Sedia Maklum, sejak Mei 2013 pentadbiran Negeri Johor telah memperkenalkan banyak inisiatif yang meletakkan keperluan dan hasrat bangsa Johor sebagai keutamaan. Malah, ia lebih penting bagi memastikan rakyat yang meletakkan amanah dan bergantung harap pada Kerajaan yang bekerja untuk mereka merasai sendiri inisiatif-inisiatif yang diwujudkan. Bersama-samalah kita bermuafakat dan menyumbang dalam apa jua bentuk yang akan membawa Johor ke tahap yang lebih baik supaya Johor menjadi negeri yang berkemajuan dengan usaha dan hasil yang telah kita laksanakan.
VISI & PELAN UNTUK JOHOR HARI INI DAN MASA HADAPAN
Menurut kata-kata dari YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin | Menteri Besar Johor pada 12 Nov 2013,
"Saya berikrar untuk membawa negeri Johor kepada satu pembangunan yang bersifat inklusif lagi bersepakat, pentadbiran yang mesra rakyat lagi telus, membentuk dasar-dasar ekonomi dan pembangunan yang berasaskan limpahan yang saksama, serta pembangunan yang mengutamakan pencapaian"MISI JOHOR SELARI WAWASAN 2020?
Johor sebagai negeri berpendapatan tinggi seta sebuah destinasi pilihan untuk pelaburan dan kehidupan yang berkualiti di mana kemajuan dan tradisi bergerak seiring. Ia merupakan pertumbuhan ekonomi yang saksama dan mampan didorong oleh teknologi baharu, infrastruktur moden, tenaga kerja yang berkemahiran tinggi, persekitaran perniagaan serta ekosistem yang berdaya maju dan berdaya saing, serta perkhidmatan awam yang cekap dan responsif.
KAMI MELETAKKAN KEPERLUAN DAN HARAPAN RAKYAT SEBAGAI KEUTAMAAN MELALUI SUARA HATI JOHOR
"Kerajaan yang berwibawa adalah kerajaan yang boleh menterjemahkan hasrat rakyat, idea rakyat dan kemahuan rakyat dalam bentuk dasar dan strategi yang memakmurkan dan mendatangkan rasa sejahtera pada bangsa"
YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin | Menteri Besar Johor | 31 Mei 2014
PELAN SUARA HATI JOHOR
Ia merupakan satu pelan pencapaian berlandaskan pemantauan, ukuran dan berstrategi bagi menangani fokus-fokus utama keperluan dan kehendak rakyat. Pelan ini mendukung 3 gagasan utama pentadbiran kerajan negeri Johor iaitu merakyatkan kerajaan, memperkasa muafakat Johor dan pembangunan pro-rakyat.
Pelan ini adalah kesinambungan dari inisiatif rundingan rakyat Kajian Suara Hati Johor yang telah dijalankan hasil kerjasama antara kerajaan Johor dan Universiti Teknologi Malaysia bagi mendapatkan maklumbalas permasalahan pembangunan rakyat di negeri Johor.
Antara 7 Fokus Utama Pelan ini adalah :
- Meningkatkan tahap keselamatan
- Menyediakan perumahan mampu milik
- Menangani kos sara hidup dan kesejahteraan rakyat
- Menyediakan kemudahan awam dan infrastruktur yang mencukupi
- Memartabatkan agama Islam
- Menyediakan perkhidmatan kesihatan yang cekap
- Meningkatkan tahap ekonomi dan pembangunan usahawan
JOHOR BERKEMAJUAN
"Kerajaan negeri Johor memperkenalkan Gagasan Johor Berkemajuan sebagai instrumen mewujudkan keseimbangan dalam pembangunan Johor yang inklusif pada masa depan"
YAB Dato' Mohamed Khaled Nordin | Menteri Besar Johor | 4 Feb 2016
PENCAPAIAN UTAMA JOHOR 2013-2018
KEMAJUAN SEMASA MENGIKUT ASPIRASI JOHOR BERKEMAJUAN
Johor Kuasa Ekonomi Selatan
Nampaknya Johor telah menguasai ekonomi selatan, dan peratus setiap tahun makin naik nilai KDNK Johor.
Keusahawanan Johor
Negeri Johor sering mengadakan hari atau karnival mengenai usahawan untuk bangsa Johor, supaya kita meningkatkan kemahiran yang kita ada tak kira dari segi kemahiran menjahit, berniaga, menanam, dan lain-lain.
