Showing posts with label foodie. Show all posts
Showing posts with label foodie. Show all posts

Sunday, May 20, 2026

Resepi Ikan Pari Masak Pecel

10:28 PM 30 Comments

Resepi Ikan Pari Masak Pecel | Assalamualaikum semua. Alhamdulillah sudah masuk Ramadhan yang ke-5 kita berpuasa pada tahun ini. Bulan-bulan puasa ini, banyak dugaannya kan? Lagi-lagi kalau nampak resepi makanan. Tapi, tahukah anda, dari situ anda ada idea untuk masak apa. Kurangkanlah upload gambar semata-mata dengan caption 'alangkah sedapnya jika dapat air limau asam boi fresh' dengan gambar menggiurkan. Hahaha! Kalau share resepi dapat pahala gak kan? Hihi...

Kali ini, WA nak share resepi dari mak mertua. Korang pernah makan pecel? Serius sebelum kahwin WA tak tahu apa itu pecel dan cara masak macam mana. Haha! Maklumlah orang bandar. Tapi oklah kan orang bandar belajar masak lauk kampung. Dari orang kampung jadi orang bandar tak tahu apa-apa. Gurau jelahh~ Sedappp uuii.. Bahan utama mesti ada kencur atau daun kencur. Malas nak bebel panjang, jom layan resepi dari kampung. 


Bahan-Bahan :
1. Satu ekor ikan pari
2. Bawang putih 5 ulas (tumbuk)
3. Bawang Besar 1 Ulas (tumbuk)
4. Halia 1/2 inci (tumbuk)
5. 4-8 batang cili api (tumbuk)
6. Isi kencur (tumbuk)
7. Daun kencur 5 helai (hiris)
8. Santan kotak kecil

Cara Memasak :
1. Belah ikan pari ikut berapa yang kita mahu. Bakar separuh masak supaya isi ikan tidak pecah.

2. Tumbukkan bahan yang perlu ditumbuk dengan halus/kasar sedikit, kemudian rebuskan bahan yang ditumbuk dengan air. Tidak menumisnya. Terus rebus sekali dengan air (ikut banyak mana nak air) WA letak separuh dahulu. Kemudian, baru tambah kalau mahu kuah lebih.

3. Setelah mendidih, masukkan ikan pari dan masak semula bagi ia betul-betul masak.

4. Kemudian, letakkan santan (ikut suka rasa lemak atau tak) dan secubit garam dan ajinamoto ikut rasa anda. Dalam gambar kuah tidak berwarna sangat sebab cili tidak banyak & pedas. Kalau pedas ia akan berwarna hijau kemerahan sedikit.

4. Last, letakkan daun kencur bagi menaikkan lagi bau aroma pecel.

5. Siap! 

Mudah kan? WA confuse samada perlu tumis atau tidak. Tapi dua-dua cara boleh digunakan samada menumis atau rebus sahaja. Kalau anda teringin nak buat pecel tapi tak tahu, bolehlah try buat. Sedap sampai jilat jari. Sebelum ni tahu buat ikan pari masak asam pedas je, rupanya masak pecel pun boleh. Hehehhe....

Tuesday, May 15, 2026

Cara Buat Vietnam Roll & Sos Dengan Mudah

10:50 PM 30 Comments

Resepi Vietnam Roll | Sejak kebelakangan ini, macam-macam makanan luar negara masuk ke dalam Malaysia cumanya tak tahu halal atau tidak. Tapi sekarang mudah nak dapatkan sebab boleh homemade sendiri. Kali ini, WA nak bawakan resepi mudah dari Vietnam iaitu Vietnam Roll.

Dulu, masa mula-mula viral Vietnam Roll dekat Malaysia, berpusu-pusu orang mencari cara buat ni. Dan susah nak jumpa rice paper untuk balut ni. Yelah, sebab dari Vietnam je ada jual. Tapi korang jangan risau tau sebab rice paper ni ada yang halal dari Vietnam. Jangan beli yang tak ada logo halal dari Vietnam pula ye. Jom layan cara buat Vietnam Roll beserta sos versi WA sendiri.

Homemade Vietnam Roll

Bahan-Bahan Diperlukan :

1. Rice paper
2. Meehoon @ Soohoon
3. Salad
4. Isi ketam
5. Udang 
6. Carrot

**anda boleh menambah bahan lain seperti daun mint atau timun dan lain-lain.

Bahan Untuk Sos Pencicah :

1. Sos Cili Thai
2. Bawang Putih (potong dadu) *4 ulas
3. Cili api (potong bulat) *6 tangkai
4. Tepung jagung (pekatkan kuah) *1 sudu besar

**nak sedap lagi boleh tambah peanut butter/kacang yang telah ditumbuk

Step By Step :


1. Celup dahulu carrot, isi ketam dan udang di dalam air yang mendidih kecuali salad dan soohoon. Soohoon anda boleh rendamkan dengan air panas suam sahaja sebab ia mudah masak. Untuk udang pula, anda boleh goreng/celup kemudian baru buang kulit. Kalau tidak akan jadi macam udang WA jadi kecut sebab dah buang kulit dulu. Hehe..

