Showing posts with label makeup. Show all posts
Showing posts with label makeup. Show all posts

Sunday, July 1, 2025

BUBI BUBI LIP by Unpa | Skrub Bibir Berbuih Untuk Kulit Kering

2:17 AM 29 Comments

A Lip Scrub For Dead Lip Skin | Hello gaiss! I'm back here!! Wooahh, korang mesti rindu sangat dengan I kan sebab lama tak berupdate! Sorry and sorry again, because busy dengan raya (raya sebulan) Hihi! Dan I tak bawak laptop balik weii. Thats why rasa macam argghh! Why la I tak bawak sekali laptop masa raya. Pulak dah balik, sini busy juga. Fuhh, mood raya betul. 

Actually, I've got a new product dari The Butterfly Project dan nak share dengan korang tau. I dah try masa raya ritu. Sebab kulit I so dry. Kadang lepas beberapa minit makeup, then kulit bibir jadi kering mybe faktor lipstik tersebut or mybe cuaca. Here it is - Bubi Bubi Lip by Unpa!

Packaging dia so cute! Dengan color seakan peach pink. So nice! I loike with this items sebab ini first time I jumpa skrub bibir yang boleh keluarkan buih! Ke I ketinggalan sangat? Sebab before ni I guna lip skrub juga tapi jenis yang kasar punya je. But for me its rare! Hahaha~

Let me introduced Bubi Bubi Lip ni kat korang dulu tau. Mesti korang nak tau apa fungsi dan kelebihan produk ini kan? Lets check it out !

Bubi Bubi Lip by Unpa

Bersaiz hanya 12ml tapi jimat penggunaan! Bau dia wangi sangat bau buah Peach gitu. Rasa nak makan weii! Serius tak tipu! :D 

Dibuat dengan bahan-bahan berasaskan buah-buahan yang semulajadi, antaranya ialah :

1. Ekstrak Betik - Mengandungi papain, enzim untuk menghapuskan sel-sel kulit mati dengan lembut, dan berkesan melancarkan kekasaran.

2.  Ekstrak Peach - Mempunyai Vitamin A, C dan E untuk menjaga kulit sihat

3.  Ekstrak Limau Gedang - Membantu menenangkan tona kulit memperbaiki peredaran darah

Apa Kebaikan Bubi Bubi Lip?

Banyak kebaikan Bubi Bubi Lip ini, yang penting ianya :
  • Dapat menghilangkan sel kulit mati, melicinkan permukaan kulit bibir yang kasar dan memberi penghidratan pada kulit bibir
  • Pengelupasan pada bibir adalah untuk memberi kelicinan pada bibir
  • Menggunakan bahan semulajadi berasaskan buahan untuk hasil yang berkesan
  • Memudarkan kesan hitam keliling bibir disebabkan kesan memakai lipstik yang mempunyai bahan kimia
  • Menjadikan kulit bibir sentiasa lembut sepanjang memakai lipstik
  • Memudahkan pemakaian lipstik selepas skrub bibir
Nampak tak antara kebaikan Bubi Bubi Lip ni? No wonderlah bau ia lebih ke arah buah-buahan. Ada sesetengah produk, ia bau seakan bahan campuran. Kadang-kadang bau tak sedap, kadang-kadang bau perisa tapi tak kekal.

Let's See How It Work On My Lip!

Now inilah masanya I nak tunjuk kat korang bagaimana cara apply Bubi Bubi Lip ini dan adakah ianya berkesan untuk hilangkan sel kulit mati like a dry skin???

First of all, sebelum I apply dengan Bubi Bubi Lip I sertakan gambar sebelum dan selepas. Untuk gambar sebelum itu, I apply lipstik and a few minutes, my lips jadi kering dan mengelupas. So bad! Usually I akan remove makeup macamtu je, tapi rasa tak syok sebab kulit kering still ada. So I apply lah Bubi Bubi Lip untuk remove all dead skin cells on my lips. 

Shake it well before use

Btw, texture Bubi Bubi Lip ini adalah sejenis air ye, jarang dengar lip skrub jenis air kan? Tapi inilah dia. So bila nak guna, korang kena goncang sehingga ia sebati bahan-bahan di dalam dan akan kelihatan seperti gambar di atas. Dia takkan berbuih terus macam produk lain ye. Dia hanya jadi pekat sebab dah sebati bahan-bahan dia, dan barulah ia akan berbuih beberapa minit kemudian.

How To Use Bubi Bubi Lip?

1. Goncang dahulu botol Bubi Bubi Lip bagi ia sebati. Kemudian, sapukan ia dibibir secara merata. 

2. Biarkan ia seketika sehingga keluarlah buih tersebut. See the bubbles are coming out!

3. Buih tersebut akan kering. Biarkan ia kering seperti di dalam gambar.

4. Kemudian, gosok keseluruhan lip untuk membuang sel kulit mati (kulit kering) pada bibir. Anda akan dapati kulit bibir anda lebih halus dan licin malah cerah sedikit dari yang asal.

5. Tadaaaaa.....!!~ Nampak tak beza pakai lipstik sebelum guna Bubi Bubi Lip dan pakai lipstik selepas menggunakannya? Kulit lebih halus dan licin dan tiada lagi kulit mudah kering!

