Sunday, February 26, 2017

Tiada Lagi Masalah Bau Rambut | Hajarose Hair Mist

11:03 PM 2 Comments



Tiada Lagi Masalah Bau Rambut - Hajarose Hair Mist | Kaum wanita seringkali dikait dengan masalah bau rambut terutama sekali apabila seseorang wanita itu bertudung. Bukan bermaksud wanita bertudung tak jaga rambut, tapi kadang-kadang disebabkan kekangan masa dengan kerja, membuatkan kita tidak dapat memanjakan dan menjaga rambut dengan baik. 

Bukan itu sahaja. wanita yang tidak bertudung pun kadang-kadang ada masalah dalam penjagaan rambut. Di sini Wawa nak perkenalkan kepada semua diluar sana yang menghadapi masalah bau rambut, bolehlah mencuba Hajarose KL Hair Mist dimana ianya baru sahaja melancarkan produk ini. Jadi, produk ini amatlah sesuai digunakan bagi sesiapa yang mempunyai masalah rambut.


Bahan Utama :
  • Panthenol 
  • Vitamin E
  • Vitamin B5
Ianya tiada paraben, mempunyai pengiktirafan dari GMP dan juga halal. Maka ianya selamat digunakan dan ianya juga sesuai untuk kaum lelaki dan wanita.

Mist rambut Hajarose ini bukan sekadar wangian rambut, Vitamin B5 yang terdapat didalamnya berfungsi menyegarkan rambut dan Vitamin E pula bertindak sebagai melembapkan rambut dari luar dan dalam. Oleh itu, Hajarose Hair Mist kini dikenali sebagai Hajarose Triple-H Hair Protector Formula. Ia melindungi rambut dari kehangatan, kelembapan dan keguguran.


CARA PEMAKAIAN HAIR MIST 

Selepas mandi, kering rambut dahulu. Kemudian spray sedikit di telapak tangan dan sapu ke rambut. Atau cara paling senang spray terus ke rambut dan pakai tudung bagi yang bertudung. Spray ini tidak perlu bilas. Hanya spray rata ke rambut sahaja.

Bau wangian hair mist memang wangi sangat. Baunya yang agak menyenangkan dan menyegarkan. Seolah-olah rasa sejuk selepas spray ke arah rambut. Jadi ia memang sesuai bagi yang ada masalah bau rambut disebabkan tak sempat basuh atau menjaga rambut. Spray-spray sikit terus bau harum mewangi dan menyegarkan.

Setakat ini Wawa sudah mencuba dan memang ternyata ianya dapat membantu menyegarkan rambut dan melembapkan rambut dari masalah rambut rosak.


Terdapat 2 wangian Hajarose Hair Mist iaitu :
  1. Melor Hair Mist
  2. Teratai Biru Hair Mist
Sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai Hajarose KL Hair Mist, bolehlah layari link yang tertera di bawah ini.

Facebook : Hajarose
Website : www.hajarose.com 
Instagram : @hajarosekl 
Whatsapp : +6011 3174 7371 


Saturday, February 25, 2017

Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi Pontian 2017

5:26 AM 1 Comments



Karnival Jelajah Usahawan MITI Pontian 2017 | Buat seluruh warga Johor Darul Takzim khususnya, anda semua dijemput hadir ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi Pontian 2017 di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. Karnival yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017, telah dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam.


MAJLIS PERASMIAN JELAJAH USAHAWAN MITI & AGENSI 2017

Tanggal 25 Februari 2017 (Sabtu), telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017 dan telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Dato Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.




AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL BERLANGSUNG

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari. Di sepanjang karnival ini berlangsung, warga Johor berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat andai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :
  • Career Fair
  • Food Truck
  • Forum Perdana
  • Innorace / Infotaiment
  • Aktiviti Tarikan Pengunjung
  • Info Booth Agensi



Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakkan warga Johor dan rakyat jelata datang berkunjung, seperti :
  • Pemeriksaan Kereta Percuma
  • Program Halal Cilik
  • Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
  • Mini Showcase SDSI
  • Pertandingan Catur Bistari
  • Khidmat Nasihat Keusahawanan
  • Cabutan Bertuah






Tunggu apa lagi? Jom beramai-ramai datang memeriahkan lagi Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga tersayang dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Hanya tinggal hari esok sahaja! 

