Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Sunday, May 20, 2026

Resepi Ikan Pari Masak Pecel

10:28 PM 30 Comments

Resepi Ikan Pari Masak Pecel | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan yang ke-5 kita berpuasa pada tahun ini. Bulan-bulan puasa ini, banyak dugaannya kan? Lagi-lagi kalau nampak resepi makanan. Tapi, tahukah anda, dari situ anda ada idea untuk masak apa. Kurangkanlah upload gambar semata-mata dengan caption 'alangkah sedapnya jika dapat air limau asam boi fresh' dengan gambar menggiurkan. Hahaha! Kalau share resepi dapat pahala gak kan? Hihi...

Kali ini, WA nak share resepi dari mak mertua. Korang pernah makan pecel? Serius sebelum kahwin WA tak tahu apa itu pecel dan cara masak macam mana. Haha! Maklumlah orang bandar. Tapi oklah kan orang bandar belajar masak lauk kampung. Dari orang kampung jadi orang bandar tak tahu apa-apa. Gurau jelahh~ Sedappp uuii.. Bahan utama mesti ada kencur atau daun kencur. Malas nak bebel panjang, jom layan resepi dari kampung. 


Bahan-Bahan :
1. Satu ekor ikan pari
2. Bawang putih 5 ulas (tumbuk)
3. Bawang Besar 1 Ulas (tumbuk)
4. Halia 1/2 inci (tumbuk)
5. 4-8 batang cili api (tumbuk)
6. Isi kencur (tumbuk)
7. Daun kencur 5 helai (hiris)
8. Santan kotak kecil

Cara Memasak :
1. Belah ikan pari ikut berapa yang kita mahu. Bakar separuh masak supaya isi ikan tidak pecah.

2. Tumbukkan bahan yang perlu ditumbuk dengan halus/kasar sedikit, kemudian rebuskan bahan yang ditumbuk dengan air. Tidak menumisnya. Terus rebus sekali dengan air (ikut banyak mana nak air) WA letak separuh dahulu. Kemudian, baru tambah kalau mahu kuah lebih.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan pari dan masak semula bagi ia betul-betul masak.

4. Kemudian, letakkan santan (ikut suka rasa lemak atau tak) dan secubit garam dan ajinamoto ikut rasa anda. Dalam gambar kuah tidak berwarna sangat sebab cili tidak banyak & pedas. Kalau pedas ia akan berwarna hijau kemerahan sedikit.

4. Last, letakkan daun kencur bagi menaikkan lagi bau aroma pecel.

5. Siap! 

Mudah kan? WA confuse samada perlu tumis atau tidak. Tapi dua-dua cara boleh digunakan samada menumis atau rebus sahaja. Kalau anda teringin nak buat pecel tapi tak tahu, bolehlah try buat. Sedap sampai jilat jari. Sebelum ni tahu buat ikan pari masak asam pedas je, rupanya masak pecel pun boleh. Hehehhe....

Tuesday, May 15, 2026

Cara Buat Vietnam Roll & Sos Dengan Mudah

10:50 PM 30 Comments

Resepi Vietnam Roll | Sejak kebelakangan ini, macam-macam makanan luar negara masuk ke dalam Malaysia cumanya tak tahu halal atau tidak. Tapi sekarang mudah nak dapatkan sebab boleh homemade sendiri. Kali ini, WA nak bawakan resepi mudah dari Vietnam iaitu Vietnam Roll.

Dulu, masa mula-mula viral Vietnam Roll dekat Malaysia, berpusu-pusu orang mencari cara buat ni. Dan susah nak jumpa rice paper untuk balut ni. Yelah, sebab dari Vietnam je ada jual. Tapi korang jangan risau tau sebab rice paper ni ada yang halal dari Vietnam. Jangan beli yang tak ada logo halal dari Vietnam pula ye. Jom layan cara buat Vietnam Roll beserta sos versi WA sendiri.