2. Ambil rice paper dan celup ke dalam air yang suam/air biasa suhunya. Jangan gunakan air panas dikhuatiri rice paper anda cepat lencun dan mudah terkoyak semasa hendak menggulung. Dan jangan pula terlalu keras rice papernya. WA celup ke dalam air suam biasa sahaja.

3. Susun susunan ikut kreativiti anda. WA suka buat begini sebab mudah untuk digulung nanti. Pastikan anda lapik rice paper yang telah dicelup di atas pinggan/lapik yang licin bukan atas kayu papan. Takut ia mudah melekat. Susun dahulu salad, soohoon, carrot, kemudian letak udang/isi ketam seperti dalam gambar. Kemudian lipat kiri kanan dan gulung dengan kemas.

4. Pastikan anda tidak buat terlalu tebal untuk halang rice paper mudah koyak.

5. Kemudian, siap. Boleh cicah sos!

Cara Membuat Sos Vietnam Roll :

1. Bawang putih, cili api di tumis sekejap bagi ia betul-betul masak. Minyak masak sedikit sahaja buat syarat. 

2. Kemudian, tuangkan sos cili Thai dalam setengah botol. 

3. Tuangkan air sedikit (ikut banyak mana nak sosnya).

4. Masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dan tabur sedikit garam buat rasa dan kacau sehingga rata dan mendidih.


Sangat mudah kan? Boleh dibuat sebagai menu diet juga tau. Mudah dan mengenyangkan! Jom cuba resepi mudah buat Vietnam Roll ini.


Friday, March 9, 2026

Resepi Spaghetti Carbonara Cara Mudah

11:00 PM 21 Comments

Spaghetti Carbonara | Hai semua.. WA nak update resepi western kali ini. Alaa, spaghetti carbonara tu.. WA kadang-kadang panggil spaghetti putih aje. Hahaha! Mesti korang dah tahu kan? Tak apa, WA nak update juga untuk koleksi resepi mudah WA dalam blog. Hehehe.. Jom layann!


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Bahan-bahan :
  • Spaghetti 1 bungkus
  • Bawang putih 3 ulang potong dadu
  • Daging kisar (daging/ayam)
  • Udang 10-15 ekor
  • Cendawan butang 1 tin
  • Sosej (ikut nak banyak mana)
  • Sos prego cendawan asli (warna biru)
  • Sos krim prego kecil cheese (warna kuning)
  • Serbuk lada hitam sedikit
Cara-cara memasak :

1. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau. 

2. Masukkan ayam kisar sehingga ia masak sebati. Kemudian, masukkan udang beserta serbuk lada hitam. Masukkan sedikit ajinamoto & garam dan gaul rata sehingga masak kesemuanya.

3. Then, masukkan cendawang butang dan sosej dan gaul rata sehingga masak sepenuhnya. Masa ini sekejap je tak payah nak lama-lama nanti hangus kang. Hehehe...

 4. Kemudian, tiba masa untuk masukkan sos spaghetti prego. Sos carbonara ni ada banyak. Ikut korang nak perisa apa. Macam WA ambil yang asli punya warna biru. Then tambah dengan sos prego krim tin warna kuning (cheese). WA tak beli cheese slide sebab bazir tak guna banyak.

5. Akhir sekali masukkan susu kotak dutch lady yang full cream. WA beli yang kotak kecil yang minum tu je. Bagi tambah rasa lemak-lemak manis sikit. Then, kalau rasa pekat tambahlah air sikit.

6. Ini WA tambah sendiri. Tambah meatball sikit. Tengok ada baki kat peti ais baik guna campurkan sekali. Kalau taknak, korang skip je tau bebola daging ni. Tak wajib pun. Hehehe.. Siap!!

Thursday, January 18, 2026

Resepi Asam Pedas Ayam Pencen

6:54 AM 22 Comments

Asam Pedas Ayam Pencen | Korang layan tak ayam pencen ni? Area bandar susah tau nak jumpa ayam pencen. Duduk kawasan kampung ni senang je nak jumpa ayam pencen. Murah pun murah. Tapi ada orang tak berapa suka ayam pencen sebab liat. Nak petua ayam pencen tak liat? Senang je, korang rebus ayam pencen tu sampai air dah nak kering. Barulah masak apa-apa jenis makanan.

