Mon Amie gift set berharga RM23.50 (Semenanjung dan Sabah & Sarawak).

Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada laman website dan media sosial Enchanteur :



Night Care Routine & Makeup With Klairs

8:41 AM 34 Comments

Night Care Routine for Tomorrow Makeup | Hello gaiisss! Untuk pertama kalinya WA akan share night care routine WA dengan anda semua tau. Selalunya WA hanya share daily routine or any skincare when I need only. So, this time WA nak share dengan anda semua mengenai penjagaan muka pada waktu malam untuk makeup esok harinya.

Anda mungkin sudah tahu mengenai satu brand skincare ini yang memang sudah dikenali di Malaysia yang didatangkan dari Korea iaitu Klairs. Sebelum WA mengenali Klairs, sahabat WA sendiri ada rekemenkan brand ini jika untuk skincare routine. Dan akhirnya, WA sendiri terjebak untuk mencubanya. Hehehe...

Dengan 4 step mudah sahaja untuk night care routine WA ini, mampu membuat kulit wajah lebih fresh dan berseri pada keesokkan hari. Antara bahannya ialah cleasing, toner, vitamin mask, serum dan BB cushion. Tapi sayangnya, kali ini toner masa tu sudah kehabisan stok jadi WA skiplah pengambilan toner. Hehehe :)

Penjagaan muka pada waktu malam sangatlah senang dan WA amalkan dengan mengikut step yang betul iaitu :

  1. Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
  2. Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
  3. By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum
  4. Klairs Mochi BB Cushion

MY NIGHT CARE ROUTINE FOR TOMORROW MAKEUP

Klairs Gentle Black Deep Cleansing Oil
Ianya bukan sahaja sebagai pembersih muka minyak, tetapi dengan gabungan bijirin hitam dan bahan semula jadi yang telah di ekstrak, secara perlahan-lahan ia akan menjaga kulit anda. Antara bahan-bahan utama yang digunakan ialah :-

1. Black Bean Oil (Minyak Kacang Hitam)
Membantu mengawal pengeluaran sebum, meningkatkan keanjalan kulit dan memberi kesan yang tenang dengan perlahan-lahan.
2. Black Sesame Oil (Minyak Bijan Hitam) :
Bijan hitam berfungsi mencegah dehidrasi dan penuaan kulit sambil memberikan kesan antioksidan yang kuat melalui pelbagai komponen seperti Beta-carotene, Rinolenic acid, sesamin, sesaminol dan tocopherol.
3. Black Currant Seed Oil (Minyak Benih Anggur Hitam) :
Berfungsi menguatkan lapisan kulit untuk mengelakkan penyejatan kelembapan dari kulit. Ia menggalakkan pertumbuhan sel kulit  dengan kesan antioksidan yang mengandungi pelbagai jenis mineral.

Pembersih minyak ini sangat digalakkan untuk anda jika :
  • Mempunyai kulit kasar oleh bintik-bintik hitam dan sel kulit mati
  • Mempunyai kulit muka kering dan sensitif
  • Mahu kesan penjagaan kulit semasa pembersihan
  • Mencari pembersih muka yang dapat membersihkan liang-liang terbuka
tekstur cleansing oil Klairs

Cara penggunaan :
Picit sedikit cleansing oil dan gosok ke wajah yang kering (tanpa bilas air dahulu) ke dahi, hidung, pipi dan dagu dengan rata. Selepas gosok, jangan lap dengan tisu sahaja tapi basuh dengan air sehingga bersih. 

Klairs cleasing oil ini boleh bertindak sebagai pembersih muka dan juga makeup remover. Macam WA, nak cuci muka yang masih bermakeup, WA picit sahaja dan gosok rata ke muka hingga tanggal segala sisa makeup di muka, kemudian WA akan sapu dengan kapas muka untuk tarik sisa makeup kemudian barulah WA bilas muka dengan air dan lap muka hingga kering.


Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask
Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask ini paling berkesan jika ia digunakan bersama dengan vitamin C. Kedua-dua vitamin ini dapat meningkatkan keberkesanan satu sama lain melalui rangkaian antioksidan dan melindungi kulit dari oksigen aktif dan mencegah penuaan. Di samping itu, vitamin E dapat menghalang vitamin C daripada teroksidasi sebelum diserap ke kulit serta dapat menguatkan kesan peningkatan kulit.

Vitamin E yang telah dimasukkan ke dalam minyak dapat memberikan kuasa pelembap yang kuat. Tekstur yang seakan puding itu berubah menjadi intipati yang terbaik apabila diletakkan ke kulit, ia dapat mengekalkan kelembapan lebih kurang selama 8 jam, walaupun untuk kulit kering.