Homemade Vietnam Roll

Bahan-Bahan Diperlukan :

1. Rice paper
2. Meehoon @ Soohoon
3. Salad
4. Isi ketam
5. Udang 
6. Carrot

**anda boleh menambah bahan lain seperti daun mint atau timun dan lain-lain.

Bahan Untuk Sos Pencicah :

1. Sos Cili Thai
2. Bawang Putih (potong dadu) *4 ulas
3. Cili api (potong bulat) *6 tangkai
4. Tepung jagung (pekatkan kuah) *1 sudu besar

**nak sedap lagi boleh tambah peanut butter/kacang yang telah ditumbuk

Step By Step :


1. Celup dahulu carrot, isi ketam dan udang di dalam air yang mendidih kecuali salad dan soohoon. Soohoon anda boleh rendamkan dengan air panas suam sahaja sebab ia mudah masak. Untuk udang pula, anda boleh goreng/celup kemudian baru buang kulit. Kalau tidak akan jadi macam udang WA jadi kecut sebab dah buang kulit dulu. Hehe..

2. Ambil rice paper dan celup ke dalam air yang suam/air biasa suhunya. Jangan gunakan air panas dikhuatiri rice paper anda cepat lencun dan mudah terkoyak semasa hendak menggulung. Dan jangan pula terlalu keras rice papernya. WA celup ke dalam air suam biasa sahaja.

3. Susun susunan ikut kreativiti anda. WA suka buat begini sebab mudah untuk digulung nanti. Pastikan anda lapik rice paper yang telah dicelup di atas pinggan/lapik yang licin bukan atas kayu papan. Takut ia mudah melekat. Susun dahulu salad, soohoon, carrot, kemudian letak udang/isi ketam seperti dalam gambar. Kemudian lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.

4. Pastikan anda tidak buat terlalu tebal untuk halang rice paper mudah koyak.

5. Kemudian, siap. Boleh cicah sos!

Cara Membuat Sos Vietnam Roll :

1. Bawang putih, cili api di tumis sekejap bagi ia betul-betul masak. Minyak masak sedikit sahaja buat syarat. 

2. Kemudian, tuangkan sos cili Thai dalam setengah botol. 

3. Tuangkan air sedikit (ikut banyak mana nak sosnya).

4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan tabur sedikit garam buat rasa dan kacau sehingga rata dan mendidih.


Sangat mudah kan? Boleh dibuat sebagai menu diet juga tau. Mudah dan mengenyangkan! Jom cuba resepi mudah buat Vietnam Roll ini.


Friday, March 9, 2026

Resepi Spaghetti Carbonara Cara Mudah

11:00 PM 21 Comments

Spaghetti Carbonara | Hai semua.. WA nak update resepi western kali ini. Alaa, spaghetti carbonara tu.. WA kadang-kadang panggil spaghetti putih aje. Hahaha! Mesti korang dah tahu kan? Tak apa, WA nak update juga untuk koleksi resepi mudah WA dalam blog. Hehehe.. Jom layann!


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Bahan-bahan :
  • Spaghetti 1 bungkus
  • Bawang putih 3 ulang potong dadu
  • Daging kisar (daging/ayam)
  • Udang 10-15 ekor
  • Cendawan butang 1 tin
  • Sosej (ikut nak banyak mana)
  • Sos prego cendawan asli (warna biru)
  • Sos krim prego kecil cheese (warna kuning)
  • Serbuk lada hitam sedikit
Cara-cara memasak :

1. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau. 

2. Masukkan ayam kisar sehingga ia masak sebati. Kemudian, masukkan udang beserta serbuk lada hitam. Masukkan sedikit ajinamoto & garam dan gaul rata sehingga masak kesemuanya.

3. Then, masukkan cendawang butang dan sosej dan gaul rata sehingga masak sepenuhnya. Masa ini sekejap je tak payah nak lama-lama nanti hangus kang. Hehehe...

 4. Kemudian, tiba masa untuk masukkan sos spaghetti prego. Sos carbonara ni ada banyak. Ikut korang nak perisa apa. Macam WA ambil yang asli punya warna biru. Then tambah dengan sos prego krim tin warna kuning (cheese). WA tak beli cheese slide sebab bazir tak guna banyak.

5. Akhir sekali masukkan susu kotak dutch lady yang full cream. WA beli yang kotak kecil yang minum tu je. Bagi tambah rasa lemak-lemak manis sikit. Then, kalau rasa pekat tambahlah air sikit.

6. Ini WA tambah sendiri. Tambah meatball sikit. Tengok ada baki kat peti ais baik guna campurkan sekali. Kalau taknak, korang skip je tau bebola daging ni. Tak wajib pun. Hehehe.. Siap!!