~Boomerang~

My family pun perasan kulit bibir I dah okay ke, sebab selalu guna lipstik mesti akan kering dan mengelupas selepas beberapa jam. Tapi, kini I tak perlu risau dah, kemana-mana I akan bawa Bubi Bubi Lip untuk selamatkan I dari kulit bibir mengelupas dan kering! Family I pun suka dan dah grab lip skrub ni. Korang bila lagi? Hehehe~

Sumpahh! I tak tipu kali ni. Kulit bibir I after 2-3 jam apply Bubi Bubi Lip ni lipstik tetap maintain dan looks very smooth. But not sure kalau yang lain try selepas tu macam mana kan? Sebab my sister apply after a few hours, kulit dia dry tapi tak mengelupas dah seperti sebelumnya. But for me, its a very good stuff  for me as a makeup lover to keep it anywhere! Hahaha~ Pandai TBP rekemen I dengan produk ini kan? I love uuu laaa~

Where I Can Get Bubi Bubi Lip?

Bubi Bubi Lip by Unpa ini korang boleh dapatkan di website Althea www.althea.kr/ atau di sini [Click Here] to purchase. And also can reach to their Facebook Page www.facebook.com/altheamalaysia/. Let's remove your dead skin cells on your lip!

Sunday, June 3, 2025

Makeup 2 Minit Je Guna Ephyra Matte Glow Foundation & Ephyra Lips Matte!

5:59 PM 32 Comments

Makeup 2 Minit | Pernah tak korang lambat nak pergi kerja atau pergi mana-mana majlis penting sampai terlupa nak uruskan penampilan diri? Jangan buat selalu tau, kita kenalah jaga penampilan diri supaya nampak lebih kemas dan kelihatan berseri, barulah bos naikkan pangkat dan gaji. Ehhh, tetiba pulak! Hehehe..

Mesti korang pernah lupa nak berdandan sebab tak sempat kan? Yelah, orang perempuan ni kalau nak bermakeup, ambil masa berjam-jam untuk siap makeup. Kadang-kadang buat suami tertunggu-tunggu manalah isterinya tak turun-turun. Rupanya masih ralit dok makeup. Psssttt.. WA macam tu juga. Hahah! Tapi itu dululah, sekarang dah tak lambat dah kalau nak buat daily makeup sebab WA dah jumpa barangan kosmetik yang boleh bantu WA siap dengan cepat. Tentunya Ephyra Matte Glow Foundation dan Ephyra Lipmatte.

Ephyra yang dahulunya dikenali dengan produk-produk seperti penjagaan kulit seperti skincare dan supplemen (minuman kolagen), kini Ephyra telah melebarkan sayapnya dengan mengeluarkan produk berbentuk kosmetik. Sebelum ini Ephyra telahpun mengeluarkan 10 warna lipsmatte. Dan kini, ia telah mengeluarkan produk baharu iaitu Ephyra Matte Glow Foundation dan ditambah dengan kehadiran 2 warna lipmatte lagi iaitu Katty Cherry dan Ruby Chic. Ini telah menjadikan 12 warna Ephyra Lips Matte.

WA memang sejenis manusia yang kaki makeup. Dan WA suka belajar makeup sampai WA rasa seronok rupanya conteng-conteng muka ni. Sampailah WA jadi bidang terjun makeupkan orang. Last-last WA sendiri buat part time job as a freelance makeup bila WA free. Dan bila WA dapat tahu Ephyra keluarkan foundation, serius excited sangat. I am a makeup lover right? Hikhik.. Pula tu sekarang WA memang tengah mencari foundation untuk kegunaan harian. Alhamdulillah, Ephyra memudahkan kerja WA untuk bersiap pantas dengan makeup 2 minit calit-calit dah siap!

Ephyra Matte Glow Foundation

Produk keluaran terbaru dari Ephyra iaitu Ephyra Matte Glow Foundation ini baru sahaja dilancarkan pada 1 Jun 2025 yang lepas dan WA telah mencubanya. Banyak fungsi dan kelebihan yang ada pada Ephyra Matte Glow Foundation (bedak asas) ini. Antaranya ialah :

1. Ringan (lightweight)
2. Tekstur yang tidak berminyak dan bila dipakai tidak rasa melekit pada muka
3. Tidak membuat liang pori tersumbat
4. Memberi kesan glowing
5. Mengandungi SPF30 bagi melindungi kulit dari sinaran UVA & UVB
6. Full coverage - menutup parut dan cela dimuka (kulit lebih licin & lembut)
7. Kawalan minyak selama 12 jam bagi menahan dari muka berminyak
8. Tahan sehingga 12 jam 
9. Mudah diblend dengan jari (dak bercapuk)
10. Membantu mencerahkan jerawat dan memudarkan parut jeragat
11. Membantu melembapkan kulit muka sepanjang hari
12. Mempunyai 1 kod sahaja & berubah mengikut tona kulit masing-masing secara natural
13. Jimat - guna sikit sahaja dah cukup beri effect yang menarik

Foundation ini kaya dengan Vitamin E bagi melembap, melembut, dan mencerahkan kulit serta memudarkan parut jerawat di muka. Bayangkan, ianya sangat mudah untuk dipakai walau sedikit tapi ia mampu memberi effect glowing dimuka. Sesuai dengan semua jenis kulit muka kerana ianya tidak mempunyai bahan-bahan yang membuat kulit muka rasa terlalu kering dan ianya selamat digunakan.

