Doa Barang Hilang | Pernah tak anda mengalami detik cemas ketika barang hilang? Mesti pernah kan. WA pernah alami ketika WA di zaman persekolahan ketika itu di Maahad Johor. Bayangkan masa itu baru je cucuk duit dari outing sebab dalam bulan tu abah tak dapat datang nak jenguk. Duit itu cukup-cukup untuk bulan depannya. 

Resah dan gelisah macam dapat berita kematian. Mujurlah ada sahabat yang cuba membantu dengan menyuruh WA amalkan baca doa barang hilang setiap kali solat. Dan alhamdulillah, dengan izin Allah, WA menemui barang yang hilang itu di tempat yang sebelum ini WA mencari tapi tidak dijumpai dalam keadaan yang baik dan lengkap. Doa yang WA amalkan ketika itu adalah :


Amalkan setiap kali selesai solat 5 waktu atau solat sunat, berselawat dan istighfar kemudian baca doa ini. Moga usaha kita itu membuahkan hasil. InshaaAllah, selepas kita doa dan usaha, tawakal pada Allah moga ada keajaiban berlaku.