Sunday, March 25, 2018

# hotel review # review

Percutian 4 Dalam 1 Di A Famosa Resort Melaka


A Famosa Resort Melaka | Tibanya cuti sekolah, mahupun cuti umum yang panjang, sudah tentu anda ingin membawa keluarga bercuti sambil tenangkan fikiran sambil menikmati percutian tersebut. Kalau boleh, tidak mahu ada gangguan ketika waktu bercuti. Pernahkah anda terpikir tempat menarik untuk anda bercuti di Melaka?

Melaka sememangnya yang sudah dikenali sebagai Bandaraya Melaka Bersejarah dan menjadi tarikan pelancong bahkan orang Malaysia untuk datang bercuti. WA sendiri apabila bercuti ke Melaka, WA akan fikir dahulu tempat yang sesuai untuk menginap. Kalau WA hanya bercuti bersama suami, WA lebih fokus pada tempat yang tenang dan tiada gangguan. Jika bercuti bersama keluarga dan membawa anak-anak kecil pula, WA akan mencari tempat menginap yang sesuai untuk mereka melakukan aktiviti luar.

Dalam banyak-banyak pilihan tempat bercuti di Melaka bersama keluarga, WA lebih selesa memilih percutian yang sekali pakej dengan aktiviti luar. Maksudnya, tempatnya tidaklah jauh dari tempat tinggal. Oleh itu, anda boleh memilih A Famosa Resort sebagai destinasi bercuti bersama keluarga. Nak tempah macam mana? Semestinya membuat tempahan dengan traveloka.

Untuk pergi ke A Famosa Resort sangat mudah, jika anda melalui laluan lebuhraya Utara Selatan, hanya perlu memasuki Plaza Tol Simpang Ampat Alor Gajah dan perjalanan menuju ke sana hanya 10 minit sahaja. Jika anda menyusuri jalan dari bandaraya Melaka, memerlukan 30 minit masa perjalanan  menuju ke A Famosa Resort. Anda boleh mengakses application Waze untuk memudahkan perjalanan anda jika tidak arif dengan laluan Melaka.

Masuk sahaja pintu A Famosa Resort, anda akan nampak pintu utama iaitu ruangan lobi untuk ke kaunter pendaftaran. Memang luas sangat dalam ini tau. Mempunyai pemandangan yang luas dan bersih. Sejuk mata memandanglah senang kata.

Tapi, kenapa dinamakan percutian 4 dalam 1? Haa, kalau nak tahu lebih kenalah baca sampai habis barulah anda tahu nanti. Kita lihat dahulu bilik-bilik apa yang disediakan di dalam A Famosa Resort ini beserta dengan kemudahan yang ada.

3 Jenis Tempat Penginapan Yang Selesa

Untuk memberi keselesaan dan kepuasan hati pelanggan, A Famosa Resort telah menyediakan 3 jenis tempat penginapan, samada anda ingin resort hotel, condo atau villa dengan harga berpatutan. Bilik-bilik tersebut dihiasi dengan perabot standard dengan pemandangan padang golf yang tenang beserta balkoni yang luas. Kesemua bilik dilengkapi dengan kemudahan yang mencukupi untuk memastikan penginapan yang selesa.

1. A Famosa Resort Hotel


Dengan kehadiran resort hotel, anda boleh membuat pilihan samada memilih standard room, superior atau suites. Jika anda ingin melihat pemandangan diluar, ada disediakan privasi balkoni individu sambil menikmati persekitaran yang selesa.

2. A Famosa Condotel


Jika anda inginkan suasana seperti berada di dalam bilik yang mewah, anda bolehlah memilih condotel ini samada hendak bilik yang mempunyai 2 tempat tidur atau 3 tempat tidur atau studio family. Malah, ruang tamu dan ruang menonton TV di asingkan dari tempat tidur seolah-olah kita berada di rumah kondominium yang mewah. Ianya  dapat memberi keselesaan dan kepuasan hati anda.

3. A Famosa Villa

Sangat menarik design A Famosa Villa ini kan? Siap ada private swimming pool lagi untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga anda. Jika anda mempunyai keluarga yang besar, sangat sesuai untuk memilih villa ini. Rekaannya yang menarik ini ibarat kita berada di rumah orang berada atau diluar negara.