Nampak tak tekstur foundation ini? Ianya sejenis cecair yang tidak berminyak kerana ia adalah foundation water based dan memberi effect finishing matte glow. Mudah diblend dengan jaro dan tidak bercapuk. Sesuai bagi mereka yang kulit berminyak untuk mengambil foundation jenis water based. Effect glow dimuka itu merupakan effect glowing hasil dari foundation tersebut, bukanlah berminyak. Nak tahu tips ringkas bagaimana untuk elak muka kelihatan berminyak? Baca sampai habis tau.

Inilah hasil WA makeup 2 minit dengan menggunakan Ephyra Matte Glow Foundation bersama Ephyra Lips Matte. WA hanya menggunakan teknik solekan yang natural untuk routine daily makeup WA sahaja. Dan ternyata ianya memang menarik. Kulit sebenar WA adalah kusam sedikit dan mempunyai tona kulit yang tidak sekata. Untuk gambar ini WA blend menggunakan brush (sebab buat video terbiasa guna brush). Tapi untuk harian yang lain, WA guna jari sahaja dan sangat mudah.

** Muka WA tengah tiada masalah sangat seperti dahulu, tapi sedikit kusam & tona kulit tidak sekata dan kering. Tapi bila apply foundation ni muka nampak lebih smooth & beri effect glowing.

Bekas yang kecil ini jangan pandang sebelah mata tau. Dengan bekas sekecil (15ml) inilah ia mampu tahan sehingga 1-3 bulan okeh. Haa, jangan main-main dengan saiz ini. Sekali guna hanya sekali picit mampu cover satu muka. WA menggunakan Ephyra foundation ini tanpa oleskan sebarang loose/compact powder sebab nak tengok kesan matte glow dia. Memang superb! Dia jadi matte terus dimuka dan glow selepas beberapa minit.

Akan tetapi, untuk makeup yang tebal, disarankan untuk menggunakan loose/compact powder juga ye sebabnya.. Okay ini tips ringkas lah ea.. Jika anda kulit mudah berminyak, dan memerlukan untuk bermakeup tebal, disarankan untuk apply powder selepas foundation untuk elak kulit nampak terlalu berminyak campur shining. WA dah cuba, dan kulit WA mudah berminyak jika cuaca panas terik. Jadi, bila lihat kulit seakan berminyak (actually ia glowing tapi campur minyak sedikit), muka akan nampak basah. Jadi, WA terus apply loose powder, dan hasilnya menjadi seperti yang asal (tanpa oles sebarang bedak). So, untuk yang kulit minyak, jangan khuatir okeh? Ikut je tips ringkas ni, its easy right? :)

Ephyra Lips Matte (Katty Cherry & Ruby Chic)

Untuk menampakkan wajah lebih berseri selepas menggunakan Ephyra Matte Glow Foundation, alang-alang tu apa salahnya kita apply pula dengan warna baharu dari Ephyra Lips Matte. Tapi, susah kan nak jumpa lips matte yang tahan lama dan tak keringkan bibir? Hmm.. Yeke??

Sepanjang pengeluaran Ephyra Lips Matte, ia memberi kesan terhadap pengguna dan ramai mengatakan bahawa ianya sangat best. Nak tahu juga kan apa yang bestnya tu....

Fungsi & Kelebihan Ephyra Lips Matte

1. Mesra Wudhuk - Senang dicuci menggunakan tisu basah sahaja
2. Mempunyai Kolagen, Vitamin E & Jojoba Oil bagi melembap & merawat kulit kering atau kulit gelap di bibir
3. Tekstur Creamy To Matte - di awal penggunaan 'creamy', kemudian dalam beberapa saat ia kering menjadi matte tetapi tidak mengeringkan bibir 
4. Non Waterproof tetapi tahan lama selama 6 jam penggunaan
5. Long-lasting & lightweight - Tahan lama dan ringan (seperti tidak memakai lipstick), tidak melekit dan tidak berminyak

Ini contoh pertama WA menggunakan Ephyra Lips Matte kod Ruby Chic. Hanya oles sedikit sahaja di bibir dan hasilnya tampak lebih natural dengan warna oren kemerahan. Kulit Bibir WA jenis gelap sedikit dan bila apply warna ni, WA fikir nampak macam oren sangat, rupanya tidak. Lebih natural. I like this color!

Warna-warna Ephyra Lips Matte tak pernah tak lawa tau. Kadang-kadang sampai rambang mata nak pilih mana satu nak pakai. Yang ini pula adalah kod Katty Cherry. Warna dia lebih kepada warna pink cherry. Maksudnya macam lebih kurang pink kemerahan yang lembut.

Haa, nampak tak hasil pemakaian kod warna Katty Cherry? Ia macam warna pink lembut atau orang panggil dusty pink gitulah. Warna yang tidak begitu menonjol, tapi cantik. I like this color too! Hehehe.. Tetiba perasan muda pula. Hahaha!

Mana video WA oiii?? Aiikk, nak tengok juga ke video makeup 2 minit jerr yang WA dah buat? Ini video berdurasi 1 minit (sebab cepatkan sikit), asalnya 2 minit lebih.

Penangan produk Ephyra Cosmetics, buat WA jatuh cinta dengan produk-produk dia tau. Sekarang WA dah jumpa foundation harian WA. Senang nak apply, lips matte dia pun WA buat jadikan sebagai blusher. Hihi! Lipsmatte tahan lama dan tak keringkan bibir pula tu. Mudah sangatlah nak makeup dengan 2 barang dan 2 minit jee untuk bersiap!

