Thursday, January 4, 2018

# beauty # makeup

BEAUTY | Essence Stay All Day 16h Foundation


Drugstore Foundation Viral | Zaman sekarang senang sangat nak viralkan sesuatu. Kadang-kadang kita share something yang orang tak tahu sangat pun senang. Inilah dinamakan kuasa viral. Baru-baru ini, dalam bulan 9 tahun lepas kalau tak silap, foundation keluaran Essence ini telah menular di laman social terutama bagu yang kaki makeup.

Sebelum ini, hanya brand Maybelline, Loreal dan Silky Girl sahaja lebih dikenali di Watsons atau Guardians terpilih yang menjual barang-barang makeup drugstore, tapi akhir-akhir ini, nama Essence melonjak naik mendadak sejak viral. Sudah tentulah foundation liquid Essence.

Sebenarnya foundation ini telah lama berada di pasaran cuma tak berapa dikenali. Dengan kuasa viral media social, ianya mendapat sambutan diluar jangkaan. Mana taknya, terus habis stock kesemua kod warna. Inilah dia Essence Stay All Day 16 hours Foundation. 

Masa WA mencari foundation ini, semua stock kat watsons dan guardians terpilih kebanyakkannya kehabisan stock weiii!! Mujur masa tu WA tergerak nak pergi Watsons di Aeon Big Kluang, stock masih ada itupun hanya tinggal satu kod saja. Dan mujurlah juga kod itu sesuai dengan kulit WA. Fuhhhh.......~~~

Tekstur foundation Essence

Untuk pengetahuan anda, tekstur foundation ini adalah sejenis liquid/cecair dan bersifat matte. Jadi makeup akan kelihatan lebih tahan lama dan kekal paling lama 16 jam. Sangat ringan dan tidak berasa berat apabila di apply ke muka. Sesuai digunakan untuk makeup harian anda.

 Credit photo to Sabrina Tajudin

Credit photo to Sabrina Tajudin

Untuk kod warna foundation Essence ini, hanya ada 4 kod sahaja yang available di pasaran Malaysia.
  • 10 Soft Beige
  • 20 Soft Nude
  • 30 Soft Sand
  • 40 Soft Honey
WA memakai kod 20 Soft Nude sebagai bedak asas/foundation harian WA. Boleh juga kalau nak pakai kod 40 Soft Honey sebab dia color yang natural. Untuk memilih foundation dengan cara betul, apply sedikit di bawah tepi dagu anda untuk lihat warna yang sesuai. 

Ini adalah hasil WA makeup natural look dengan menggunakan foundation Essence Stay All Day 16h kod 20 Soft Nude dan ianya sangat natural dan matte tidak berminyak. Malah, makeup lebih tahan lama sehingga petang. Tapi coverage ia lebih kepada light to medium so memang sesuailah untuk makeup harian. WA suka sangat dengan foundation ini dan masuk dalam list favourite foundation drugstore WA. Hehehe...

Jika anda ingin dapatkan foundation viral ini, bolehlah pergi ke Watsons dan Guardians terpilih yang menjual brand Essence atau beli melalui pembelian online di website Watsons. Harga sebotol foundation ini hanya berharga RM21.90 sahaja. Sangat berbaloi dan boleh tahan selama 2-3 bulan. Jika jarang pakai boleh tahan 5-6 bulan.

26 comments:

  1. ni kalau akak pakai sure kulit putih melepak,nak cari foundation yang lagi gelap,ada tak...Nampak Nars ada gelap skit..tapi mahai bebenau..make up pun ala-ala je...malas nak beli...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehh boleh la kak,,, amik kod 30 soft sand.. dlm gmbr ni nampak je cerah sebab lighting cerah... bila blend all kt muka nmpk fd nya sesuai utk kulit sawo matang... atau boleh try brand maybelline fit me... tp xsarankan sbb dia oily sikit...kalu nk pakai juga boleh je sbb maybelline fit me ada kod gelap...harga pon around rm40 lbh..

      Delete
  2. suka dengan foundation essence even coverage light je. feii suka foundation essence yang pure nude makeup tu tapi macam dah discontinue je 😂

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan....coverage dia walaupun light to medium je tapi still boleh cover la kulit kusam dgn jerawat nipis..hehe.. rasa mcm dh xde yg pure nude..hihi

      Delete
  3. Bagusnya foundation ni, makeup nampak cantik je cover cela2 dekat muka

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah betul....not heavy..ringan dan boleh lah juga cover muka ni.... tahan pon boleh thn lama..hehe

      Delete
  4. Hari tu ada jgk usha kt watson tp byk brang essense hbis.. Mmg ramai btul grab jnma ni..

    ReplyDelete
  5. LOL.. Honestly Sally xtau lgsg psl produk viral terutama kalau mekap..nnt nak cuba tgk tekstur dia kalau jmpe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene amik tahu...boleh makeup2 nnti..hihi

      Delete
  6. Eh murah. Nanti nak try la.Tak pernah try brand essence ni

    ReplyDelete
  7. Dah lama dah perhati foundation ni tapi tak terbeli sampai sekarang sebab selalu habis & takut nak try sebab tak suka sangat pakai foundation. But still, nak try one day insyaALlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh beli lepasni sebab tekstur dia ringan dan best. Hehehe..

      Delete
  8. Very nice on your skin.
    I seldom use foundation nowadays.
    But change to bb cushion.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh i see..but I can't use bb cushion coz its not suitable for my skin...

      Delete
  9. Cik en pefcaya produk ni dekat 2 tahun dah.. mmg puas hati.la.. ringan trasa x pakai makeup

    ReplyDelete
  10. Cantiknya foundation dia..coverage semua tak..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best... Dia light to medium coverage..sesuai utk daily makeup..

      Delete
  11. Apasal akak baru tahu ni? Nasib wawa buat entry kalau tak sampai ke sudah akak tak tahu. Hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehhee...kita lupa nk buat entri... Dh lama nk buat lupa je...hahaha

      Delete
  12. Boleh cuba nanti ni..wpun setia dgn rt hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cuba kak.. RT kita pakai time pegi event je.. Kalau daily makeup kita guna drugstore fd...

      Delete
  13. Menyesal baca sampai habis entry wa ni. Terus akak rasa nak cari nanti kat watson

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaa.... dipersilakan beli kak .. :D

      Delete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)