Kali ini WA nak bagi resepi masak asam pedas ayam pencen versi WA. Memang ketinggalan sebab resepi asam pedas bersepah. Hahaha. Dan ramai tahu. Tapi tak mengapa kita buat juga resepi versi kita sendiri. Jom kita layan resepi.....


RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan :

  • Ayam pencen seekor potong 8 ke 12 ke ikut suka (direbus dahulu)
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang besar 1 ulas (kalau bawang merah dalam 5-7 ulas)
  • Halia 1 inci
  • Serbuk kunyit setengah sudu besar (kalau kunyit hidup 1 inci)
  • Cili kering 15-20 tangkai (ikut nak pedas mana)
  • Daun kesum 1-2 tangkai (kalau tak ada, guna 1 bunga kantan)
  • Asam jawa 1 sudu besar 
Cara memasak :

1. Masukkan bahan-bahan yang di blender (bawang putih,bawang besar,halia, cili kering) serta serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau dan garing. 

2. Kemudian, masukkan ayam pencen dan gaul rata sehingga sebati rencah pada ayam tersebut. Biarkan beberapa minit.

3. Masukkan  daun kesum dan asam jawa. Kemudian gaul rata semula. 

4. Letak air ikut suka nak banyak mana kuahnya dan jangan lupa bagi ajinamoto dan garam secukup rasa. Kemudian, siap dan hidang!


Haa, amacam... Senang kan  buat asam pedas ni? Kalau korang suka kuah pekat, arwah mak pernah cakap letak lebih bawang besar sebab ia boleh pekatkan kuah asam pedas. Yang penting air tu jangan terlebih sudah. Hehehe...

p/s : Maaflah sebab tak ada gambar official yang cantik-cantik sebab memang tak sempat nak snap betul-betul.. jadi terimalah gambar kuali dengan senduk sudip tu yee :D


Tuesday, January 9, 2026

Resepi Mudah Macaroni Goreng

4:14 PM 10 Comments

Resepi Makaroni Goreng | Hi, kali ini WA up entri untuk resepi pula. Sekali-sekala apa salahnya kan? Hehehe. Siapa sini suka makaroni goreng? Kita geng yeayy!! :) Sebenarnya WA dah lama nak buat makaroni goreng, tapi disebabkan dalam famili majoriti tak minat makaroni, jadi WA hold buat. Husband pon bukan jenis melayan makan makanan macam ini. 

Tapi disebabkan dah tak tahan sangat asyik hold je buat makaroni ni, yelah kalau buat sikit je sorang makan, memang tak bestlah baik beli yang dah siap kan? Tapi haritu WA tak tahan sangat so WA buat je banyak. Seharian makan makaroni je. Hahaha... Jom layan resepi cincai dari WA :)

Maaf tak ada gambar yang cantik

RESEPI MAKARONI GORENG

Bahan-bahan :
  • Bawang besar 1 ulas
  • Bawang putih 3/4 ulas
  • Halia sedikit sahaja 
  • Cili kering (sejemput) - ikut suka nak pedas mana
  • Daging Kisar Ramly (pek kecil ada 2 keping) - guna sekeping je
  • Makaroni Kimball 400g - sepeket
  • Sos tiram 1 sudu besar
  • Kicap 1 sudu besar
  • Tomato Puri tin (sos tomato pun boleh) - 1 sudu besar
  • Ajinamoto & garam secukup rasa
**Blender bahan no 1-5 seperti blender nak buat sambal tumis

Bahan tambahan :
  • Carrot (belah 2 macam dalam gambar)
  • Sosej (potong bulat)
  • Ayam (potong dadu) - nak letak boleh tak letak pun takpe

Cara masak Makaroni Goreng :

1. Rebus dahulu makaroni sehingga lembut kemudian toskan dan sapu dengan minyak sedikit supaya ia tidak melekat sebelum menggoreng.

2. Tumis bahan yang diblender dan daging kisar sehingga garing dan naik bau. 

3. Kemudian masukkan garam & ajinamoto secukup rasa. Dan masukkan kicap, tomato puri & sos tiram ikut rasa kita. Kalau nak sos tiram banyak, jangan letak garam banyak nanti masin kang.

4. Dah sebati bahan tadi, masukkan pula bahan tambahan seperti carrot, sosej dan ayam.

5. Akhir sekali, masukkan terus makaroni dan gaul sehingga sebati dengan rencahnya.

Maka, terhasilnya makaroni goreng versi WA. Walaupun rupanya agak kelam sebab lighting tak cantik, tapi rasanya umpphhhh sangat! Hehehehe...

Selamat mencuba semua.......