Pembekal Ayam Segar, Frozen & Halal Pernah tak korang beli ayam di pasaraya atau pasar awam tapi banyak ayam yang tidak di sembelih dan dibersihkan dengan betul? Dalam kes aku pernah terbeli ayam sebegitu. Macam family aku sangat menitikberatkan makanan mentah seperti ayam yang dibeli itu mestilah berada dalam keadaan yang sempurna keadaannya dan yang penting halal supaya yakin untuk dimakan. Yelah, tak semua tempat sembelih ayam dengan betul kan. Kadang ada je yang nampak leher ayam tak putus urat dengan betul.

Tapi sejak bermulanya PKP dari bulan Mac lagi, agak sukar untuk melakukan pergerakan keluar rumah untuk pergi ke pasar untuk membeli bahan-bahan mentah. Ramai yang cadangkan beli secara dalam talian atau upah runner je pergi belikan. Tapi aku tetap was-was untuk menyuruh orang luar belikan. Sebab aku seorang yang cerewet. Memandangkan aku kini duduk area kampung, dan seorang kadang-kadang malas nak menyiang ayam,  jadi aku lebih suka cari ayam frozen yang dah siap dibersihkan dan dipotong-potong bahagiannya, jadi aku cuba mencari orang menjual ayam frozen secara dalam talian. 

Kebetulan masa tengah mencari pembekal ayam frozen area kawasan rumah aku, Sis Awadah (rakan blogger) telah rekemenkan pada aku beli ayam Bismi dari pihak GoFrozz yang bertapak di Parit Sulong Batu Pahat Johor selepas beliau terlihat page GoFrozz di facebook. Korang kalau nak tahu cerita macam mana Sis Awadah berhubung dengan aku, bolehlah baca link entry beliau ini - Sis Awadah Rekemen Beli Ayam Frozen Dengan Pihak GoFrozz. Ya Allah, dekat sangatlah dengan area rumah aku. Jadi tanpa buang masa aku pun terus hubungi pihak GoFrozz untuk beli ayam frozen.

Perusahaan ayam Bismi ini telah diusahakan oleh Tuan Fahruz, pembekal ayam segar, frozen dan halalan toyyiban di Batu Pahat Johor tanpa suntikan dan bebas hormon. Jadi, ianya selamat untuk dimakan dan diyakini bersih. Buat pengetahuan semua, selain ayam Bismi frozen, pihak GoFrozz turut membekalkan ayam segar dan ayam peladang. Tapi, aku nak fokus cerita mengenai ayam Bismi (frozen) sahaja.

Kenapa Aku Pilih Ayam Bismi GoFrozz?

Seperti yang telah aku katakan, aku seorang yang ikut mood kalau nak menyiang ayam terutamanya. Kalau dah timbul mood malas tu memang payahlah nak tengok aku beli ayam yang belum siang, so bagi aku baik aku cari stok ayam yang telah dibekukan untuk seminggu dua sepanjang bulan puasa ini. Alhamdulillah, akhirnya aku dah jumpa ayam Bismi frozen keluaran GoFrozz.

Ini kerana ayam Bismi GoFrozz  diyakini bersih dan tiada suntikan serta bebas hormon. Jadi, tiadalah rupa birat-birat pada ayam. Sebab kadang-kadang kalau kita beli lama-lama akan nampak ayam tersebut jadi lebam kehijauan.

Ciri-Ciri Ayam Bismi GoFrozz :
  • Tanpa suntikan
  • Bebas hormon
  • Bebas sisa khinzir
  • Pemilik dan pekerja 100% muslim
  • Mempunyai sijil Halal dari Jakim
  • Segar dan siap dipotong
  • Hanya defrost (nyahbeku) dan bilas sahaja

Jadi korang dah tak perlu risau lagi mengenai ayam tidak disembelih dengan betul dan sebagainya. Ingat ayam frozen, ingatlah ayam Bismi! Diyakini halal, bersih dan segar.

