Saturday, December 15, 2018

# althea # beauty

What I Recommendations to Buy & My Top 10 Wishlist K-Beauty Products From Althea


My Recommendations & My Top 10 Wishlist | Hello gaiiss! Memandangkan sekarang masih tengah hot dengan kumpulan Kpop dari Korea iaitu Blackpink, so WA nak cerita dengan korang sedikit tentang satu website 'idaman' para wanita iaitu Althea! Haa, siapa lagi tu yang tak tahu lagi? Website Althea ini semakin famous dikalangan K-Beauty keran ia menjual barangan aunthentic 100% dari Korea, malah penghantaran pun direct dari Korea weii! Dahlah jauh nun sana, pembelian 2 items je pun boleh dapat free shipping. Gila tak gila? WA dah nak hampir gila! :D

Tanpa buang masa, WA nak recommendations Top 5 products dari Althea. Sila buka mata anda seluas-luasnya okehh. Sebab apa yang WA cadangkan ini amat berbaloi untuk dimiliki dan anda akan kerugian jika tidak mencubanya sendiri. Hahaha! 

TOP 5 PRODUCTS RECOMMENDATIONS FROM ALTHEA

Click Picture to Buy

1. Bare Essentials Set Skincare (RM104.40)
Set Bare Essentials ini merupakan produk brand Althea yang pertama WA telah mencubanya. Mula-mula fikir macam biasa-biasa je produk ini. Hehe.. Tapi bila start pakai je serius rasa teruja sangat! Sebab sesuai dengan skin tau! Lagipun set ini sesuai untuk semua jenis kulit. So memang ngam lah. Antara ketiga-tiga produk ini, WA lebih prefer cleanser dan primer water dia. Fixer cream tak sangat maybe sebab WA tak suka sangat tekstur jenis cream letak kat muka. Tapi ketiga-tiga produk memang best. Cleanser pakai dah masuk 2 tiub, primer water dia seriously syok sebab tekstur dia pekat macam bancuhan tepung jagung gitu. WA buat as toner kat muka. Botol first hilang masa travel, terus beli masa tengah sales haritu. Kulit pun lembut je rasa selembut warna packagingnya. Hehe..

Click Picture to Buy

2. Petal Velvet Powder - 3 Code (RM16-RM17)
Petal Velvet Powder ini merupakan loose powder yang mempunyai teksturnya yang sangat ringan untuk menutup pori-pori terbuka dan garisan halus di kulit muka bagi membuat kulit nampak lebih flawless dan sekata. WA suka sangat loose powder ini sebab ringan dan mudah dibawa dengan packaging yang comel. Mempunyai 3 kod iaitu #translucent, #warm beige dan #pink lavendar. WA jadikan loose powder ini sebagai makeup setting dalam hasil makeup WA dan ternyata client pengantin pun suka dengan teksturnya. Murah dan sangat berbaloi. Wajib untuk korang ada setiap kod sebab dapat mengawal keluaran sebum pada muka dan senang di apply kerana WA lebih suka loose powder berbanding compact powder yang teksturnya lebih kasar di muka. WA sudah memiliki ketiga-tiga kod tersebut untuk koleksi makeup WA sebab WA kaki makeup! :)

Click Picture to Buy

3. Real Fresh Skin Detoxer Set (RM77)
Skin detoxer ini menarik sebab ianya 2 dalam 1 cleanser dan memberi effect menyegarkan kulit muka dalam masa 10 saat sahaja. Cleanser + mask dimana jadikan ia sebagai mask selama 10 saat dan kemudian bilas seperti anda mencuci muka anda. Ada 2 jenis iaitu Rose dan Green Tea, WA lebih suka yang Green Tea sebab dia membantu melembap dan menyegarkan kulit yang sensitif lagi-lagi bila tiba waktu malam. 

Click Picture to Buy

4. Petal Velvet Sunaway (RM43)
Mana-mana step skincare hingga ke makeup mesti ada sunscreen/sunblock. Tak sah kalau tak ada sebab ia melindungi kulit kita dari burning (terbakar) dan aging (penuaan). WA tak pernah miss tak pakai sunscreen tiap kali nak keluar rumah. Even depan rumah pun. Sebab cahaya matahari boleh menembusi kulit kita tau walaupun sedikit! Yang bestnya sunscreen ini bantu melembapkan dan mengawal kulit muka dari berminyak dengan kehadiran SPF 50++. Love much this sunscreen !!

Click Picture to Buy

5. Milk Peel Cream Mask (RM36)
Produk yang baru sahaja launching dalam bulan lepas. Tapi telah menjadi kegilaan orang ramai terutama Altheans including me. Hahha! Bayangkan, korang pakai mask yang teksturnya mula-mula clay mask then bertukar menjadi cream yang ada bubbles? Selalu clay mask untuk kulit yang berminyak especially, tapi cream mask ini sesuai untuk combination skin types (normal to oily) or (oily to dry) or sensitive skin. Sebab bila terhasilnya bebuih cinta tu, kulit WA rasa lebih smooth je.