==========================================================================

Korang berminat nak beli ke? Kalau korang minat, jom dapatkan segera sebelum cuti raya ni. Tak sabar nak selfie raya guna produk Ephyra Cosmetics. Bolehlah kita bershantekk-shantekk dengan produk Ephyra! Yeepppiiii!!!!!

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah layari website https://oceanlife2u.com/ atau pun laman social tersebut :

Facebook :

Instagram :
www.instagram.com/ephyracosmetics/


Thursday, May 17, 2026

Imaan Wipes | Tisu Lembap Viral Menanggalkan Makeup Dengan Pantas!

1:07 AM 20 Comments

Pembersih Solekan No 1 Di Malaysia | Kebanyakkan wanita akan merasa rumit jika mempunyai masalah untuk menanggalkan makeup dengan cepat. Bayangkan dengan makeup tebal, susah pula nak tanggalkan. Nak tak nak kena guna makeup remover yang lain siap tenyeh lagi muka tu sampai hilang segala sisa makeup. Tahukah anda, bahawa kini hanya dengan sehelai tisu lembap anda mampu membuang keseluruhan makeup dengan pantas tanpa perlu mencuci semula muka dengan pembersih wajah?

Memandangkan WA merupakan seorang yang suka bermakeup walaupun makeup natural, tapi kadang-kadang merumitkan keadaan WA untuk hilangkan kotoran dengan pantas. Selalunya WA menggunakan tisu basah biasa sahaja tapi memerlukan hampir 2 helai tisu untuk buang segala sisa makeup. Kadang-kadang menggunakan makeup remover untuk tanggalkan maskara dan mencuci muka. Tapi sejak WA diperkenalkan dengan Imaan Wipes yang viral dengan kehebatan tisu lembap  ni, WA terus cuba dan ternyata ianya sangat mudah. Hanya menggunakan sehelai tisu sahaja, ia mampu menanggalkan semua makeup dan membersihkan muka dengan pantas. WowW!!

Haa, inilah koleksi tisu lembap dari Imaan Suci World. Banyak kan? Masa mula-mula WA kenal hanya tahu untuk yang makeup remover je, tapi sekarang dah beranak-pinak dah oi! Setiap warna lain fungsi-fungsinya kecuali biru dan pink mempunyai fungsi yang sama untuk makeup remover, cuma ada tambahan bahan di dalamnya untuk penggunaan muka berlainan. 

Seperti yang kita maklum, tisu lembap yang berada di pasaran seperti di pasaraya kini tidak semua mempunyai bahan yang khusus dan juga ada yang mempunyai alkohol dan boleh membuatkan kulit muka cepat kering. WA sendiri pernah alami kulit kering selepas menggunakan tisu lembap lain. Tapi kini WA dah tak perlu risau sebab dah ada tisu lembap dari Imaan yang mempunyai bahan yang selamat. Nak tahu apa fungsi setiap warna tersebut? Jangan skip-skip tau, baca sampai habis okeh!

Imaan Suci Wipes Collection

Imaan Suci World telah mengeluarkan  4 jenis imaan suci wipes dan mempunyai fungsi dan kelebihan tersendiri iaitu :
  • Tisu Pembersih Wajah (Biru)
  • Tisu Pembersih Wajah + Argan (Pink)
  • Tisu Pembersih Seisi Keluarga (Kuning)
  • Tisu Pembersih Zon Intim Wanita (Purple)
Ia berfungsi untuk membersihkan wajah. Tidak kira samada anda bermakeup atau tidak. Kadang-kadang kulit kita rasa berminyak ke apa, just apply je tisu ni kat muka untuk buang sisa kotoran kat muka. Kelebihan yang ada di dalam tisu lembap (biru) adalah :
  • Mempunyai formula Aloe Vera & Vitamin E
  • Membersih dan menyegarkan wajah
  • Sesuai untuk yang kulit berminyak dan berjerawat
Manakala, untuk tisu lembap (pink) ini, ia mempunyai fungsi yang sama seperti (biru) untuk membersihkan wajah dan menanggalkan makeup iaitu sebagai pembersih solekan (deep cleansing). Kelebihan yang ada ialah :
  • Menggunakan bahan Aloe Vera dan Vitamin E
  • Tambahan formula Minyak Argan
  • Membantu membersih dan melembapkan
  • Sesuai untuk kulit kering dan sensitif
Apa Kata WA Selepas Menggunakan Imaan Wipes?

Serius memang terbaik! Yelah, sebelum ini WA guna tisu lembap biasa pun tak cukup 2 helai, mesti guna makeup remover oil atau water untuk tanggalkan sisa makeup yang degil dan cuci muka dengan pembersih wajah barulah bersih. Tapi kali ni, tak perlu susah-susah sebab hanya sehelai tisu je mampu buang segala kotoran di muka. 

Malah, yang paling best, imaan wipes ini tisu lembap yang mesra solat tau. Tapi perlu berjam-jam untuk bersihkan muka just tenyeh-tenyeh dah hilang. Kalau muka rasa berminyak, atau melekit sebab cuaca tak menentu pon boleh je apply tisu lembap ni. Semudah ABC. Dijamin selamat kerana mempunyai bahan terbaik.