Mengenai rekaan dalaman villa pula sangat cantik sekali. Malah, ia juga dilengkapi dengan pelbagai kemudahan seperti berada di rumah orang berada. Sudah tentu WA akan memilih villa ini jika bercuti bersama keluarga kerana dalam carian google, A Famosa Resort Villa on low prices dengan  platform website dari Traveloka. Harga sangat jauh murah berbanding dengan yang lain.

Apakah Kemudahan-Kemudahan Yang Disediakan Di A Famosa Resort Melaka?

Memang tidak dinafikan, jika bercuti semestinya kemudahan yang disediakan amat dititikberatkan. Ini kerana ia merupakan satu keperluan di samping dapat memberi kepuasan hati pelanggan. Antara kemudahan  asas yang ada di A Famosa Resort Melaka ini antaranya ialah :
  • Aircond
  • Parking
  • 24 hours front desk
  • Restoran / Cafe
  • Wifi / LAN Internet
  • Swimming Pool (Villa)
  • Room Services
  • Hall (for event)
Untuk kemudahan dalam bilik, ia turut menyediakan TV, meja, pengering rambut, dapur kecil, peti sejuk, tempat mandi shower, pemanas air dan lain-lain. Manakala, untuk kemudahan yang berhampiran seperti bank ATM, kedai hadiah dan kedai lain juga boleh didapati disini.

Apa Yang Menarik Di A Famosa Resort Melaka ini?

Okaylah, memandangkan ramai nak tahu apa yang menariknya bila bercuti di sini kerana ianya merupakan percutian 4 Dalam 1 di A Famosa Resort Melaka. Yelah, kita jarang jumpa tempat yang sekali pakej dengan aktiviti-aktiviti lain seperti tempat mandi-manda, lawati zoo. Kalau ada pun, mesti berasingan tempat menginap dan kemudian kena pergi tempat lain untuk aktiviti luar. Jadi, A Famosa Resortlah pilihan terbaik untuk membawa keluarga bercuti bersama-sama.

Percutian 4 Dalam 1 di A Famosa Resort Melaka

Percutian 4 Dalam 1 ini menarik kerana ia mempunyai tarikan yang berhampiran dengan resort. Antaranya ialah :

1. A Famosa Safari Wonderland

Di Safari Wonderland ini anda boleh berjalan ke taman haiwan dimana boleh melihat taring harimau  yang ganas dan menyentuh arnab yang jinak, malah boleh menunggang kuda, unta dan gajah. 

Anda juga boleh berjalan melalui flamingo (bangau pink), raccoon yang comel dan juga burung unta. Jika anda ingin melihat hidupan liar, anda juga boleh menaiki trak Safari Adventure Ride untuk melewati zirafah dan harimau, unta, gajah dan lain-lain.

Anda juga boleh menaiki rakit ke Pulau Monyet untuk melihat Capuchins kecil yang cerewet, tupai monyet dan beruk putih (white-hand Gibbon) dengan lebih dekat untuk bersentuh dan memberi makan kepada mereka.

Ada pelbagai lagi aktiviti menarik disini antaranya seperti pertemuan gajah, pertunjukkan haiwan-haiwan, burung-burung, rumah ladang untuk melihat jenis telur, ayam dan rabbit, rumah reptilia, dan juga melihat Orang Utan.

Waktu beroperasi Safari Wonderland pada pukul 9 pagi hingga 5 petang (setiap hari).

2. A Famosa Water Theme Park

Water Theme Park disini terkenal sebagai Taman Tema Air Terbesar di Malaysia. Dengan pelbagai aktiviti air seperti kolam sejuk, gelongsor yang panjang dan pelbagai bentuk, menarik perhatian pengunjung untuk mencuba aktiviti yang mengasyikkan ini. Lagi menarik jika anda hadir bersama keluarga tercinta sambil menikmati masa bergembira di A Famosa Water Theme Park.

Antara tempat mandi-manda yang disediakan untuk kanak-kanak adalah Arabian Village, Kids Adventure Pool. Tempat mandi-manda untuk keluarga pula ada 4 jenis iaitu Family Raft, Wave Pool, Sandy Beach dan Lazy River.

Lazy River

Jika anda inginkan aktiviti mandi-manda yang lebih mencabar, anda bolehlah mencuba Big Ice Cream, Wa Ha Ha, Hula Hula, Inner Tube dan High Speed Ride. Kebanyakkannya ramai orang dewasa memilih aktiviti yang lebih adventure ini dan berasa teruja dapat melakukannya.

