Rahsia Miliki Kulit Cantik Mulus Persis Artis Korea | Memang tak dinafikan, sekarang ramai dah terikut trend dengan K-Pop dan juga K-beauty dari Korea. Tak terlepas juga dengan Wawa kerana produk kecantikan Korea ini nampaknya lebih sesuai dengan kulit orang Asia. Sebab dia lebih pada hydrasikan kulit muka. Produk kosmetik yang Wawa guna sekarang pun kebanyakan dari Korea. 


Memahami impian setiap gadis yang ingin memiliki kulit yang cantik mulus sekata persis artis Korea, SYAHIRAH kini telah mengeluarkan rangkaian baharu penjagaan kecantika dengan formulasi gabungan teknologi terkini dari Korea dengan ramuan bunga-bungaan terpilih dari Pulau Jeju Island, Korea iaitu Tri-Flower Essence. Ia dirumus khas untuk pencerahan dan penghidratan yang diperakui HALAL oleh JAKIM bagi tampil cantik mulus sekata.

SYAHIRAH Korean Secrets mempunyai 2 rangkaian penjagaan wajah iaitu rangkaian Hydra Soft dan White Glow bagi membuatkan kulit wajah cantik mulus sekata dan cerah berseri sepanjang hari. Untuk kali ini, Wawa akan review rangkaian Hydra Soft.



SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft 


Dirumus khas dengan agen penghidratan dari Tri-Flower Essence dan Teh Hijau dimana ia membantu membekalkan kelembapan supaya kulit sihat dan mulus sekata. Bukan itu sahaja, ia memiliki manfaat pencerahan serta mengandungi antioksidan yang tinggi untuk mengurangkan cela pada kulit agar ia kelihatan cantik mulus sekata secara semulajadi.

SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini mengandungi 5 produk hebat iaitu Skrub Muka, Gel Pembersih Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan. Dengan penggunaan rona biru aqua cerah, ia merupakan simbolik kepada kelembapan dan penghidratan bagi menyerlahkan lagi "personaliti Korea" anda!

5 pelengkap SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft iaitu :


1. Skrub Muka 
Diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit kelihatan lebih licin.


2. Gel Pembersih Muka
Membantu membersihkan kotoran disamping memelihara kelembapan kulit.


3. Penyegar Tanpa Alkohol
Membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekaligus menjadikan kulit lebih licin.


4. Krim Pelembap
Membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

5. Krim Kecantikan
Sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.

Cantik kan packaging SYAHIRAH KOREAN SECRETS? Jadi, buat anda gadis-gadis diluar sana yang inginkan kulit cantik mulus sekata persis artis Korea, boleh miliki produk ini tanpa ragu-ragu lagi kerana ianya sememangnya halal dan selamat digunakan. Produk ini boeleh didapati di seluruh Malaysia, termasuklah pasaraya utama dan farmasi-farmasi yang terpilih. 

Untuk maklumat lanjut, sila lawati atau hubungi mereka di :



Telefon : 03-87379122

Email : enquiries@syahirah.com.my