Lihat Video Menanggalkan Makeup 


Bukan anda sahaja boleh guna imaan wipes ini, malah seisi keluarga anda juga boleh menggunakannya dengan hati riang. Imaan Family Wipes ini merupakan tisu lembap yang dihasilkan dengan gabungan antara formulasi Madu, Aloe Vera dan Vitamin E untuk memberi perlindungan seisi keluarga. Fungsi Imaan Family Wipes adalah :
  • Menjaga kebersihan seisi keluarga
  • Kegunaan semasa anak-anak makan, menyusu, tukar lampin, muntah, bermain dan lain-lain
  • Kegunaan aktiviti keluarga di luar rumah (travel)
  • Membersihkan peluh dan daki dan menyegarkan 
  • Menghilangkan bau badan
  • Membersihkan peralatan mainan kanak-kanak, perabot dan lain-lain
  • Kegunaan untuk orang sakit atau orang kurang upaya
  • Menjaga kebersihan ibu yang menyusu badan
Nampak tak fungsi untuk seisi keluarga ni? Banyak manfaatnya tau. Tak rugi kalau anda mempunyainya sekarang. Kadang-kadang kita rasa tak sedap nak pegang anak dalam berpeluh, boleh lap dengan tisu ini.

Imaan Feminine Wipes berfungsi untuk membersih, menyegar dan melindungi kawasan intim wanita. Dan ia mempunyai 2 bahan penting di dalamnya iaitu Daun Sireh dan Mawar. Daun sireh merupakan sumber asli yang mengandungi anti septik mematikan kuman dan antioksidan yang boleh berpunca dari bakteria dan kulat. Manakala, pati mawar bertindak untuk mengimbang kadar PH dan membuat rasa nyaman dan sejuk pada kulit.

Kelebihan-kelebihan Imaan Feminine Wipes :
  • Solat tanpa was-was
  • Tiada bau keputihan
  • Aman ketika haid
  • Segar dan yakin
  • PH seimbang
  • Tiada masalah gatal
  • Memudahkan pergi travel
Bagus juga adanya feminine wipes ni sebab yelah, kadang-kadang ada sesetengah bilik air di shopping mall tidak ada pili air, jadi senang kalau ada feminine wipes ni untuk memudahkan urusan kita untuk beristinjak tanpa perlu menunggu turn menggunakan bilik air yang ada pili air dengan beratur panjang. Sebab feminine wipes ni dah basah tau, jadi tak perlukan air jika keadaan dah terlalu darurat bila tak jumpa bilik air.

Ada Promosi La Weiiii Imaan !!!!

Haaa, biar betul? Iyeee,, ada promosi sehingga akhir bulan Mei ini. Bukan senang anda nak grab peluang emas ini kan? Jom kita lihat promosi yang ditawarkan!

Promosi sempena hari ibu ini sehingga akhir bulan Mei untuk Tisu Pembersih Seisi Keluarga. 

Ramadan Special Offer!
Belian Sekotak Imaan Wipes Biru (18pcs) RM85 
Free 3pcs Imaan Wipes Pink

Ramadhan Special Offer!
6pcs Iman Wipes Biru RM30
Free 1pcs Imaan Wipes Pink

Untuk Imaan Feminine Wipes (purple) sekotak RM90 tapi tiada promo ye. Dan ada sales produk dari Imaan yang lain juga.

Ramadhan Special Offer!
Detox Zero Belly RM55 + free Lotion Zero Belly

==========================================================================

Amacam? Rasa tergugat tak iman tu nak beli koleksi Imaan Wipes? Cepat-cepatlah grab sebelum habis promosi ni tau. Memang berbaloi kalau anda memiliki tisu lembap viral dari Imaan Suci World ini sebab diyakini selamat dan terbaik. WA pun tak sabar nak repeat lagi untuk stok masa raya nanti.

Sebarang pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi stokis sah oleh Cik Hazirah di :


Instagram : www.instagram.com/iuzira/ 

No Telefon : www.wasap.my/60198723577

Daftar jadi agen RM10 (sampai Jun 2018) Harga asal RM30 - angel.imaanworld.com/daftar/000048

Wednesday, April 4, 2026

Guardians Haul Sempena Beauty Sales 50%

5:14 AM 23 Comments

Guardians Haul | Haii semua... Lama dah WA tak muncul buat entri dari pengalaman WA shopping sendiri kan? Yelah, sebelum-sebelum ini WA shopping tapi tak kesempatan nak up dekat entri macam yang lain. Maklumlah, tak semua benda kita nak share. Takkanlah barang privasi nak share juga? Hahahaha.. Okay, I'm just kidding.

Korang ingat lagi tak, Guardians ada buat Beauty Sales sebanyak 50% seminggu sebelum tahun baru cina yang lepas? Ye, tahun ini lahh, takkan tahun lepas punya. Haiiihhh~ Ramai yang tanya WA hari itu apa yang WA beli dan suruh share. Tapi maaflah sebab WA share lambat sebab WA menunggu barang yang order online sampai (berjanggut tunggu weeii). Dan WA dan share melalui FB Live tempoh hari. Mungkin ada terlepas pandang, so WA up dekat entri blog pula. 

