Resepi Ala-Ala Bubur Ayam McD | Resepi paling mudah senang dibuat sampai tambah berkali-kali. Hahaha! kemain mukaddimah yee... Wawa bukan penggemar Mcd, tapi sebab dulu asal nak singgah beli ayam mcd je habis, maka buburlah jadi pilihan. Bubur Nasi atau Nasi air kalau negeri lain panggillah. Kalau Wawa panggil bubur je. Kekeke..
Sebelum mula, Wawa minta maaf sangat sebab tak sempat nak snap gambar bahan-bahan sebab masa buat ni kelam-kabut buat cepat. So, Wawa bagi gambar bubur ayam yang dah tersedia jelah. Jom kita layan resepi ringkas dari Wawa. Orang panggil resepi campak-campak asal sedap! Haha..
RESEPI ALA-ALA BUBUR AYAM MCD
1. Bawang putih 5 ulas
2. Halia 1/2 inci ( nak 1 inci pun boleh lagi sedap)
3. Ayam dipotong dadu (ikut nak banyak mana)
4. Serbuk lada sulah putih (jenama aji-shio)
5. Garam ikut rasa
6. Minyak bijan
6. Minyak bijan
CARA PENYEDIAAN :
Masak bubur terlebih dahulu dalam 1 periuk sederhana.
1. Tumbuk bawang putih bersama halia hingga lumat.
2. Tumis bahan yang ditumbuk tadi bersama dengan ayam dipotong dadu hingga masak. Lebihkan minyak sedikit pun tak mengapa sebab nanti ia buat penambah rasa.
3. Kemudian letak bahan yang ditumis tadi ke dalam bubur dan letak lada sulah putih serta garam sehingga cukup rasa. Letak sedikit minyak bijan jika suka.
** gaul sebati supaya rencah yang ditumis tidak berketul bersama ayam sahaja. dan bubur akan kelihatan berminyak sedikit dari hasil menumis bahan tadi.
** untuk lagi sedap tambahkan daun bawang ke dalam bubur dan gaul rata.
CARA HIDANGAN :
Letak hiasan bawang goreng sedikit dan sambal tumbuk sebagai perasa jika ingin pedas. Jika tak nak, boleh skip yang sambal tumbuk.
** maaf dalam gambar Wawa tak letak daun bawang sebab tak ada masa ni.
Maka, jadilah bubur ala-ala bubur ayam mcd. Senang dibuat dan mudah dimakan. Haha! Haritu buat 1 periuk nasi besar, ingatkan tak habis sebab masak campak kan, sekali rupanya habis dijamah. Jom cuba buat bubur ala-ala bubur ayam mcd ni. Orang demam kalau makan ni pun dah sedap. Boleh buang angin free je sebab ada halia. Kekekeke...
Dah buat jangan lupa share dengan Wawa dan credit to Wawa Ashihara tau! Nanti Wawa komen post anda semua. Muaahh!!
22 Comments
Bubur mcD memang sedap.boleh cuba nanti
ReplyDeletehehe.. cubalah kak.. tag kita nanti :)
DeleteWahh.. akk xsbr nk try jgk resepi ni..tq wawa
ReplyDeletetry jangan tak try kak..hehehe.. jgn lupa tag kita :)
DeleteWahh.. akk xsbr nk try jgk resepi ni..tq wawa
ReplyDeletehi, saya datang singgah sini :)
ReplyDeletehi intan :)
DeleteThank you wawa. Duk tercari2 resepi bubur ayam mcd. Alhandulillah boleh try ni hihi. Just perkongsian desert. Harap jamuan minum petang lebih class gitu http://dbestummi.blogspot.my/2016/01/resepi-kek-molten-chocolate-lava-yang-sedap-meleleh.html?m=1
ReplyDeleteyeay,,,hehehe..cuba tau...jangan lupa mention wawa.. boleh komen nanti :)
DeleteWah, sedapnya takyah gi mekdi pasni tau resepi
ReplyDeleteMmg suka bubur mekdi..tp jarang2 mkn..nti teringin boleh try resepi wawa ni
ReplyDeleteEmi selalu la duk teringin nak buat sendiri bubur yg ala2 mcd ni. Makan mcd punya best tp ayam dia sikit sangat hahah. So kononnya nak buat sendiri versi banyak ayam tp tak buat2 lagi.
ReplyDeleteSedapnya . Ccl selalu masak bubur time demam je itupun bubur kosong masukkan carrot, brokoli . Lepas ni boleh cuba la .
ReplyDeleteXpernah mkn bubur mcd sbb jenis tak mkn bubur mcm ni.. Tp tgk begitu menyelerakan.. Blh masak utk anak2 buah je nanti :)
ReplyDeleteSedapp.tapi shad jenis xboleh masuk sgt kalau nasik tu hancur sepenuhnya, means nasik over lembik. Hehe. Tak ngam. Tapi boleh try resepi Wawa ni, kot bila dah masuk bahan tumis tu dia jadi bukak selera. Hehe
ReplyDeleteFuh.. ni kalau makan panas-panas maunya kekenyangan sekejap je dah masuk perut.. TB pun suka bubur mcD..nanti leh try resepi bubur ala2 McD ni
ReplyDeleteFuh.. ni kalau makan panas-panas maunya kekenyangan sekejap je dah masuk perut.. TB pun suka bubur mcD..nanti leh try resepi bubur ala2 McD ni
ReplyDeleteMemang sedap bubur mcd kan
ReplyDeleteTengok entry wawa ni teringin pula bubur mcD. Boleh cuba resepi wawa satgi..
ReplyDeleteBubur mcd memg sedap dimakan..suka kita..kalau boleh buat dekat rumah sendiri..lago syok..
ReplyDeleteTrasa nk makan bubur plkkksss
ReplyDeleteTak pnh mkn bbur mekdi. Apa pun, bubur mmng sdap. Hee
ReplyDeleteBlh try ni.
Post a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)