Monday, September 11, 2017

Resepi Mudah Sup Telur @ Kuah Laju



Resepi Kuah Laju | Haritu Wawa ada share satu makanan ni, tapi ramai pula yang request nak resepi itu juga sebab ada yang buat tak menjadi. Walaupun nampak mudah bagi mak-mak yang dah pro masak, tapi mungkin bukan mudah bagi orang yang baru ingin belajar masak. 

Jom lihat Wawa share resepi mudah sup telur atau Wawa lebih serasi panggil kuah laju. Nak tahu tak sebab apa Wawa dan family panggil kuah laju? Nanti akhir kalam Wawa bagitahu. Hahahah!

RESEPI SUP TELUR @ KUAH LAJU
Penyediaan untuk 4 orang

Bahan-bahan ditumbuk :
  • Bawang putih 3 ulas
  • Bawang besar 1 ulas
  • Sedikit ikan bilis / kiub ikan bilis
Bahan lain :
  • Soo hoon 
  • Telur
  • Fucuk tauhu kering (dalam resepi tak letak sebab tak ada)
  • Kentang potong 8
Cara memasak :
  1. Tumis dahulu bahan yang ditumbuk (minyak sedekit sahaja) sampai naik bau. 
  2. Kemudian masukkan kentang dan letak sedikit air untuk empukkan kentang.
  3. Selepas empuk kentangnya, masukkan soohoon dna fucuk tauhu kering yang telah direndam tadi dan tambah air ikut suka hati, kalau suka kuah banyak, letak banyak.
  4. Akhir sekali, masukkan telur sebiji-sebiji. Dan jangan lupa letak garam serta ajinamoto ikut rasa anda. Siap!
Nampak mudah kan? Memang mudah. Makanan ini sesuai untuk kanak-kanak dan dewasa juga. Haa, nak tahu kenapa Wawa namakan ia kuah laju? Sebab bila kita hirup, sekejap je habis. Hahaha!

11 comments :

  1. wah.. boleh try buat ni.. guna tauhu telur boleh ke wawa?

    ReplyDelete
  2. Cepat2!!! Hari ni LAST!! Jemput join Giveaway di blog Tengkubutang.com yea.. mana tahu ada rezeki menang apa-apa hadiah kan... kalau tak minat hadiah.. jemput join sekadar support contest di blog TB tu ke.. boleh...? heeee.. thank you.. i love you.. =) jom meriahkan lagi contest ni disamping boleh dapat trafik dari peserta-peserta yang join untuk blogwalking.. =)..

    Kepada yang dah join.. Terima kasih sangat-sangat... semoga Allah murahkan rezeki korang.. Aamiin..

    http://www.tengkubutang.com/2017/08/tengkubutang-6-million-pageview-giveaway.html

    ReplyDelete
  3. mcm sedap juga..
    letak carrot ke, ikan bilis.. ish simple n sedap ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan.. Simple tp sdp.. Hehhee.. Kalau carrot tkot kuah jd rasa manis..
      Tu letak ikan bilis jee.. Hehe

      Delete
  4. sedapnya akakkk.. selalu tngok resepi mcm ni time pukul 1 ke 2 pagi. hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg sdp... Nak cmpo dgn sayur petola pun sdp... Harini akk buat lgi lauk ni sbb sng buat. Hehe

      Delete
  5. nampak sedap...... tk pernah try lagi

    ReplyDelete
  6. Nampak simple tapi confirm sedap...nyummyyy

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan sis.. hehehe...makan xtoleh kiri kanan :D

      Delete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)

Copyright © All Right Reserved 2015 by Wawa Ashihara