Big Ice Cream merupakan salah satu ICE CREAM yang tertinggi dan terpanjang di Asia Tenggara dengan ketinggian 20.8 meter, luas diameter sebanyak 18.3 meter dan panjang keseluruhan 108 meter. 

Waktu beroperasi :
11 pagi - 7 malam (Isnin-Jumaat)
9 pagi - 7 malam (Sabtu & Ahad, Cuti Umum & Sekolah)
**Tutup setiap hari Selesa kecuali Cuti Umum & Sekolah

3. A Famosa Old West

Waktu malam adalah waktu untuk anda menyaksikan Red Indian Show (meniup api), karnival (perarakan muzik), 4D Theatre (rumah hantu & under water adventure), pertunjukkan bunga api, fun fair dan juga taman tema kanak-kanak (Rodeo, Mini jet, Trampolin, Bot Pirate, Memanah dan lain-lain). Old West dikenali kerana mempunyai pelbagai kedai hiburan seperti restoran, pusat permainan bagi membuat anda berasa seronok kegembiraan menikmati malam tersebut.

Waktu beroperasi Old West hanya pada pukul 9 malam hingga 12 pagi (setiap hari).

4. Freeport A Famosa Outlet

Freeport A Famosa Outlet menawarkan lebih daripada 70 jenama fesyen, sukan dan aksesori. Cawangan ini terletak di pusat membeli-belah terbuka yang memaparkan tasik, air pancut, karusel dan kincir angin dengan seni bina yang bertemakan secara meluas di warisan Belanda Melaka.

Di dalam Freeport A Famosa Outlet ini mempunyai pelbagai aneka kedai seperti kedai kecantikan dan wangian, kanak-kanak, fesyen, makanan dan minuman, konsep rekaan rumah, kedai optik dan aksesori, kedai kasut, beg dan bagasi, dan juga kedai pakaian sukan. Jadi, anda boleh membeli-belah disini atau mencuci mata melihat rekaan yang ada. Keadaan disini lebih kurang seperti masuk ke dalam Johor Premium Outlet. 

===========================================================================

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencuba sukan dan rekreasi di A Famosa Resort ini dengan pelbagai aktiviti sukan yang disediakan seperti menunggang kuda, go kart, rock climbing,  layang-layang terbang, memancing atau boleh mencuba permainan paintball game dan lain-lain.

Waktu beroperasi hanya pada pukul 11 pagi - 7 malam (Isnin-Ahad)
** Tutup setiap hari Selesa kecuali cuti umum & sekolah

Bahkan, ada juga padang golf untuk mereka yang ingin mengisi waktu lapang mereka dengan bermain golf di sana. 

===========================================================================

Banyak kan aktiviti yang ada di A Famosa Resort Melaka ini? Memang tak puaslah kalau hanya tidur satu malam sahaja disini. Alang-alang datang bercuti bersama keluarga, apa kata ambil percutian yang lama sedikit sambil menikmati kemudahan dan aktiviti yang disediakan. Barulah berbaloi, betul tak?

Kalau anda ingin membuat tempahan percutian 4 dalam 1 di A Famosa Resort Melaka, anda hanya perlu mengakses laman sesawang Traveloka ini - Booking A Famosa Resort dengan Traveloka

26 comments:

  1. byk juga nohh tempat menarik kalau dapat jejak kaki ke Melaka..nak kena bawa anak2 p berjalan kot sana dah rasanya hujung tahun ni

    ReplyDelete
  2. dah gi melaka 3 tahun lepas.. dok kat hotel x best.. lepas ni nak gi sne boleh refer traveloka plk la.. tgk cantik2 je

    ReplyDelete
  3. A famosa villa tu lawa la view dia..zaza pun lama dah tak jln melaka.. Wawa sharing ni byk lg tempat zaza tak terjah.. Bila la nak pi jalan melaka.. 😚

    ReplyDelete
  4. ala ni yg buat nak pi melaka lagi ni..last pi tahun 2015 haha

    ReplyDelete
  5. Baru tahu pasal Condotel tu, best kalau berjalan ke Melaka. sesuai la bawak satu family ke A Famosa ni sebab semuanya lengkap, sesuai untuk semua golongan. Rasanya anak-anak paling gembira kalau bawa ke situ.

    ReplyDelete
  6. Makin meriah la AFamosa , banyak port dah sekarang ni berdekatan. Ty memang suka gi jejalan Melaka walaupun jem giler sana.