Keistimewaan Ayam Bismi GoFrozz

Untuk pilihan aku kali ini adalah Ayam Bismi FFC iaitu :
  • Singkatan dari Freshly Frozen Chicken (ayam sejuk beku segar)
  • Siap dipotong 9 dan siap dibasuh
  • Ayam tersebut akan divacuum pek untuk dibekukan 
  • Jika ingin menggunakannya hanya perlu defrost (nyahbeku) dan bilas sahaja
  • 1 pek mempunyai semua bahagian (kecuali kepala, kaki & organ dalaman)
  • Mudah dan menjimatkan masa
  • Tahan selama 2 bulan jika disimpan 
So, bagi korang yang kurang mempunyai masa untuk potong dan siang ayam, korang bolehlah beli pek ayam Bismi ini bagi memudahkan kerja korang. Yang aku tak jangka ingatkan ayamnya kurus-kurus je, rupanya boleh tahan isinya padat dan gemok besar, rasanya pun nikmat je bila dimakan sebab penyembelihannya teliti, penternakannya halal dan tiada suntikan yang pastinya.

Kelebihan Ayam Bismi GoFrozz

Bukan itu sahaja, selain tanpa suntikan dan hormon, Ayam Bismi GoFrozz juga mempunya kelebihan yang lain. Antaranya ialah :
  • Bebas antibiotik yang diharamkan KKM
  • Mempunyai sijil Halal (JAKIM) dan MESTI (KKM)
  • Pakar sembelih yang diiktiraf Jabatan Agama Islam Kedah (JAIK)
  • 100% milik bumiputera
  • Mempunyai 18 buah ladang ayam di sekitar Kedah dengan jumlah kapasiti 1.8 juta ekor
  • Lebih 30 tahun mengendalikan Ayam Halal

Bagaimana dengan Servis Penghantaran GoFrozz?
Servis penghantaran GoFrozz dengan hanya membuat COD sahaja iaitu terus hantar sampai ke rumah. Area kawasan penghantaran yang dicover adalah sekitar Batu Pahat (tertakhluk pada jadual penghantaran). So, tak payah korang nak susah-susah pergi pickup ayam kat luar dah, tunggu je ayam sampai depan pintu rumah.
Selepas je Sis Awadah rekemenkan pada aku, aku terus hubungi GoFrozz nak beli ayam Bismi sejuk beku segar. Tak lama pun tunggu, deal waktu pagi dalam tengah hari dah sampai. Memang terbaik servis penghantaran GoFrozz. Alang-alang tu ehh, terbeli ayam segar dan peladang pula. Hihi...

Ada pelbagai variasi dan korang boleh pilih nak ayam apa. Kalau rasa tak nak dipotong, beli ayam segar potong 9. Depends pada pilihan yang diberikan masa nak membuat tempahan. 

Aku puas hati sebab selama ini tercari-cari kat mana ada jual ayam sejuk beku segar yang halal lagi selamat digunakan berbanding dengan ayam yang disuntik di pasar awam mahupun pasaraya lain. Akhirnya, jumpa ayam Bismi ini dan bolehlah aku menggunakannya ketika tiada masa disebabkan kerja atau sebaliknya. 

Haa, korang tengoklah isi ayam Bismi ni, besar-besar dan yang paling penting masih fresh dan elok lagi rupanya. Kalau beli kat pasaraya kan siap keluar darah meleleh dan lebam kehijauan, tapi ayam Bismi ini molek pulak isinya. Ishh, tak boleh jadi ni, kena tambah stok untuk raya nanti. Yelah, time raya nanti masa ada kedai buka kan? Atleast kena beli stok untuk seminggu raya nanti.

Aku sudah, korang bila lagi? Bagi yang menetap area Batu Pahat atau mempunyai keluarga mahupun ibubapa yang tinggal dikampung area sini dek kerana berjauhan disebabkan PKP, apa salahnya korang hadiahkan ayam Bismi frozen keluaran GoFrozz, pembekal ayam segar frozen ini kepada mereka untuk stok hari raya nanti bagi memudahkan mereka tak perlu nak siang dan potong ayam bagai.

Ehhh, siapa kata ayam Bismi untuk raya je? Korang boleh je beli untuk stok mingguan atau bulanan korang jika korang tiada masa untuk menyiang ayam. Sesiapa pun boleh beli ayam Bismi ini tau. Korang just contact je GoFrozz dan pilih nak beli ayam yang mana satu tapi kalau aku memang akan pilih ayam Bismi potong 9 ini. Easy and save my time! :D

Jika korang mempunyai pertanyaan lanjut mengenai Ayam Bismi GoFrozz #PejuangAyamHalal ini, korang bolehlah hubungi mereka di :

Facebook :

Whatsapp :