Okay, inilah dia top 5 produk yang WA recommendations kat korang untuk beli. Kenapa pula? Sebab WA dah mencuba kelima-lima produk dan sangat-sangat best tau! Ada yang WA dah repeat beli berkali-berkali. Recommendation tak boleh termasuk dalam wishlist sebab recommendations adalah barang yang WA pernah beli dan repeat membeli. Hehe. So, jom layan apa dia top 10 produk idaman/kegemaran WA untuk dapatkan sempena nak Krismas ni. Kekekekkee~

MY TOP 10 WISHLIST K-BEAUTY PRODUCTS ALTHEA

Click Picture to Buy

1. Pobling Pore Sonic Cleanser - White (RM88)
Tak pernah mencubanya lagi tapi dah lama masuk dalam my wishlist sebab WA lihat ramai yang kata ia dapat membersihkan jauh ke dalam liang muka dengan bersih dan mengeluarkan semua kotoran pada muka dengan senang dengan permukaan berus yang lembut yang sesuai diusap pada muka. Memandangkan WA sejenis yang payah nak bersihkan muka dengan betul dan menggunakan step double cleasing, jadi inilah penyelamat WA. Hehehe~

Click Picture to Buy

2. Dear Klairs, Freshly Juiced Vitamin Drop (RM102)
WA sudah memiliki yang Vitamin E Mask, jadi dalam masa yang sama, teringin memiliki yang jenis drop ini kerana WA suka Vitamin C untuk dapatkan tona kulit yang lebih sekata, mencerahkan kulit dan mengurangkan jerawat pada muka. Semua tahu kan akan kelebihan Vitamin C untuk kulit. So, rugi sangat tidak mencuba. Nak beli tapi bajet tak cukup lagi. Hukhukhuk....

Click Picture to Buy

3. Missha The First Treatment Essence Intensive Moist (RM135)
Dalam step skincare, WA masih tiada lagi essence. Dan masih tercari-cari essence manakah yang sesuai. Dan akhirnya, WA terjumpa essence Missha ini dan banyak review mengatakan ianya berkesan untuk semua skin types. Tertarik dengan jenama ini bukan sahaja disebabkan review semata-mata, tapi kerana WA sendiri pernah mencuba produk lain Missha dan memang best. Tapi still tak berhasil grab sebab harganya yang sangat tinggi. melebihi bajet. Hihi!

Click Picture to Buy

4. Glamfox Fleurrisant Lip Gloss (RM35)
Tertarik dengan keluaran Glamfox yang ini, sebelum ini dalam bentuk ala-ala lipstick tapi kali ini WA tertarik dengan lip glossnya kerana katanya mempunyai color natural pink yang sangat jelas, long lasting even selepas makan atau minum, dan melembapkan kawasan bibir. Baca review ada yang kata bibir kelihatan pinky gitu. WA tiada lip gloss, so nak try Glamfox Lip Gloss punya sebab WA ingin dapatkan kulit bibir yang sentiasa lembap tanpa kekeringan.

Click Picture to Buy

5. It's Skin Power 10 Formula VB Effector (RM30)
Antara serum paling popular di Althea adalah serum brand It's Skin yang mempunyai 13 jenis. Dan WA sendiri telah memiliki 4 jenis serum dari It's Skin iaitu Vitamin C, Arbutin, Pores dan Honey Propolis dan effect dia sangat best walaupun lambat tapi still berbaloi murah beli dari Korea. Kali ini WA aim untuk dapatkan serum ini yang kaya dengan Vitamin B6 dalam menyamakan tona wajah dan mencerahkan kulit.

Click Picture to Buy

6. Nature Republic Aloe Vera 92% Soothing Gel Mist (RM16)
Walaupun boleh miliki sendiri tanpa masuk dalam wishlist, tapi WA still nak juga dapatkan mist spray ini kerana kandungan Aloe Vera dapat moistkan kulit dan menyegarkan muka sepanjang hari. Boleh juga digunakan untuk selepas makeup supaya makeup lebih fresh all day.

Click Picture to Buy

7. Nacific Real Calendula Floral Toner (RM58)
I don't know why  nak sangat cuba toner ini apabila melihat list toner yang terdapat dalam website Althea. Sebab banyak feedback mengatakan ia membuat skin become to moist and hydrates. Dan sememangnya WA memerlukan toner sedemikian sebab toner ini dapat membersihkan sisa kotoran pada wajah especially semasa dalam keadaan bermakeup atau terdedah dengan environment luar yang penuh habuk.