    ReplyDelete
  7. Wah menarik nampak mewah bilik villa tu lepas macam2 ada nanti boleh masuk list pencutian gak ni boleh jumpa kakak n anak2 saudara kat sana hihihi

    ReplyDelete
  8. Melaka memang best..terutamnya nya bab makan..hahah..Memang ada perancangan nak kemelaka lagi nanti..

    ReplyDelete
  9. Wahh... saya yang orang Melaka pun sebenarnya tak habis lagi teroka semuanya. Memang satu hari kena jalan2 jugalah meneroka tempat2 menarik di Melaka ni!

    ReplyDelete
  10. Erm.. nama je kawen ngn org melaka. Tp x habih jelajah lagi. Plan nk bercuti tu ada. Tgh plan. Sbb ddy dorang bukan senang nak cuti. Kalau a famosa ni x jauh pun dari gemas. Kita sllu je ke Outlet A famosa tu.pp

    ReplyDelete
  11. Menariknya a famosa resort ni. Villanya pun cantik..huishh ada macam-macam aktiviti. Ni tan sabar nak pergi melaka. Boleh rekemen family.

    ReplyDelete
  12. saya pernah pergi a famosa resort dulu. sgt best dan macam macam boleh buat kat sana

    ReplyDelete
  13. Melaka memang ba yak tempat menarik.akak oernah tidur dekat a famosa resort sbb ada family day tempat kerja suami kat sana. Sekarang nih banyak tempat menarik akak tak terpergi sebab suami dah sibuk kerja payah sikit nak jenjalan

    ReplyDelete
  14. Melaka memang macam-macam bleh buat. Tapi tulah nak memikir bawa anak kemana yang pening. Nak bg mereka busy tu Elok pi afamosa. Nanti plan next cuti sekolah. Hehe

    ReplyDelete
  15. Melaka memang banyak aktiviti best macam ni. Tapi lagi best kalau ada bas yang direct ke sana.

    ReplyDelete
  16. Mommy banyak kali dah g melaka. Rupanya banyak lagi tempat menRik di melaka ni..

    ReplyDelete
  17. Melaka banyak tempat menarik dan tahun demi tahun ada je tarikan baru di melaka..sampai dh x boleh nak keep track..kena jelajah melaka la nampaknya 2-3 hari baru puas berjalan kan

    ReplyDelete
  18. wah melaka memang best memang tempat tarikan rakyat malaysia sendiri pun suka ke sana especially I la, rasa macam dah lama tak jejak situ tahun ni sebab kos travel tu agak mahaiii la nowadays, rasa macam tak berbaloi lak nak berjalan jalan bila fikir balik..

    ReplyDelete
  19. pernah sampai satu masa dulu. kena repeat balik sebab anak2 yang sekarang tak pernah sampai. sebenarnya kat melaka mmg banyak tempat lawati. dan semuanya menarik pula tu

    ReplyDelete
  20. Sis kalau nk cuti2 sama keluarga mmg rajin ke Afamosa ni..duduk di villa best boleh bbq..byk aktiviti boleh buat dlm afamosa bersama keluarga

    ReplyDelete
  21. Seronoknya. Nanti kita pun nak pergi Melaka jugalah, kena rancang awal-awal kalau budak superheroes 4 orang ni bila nak jalan jauh.

    ReplyDelete
  22. Melaka ni dah jadi macam kampung ke-2 kami, hujung minggu kalau tak de aktivit, konfem drive ke Melaka JJCM. Hari tu pun ada gath dgn famili wife pun kt A Famosa villa. Series, Melaka ni byk tempat best, tempat makan best, dan tempat lepak best..

    ReplyDelete
  23. memang best sangat pergi melaka ni..plan tahun depan pulak nak ke sana..bab makan2 mmg la heaven ke melaka..

    ReplyDelete
  24. Definitely miss heading here, when I was younger I used to go all the time. It certainly has been a while since I have head back. Will need to do so too with the family- it still looks as great as I remember it.

    ReplyDelete
  25. Ni dekat U akak dulu..UniKL..melaka tu..A famosa ni mmg best..byk gak clasmate sewa kt condo tu...almost every week pi lepak kt rumah diorg utk mandi pool...
    Safari n water theme park tu mmg best..zman akk duk tu big ice crean xda lg

    ReplyDelete
  26. Menarik ni.. Macam boleh jadi lokasi anniversary celebration je ni.. Anak2 pun seronok tempat gini kan!

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)