Wednesday, May 3, 2017

KLAVUU White Pearlsation Serum Mask Review




KLAVUU Serum Mask Review | Bila kita manjakan muka kita, part paling best adalah dengan bermasker. Kenapa? Sebab rasa macam suasana dalam spa gitu. Ibarat kita tengah terapikan muka kita untuk berehat sementara. Kalau korang pernah pergi mana-mana spa kecantikan, mesti ada buat facial face kan. Salah satunya mesti ada facial mask. Samada yang dah tersedia ada atau pun buat secara manual sapu kat muka.


So, kali ini Wawa nak review satu item ini iaitu WHITE PEARLSATION SERUM MASK oleh KLAVUU. Jika anda nak tahu, brand KLAVUU adalah dari original dari Korea dan tengah popular dikalangan selebriti mereka. Bukan itu sahaja, model Korean menyatakan di majalah Vogue bahawa Serum Mask KLAVUU adalah 'the best mask' di Korea. Wah, daebak! Baca link INI.


Sepanjang Wawa pakai mask ni, memang terasa sejuk dan lembut je muka. Mana taknya, kalau anda pegang mask itu sendiri akan merasa betapa lembutnya helaian mask tersebut berbanding dengan mask yang kita selalu guna di Malaysia. Serius! 

Mask ini mempunyai essence serum sebab itu kalau anda buka tengok banyak essence yang ada di mask tersebut. Kalau macam Wawa sebelum tepek kat muka, basuh muka dahulu dan lap bersih. Kemudian, Wawa perah dulu essence tu then baru pakai mask. Walaupun anda dah perah, mask tersebut masih okay lagi tau. Selepas 10-20 minit, cabut mask tersebut dan terasa kulit seakan bernafas baru. Barulah anda boleh dap dap dap kat bahagian muka supaya ia lebih serap dengan lebih cepat. Memang rasa fresh je muka. Lebihan essence yang diperah kalau masukkan dalam botol serum, boleh guna untuk harian. Atau anda nak sapu kat muka terus pun boleh.


Mask ini kalau nak lebih moist kulit muka, lebih baik guna semasa hendak tidur. Sebab time tidur dia betul-betul merehatkan kulit muka tanpa sebarang gangguan. Anda akan mendapati perbezaan di kulit muka anda apabila bangun pada keesokkan harinya.

Mengenai Serum Mask KLAVUU
  • Mudah meresap
  • Kulit terasa lembut bak sutera
  • Dihasilkan dengan Natural Pearl Korea ekstrak
  • Anti penuaan
  • Kulit kelihatan cerah (dalam seminggu)
  • Memberi kesan bersinar seperti mutiara
  • Membaiki kulit : jerawat dan pori terbuka
  • Melembapkan tanpa meninggalkan kesan berminyak

Gambar diatas merupakan testimoni dari Wawa sendiri, iaitu sebelum dan selepas menggunakan Serum Mask KLAVUU. Kalau anda lihat, kulit sebelum Wawa sangat kering dan tak berapa cerah dan kelihatan kusam sedikit. Selepas Wawa guna, kulit Wawa lebih glowing, licin dan kelihatan cerah dari sebelum ini. Ini kerana dengan kehadiran essence di dalam mask ini, ia memberi effect shining like a diamond! Hehe...

Yang paling best adalah, selepas guna mask ini kulit Wawa senang untuk apply apa-apa di muka dan kulit terasa lembut. Wawa sangat recommended Serum Mask KLAVUU ini untuk anda semua!

===================================================================

Nak beli mask ini? Check out at LAZADA! - Lazada KLAVUU

Lawati link berikut untuk maklumat lanjut :

Facebook : Klavuu Malaysia
Instagram : @klavuumalaysia




7 comments :

  1. Replies
    1. kan.... muka pon lembut je pas pakai

      Delete
  2. bagus guna mask ni kan.. :)

    http://www.kataubaid.com/2017/05/harga-tiket-top-komtar-pulau-pinang.html

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara