Argania | Sebenarnya dah lama dah draft tentang entry Argania ini dari masa raya lagi. Tapi disebabkan WA tak mencuba sepenuhnya lagi so WA hold dulu. Yelah, nak mencuba produk ni bukan boleh hari ini pakai ini, esok pakai lain. So kali ini barulah dapat nak review sepenuhnya.

Baru-baru ini WA berpeluang untuk mencuba local produk pula. Tapi local produk yang berasaskan minyak argan. Haa, Packagingnya sangat tertarik kerana ia menggunakan tumbuh-tumbuhan dimana ia diperbuat dengan bahan semula jadi seperti argan oil, lavender oil dan bergamot oil. Dan semestinya korang semua tahu akan kelebihan minyak argan pada kulit kan? WA memang addict dengan minyak argan tau especially bila nak makeup. Nak tahu sebab apa? Baca sampai habis. Hihi~

Dalam satu kotak ini mengandungi 4 jenis produk Argania iaitu Argania Facial Wash, Argania Facial Mist, Argania Light dan Argania Wonder Oil. Ada yang WA dah gunakan awal bulan lepas masa raya tu seperti facial wash dan mist sebab nak try dulu kan. But yang Argania Light dan Wonder Oil tak sempat nak try until lah early July. Yup, awal bulan haritu baru dapat cuba. Thats why entry ini hold dulu. So, jom kenali keempat-empat produk ini!

1. ARGANIA FACIAL WASH (Multi Action Cream Cleanser) 60ml - RM50
Direka dengan bentuk pump senang untuk digunakan dan lebih hygiene dan terpelihara kandungan didalamnya. Merupakan cream cleanser seperti yang dinyatakan, cleanser ini diformulasikan untuk menanggalkan sisa solekan serta kekotoran pada kulit, menyegar dan melegakan kulit tanpa meninggalkan kesan kerengsaan. Ia dihasilkan dengan Argan Oil dan Hyaluronic Acid untuk memperbaiki serta melembapkan kulit secara berpanjangan.

Apa yang bestnya sewaktu menggunakan cleanser ini, ia tidak mengeluarkan buih yang terlampau banyak seperti cleanser yang lain. WA suka cleanser seperti ini kerana ia tidak mengeluarkan minyak yang berlebihan dan membuat kulit terasa kasar disebabkan penghasilan buih yang banyak. Dan ia sesuai digunakan oleh semua jenis kulit dan tiada menggunakan sebarang bahan merbahaya seperti paraben dan SLS.

2. ARGANIA FACIAL MIST 60ml - RM50
Seperti biasa, facial mist dengan rekaan dalam bentuk botol spray ini dicipta untuk menaikkan tona kulit muka supaya kelihatan lebih segar, malah boleh digunakan pada bila-bila masa sahaja terutama ketika kulit terasa letih dan kering. Bahkan, bukan itu sahaja! Korang juga boleh menggunakannya sebagai setting spray sebelum dan selepas makeup untuk lock makeup supaya tahan lebih lama dan suitable for all skin types gaiiss!

Facial mist ini bertekstur watery, like as other mist too. Cepat meresap pada kulit dan membuat kulit rasa lebih segar dan sihat dengan kandungan bahan seperti Argan Oil, Rose Water dan Bergamot Oil. Macam WA, selalunya mist ini WA gunakan ketika sebelum dan selepas makeup supaya muka nampak segar sentiasa! To be honest, spray ini agak kuat & banyak kuantiti yang keluar bila spray, jadi dinasihatkan sedikit untuk spray dengan jarak yang betul ya. But overall its okay for me. Feel like it rejunavated my skin. Hihi!~

3. ARGANIA LIGHT 30ml -RM63
Argania Light ini telah dirumus khas dengan campuran Minyak Argan tulen bersama dengan Minyak Lavender dan Minyak Bergamot bagi menghasilkan pengaktifan untuk penyerapan yang lebih cepat dan menawarkan kelembapan berganda pada kulit. Sesuai digunakan untuk yang berkulit kering, berminyak dan sensitif dan sangat berkesan untuk menjana sel kulit baru.

Ianya mempunyai tekstur yang berminyak tetapi tidaklah terlalu pekat kerana ia mengandungi campuran minyak. Ia membantu meningkatkan tona kulit dan mengurangkan kedutan dan garisan pada kulit serta melembapkan kulit terutama kulit yang kering. Argania Light ini boleh digunakan sebelum atau bersama foundation untuk mendapatkan hasil yang lebih halus. Ianya sesuai digunakan untuk makeup harian, atau makeup light or natural.

4. ARGANIA WONDER OIL 30ml - RM50
Bekasnya sama seperti Argania Oil, cuma bahannya sahaja yang berbeza. Untuk Wonder Oil ini, ia menggunakan 100% pure Argan Oil iaitu Cold Pressed Argan Oil dimana ianya kaya dengan Vitamin E untuk membantu menyerap dengan lebih tinggi ke kulit bagi memberi kesan bersinar dan berseri kulitnya untuk memastikan kulit anda dilindungi. Wonder Oil ini sesuai digunakan pada kulit wajah, rambut dan badan terutama sekali bagi yang berkulit kering, berminyak dan sensitif.

Kelebihan yang ada pada Wonder Oil ini, ia dapat menghidrat dan menyuburkan kulit atau jadikannya sebagai moisturizer harian untuk orang yang berkulit kering terutamanya. Selain itu, ia juga dapat mengawal pengeluaran sebum dan minyak pada muka bagi yang berkulit oily. Bukan itu sahaja, ia membantu mengurangkan kulit kasar, menghilangkan kulit yang kusam serta memudarkan parut jerawat dan jeragat jika konsisten dalam penggunaan.

Tekstur sedikit pekat dari yang light kerana ia mempunyai pure argan oil. WA menggunakannya ketika hendak makeup heavy dan dipakai pada waktu malam. Bila keesokkan harinya, kulit rasa lembut dan lembap je. Serius tak tipu tau! Sebab tu WA suka dengan Argan Oil ni. Lock makeup dan tahan lebih lama gitu. Tapi WA tak try lagi dekat rambut dan badan sebab rasa sayang pula nak pakai banyak-banyak. Kekekekeke!~

Ini adalah hasil makeup menggunakan Argania Facial Mist dan Argania Wonder Oil. Makeup kelihatan lebih smooth seperti kulit yang licin. Padahal kulit tak seindah ini. Ini semuanya gara-gara Argania Wonder Oil! Hehehehe...

Argania selamat digunakan kerana ia mempunyai KKM dan juga sijil Halal JAKIM. Malah ianya diperbuat dari tumbuhan² semula jadi tanpa bahan yang merbahaya.

Untuk full video, korang boleh lihat di instagram WA sendiri dan search by hashtag #WAmakeuptutorial.

Honestly, after guna this product I love dengan bahan utamanya iaitu Argan Oil yang membantu dalam melembapkan kulit dan teksturnya yang tidak menghampakan. Manakala, setiap jenis produk ini juga mempunyai fragrance yang lembut dan lebih kepada bau aroma minyak sahaja.

Dalam makeup harian WA, memang akan memakai minyak untuk melembapkan kulit supaya tidak berminyak dan kering sepanjang hari. Malangnya minyak argan tersebut susah untuk didapati. Puas mencari sampai terjumpanya Argania ini, hidup kembali tersenyum! :) Selalunya argan oil ini WA jadikan sebagai pelembap atau primer untuk lock makeup juga. 

Jika korang berminat untuk mengenai lebih lanjut mengenai produk Argania, bolehlah hubungi laman yang tertera seperti berikut :

Website : 

Facebook : 

Instagram :