Perumahan Johor
Bukan mudah nak dapatkan rumah yang harga masih bawah RM100,000.00. Tapi dengan adanya harga rumah murah mampu milik Johor ini, rakyat masih boleh dapatkannya.
Johor Prihatin
Memang tak dinafikan, hidup zaman sekarang ini kos sara makin lama makin meningkat. Jadi, Johor telah memberi inisiatif kepada golongan yang memerlukan seperti nelayan, warga emas, wanita, sukarelawan, orang kurang upaya (OKU) dan bantuan kesihatan penyakit kronik.
Johor Connectivity
Negeri Johor sentiasa memikirkan jaringan pengangkutan yang baik untuk rakyat terutama dari segi pengangkutan awam dan yang terbaru, Bas Muafakat Johor dilaksanakan dan sangat membantu rakyat dalam penggunaan harian. Begitu juga dengan infrastruktur bagi jalan kampung dan jalan negeri supaya sentiasa dalam keadaan selamat digunakan. Penggunaan WIFI amat diperlukan dan Johor telah memberi WIFI percuma di beberapa kawasan tertentu.
Johor Islami
Dalam kerajaan Johor, ia juga mengambil berat mengenai pendidikan Islam, infrastruktur bagi sekolah-sekolah agama kerajaan Johor dan lain-lain seperti agihan zakat.
Johor Berkemahiran
Johor membuka kepada rakyat yang boleh memberi kebolehpasaran, pendidikan dan kemahiran untuk mendapat biasiswa atau bantuan kewangan kepada yang betul-betul berminat mengembangkan kemahiran mereka.
Johor Selamat, Johor Berbudaya, Johor Lestari
Untuk lebih ringkas, anda boleh melihat rajah gambar di bawah ini mengenai pencapaian utama Johor sepanjang tahun 2013-2018.
MASA DEPAN KITA - DEKAD BAHARU JOHOR
Untuk masa depan kita, Kerajaan Negeri Johor fokus kepada :
- Prasarana Johor akan dibangunkan pada skala besar-besaran
- Perubahan drastik struktur ekonomi Johor dengan berpaksi dan berorientasikan ekonomi masa hadapan
- Memantapkan tatakelola kerajaan dan governans yang sesuai dengan keperluan dekad mendatang
- Menggandakan usaha besar-besaran untuk memastikan setiap putera-puteri bangsa Johor, dibangunkan pemikiran, bakat dan kemahirannya secara bersepadu
- Kelestarian alam sekitar, pemeliharaan budaya dan agama
- Kesejahteraan agama dan insan
Jika dipandang dari sudut serius, memang akan timbul pelbagai cabaran. Antara cabarannya adalah :
- Ia hanya boleh dilaksanakan oleh kerajaan yang mempunyai mandat yang besar dan kuat dari rakyat
- Kita memerlukan kepimpinan yang terpuji dan terbukti
- Kita memerlukan sistem yang berteraskan prestasi dan kerja keras
- Ia menuntut usaha kolektif semua pihak
MANFAAT DIRASAI SETIAP PERINGKAT UMUR
Dengan pembangunan Johor berkemajuan, semua peringkat umur dapat merasai manfaatnya samada dari bayi, pelajar sekolah, belia, dewasa dan juga warga emas. Rujuk gambar rajah di bawah untuk maklumat lanjut.
Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut lagi mengenai kad laporan pencapaian Johor 2013-2018, anda bolehlah melayari laman sesawang http://www.dekadbaharujohor.my/
#TeamJohor #DekadBaharuJohor
3 Comments
Johor maju. Ada Shad penah terbaca, Johor dalam usaha nak banyakkan lagi peluang pekerjaan, utk rakyat Johor, cukup peluang, dah xperlu keluar dari Johor utk cari kerja.. terbaik
ReplyDeleteJohor dah semakin maju. Untungnya rakyat Johor. Anak akak yang sulung orang Johor..senang nanti nak mintak kerja kat sana...hahaha..gurau jer..tapi akak tengok memang johor semakin membangun dengan pesat.sangat bagus membantu menjana ekonomi negara
ReplyDeleteTahniah johor..semoga terus maju.. Seronok pula tgk mcm2 pbaharuan dan perubahan yg ada. Tahniah bt pemimpin yg berusaha memberi kemudahan dan kesenangan pd rakyatnya.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)