Thursday, March 1, 2026

Resepi Mudah Ayam Masak Cili Api

12:10 AM 24 Comments

Resepi Ayam Cili Api | Hai semua. Dah lama WA tak update entri mengenai resepi kan? Sebenarnya banyak nak up tapi asal masak je lupa nak snap dulu gambar masak apa. Sebab lapar sangat tu yang lupa. Haha! Baca betul-betul ye, resepi ayam masak cili api, bukan ayam masak lemak cili api tau.

Resepi yang WA buat semuanya mudah dan jenis campak-campak tapi rasa dia marvellous.. Amboi, puji masakan sendiri. Hahaha! Siapa lagi nak puji kan? Ekekekeke... Ala, kalau geng mak-mak ni confirm dan pakar sangat resepi ni. Tapi ada aku kesah? Orang bujang mencari jugak resepi mudah + campak mencampak ni. Hehehe.. Jom layan resepi campak....

RESEPI AYAM MASAK CILI API


Bahan-bahan :
  • Ayam 1 ekor 
  • Bawang besar 1 ulas
  • Bawang putih 5 ulas
  • Halia (stgh inci)
  • Cili api hijau + merah (ikut suka banyak mana)
  • Kentang (potong belah 4/6)
  • Serbuk kunyit (sikit buat pewarna)
Cara memasak :

1. Potong ayam samada dadu ke apa. WA suka potong kecil-kecil sebab comel.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan yang ditumbuk lumut iaitu bawang besar, bawang putih, halia dan cili api. Dan taburkan sedikit serbuk kunyit. Tumis sehingga naik bau. 
3. Masukkan kentang dan hempukkan kentang dahulu. Jika takut kentang lambat hempuk, goreng terlebih dahulu kentang separa masak.
4. Kemudian, masukkan garam dan ajinamoto sebagai perisa tambahan. Dan masukkan ayam yang telah dipotong sehingga masak. Jika anda sukakan lauk berkuah, boleh tambah air sedikit dalam masakan. Tapi jangan terlampau banyak.
5. Dah siap dan hidang!


Amacam? Tersangatlah simple kan? Kalau takde idea nak masak apa, boleh je try resepi mudah dan campak-campak ni. Rasa pun sedap. Hehehe... Selamat mencuba korang!

Thursday, January 18, 2026

Resepi Asam Pedas Ayam Pencen

6:54 AM 22 Comments

Asam Pedas Ayam Pencen | Korang layan tak ayam pencen ni? Area bandar susah tau nak jumpa ayam pencen. Duduk kawasan kampung ni senang je nak jumpa ayam pencen. Murah pun murah. Tapi ada orang tak berapa suka ayam pencen sebab liat. Nak petua ayam pencen tak liat? Senang je, korang rebus ayam pencen tu sampai air dah nak kering. Barulah masak apa-apa jenis makanan.

Kali ini WA nak bagi resepi masak asam pedas ayam pencen versi WA. Memang ketinggalan sebab resepi asam pedas bersepah. Hahaha. Dan ramai tahu. Tapi tak mengapa kita buat juga resepi versi kita sendiri. Jom kita layan resepi.....


RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan :

  • Ayam pencen seekor potong 8 ke 12 ke ikut suka (direbus dahulu)
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang besar 1 ulas (kalau bawang merah dalam 5-7 ulas)
  • Halia 1 inci
  • Serbuk kunyit setengah sudu besar (kalau kunyit hidup 1 inci)
  • Cili kering 15-20 tangkai (ikut nak pedas mana)
  • Daun kesum 1-2 tangkai (kalau tak ada, guna 1 bunga kantan)
  • Asam jawa 1 sudu besar 
Cara memasak :

1. Masukkan bahan-bahan yang di blender (bawang putih,bawang besar,halia, cili kering) serta serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau dan garing. 

2. Kemudian, masukkan ayam pencen dan gaul rata sehingga sebati rencah pada ayam tersebut. Biarkan beberapa minit.

3. Masukkan  daun kesum dan asam jawa. Kemudian gaul rata semula. 

4. Letak air ikut suka nak banyak mana kuahnya dan jangan lupa bagi ajinamoto dan garam secukup rasa. Kemudian, siap dan hidang!