Click Picture to Buy

8. Chica-Y-Chico Matt Cushion (RM58)
I'm a makeup lover, sometime bila keluar atau travel WA malas nak bawa foundation jenis cecair kerana mengambil masa untuk bersiap. Jadi, setelah membuat observation mengenai foundation jenis cushion, WA lebih prefer meminati cushion dari Chica-Y-Chico Matt Cushiion ini dan sesuai untuk kulit berminyak, dimana kulit WA lebih berminyak jika berada diluar dan sangat memerlukan cushion untuk muka oily bagi membuatnya tahan lebih lama dan tidak perlu di touch up lagi selepas beberapa jam. Dan ternyata, ramai memberi feedback yang positif setelah mencubanya dan ia  turut menggoda WA sekali. Hahha!

Click Picture to Buy

9. Etude House Dr. Mascara Fixer for Super Long Lash (RM25)
Selain maskara favorite WA iaitu Missha Mascara dari Althea, WA berkenan sangat dengan maskara dari Etude House ini kerana ia dapat memanjangkan bulu mata dan waterproof. Ia menjadikan bulu mata melentik dan nampak fully. Maklumlah, kita tak ada bulu mata sangat especially bahagian bawah mata. Hahhaa!

Click Picture to Buy

10. The Saem Cover Perfection Tip Concealer (RM15)
Last but not least, WA tertarik dengan concealer dari The Saem ini sebab teruja melihat banyak feedback positif mencuba concealer ini. Murah tapi ramai berpuas hati, itu yang menggalakkan kita untuk membeli kan? Yang menariknya, ia mempunyai 5 kod yang sesuai dengan skin tone kita dan apabila apply di bahagian tertentu ia nampak lebih ringan dan lebih sekata dengan tona kulit kita malah dapat cover pori-pori dan menjadikan kulit yang di cover dengan concealer lebih natural look tanpa greasy.

Finally... Phheuw!! Setel juga WA listdown kan wishlist WA yang nak sangat WA dapatkan sempena Krismas ni. Hopefully, santa Althea merealisasikan idaman WA menjadi kenyataan. Sejak ada Althea (koleksi barangan k-beauty) lah WA start mula jaga muka dengan betul-betul step skincare hinggalah ke cosmetic. Kalau dah terdesak tak ada stok kat Althea barulah bertukar sementara beli barangan drugstore. So far, mana-mana barang dari Althea WA pakai beberapa tahun ni tidak mengundang masalah pada muka sebab semuanya authentic 100% dan mungkin kulit muka ini sesuai dengan buatan dari Korea kot. Hahaha!! I love so much ALTHEA, Mamasan Tammy Lim dan Syahirah Shamshul!!! Muuuaahhhh!! :D

So gaiis kalau nak shopping klik je link https://my.althea.kr/ okehhh!!

13 comments:

  1. Skin Detoxer Althea tu shad suka gilerr.. Dh nk habes, syok guna bau best.

    ReplyDelete
  2. Zaza berkenan jgk kat pobling tu.. Tgk org2 pakai mcm best je bila nak cuci muka

    ReplyDelete
  3. Bare Essentials set tu recommended sangat. So far sesuai untuk kulit.

    ReplyDelete
  4. Berkenan tgok matt cushion tu..harap pasni althea boleh bg review set2 brg2 makeup plak kan hihi

    ReplyDelete
  5. wah.. banyak dari Althea Brand gak yea pilihan wawa.. TB pun kalau dalam wishlist memang akan masukkan brand althea sebab dah try semuanya besttt.. sesuau dengan kulit tb yang sensitif ni

    ReplyDelete
  6. real fresh skin detoxer tu memang best. dah jadi my bff gitu. mesti pakai. best sebab sesuai dengan kulit!

    ReplyDelete
  7. Opkos bare tu pun pilihan cik en sebab best. Dh 2 3 kali repeat dah

    ReplyDelete
  8. Swmua yang dipilih best2 belaka.. Barang althea bare essential wajib oo.. Hehehe.. Wah dh masuk kan points korang.. Seronokla shopping

    ReplyDelete
  9. Tengok produk Althea ni, teringin nak Pakai semua tp bila tngok kewangan boleh try 1-2 je

    ReplyDelete
  10. Oh wow! spotted some of my favourite items juga la, the Petal Velvet Powder is my favourite.

    ReplyDelete
  11. Macam2 ada althea ni kan. Berpinar mata bila tengok

    ReplyDelete
  12. Banyak jugak yg sama dengan list emi, hehe. Stress sebab nak kena buat list 10 je. Hati tertarik banyak benda masalahnya.

    ReplyDelete
  13. Sally ada concealer tuuu...hehehe...eh, best kan jenama Klairs tuuu...

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)