Magic Skin Primer by Hope Girl Sebagai Makeup Base | Adakah anda menggunakan primer sebelum makeup? Tak kisahlah primer jenama apa pun. Wawa guna primer sebagai makeup base apabila Wawa makeup. Bukan selalu makeup pun, time perlu je makeup. 

Perlu ke pakai primer sebelum makeup ni? WAJIB! haha.. saja highlightkan. Actually primer ni perlu dipakai sebelum makeup sebab ia boleh membuatkan makeup tahan lebih lama dan tidak mudah bercapuk. Antara favourite primer Wawa adalah Magic Skin Primer dari Hope Girl by Nafura. Buat pengetahuan anda, Primer ini berasal dari Korea dan telah dibrandingkan by Nafura. Walaupun banyak persaingan untuk primer, ramai juga MUA yang hebat menggunakan ini. Rugi korang tak cuba tau!


Magic Skin Primer by Hope Girl merupakan salah satu rahsia makeup seseorang bertahan lama dan kelihatan lebih cantik dan berseri. Dengan tekstur seakan mutiara pink halus ini sesuai untuk semua jenis kulit muka sebelum makeup bagi membuatkan kulit anda menjadi lebih glowing dan lembut.

Kelebihan Magic Skin Primer
  • Menjadikan kulit lebih licin semulajadi dan menutupi kawasan kulit yang tidak sekata.
  • Menutup liang roma dan garis-garis halus serta menjadikan kulit muka licin bak sutera.
  • Berkesan dalam mengawal sebum yang berlebihan.
  • Menjadikan makeup anda tahan lebih lama dan kelihatan lembut.
  • Merawat kulit kusam dan membantu menganjalkan kulit.
  • Berfungsi sebagai primer mata juga bagi menghalang kelopak mata cacky.
  • Mengatasi masalah pori-pori terbuka.
  • Mencerah 10x ganda mengalahkan agen pemutih.
Kandungan Magic Skin Primer ialah jojoba oil dan Vitamin E yang berfungsi untuk melindungi kulit muka anda. Bahkan, ianya mempunyai tekstur yang ringan dan berbau wangian rose. Ada sesetengah pendapat pengguna tidak suka dengan baunya yang terlalu kuat, tapi bagi Wawa tiada masalah sebab bau bunga lembut. Hehe...


Cara Penggunaan Magic Skin Primer

Sangat mudah untuk apply primer ini. Sebelum itu, pakai dahulu moisturizer untuk melembapkan kulit anda bagi yang berminyak atau kering. Wawa lebih pilih kepada Honey Bee Venom sebab ia sesuai untuk cuaca di Malaysia ini. Kalau kulit anda terlalu berminyak, boleh cuba True Alaska untuk mengurangkan kulit berminyak.

Kemudian, barulah anda letak Magic Skin Primer dikawasan T-zone muka anda dan tempat pori terbuka. Then barulah apply any foundation atau bb cushion ke apa. Paling tidak sapu bedak je terus. Memang cantik berseri kulit anda! :)



Dua-dua gambar ini adalah testimoni dari Wawa sendiri, rahsia makeup tahan lebih lama dan cantik berseri selepas apply primer ini dengan teknik simple makeup. Memang best!!!

Kalau korang nak beli, boleh ke HQ Official Nafura :

Website : www.nafura.my