Haa, amacam... Senang kan  buat asam pedas ni? Kalau korang suka kuah pekat, arwah mak pernah cakap letak lebih bawang besar sebab ia boleh pekatkan kuah asam pedas. Yang penting air tu jangan terlebih sudah. Hehehe...

p/s : Maaflah sebab tak ada gambar official yang cantik-cantik sebab memang tak sempat nak snap betul-betul.. jadi terimalah gambar kuali dengan senduk sudip tu yee :D


Tuesday, January 9, 2026

Resepi Mudah Macaroni Goreng

4:14 PM 10 Comments

Resepi Makaroni Goreng | Hi, kali ini WA up entri untuk resepi pula. Sekali-sekala apa salahnya kan? Hehehe. Siapa sini suka makaroni goreng? Kita geng yeayy!! :) Sebenarnya WA dah lama nak buat makaroni goreng, tapi disebabkan dalam famili majoriti tak minat makaroni, jadi WA hold buat. Husband pon bukan jenis melayan makan makanan macam ini. 

Tapi disebabkan dah tak tahan sangat asyik hold je buat makaroni ni, yelah kalau buat sikit je sorang makan, memang tak bestlah baik beli yang dah siap kan? Tapi haritu WA tak tahan sangat so WA buat je banyak. Seharian makan makaroni je. Hahaha... Jom layan resepi cincai dari WA :)

Maaf tak ada gambar yang cantik

RESEPI MAKARONI GORENG

Bahan-bahan :
  • Bawang besar 1 ulas
  • Bawang putih 3/4 ulas
  • Halia sedikit sahaja 
  • Cili kering (sejemput) - ikut suka nak pedas mana
  • Daging Kisar Ramly (pek kecil ada 2 keping) - guna sekeping je
  • Makaroni Kimball 400g - sepeket
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap 1 sudu besar
  • Tomato Puri tin (sos tomato pun boleh) - 1 sudu besar
  • Ajinamoto & garam secukup rasa
**Blender bahan no 1-5 seperti blender nak buat sambal tumis

Bahan tambahan :
  • Carrot (belah 2 macam dalam gambar)
  • Sosej (potong bulat)
  • Ayam (potong dadu) - nak letak boleh tak letak pun takpe

Cara masak Makaroni Goreng :

1. Rebus dahulu makaroni sehingga lembut kemudian toskan dan sapu dengan minyak sedikit supaya ia tidak melekat sebelum menggoreng.

2. Tumis bahan yang diblender dan daging kisar sehingga garing dan naik bau. 

3. Kemudian masukkan garam & ajinamoto secukup rasa. Dan masukkan kicap, tomato puri & sos tiram ikut rasa kita. Kalau nak sos tiram banyak, jangan letak garam banyak nanti masin kang.

4. Dah sebati bahan tadi, masukkan pula bahan tambahan seperti carrot, sosej dan ayam.

5. Akhir sekali, masukkan terus makaroni dan gaul sehingga sebati dengan rencahnya.

Maka, terhasilnya makaroni goreng versi WA. Walaupun rupanya agak kelam sebab lighting tak cantik, tapi rasanya umpphhhh sangat! Hehehehe...

Selamat mencuba semua.......

Tuesday, December 5, 2025

Resepi Cheesekut Menggunakan 5 Bahan Sahaja

10:01 PM 10 Comments

Cara Buat Cheesekut | Hai asslamualaikum readers. Dah lama WA tak update entri resepi kan? Asyik beauty je apa kata tukar kejap selera? Hehehe... Kali ini WA nak buat satu resepi mudah tanpa perlu guna mesin pembancuh atau pun oven atau guna dapur gas. Memang mudah sangat. Walaupun ramai dah tahu, tapi WA nak buat juga untuk koleksi WA punya.

Siapa di sini penggemar cheese? Anda wajib tengok resepi semudah ABC ini. Buat dia pun sangatlah senang tak payah pening-pening kalau tak ada mesin tak ada karen. Hahaha! Jom layan resepi mudah buat cheesekut versi WA.

