Diona Mermaid Square Scarf | Masa bulan puasa yang lepas, Wawa terfikir design tudung apa kali ini hendak digayakan. Tanpa disedari, WA terjumpa website SofeaRose ini dan hati berbunga-bunga masa itu kerana SofeaRose mengeluarkan banyak design baharu!
Akhirnya, setelah membelek-belek lihat design mana yang berkenan, WA memilih untuk mengenakan design Diona Mermaid Square Scarf. Kenapa pilihan WA kali ini tudung bawal empat segi? Sebab WA inginkan kelainan dalam corak mermaid ini didatangi dengan pattern bawal empat segi.
Diona Mermaid dihiasi dengan corak abstrak mermaid bagi menggambarkan keunikan kecantikan dan kehidupan mermaid. Dua sifat ajaib yang digambarkan ini pasti menunjukkan keindahan dan kebaikan dari segi fizikal dan moral. Dikenali sebagai "penjaga" laut, ikan duyung sentiasa menunjukkan bahawa kehadirannya tidak dapat ditandingi. Lebih daripada sekadar seorang wanita cantik, ikan duyung akan membuat kita melihatnya dengan sikap yang baik, penyayang dan murah hati.
Keperibadian duyung sepatutnya dicontohi oleh #SofeaRoseQueens yang lain untuk membentuk sikap yang baik sebagai muslimah yang lebih baik di masa akan datang. Maka, langkahlah ke hadapan untuk menjadikan jalan hidup yang lebih bahagia, bersemangat dan memberi ketenangan.
Bukan koleksi hijab sahaja yang dibawakan oleh SofeaRose, malah ia berjaya mengeluarkan koleksi pertama bertemakan mermaid untuk pakaian. Koleksi baru ini dinamakan Ashley Top. Didatangkan dengan design ruffle dan curvy cutting, ia tampak lebih feminine dan elegant. Menggunakan material kain jenis Japanese Cotton, kita tidak mudah berpeluh dan meresap dengan pantas pada hari panas.
Tadaaa...... Inilah corak yang WA pilih. Untuk pilihan kali ini, WA memilih Square Scarf 02 Purple Puff. Ia kelihatan ala-ala warnaa purple + grey. Masa ini, WA sempat menggayakan gaya pakai tudung bawal biasa sahaja sebab nak cepat. Untuk lebih jelas, korang boleh lihat gambar yang model gayakan di bawah ini.
front side
back side
Disebabkan permintaan yang tinggi, Diona Mermaid siri ini diperlukan kini mendarat dengan 6 pilihan warna premium untuk anda kumpulkan sebagai koleksi. Diperbuat dengan kain Matte Satin lembut, ia dapat menahan anda semua berpeluh dan aktif! Mempunyai keluasan 48 inci x 48 inci (bidang 50) membolehkan anda menggayakan gaya tudung untuk pergi kemana-mana sahaja selagi ia mematuhi syariah. Diona Mermaid Square Scarf ini didatangkan bersama-sama dengan keajaiban edisi ikan duyung yang klasik tatkala cahaya menerangi. Ecewaahhh! Hehehe...
Bagaimana Diona Mermaid Square Scarf Dapat Menawan Hati?
Ciri-Ciri Yang Ada Pada Diona Mermaid Square Scarf :
- Mempunyai corak mermaid yang unik
- Senang digosok
- Daya tarikan mermaid yang sangat terhad
- Warna menarik
- Tekstur kain sejuk
- Di datangi dengan kotak ekslusif
Material : Top Notch Matte Satin (Berlian Matte Satin)
Ukuran : 48 inci x 48 inci (panjang x lebar)
Didatangkan dengan 6 warna iaitu :
01 - Sandy Blue
02 - Purple Puff
03 - Twinkle Sapphire
04 - Lavender Sky
05 - Sweet Blush
06 - Rose Glow
Zoom sikit, ia ada label tersendiri iaitu SofeaRose gabungan huruf S dan R dihujung bucu tudung. Kain ia kelihatan kilat sedikit seperti 'berlian', tetapi sangat best dipakai dan rasa sejuk. Tidak jarang kerana kualiti kain tebal tapi tidak panas.
Jika anda ingin membuat tempahan, anda boleh layari laman sesawang SofeaRose di www.sofearose.com atau ke laman social facebook www.facebook.com/sofearose.my/ dan Instagram mereka di www.instagram.com/sofearose/ .....
18 Comments
Cantik la corak dan akak suka tengok warna yang lembut tu..akan serlahkan lagi penampilan si pemakai kan...cantik sangat...
ReplyDeletecantik la top dia bertingkat tingkat ni sesuai dengan anak remaja. Boleh try cari ni. La ni kan trend fashion ruffle ni. Butik ni macam pernah nampak kat Bangi Sentral tapi tak pernah terjah lagi. Harus terjah nak tgk top dia.
ReplyDeleteThat's very pretty design... Looks good and great on you.. very suite your personality and image.. nice one..
ReplyDeletehaha.not a hijab wearer but i was looking forward to buy scarf for my malay friend. Glad i found your post.
ReplyDeleteCantik dan mewah kelihatan corak hijab dari SofeaRose ni. Klo mau lihat2 pun gampang ya tinggal buka web nya sahaja.
ReplyDeleteCantiknya corak dia. Warna2 pun lembut. Sure sape paki bertambah naik seri. Nanti nak rekomen kt kakak2 lah..sure diorg suka
ReplyDeletewah awat warna biru dia cam kelam atau i punya skrin brighteness ni kelam... apa pun cantik wawa gayakan love it !
ReplyDeleteI suka fabrik dia. Senang dibentuk dan digosok. Charm dia pun nampak sgt esklusif. Sekarang i dah ada dua koleksi tudung ni
ReplyDeleteSofearose ni memang koleksi Yang menarik dengan warna pastel .Lia yg x bertudung puj jatuh hati dengan warna Yang ada.
ReplyDeleteCantik tudungnya! Bawal lovers jugak di sini tapi kalau guna satin automatik tak minat, licin susah jadi kat muka..hurm
ReplyDeleteNice collection of their shawl. Soft color and not complicated design. I like it and you can match with any type of clothes.
ReplyDeletecantik sangat warna macam ni. lembut je. lepas tu sesuai digayakan dengan plbagai outfit.
ReplyDeleteSuch a lovely collection, its very chic and sassy making you look beautiful with the blue shawl.
ReplyDeleteCantiknya corak2 tudung kat sofearose ni.. Minat no 5 dgn 6 tu.. Nanti boleh la rembat kat website dia..
ReplyDeletecantiknya tudung dia..simple je coraknya tapi masih lawa..lembut je tengok..macam senang dibentuk je..tudung macam ni sesuai digayakan dengan apa-apa baju aslkan plain
ReplyDeleteWah cantiknya design tudung kali ini. Menarik betul .Terserlah elegant kalau kita pakai pi kerja. Harga pun tak mahalkan?
ReplyDeletecantik la warna dia..lembut je..k.fiezz suka tudung kaler2 cenggini..rasa bila pakai, org tgk kita lembut je hati..hihi
ReplyDeletenampak lembut je tudung yang wawa pakai ni.. mesti material di sejuk je kan.. minat pulak tengok
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)