Fungsi bahan utama Vitamin E ialah : 
  • Sebagai antioksidan cecair lipid yang utama dalam kulit dan menghalang pengoksidaan dalam kosmetik
  • Bahan-bahan asing berbahaya akan menyerang dan memberi tanda penuaan di kulit jika bahan utama vitamin E kurang
  • Mengelakkan penuaan sel dengan mengekalkan sel-sel kulit
  • Mempunyai sifat melembutkan kulit dan melegakan keradangan
  • Melindungi kulit daripada kerosakan cahaya matahari
Klairs Freshly Juiced Vitamin E Mask ini boleh digunakan sebagai pelembap. Ini kerana, kandungan vitamin E sangat sesuai dijadikan sebagai pelembap untuk kulit. Jika anda lihat akan tekstur mask ini, ianya seperti pudding, jika anda gaul ia akan jadi seperti cream cair, tapi ia akan kembali ke bentuk asalnya iaitu pudding supaya dapat mengekalkan bahan di dalamnya dari kering dan terpisah.

Cara penggunaan :
Calitkan mask ini dan jadikan ia sebagai moisturizer/pelembap di muka dan urut muka hingga ia betul-betul meresap ke dalam kulit. Ini kerana ia dapat memberi kesan pencerahan dan whitening dan juga dapat melembapkan kulit dari kulit kering. Dan senang untuk kita makeup esok hari kerana kulit lebih lembap dan anjal.


By Wishtrend Pure Vitamin C21.5 Advanced Serum
Advanced Serum ini adalah formula yang baru dan lebih baik yang telah direka dengan mengurangkan bahan-bahan tertentu untuk kesan yang lebih. Vitamin C21.5 Advanced Serum ini telah dicipta dengan  kandungan 21.5% vitamin C tulen untuk kelembapan maksimum.

Serum ini tekstur yang ringan serta tidak melekit pada kulit. Ianya mudah meresap untuk memberi hidrasi, kelembapan, membaiki serta pencerahan kulit.

Cara penggunaan :
Jadikan ia sebagai last step basic care anda sebelum tidur. Ianya sangat mudah. Hanya titiskan beberapa ke wajah dan sapu ikut urutan di muka sehingga ia meresap sepenuhnya de dalam kulit.


Klairs Mochi BB Cushion
Klairs Mochi BB Cushion ini adalah edisi terhad Mochi BB Cushion kerana ianya merupakan the best seller for BB cushion. Dengan kehadiran warna yang semula jadi dan memberi kulit anda lebih bersinar. Mochi BB Cushion ini telah diperbaiki dengan light finish, long lasting coverage untuk menghalang dari berpeluh dan berminyak sepanjang hari supaya anda tidak perlu lagi memikirkan cara lain untuk mengatasinya.

CIRI-CIRI MOCHI BB CUSHION
  • Mochi BB Cushion direka dalam bentuk produk sejenis balm bukannya cecair. Ia bertindak untuk mengisi liang-liang pori terbuka supaya kulit menjadi halus. 
  • Mempunyai tona warna apricot-beige iaitu mengikut warna kulit kuning coklat (kulit asli) dan merah (redness) secara semula jadi. Maka ia dapat meneutralkan kemerahan kulit untuk kelihatan lebih segar.
Mochi BB Cushion dapat mengawal pengeluaran minyak di muka serta mempunyai perlindungan UV. Ini kerana ia mengandungi SPF40 dan bertindak sebagai sunblock serta melengkapkan makeup harian anda.

selfie dengan menggunakan Mochi BB Cushion

Cara Penggunaan :
Gunakan Mochi BB Cushion pada hari esoknya untuk makeup anda supaya muka lebih segar, bersinar dan lembap selepas membuat night care routine. Hanya oleskan ke seluruh muka untuk mendapatkan kesan yang lebih glowing.


Tonton video WA membuat night care rountine for next day makeup dengan Klairs :)


Setakat ini, WA memang suka sangat dengan cleansing oil Klairs sebab dia membersih dengan cepat dan tidak mengeringkan muka. Sedikit kelainan dengan cleansing oil yang lain dimana kalau brand lain, ia akan keringkan kulit muka. 

Untuk Vitamin Mask pula memang patut setiap wanita mempunyainya kerana ianya boleh dijadikan sebagai mask atau moisturizer untuk melembapkan kulit muka supaya sentiasa lembap hingga keesokkan hari.

Formula baru Advanced Serum ini juga bagus bagi mengurangkan bekas jerawat dan memperbaiki tona warna kulit yang kusam. Bagi yang ada luka di muka, mungkin akan terasa pedih sedikit ketika apply serum ini. Tapi ia boleh mengurangkan parut luka di muka.