CHEESKUT NESTUM


Bahan yang digunakan :
  • Cream cheese Tartura (250ml)
  • Biskut kosong cracker Original (Hup Seng)
  • Susu pekat (apa-apa jenama)
  • Susu kotak Dutch Lady Full Cream (kotak kecik cukup)
  • Nestum Original
CARA BUAT CHEESEKUT


1. Masukkan 250ml cream cheese, 4 sudu besar susu pekat (boleh kurang kepada 2/3 sudu jika tak nak manis) dan 2 sudu besar susu kotak. Kemudian, pukul dengan sebati hingga hilang ketul-ketulan cheese tersebut. 


2. Kemudian, untuk step susunan dalam bekas, tuang sedikit susu kotak dan celup sebentar sahaja biskut-biskut supaya ianya lembap. Jangan lama-lama nanti dah hancur tak lawa. 


3. Susun sebegini rapat-rapat selepas celup dengan susu. Kemudian, lapiskan dengan cream cheese yang telah di bancuh tadi.


4. Selepas letak cream cheese, taburkan serbuk nestum di atasnya (buat nipis/tebal ikut sukati). Kemudian, ulang step yang sama seperti tadi. Celup biskut dengan susu - Susun biskut - Letak cream cheese - Tabur serbuk nestum.


5. Agak-agak dah penuh satu bekas, yang atas bolehlah tabur nestum tebal sikit. Hehehe.. Kemudian, letak dalam freezer bawah untuk sejukkan semalaman, esoknya dah boleh makan. Senang kan?



Kalau budak-budak makan cepat je habis. Kalau bosan, nak cuba buat ini pun boleh. Selamat mencuba semua! :)

Wednesday, September 27, 2025

Resepi Sambal Kentang Goreng

8:21 PM 5 Comments


Sambal Kentang Goreng | Hai kembali lagi kali ini dengan membawa satu resepi campak-campak. Hahaha! Kali ini WA nak bawakan satu resepi mudah juga, tak payah rumit-rumit pening kepala. Resepi ini boleh buat sebagai kudap-kudapan atau cemilan tau. Kalau pandai jaga boleh tahan seminggu.

Kenapa panggil sambal kentang goreng? Ala, kentang potong-potong belah 6 siap. Ehh, bukan macam itu. WA lebih suka kentang disagat nipis. krup-krup je makan masa panas-panas. Jom layan resepi WA. 

BAHAN-BAHAN MASAK
Hidangan untuk 4-5 orang

Bahan A (Sambal) :

- Bawang putih 4 ulas
- Bawang besar 1 ulas
- Halia setengah inci (kalau tak nak, skip) - Takde effect rasa janggal pun
- Cili kering (ikut nak pedas mana)
( Tak guna asam keping/asam jawa sebab nak buat kering)

Bahan B (isi bahan) :

- Kentang 10 biji (disagat nipis)
- Tempe (dipotong nipis) - skip kalau tak suka
- Ikan bilis (ikut suka banyak mana) - digoreng terlebih dahulu
- Kacang tanah (tak letak tak ada masalah)
CARA - CARA PENYEDIAAN MASAK 
1. Goreng bahan B mana yang anda suka letak. Kemudian toskan minyak dahulu.
2. Blender bahan A seperti anda buat sambal biasa. Tumiskan bahan A sehingga garing. Kemudian letak gula, garam dan ajinamoto ikut rasa anda.
3. Kemudian tuang bahan B yang dah digoreng ke dalam sambal dikuali tadi dan gaul sehingga rata sambal tadi. Siap!

Senang kan? Kalau nak tahan lama, masak kering jangan basah-basah tau. Dah lagi satu jangan cepuh dengan tangan. Ambil guna sudu lagi afdhal. Hehehe...

Monday, September 11, 2025

Resepi Mudah Sup Telur @ Kuah Laju

6:48 PM 11 Comments


Resepi Kuah Laju | Haritu Wawa ada share satu makanan ni, tapi ramai pula yang request nak resepi itu juga sebab ada yang buat tak menjadi. Walaupun nampak mudah bagi mak-mak yang dah pro masak, tapi mungkin bukan mudah bagi orang yang baru ingin belajar masak. 

Jom lihat Wawa share resepi mudah sup telur atau Wawa lebih serasi panggil kuah laju. Nak tahu tak sebab apa Wawa dan family panggil kuah laju? Nanti akhir kalam Wawa bagitahu. Hahahah!

