Saturday, March 25, 2017

Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1)



Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) | Alhamdulillah, baru- baru ini team JDT Blogger telah berjaya melaksanakan program pertama yang dianjurkan oleh team kami sendiri. Syukur ke hadrat Illahi kerana dapat menyempurnakan majlis ini dengan lancar. 


Program ini adalah Program Kasih JDT Blogger bersama Anak-Anak Yatim (Siri 1) pada 4 Mac 2017 bertempat di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Kluang (PKAYIK). Antara isi-isi yang sempat kami laksanakan di dalam majlis ini ialah aktiviti gotong-royong, penyerahan sumbangan orang ramai dan juga sambutan hari lahir disana.

bergambar bersama anak yatim PKAYIK semasa lawat kawasan sebelum kejadian

PERJALANAN MAJLIS PADA HARI KEJADIAN

Sesi perkenalan ringkas JDT Blogger dan ucapan dari Emcee

Majlis bermula pada awal pagi bertempat di Dewan Ikhlas PKAYIK dengan sesi perkenalan dari blogger-blogger yang hadir dan sedikit ucapan dari emcee sebelum bermula acara.

Emcee cute kita iaitu Uyul Rosli 

Para JDT Blogger yang hadir Yaya Cendana , Helmi Julia, Hernee Nazir, Mama Normas, Rohaida Yusof, Mia Liana, Mar Mansor

Aktiviti Gotong-Royong

Selepas itu, bermulanya aktiviti gotong-royong dengan pembahagian kepada 4 kumpulan bersama anak-anak yatim dan team kami. Aktiviti ini dilakukan secara santai sambil mengenali anak-anak yatim dengan lebih dekat lagi. Tapi sebelum bermula gotong-royong, kami bergambar bersama untuk warm up diri dan juga sebagai gambar kenangan. Hehehe..


Atas - Gambar formal
Bawah - Gambar freestyle


Pembahagian kumpulan untuk putera dan puteri anak-anak yatim


Sebelum mula gotong-royong, kita bergambar dahulu bersama anak-anak yatim. Wawa dapat sekumpulan dengan kak Hernee Nazir dan handle untuk membersihkan kawasan aspura.

 semangat mereka bergotong-royong beramai-ramai


bersih sudah kemas aspura

Penyerahan Sumbangan Orang Ramai

Kemudian, aktiviti seterusnya adalah menyerahkan sumbangan orang ramai berupa barangan dan juga wang tunai cash kepada Yang Di-Pertua PKAYIK iaitu Dato' Hj Gapar bin Gurrohu.

Penyerahan Sumbangan berbentuk wang tunai kepada PKAYIK

Antara barang-barang sumbangan orang ramai untuk anak-anak yatim 

Terima kasih kepada para penyumbang barangan mahupun wang tunai, moga Allah membalas budi baik kalian dan semoga dengan sumbangan ini, kita dapat meringankan beban mereka dan menggembirakan hati mereka.

Sambutan Hari Lahir

Sebelum berakhir program ini, kita meraikan anak-anak yatim dengan membuat sambutan hari lahir bagi anak-anak yatim yang menyambut kelahiran pada bulan Januari - Mac bersama anak-anak yatim yang lain beserta staff PKAYIK dan tetamu yang hadir.





Terima kasih juga kepada para sponsor yang terlibat dan anak-anak yatim disini sangat gembira dengan program ini. Kelihatan dari riak wajah mereka memang tersangat gembira dan syukur alhamdulillah, program berjalan dengan lancar hingga ke penghujungnya.

orang-orang kuat melaksanakan program. Tahniah buat semua!

Nantikan next entry dari Wawa untuk senarai sponsor-sponsor yang terlibat, tanpa mereka juga majlis tidak akan lengkap dan sempurna. See u next entry ! :)

4 comments:

  1. Alhamdulillah semua berjalan lancar.. nampak muka kegembiraan anak2 terpilih tu semua... Syabas!

    ReplyDelete
    Replies
    1. syukur alhamdulillah ena... hehe,, mekasih! :)

      Delete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)