========================================================================

Jika anda ingin dapatkan produk Klairs, anda bolehlah layari laman website Hermo iaitu www.hermo.my atau terus ke link ini - www.hermo.my/klairs/

Thursday, January 11, 2018

Daily Color Contact Lenses by Horien Eye Secret

7:01 AM 28 Comments

Daily Contact Lens  | Jika anda masih ingat akan entri yang lepas, WA ada update mengenai contact lens dari Horien Eye Secret untuk penggunaan 3 bulan. Klik link ini untuk baca mengenai Horien Contact Lens Color Lens 3 Months.

Untuk kali ini, WA akan perkenalkan keluaran baharu dari Horien Eye Secret iaitu Daily Color Contact Lenses. Apa yang menariknya, kali ini packaging box sangat menarik dengan rekaan bunga dengan background putih seolah-olah berada pada musim bunga. Bukan itu sahaja, ianya juga sesuai digunakan ketika travel kerana sejenis lens pakai buang.

Seperti yang anda tahu sebelum ini, semua contact lens dari Horien Eye Secret ini mengandungi 38% kandungan air supaya mata tidak terlalu kering dan boleh bertahan sehingga 8 jam penggunaan. Mempunyai material jenis polymacon iaitu tekstur yang halus, lembut dan tidak merasa memakai apa-apa di mata.

Untuk Daily Color Contact Lenses, ia mempunyai 4 warna pilihan yang menarik hati kerana ianya membuatkan anak mata kelihatan lebih natural  dan besar walaupun hanya bersaiz 14.2mm (standard size) dengan dihadiri rekaan yang simple. Antara warna-warnanya ialah :  
  • True Green
  • True Black
  • True Brown
  • True Choco
1. TRUE GREEN 

Pada permulaan WA nampak True Green lens ini, WA terfikir mesti mata nampak garang bila pakai lens ini. Sebab WA dah serik guna lens warna sebegini sampai orang cakap mata hantu. Hehehe.. Tapi bila dah pakai nak tahu jadi apa? 

Cantik tak mata WA selepas guna lens warna True Green ini? Ia campuran warna antara green lembut, grey lembut, dan brown, jadi terhasilnya look seperti dalam gambar di atas. Tak nampak terlalu menonjol kan? Sebab ia kelihatan soft-soft gitu.

2. TRUE BLACK

Pertama kali WA jumpa lens warna hitam tapi color dia seakan warna kelabu hitam. Selalunya kalau hitam, warna dia akan betul-betul hitam dan akan pekatkan anak mata kita dan dari jauh orang akan perasan kita guna lens sebab anak mata lebih pekat. Tapi, dengan gunanya True Black lens ini, mata akan kelihatan lebih natural. 

Mata WA nampak lebih natural kan? Kalau dari jauh, orang takkan perasan kita pakai lens sebab warna dia seakan warna anak mata kita dan tidak kelihatan seperti memakai lens berwarna grey. Bagi yang nak look natural, boleh pilih warna ini.

3. TRUE BROWN

Ini adalah warna kegemaran WA sebab sebelum ini pun WA menggunakan warna brown sahaja supaya mata tidak terlalu menyerlah jika pakai yang berwarna seperti hijau, biru, pink dan lain-lain. Tapi yang menariknya, lens Horien Eye Secret walaupun size hanya 14.2mm, tapi memberi effect mata besar sedikit berbanding dengan lens jenama yang WA pernah pakai sebelum ini. 

Sama corak seperti True Black cuma beza warna sahaja. Memang nampak natural untuk corak ini dan tidak menonjol. Sangat-sangat best sebab sudah jumpa lens warna kegemaran WA untuk contact lens pakai buang.

4. TRUE CHOCO

Untuk yang suka mata kelihatan menyerlah sedikit dari yang biasa, boleh cuba lens True Choco ini. Kebanyakkannya ramai yang suka akan corak ini dikalangan sahabat-sahabat Facebook WA.

Nampak sedikit seksi tak? Hehehe.. Nice color too. But WA lebih prefer yang True Brown, mybe sebab dah serasi dengan warna itu. Kalau anda ada event, sesuailah guna warna ini supaya mata lebih menyerlah.

Abaikan muka suci WA tu. Hahaha! Okayy, cuba tengok anak mata. Effect mata besar tu sangat puas hati walaupun bersaiz 14.2mm iaitu standard size tapi  ia membuatkan anak mata nampak lebih cantik. Tapi jangan risau tau, sebab effect besarkan mata bukanlah seperti saiz 16mm atau 17mm.

Closed up mata


Disini WA sertakan sekali video memakai lens. Jom layan WA buat video tutorial makeup dengan menggunakan lens dari Horien Eye Secret :)


Mesti anda semua rasa tergugat kan sebab tengok video ini? Jika anda ingin membuat sebarang pembelian, anda boleh layari laman sesawang Horien Eye Secret berikutnya :

Website :

Facebook :

Instagram :