Haa, nampak tak betapa banyaknya WA beli barang makeup uiii. Dan seksanya nak beli secara walk in tau. Dahlah ramai, pula tu nak beli ada jenis orang konker tempat tu macam dia yang punya. Ehh, I bayar tax tau. Hahaha! Last-last WA ambil mana yang WA target dan rasa perlu. WA perati je sorang budak yang konker tempat ni, macam takde arah tuju nak pilih. Dia tak paham then tanya kawan, kawan dia boleh cakap, " alaa ko bukan reti makeup pun.. nak ambil pun tak tahu. ambil jelah mana ko kenan, tapi cepat sikit penat tunggu ko pilih takde juga". WA tengok tangan dia. Ehhh, memang tak ada lagi barang yang dipilih. Walaupun rasa geram, WA tolong juga explain kat dia sekian-sekian barang itu ini untuk apa. Agaknya budak tu malu dia ambil eyeshadow then terus blah. Amboi, dahlah tak ucap terima kasih, dengan konker tempat tu.. ishh isshhh ishh.. Tapi dia patah balik pilih lagi satu barang, itu pun lambat. Last-last WA yang selesai pilih 6 barang dulu dari dia. Hihi..

Ehhh, sory terpanjang pula bebel. Kekekeke.. Oklah, jom layan haul WA barang apa yang dibeli. Tapi jangan tanya harga tau sebab WA tak ingat. Korang rajin, calculate lah harga normal tolak harga sales 50%. Then dapatlah jawapan. Hihi

1. ESSENCE STAY ALL DAY 16H FOUNDATION

Ini merupakan botol foundation yang ke-2 WA beli. Serius WA suka sangat tekstur dia, sebab ia mattekan kulit kita. Tahan sampai petang dan senang remove of course. Kod yang WA pakai adalah kod 20 Soft Nude. Wa pernah review foundation ini. Lihat post terdahulu Review Essence Stay All Day 16H Foundation

2. CATRICE MAKEUP TO STAY MAKEUP 24H FOUNDATION

First time WA nak mencuba foundation ini. Bukan first user untuk Catrice foundation, sebab WA dah ada foundation Catrice yang lain. Yang ini tak silap WA jarang ada atau baru keluar gitulah. WA terpikat nak mencuba sebab harga dia murah, bila sales lagilah murah. Dan WA tertarik sebab WA lihat review omputih kat youtube. Yess, kalau WA nak cuba foundation dari drugstore, WA akan research kat youtube sahaja. Belum try lagi, tapi akan cuba. 

3. MAYBELLINE INSTANT AGE REWIND CONCEALER

Okay, dalam banyak-banyak concealer yang best kat drugstore, WA suka pakai ini. Sebab ini bekas kali ke 4 WA guna dah. Kod yang WA guna adalah Light/Pale. Memang best gila kalau guna ni. Tak pandang concealer lain dah. Kalau tengok IG MUA pun ada je yang pakai concealer ni. So far, Maybelline tak mengecewakan bila beli concealer dia. Hehehe...

4. CATRICE LIQUID CAMOURFLAGE CONCEALER

Concealer ini WA baru nak try sebab WA tengok dekat youtube omputih review. Dan result dia memang seperti yang ditulis. High Coverage. So, apa salahnya WA nak cuba concealer Catrice ini pula kan. Mana tau boleh jadi second favourite concealer drugstore. Hihi..

5. CATRICE LASH DRESSED COMB MASCARA

Tak tahu kenapa WA beli ini. Mungkin sebab frust mascara yang nak dah habis. Plus harga dia time ni RM10 kalau tak silap. Warna packaging dia purple pink sebenarnya tau. Lagi satu WA saja beli perabis duit sebab maskara ini bentuk dia jenis sikat. Tapi bukan waterproof okay. So paham-paham jelah. Huhuhu..

6. CATRICE GLAM & DOLL VOLUME MASCARA WATERPROOF

Inilah maskara yang WA nak tapi dah habis kat outlet Guardians. So WA beli online jelah siap beli 2 batang terus. Hahaha! Sebab apa ekk? Sebab review omputih kat youtube lah menggoda kita. Panjang bulu mata dan curl gitu. Yang penting ia waterproof senang nak cuci ok.

7. SILKY GIRL EYE OPENER WATERPROFF MASCARA

Haa, jenama ini dah famous terlebih. Asal nak beli je habis, nak beli je habis. Tak kiralah time tak sales ke sales ke tetap habis cepat. Ini WA beli online jelah. Harga dia tengah sales dalam RM7 lebih gitu. Tengok review omputih pun kata ok, review Malaysia pon ok, so WA rembatlah satu. Hihihi.. Agaknya mata kita akan terbuka luas kot. Hahaha!

8. CATRICE LASH BROW DESIGNER

WA tak tahu kenapa ambil ini. Hahaha! Sebab harga sales dia hanya RM5 lebih sahaja. Yang WA tahulah lash brow ni macam bentukkan lagi bulu kening kita supaya ikut arah kening dan menjadi kemas. Dia gel tau. So, memang bulu kening yang degil nak terpacak juga tu akan shape jika pakai lash brow ini. Nanti try lah jadi ke tidak. Hihi...

9. SILKY GIRL MATTE JUNKIE LIP CREAM

Last but not least, lipcream yang digemari ramai. Memang sold out cepat weii! WA sempat beli online juga yang ini. Kod yang sempat ambil kod 04 Vintage. Huhu.. Ramai kata best. Dan mostly feedback dan review dekat youtube pun best dohhh! Hahaha..

==========================================================================

Ada 9 barang yang WA beli dan sempat haul bagitahu details nama-nama kat dalam ini. WA bukan beli sembarangan macam orang lain main rembat je, tapi WA fikir juga mana yang bagus dan berguna untuk WA gunakan dalam makeup harian WA. Nanti ada masa WA akan review satu persatu except yang Essence foundation. Agak-agak2 korang nak WA review mana dulu? Hehehe..