RESEPI SUP TELUR @ KUAH LAJU
Penyediaan untuk 4 orang

Bahan-bahan ditumbuk :
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang besar 1 ulas
  • Sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
Bahan lain :
  • Soo hoon 
  • Telur
  • Fucuk tauhu kering (dalam resepi tak letak sebab tak ada)
  • Kentang potong 8
Cara memasak :
  1. Tumis dahulu bahan yang ditumbuk (minyak sedikit sahaja) sampai naik bau. 
  2. Kemudian masukkan kentang dan letak sedikit air untuk empukkan kentang.
  3. Selepas empuk kentangnya, masukkan soohoon dan fucuk tauhu kering yang telah direndam tadi dan tambah air ikut suka hati, kalau suka kuah banyak, letak banyak.
  4. Akhir sekali, masukkan telur sebiji-sebiji. Dan jangan lupa letak garam serta ajinamoto ikut rasa anda. Siap!

Nampak mudah kan? Memang mudah. Makanan ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa juga. Haa, nak tahu kenapa Wawa namakan ia kuah laju? Sebab bila kita hirup, sekejap je habis. Hahaha!

Wednesday, August 16, 2025

Resepi Mudah Masak Sayur Goreng

4:57 PM 4 Comments


Resepi Sayur Goreng | Hai semua! Wawa kembali lagi dengan membawa entry tentang masakan iaitu resepi masakan. Walaupun blog Wawa lebih kepada beauty tapi Wawa gemar tentang makanan juga. Boleh kan kalau diselitkan tentang makanan? Hehehe :)

Kali ini Wawa nak buat resepi mudah masak sayur goreng. Pernah dengar tak sayur goreng? Bukan sayur sawi/kobis yang digoreng macam pisang goreng tauu! Hahaha... Rasanya suri rumah semua dah pakar dah pasal sayur goreng ni. Mungkin anak-anak dara yang remaja dan dewasa ada yang belum tahu. Mehh layan resepi mudah dan simple dari dapur Puan Wawa.. Ehh? :D

sayur goreng wawa terlebih soo hoon sebab suka sangat :)

Bahan-Bahan :
(Hidangan 4 orang)
  • Bawang putih 3 ulas (mayang halus)
  • Bawang besar 1 ulas / bawang merah 4 ulas (mayang halus)
  • Sedikit ikan bilis / kiub bilis @ ayam - guna kiub bilis sikit
  • Cili merah hidup 1 tangkai (potong serong)
Bahan Sayur & Lain-Lain :
  • 1/2 kobis bulat sederhana 
  • 1/2 batang carrot merah
  • 10 tangkai kacang panjang
  • Soo Hoon (ikut suka kita nak banyak mana) - direndam dahulu
  • Tauhu kering (ikut suka nak banyak mana) - direndam dahulu
Cara Masak Sayur Goreng :

1. Tumiskan bahan seperti bawang putih, bawang besar/merah dan kiub bilis sehingga layu dan naik bau kemudian masukkan cili merah.

2. Kemudian masukkan sedikit ajinamoto dan garam secubit rasa sebagai perasa. Selepas itu terus masukkan bahan yang direndam tadi iaitu soo hoon dan tahu kering dan biarkan ianya masak sebentar dengan sedikit air. Jangan banyak sangat nanti jadi basah.

3. Selepas itu, masukkan segala sayur-sayuran yang sudah dipotong dan gaul hingga rata. Biarkan seketika sehingga masak dan boleh angkat untuk dihidang.

Mudah bukan resepi ini? Simple dan sedap yang pastinya. Jom cuba! Hehehe :)

Saturday, April 22, 2026

Resepi Ala-Ala Bubur Ayam McD

2:57 AM 22 Comments


Resepi Ala-Ala Bubur Ayam McD | Resepi paling mudah senang dibuat sampai tambah berkali-kali. Hahaha! kemain mukaddimah yee... Wawa bukan penggemar Mcd, tapi sebab dulu asal nak singgah beli ayam mcd je habis, maka buburlah jadi pilihan. Bubur Nasi atau Nasi air kalau negeri lain panggillah. Kalau Wawa panggil bubur je. Kekeke..

Sebelum mula, Wawa minta maaf sangat sebab tak sempat nak snap gambar bahan-bahan sebab masa buat ni kelam-kabut buat cepat. So, Wawa bagi gambar bubur ayam yang dah tersedia jelah. Jom kita layan resepi ringkas dari Wawa. Orang panggil resepi campak-campak asal sedap! Haha..



