Kuey Teow Ladna | Sekembalinya WA bersiaran di blog setelah lama tak update entry untuk resepi. Hahaha. Tersangatlah busy tapi alhamdulillah views blog tak pernah turun walaupun jarang update. Thanks my readers!

Kali ini WA nak update resepi mee yang berkuah. Sebab WA sejenis suka makan mee berkuah. So, setelah sekian lama tak makan Kuey Teow, alang-alang kita up kat sini jelah sebagai simpanan kalau-kalau dah tua lupa resepi. Haha! Btw, ini resepi WA sendiri ada tokok tambah.

Kalau korang nak tahu, Kuey Teow Kung Fu dengan Ladna berbeza sikit ya. Kalau Kuey Teow Kung Fu, mee perlu digoreng dengan telur sahaja. kacau rata telur then tuang dalam mee dan gaul rata barulah goreng. Manakala, Kuey Teow Ladna pula, mee perlu digoreng dengan kicap sehingga mee bertukar warna hitam kicap.

(Hidangan untuk 4 orang) 

Bahan- Bahan :
  • 1kg kueyteow
  • 5 ulas bawang putih *diketuk
  • 4 batang cili api merah *diketuk
  • 1 kiub ayam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 ikat sayur sawi
  • 1/2 batang carrot *dipotong panjang/bulat belah dua
  • 1/3 bunga kobis
  • 3 biji tomato *dibelah 4
  • 3pcs fishcake
  • 1 plastik fishball
  • isi dada ayam *ikut suka banyak mana
  • 10-15 ekor udang
  • 4 biji telur
  • sedikit air tepung jagung
  • garam, ajinamoto & air
Cara masak Kuey Teow Ladna :

1. Gorengkan dahulu kueyteow bersama telur & sedikit kicap jika mahu berwarna. Buat macam pizza maggi. Ketepikan kueyteow yang sudah digoreng bersama telur. *skip kicap jika tak mahu

2. Tumiskan bawang putih bersama dengan cili api merah yang sudah diketuk. Sehingga naik bau tumis. Masukkan isi ayam dan udang (tak buang kulit pun boleh lagi best besar2). Dan diikuti dengan fishcake & fishball. Tumis sehingga naik bau.

3. Kemudian, masukkan air untuk kuah banyak mana nak. Masukkan kiub ayam, sos tiram beserta garam & ajinamoto secukup rasa. 

4. Selepas didih air, masukkan segala sayur-sayuran yang ada seperti carrot, bunga kobis, sawi kecuali tomato diakhir sekali.

5. Didih sekali lagi selepas masuk sayur, masukkan telur dan tepung jagung dan dikacau hingga rata sehingga telur pecah dalam kuah dan kuah menjadi pekat. 

6. Akhir sekali, masukkan tomato sebab tomato mudah masak. Then, siap untuk dihidang! 

~video ringkas kueyteow ladna~