Thursday, March 8, 2026

Makeup Kelihatan Natural Dengan D'Vanda Weightless Essence Foundation

8:36 AM 47 Comments

D'Vanda Foundation | Seringkali kita merasakan bahawa ada sesuatu yang kurang pada diri kita terutama kaum wanita, iaitu kulit muka kusam dan tidak sekata. Memang tidak dinafikan, ramai wanita diluar sana yang mengalami masalah kulit disebabkan cuaca, tekanan masalah kerja, hal rumah atau sebaliknya. Perkara ini sangat membebani diri seorang wanita yang bekerjaya. Ini kerana mereka juga ingin kelihatan lebih menarik dan berseri.

Oleh itu, alat solekan penting untuk setiap wanita terutama sekali adalah foundation. Apa itu foundation? Foundation adalah sejenis bedak asas yang berfungsi untuk menyamakan tona kulit supaya lebih sekata dan membuat wajah tampak lebih halus dan berseri.

Akan tetapi, terdapat pelbagai jenis foundation di pasaran sekarang dan kita seharusnya bijak memilih foundation yang bersesuaian dengan kulit muka kita. Antara jenis foundation yang terkenal adalah matte foundation, liquid foundation, cream foundation dan lain-lain. Sebelum memilih, anda perlu tahu keadaan jenis kulit anda bagaimana dan foundation jenis apakah yang sesuai. Contohnya, jika anda kulit berminyak, disarankan mengambil matte foundation atau yang berasaskan minyak. Jika anda berkulit kering, anda boleh memilih cream foundation atau liquid foundation yang jenis oil-based. Dan begitulah sebaliknya.

Kali ini, WA ingin memperkenalkan anda dengan satu kosmetik iaitu liquid foundation yang berasaskan minyak (oil-based) iaitu D'Vanda Weightless Essence Foundation. Haa, anda semua nak tahu lebih mengenai D'Vanda foundation? Kenalah baca sampai penghujung kata.

Bahan utama yang digunakan di dalam D'Vanda Foundation adalah Marula Oil, Vitamin C, Vitamin E serta mengandungi SPF35. Pertama kali anda dengar mengenai Marula Oil? Buat pengetahuan anda, Marula Oil (Minyak Marula) kerap digunakan di dalam kosmetik kerana ia berfungsi untuk melembap dan melembutkan kulit, cepat menyerap dan tidak meninggalkan kesan minyak ketika dipakai. Oleh itu, minyak ini sesuai digunakan pada semua kulit termasuklah kulit sensitif. Kandungan Marula Oil sangat tinggi antioksidan iaitu mempunyai 60% lebih tinggi dari argan dan biji anggur.

Fungsi Setiap Bahan Utama D'Vanda Foundation :
  1. Marula Oil - Memberi kesan flawless dan glowing pada wajah
  2. Vitamin C - Mencerah dan memperbaiki struktur kulit
  3. Vitamin E - Merawat dan melindungi kulit wajah
  4. SPF35 - Melindungi dari bahaya sinar UV
Kelebihan D'Vanda Foundation 

Foundation ini berfungsi 3 dalam 1 iaitu Makeup, Membantu Merawat dan Melindungi kulit dari kelihatan kusam, tona tidak sekata dan tidak berseri. Antara kelebihannya adalah :
  • Berbentuk sejenis cecair dan bersifat ringan
  • Mudah diratakan ke seluruh wajah dengan pantas
  • Sesuai untuk makeupp natural look dan kegunaan harian
  • Medium to full coverage
  • Mesra wudhuk dan mudah dibersihkan
  • Tidak mudah bercapuk
  • Diluluskan KKM - NOT171006826K
Selain daripada itu, D'Vanda Foundation juga membuat makeup akan lebih tahan lama dan tidak mudah cracky walaupun seharian penggunaannya kerana kandungan Marula Oil boleh membuat makeup nampak lebih smooth dan flawless.

D'Vanda Foundation hanya mengandungi satu shade sahaja dan ia sesuai dengan semua jenis warna kulit. Jika anda berkulit gelap, anda boleh mixkan bersama foundation yang mempunyai shade yang lebih gelap. Atau anda boleh mainkan warna sehingga anda dapat warna kulit anda sendiri. Lihat video tutorial  makeup WA berdurasi 25 saat ini. Ringkas dan mudah.

Nampak mudah dan makeup lebih natural kan? Dan shade ini sangat sesuai dengan tona kulit WA yang bersifat sederhana. Pada permulaan memang akan nampak seperti lebih cerah, akan tetapi selepas anda combine dengan yang lain, makeup akan tampak lebih berseri dan sempurna.

Dari hasil penggunaan D'Vanda Foundation ini, anda dapat melihat keberkesanannya seperti mengurangkan dan merawat pigmentasi secara perlahan dari dalam. Di samping itu,  foundation ini juga membantu memperbaiki masalah jerawat, parut jerawat, kekusaman serta tona tidak sekata. Malah, ia mengurangkan garis-garis kedutan dan mengembalikan keremajaan kulit wajah.

Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas WA menggunakan D'Vanda Foundation ini? WA mempunyai kulit kusam sedikit dan tona tidak sekata. Ada yang cerah ada yang gelap sedikit dan jerawat di bawah hidung dan jerawat. Biasalah hormon wanita. Hehehe.. Tapi alhamdulillah, jerawat pon cepat kecut. Gambar selepas itu, WA hanya menggunakan satu pump sahaja dan ianya dapat cover keseluruhan muka dan menghasilkan look yang lebih natural. 