RESEPI ALA-ALA BUBUR AYAM MCD

1. Bawang putih 5 ulas
2. Halia 1/2 inci ( nak 1 inci pun boleh lagi sedap)
3. Ayam dipotong dadu (ikut nak banyak mana)
4. Serbuk lada sulah putih (jenama aji-shio)
5. Garam ikut rasa
6. Minyak bijan

CARA PENYEDIAAN :

Masak bubur terlebih dahulu dalam 1 periuk sederhana.

1. Tumbuk bawang putih bersama halia hingga lumat. 
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan ayam dipotong dadu hingga masak. Lebihkan minyak sedikit pun tak mengapa sebab nanti ia buat penambah rasa.
3. Kemudian letak bahan yang ditumis tadi ke dalam bubur dan letak lada sulah putih serta garam sehingga cukup rasa. Letak sedikit minyak bijan jika suka.

** gaul sebati supaya rencah yang ditumis tidak berketul bersama ayam sahaja. dan bubur akan kelihatan berminyak sedikit dari hasil menumis bahan tadi.
** untuk lagi sedap tambahkan daun bawang ke dalam bubur dan gaul rata.

CARA HIDANGAN :

Letak hiasan bawang goreng sedikit dan sambal tumbuk sebagai perasa jika ingin pedas. Jika tak nak, boleh skip yang sambal tumbuk. 

** maaf dalam gambar Wawa tak letak daun bawang sebab tak ada masa ni.



Maka, jadilah bubur ala-ala bubur ayam mcd. Senang dibuat dan mudah dimakan. Haha! Haritu buat 1 periuk nasi besar, ingatkan tak habis sebab masak campak kan, sekali rupanya habis dijamah. Jom cuba buat bubur ala-ala bubur ayam mcd ni. Orang demam kalau makan ni pun dah sedap. Boleh buang angin free je sebab ada halia. Kekekeke...

Dah buat jangan lupa share dengan Wawa dan credit to Wawa Ashihara tau! Nanti Wawa komen post anda semua. Muaahh!!

Wednesday, March 29, 2026

Nikmatnya Sardin | Resepi Mudah Masak Sardin Pedas

3:08 AM 8 Comments


Nikmatnya Sardin - Resepi Mudah Masak Sardin Pedas | Siapa sini suka makan sardin? Tak kisahlah apa-apa brands pun. Mesti ramai suka makan sardin kan? Wawa pun hantu sardin juga. Suami pun suka sardin. Kalau takde idea nak masak apa, sardinlah pilihan hati. Hahaha!

Amboi, tajuk kemain! Hahaha.. Mesti ramai yang masak sardin just campak terus je dalam kuali kan. paling tidak peletos cili api sikit. Haaa, cara camtu tak pedas mana pun (sebab Wawa hantu pedas). Jom Wawa share satu resepi mudah, ringkas untuk buat sardin pedas!



BAHAN-BAHAN BUAT SARDIN PEDAS 

1 tin kecil sardin 

Bahan-bahan tumis :

- 3 ulas bawang putih
- 5 ulas bawang merah kecil
- 1 ulas bawang besar (jika tiada bawang merah kecil)
- 1 1/2 inci halia (buang rasa hanyir sardin)
- Cili api ( ikut suka banyak mana)

Kemudian tumbuk kesemua bahan di atas sehingga lumat. 

**Kalau tumbuk lagi rasa pedas berbanding guna blender.

**Ada orang perah limau untuk hilang hanyir, tapi bagi Wawa nanti kuah sardin akan rasa masam-masam sikit jadi rasa kuah sardin jadi lain. (Depend pada korang mana nak)

Bahan Tambahan :

- Letak sohoon / sayur bendi (ikut suka banyak mana)

Cara Masak Sardin Pedas :

- Masukkan minyak sedikit untuk tumis.
- Masukkan bahan-bahan yang telah ditumbuk. Tumis sehingga garing.
- Letak sedikit ajinamoto serta garam secubit rasa.
- Masukkan isi sardin dan kuahnya. Masukkan sekali sohoon/bendi jika ada. (kalau tak ada skip)
- Tambah air jika perlu lebih kuah
- Siap untuk dihidang!

Senang je korang. Mana yang tak pernah buat style macam ini (kalau ada laa), boleh korang cuba try test buat resepi mudah gila ni! Hehehe..

Monday, February 22, 2026

Homemade | Cara Buat Kimbap Roll

9:18 PM 54 Comments
 

Homemade Recipe Cara Buat Kimbap Roll | Dalam seminggu lepas Wawa buat homemade Kimbap Roll versi Korea, yelah asyik tengok cerita running man jer leleh tengok. Bila Wawa post ramai pulak minta resepi. Actually, resepi dah bersepah pun. Maybe sebab data kuota tak mengizinkan nak google sana sini, so Wawa decide nak share kat 1 group masak dan wall fb Wawa sendiri. Bagi yang dah pernah buat memang kata senang, tapi yang belum? so layankan jela resepi simple ni..


KIMBAP ROLL (korean food)

Bahan-bahan :
1. Beras biasa atau beras Jepun (Sumo)
2. Seaweed (Nori)
3. Minyak Bijan (korea pakai minyak bijan)
4. Bamboo mat (penggulung)
Isi inti :
1. Isi ketam
2. Telur dadar
3. Sosej ayam/daging
4. Timun jepun
5. Carrot
Tambahan jika nak letak sebagai inti :
6. Tuna (ikot citarasa)
7. Ikan salmon
8. Udang
9. Keju slide
10. Chicken slide
And so on.....




Cara membuat kimbap roll :


1. Letak bamboo mat disertai dengan seaweed (nori) diatasnya. 



2. Kemudian letak nasi yg ditanak tadi diatas seaweed secara rata nipis lagi elok elak seaweed terburai masa nak gulung. Tapi sapu setengah sahaja supaya masa nk gulung bahagian hujung nasi & inti tak terkeluar. Dan letak inti2 yang anda suka. Boleh deco sendiri. Macam sy letak sosej, telur, ketam, timun jepun & carrot.

3. Gulung secara perlahan bersama bamboo dan ketatkan gulungan supaya kimbap roll tersebut terasa mampat dan isi tidak terburai. Gulung hingga ke hujung dan tekan sedikit bagi ketat.

4. Siap sudah sesi menggulung kimbap roll. Sebelum potong, sapu secara rata minyak bijan kat seaweed supaya ia kelihatan berkilat.




Ini adalah rupa kimbap roll guna beras biasa yang kita selalu makan.. cuma beras biasa kenalah lebihkn air supaya ia lembik dan senang lekat kat nori tu.. macam saya buat untuk beras biasa, 1 pot beras biasa bersamaan 3 cawan air. Ikutlah korang nak lembik sangat atau tak.




Ini pula rupa kimbab roll guna beras jepun (sumo).. kalau guna beras sumo tak payah tambah air, sebab ada disediakan sukatan kat plastik beras just follow jer. Kalau ikutkan dua2 sedap je rasa.. kalau korang jenis kuat masin, masa nak masak nasi tu letaklah garam secubit rasa. Takde masalah pon. Tapi jangan banyak-banyak sebab bila korang makan dengan soya sauce (pencicah) memang dah masin, kang naik darah tinggi .


Kalau saya lebih prefer beras sumo sebab dah ada sukatan dan comel2 je bila dah siap masak. Hehe.. then cicahlah dengan soy sauce sebagai pencicah. Atau kalau jenis tak buat banyak, korang beli je peket2 kecik sosnya kat bahagian orang buat sushi kat aeon big atau pasaraya yang ada jual sushi.
😄
p/s: maaflah rupa kimbap tak menarik sebab nak cepat masa ni..
😁


Tips ringkas :
  • Orang Korea guna minyak bijan dan panggil ianya Kimbap Roll
  • Orang Jepun guna cuka dan panggil ianya Sushi
** ada orang kalau nak nasi bagi rasa, selepas nasi tanak tu, gaul bersama cuka, garam dan gula sedikit. tapi tu macam cara orang Jepun. So far, setakat ni saya buat kimbap roll just letak secubit garam semasa nak tanak nasi. Pun sedap je rasa.




Tadaa... bawak bekal makan dalam kereta pun syok tau, takde pencicah pon okay sebab Wawa tak boleh makan masin-masin (soya sauce masin). Selamat mencuba =)