Kenapa jerawat tak tutup betul? Haa, kalau anda memahami betul-betul maksud foundation seperti yang dikatakan di permulaan kata tadi, foundation atau bedak asas berfungsi untuk menyamakan tona kulit bukan untuk menutup jerawat yang timbul kerana ianya hanya menyamarkan jerawat sahaja.  Untuk penghasilan kali ini WA hanya menggunakan teknik simple sahaja. Kalau nak samarkan lagi penglihatan jerawat atau jeragat, anda boleh guna corrector dahulu, di susuli dengan concealer dan barulah apply foundation.

Sebagai pecinta makeup, WA sangat menitikberatkan mengenai kandungan sesuatu barang solekan. Terutamanya foundation supaya ia sesuai dengan kulit kita. Dan setakat ini WA sudah pakai hampir seminggu D'Vanda Foundation dan WA suka dengan tekstur jenis cecair ini dan tiduk perlu susah-susah untuk letak argan oil kerana foundation ini sudah mempunyai marula oil. Dan yang paling best adalah, kulit WA tidak berminyak walaupun cuaca panas, malah ia memberi effect glowing.

Harga D'Vanda Weightless Essence Foundation 20ml ialah RM88 (SM) dan RM98 (SS).

Jika anda ingin mendapatkan D'Vanda Foundation ini, bolehlah anda menghubungi laman tertera:

Facebook : D'Vanda Malaysia

Instagram : @d.vanda_malaysia

Thursday, March 1, 2026

Sweet Burgundy Makeup Look | Yaya

8:07 PM 33 Comments

Sweet Burgundy Look | Hello gaiss! Sekarang ini tengah musim orang nak tunang, nikah, kahwin kan? Macam-macam look ada tapi sejak artis-artis ramai yang kahwin dengan natural makeup atau no makeup look, maka ramailah pengantin nak cuba juga.

Sebenarnya, makeup natural atau no makeup look sangat susah tau berbanding makeup biasa-biasa. Sebab tu harga makeup natural boleh tahan mahal. Tapi bagi yang bukan MUA, senang je kata alaa, makeup natural je takyah heavy2. Are u kidding me bride? Hehehe.. Kalau yang macam korang maksudkan itu adalah makeup simple yee, bukan natural makeup. So, kalau MUA taknak buat jangan kata demand, actually korang yang demand. Nak natural look tapi harga RM50. Amboi amboi amboi.. Ehh, dah macam nyanyi lagu Altimet pulak. Haha! Kali ini, WA makeup seorang hamba Allah ini. Tengok jelah ekk sampai habis :D

Kulit si Yaya ni licin sebenarnya, tapi normallah kalau timbul jerawat seketul dan ada bekas jeragat sikit. Macam kulit WA jugalah. Tapi memang senang makeup muka dia sebab pores dia tak banyak. Ia masalah bila muka korang pores banyak dan jerawat timbul-timbul. 

Ini kali ke-2 WA makeup Yaya sebab first makeup masa ada shoot. WA ada buat live fb makeup masa ini dan cadang nak buat makeup pink-pink gitu tapi entah kenapa berubah pulak. Mybe sebab Yaya dah biasa makeup pink jadi WA nak buat kelainan sikit jelah. Itu sebab WA buat tema sweet burgundy look. Korang tahu tak Burgundy tu apa? Warna ala-ala purple gitulah.

Yaya ni suka sangat pakai bulu mata. Kalau WA hmmm, kirim salam jelah sebab WA tak sesuai pakai bulu mata macam nak kene sepak je muka kalau apply. Hahaha! Tapi tengok mata orang nampak cantik je kan. Geram je.. Hahhaa! Mencabar juga buat kening Yaya ni. First time dapat client yang kening jenis terangkat. Nak tengok LIVE FB? Klik link --> Live Makeup Yaya

Yelah-yelah, nak tengok muka WA jugak kan? Ni ada selfie sekali dengan Yaya Tapi ini gambar selepas siap makeupkan Yaya dan WA sempat makeup sikit sebab nak keluar. Tapi maklumlah, muka tukang makeupkan ni biasa-biasa ajo. Hehehe. Kita sempat makeup nipis-nipis je.

Ini muka WA tak makeup. Baru siap makeupkan Yaya. 
Tapi lighting natural over sangat time ni.. Huhu~

Jadi, ini jelah makeup look yang mampu WA buat masa ini sebab masa sebelum Yaya datang, WA tengah ada kelas makeup, ajar student WA. Agak penatlah juga. Tu yang kepala tak mampu nak perah otak sangat masa ni. Hahaha! Nak tengok tak gambar first WA makeupkan Yaya?

Masa ini Yaya adalah orang ke-4 WA makeupkan dalam tempoh 2 jam untuk setelkan 4 orang. Makeup cepatlah senang kata. Masa ini tema shoot adalah tema HorrorMantic kononnya. Makeup lawa-lawa sangat nanti kang tak jadi tema horror tu. Hahaha!

Amacam okay tak? WA masih belajar dan belajar lagi. Banyak sebenarnya look yang WA nak try tapi tak kesampaian je. Nak buat kat diri sendiri tapi WA tak suka sangat conteng muka sendiri. Huhu~ Kalau korang ada idea, nak makeup look apa boleh cadangkan dekat komen bawah ini tau!