Tuesday, February 21, 2017

Leezo Restaurant | Kedai Makan Western Batu Pahat

9:14 PM 4 Comments


Leezo Restaurant - Kedai Makan Western Batu Pahat | Hai korang.. baru-baru ini Wawa ada pergi ke kedai makan di Batu Pahat (dah berkali-kali) selepas Wawa dah sihat sikit. Hajatnya mula-mula hanya menemani kakak yang kelaparan. Hahaha! Tapi terjebak nak makan sekali. Takpee, orang belanja kita, on jelahh :D


Actually, kali ni Wawa tak makan western punya so tak order yang western. Sebelum-sebelum ni memang ada order yang western. Leezo restaurant ni bukan sahaja menyediakan makanan ala-ala western, tapi ala-ala kampung/melayu pun ada. So, kami decide pilih makanan kampung + western sikit je.


Nasi Goreng Pattaya

Lamb with Fried Rice

Leezo Orange Sparkling

Ini jelah makanan yang kami order ritu. Yang western punya takde gambar. Tapi kalau nak tau bolehlah pergi ke page mereka Leezo Restaurant/Leezo Container. Buat pengetahuan orang diluar yang tak familiar lagi, kat BP ini ada 2 kedai nama Leezo... Satu di Parit Raja Batu Pahat (Leezo Container), satu lagi di Flora Utama (Leezo Restaurant).

Bagi yang nak terjah ke Leezo Restaurant boleh juga sambil-sambil cuci mata sebab dekat dengan Jakel, Aeon Big & Square One Mall.
Leezo Restaurant
No 6, Persiaran Flora Utama, 83000 Simpang Kanan BP
(Berdekatan dengan Aeon Big & Square One Mall)


Monday, February 20, 2017

Beauty Review | Serum Muka dari SwissVita

11:55 PM 0 Comments


Serum Muka dari SwissVita | Setiap wanita memang inginkan raut wajah yang bersih dan kelihatan putih tanpa ada cacat cela. Memang tidak dinafikan, betul tak? Wawa pun tak terlepas untuk kelihatan cantik dan muda. Cewaahhh ! Hahaha..

Kali ini Wawa nak perkenalkan satu produk dari luar negara, iaitu SwissVita Laboratories from Switzerland. Macam baru first time dengar je kan? Oklah. Mari Wawa terangkan serba sedikit mengenai SwissVita ini. 


Apa yang paling best mengenai produk ini adalah :

  • Paraben Free
  • Alcohol Free
  • Fragrance Free
  • Pigment Free
Jadi, ia boleh gunakan ke atas semua jenis kulit muka kerana tiada pengkhususan. Untuk review kali ini Wawa mencuba 3 jenis produk dari SwissVita iaitu Micrite 3D All Use Whitening Serum, Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum dan Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum.


MCRITE 3D ALL USE WHITENING SERUM

Serum ini boleh membuatkan kulit muka kita lebih flawless tanpa pori-pori terbuka dan memutihkan kulit. Bahkan ianya juga boleh menghidrasikan kulit muka dari berminyak. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka. 

Cara penggunaan : Picit sedikit serum muka ini dan sapu rata ke permukaan muka sehingga meresap. Untuk kesan terbaik, gunakan sebanyak 2 kali sehari. Jauhkan dari kawasan mata anda.

Harga : RM130 (30g/1.06oz)



MCRITE 3D ALL USE ANTI-SPOT SERUM

Untuk serum ini pula, sesuai untuk bahagian-bahagian tertentu seperti kawasan parut jerawat, bintik-bintik hitam atau tona kulit yang tidak sekata. Dengan adanya kandungan Vitamin C di dalam serum ini, ianya boleh mencerahkan kulit dan juga mengurangkan bekas kawasan masalah dimuka. Kulit muka akan merasa lebih ringan dan bersih selepas menggunakannya.

Cara penggunaan : Sama seperti penggunaan Whitening Serum. Picit sedikit serum muka ini dan sapu rata ke permukaan muka sehingga meresap. Untuk kesan terbaik, gunakan sebanyak 2 kali sehari. Jauhkan dari kawasan mata anda.

Harga : RM130 (15g/0.53oz)



Serum ini paling best dan Wawa suka. Sebab apa suka? Sebab ia boleh mengecilkan pori-pori yang terbuka, membuang sel-sel kulit mati dimuka seperti kulit kering atau mengelupas. Ianya juga melembapkan kulit muka dan mempunyai anti-oksidan dan membuat kulit muka rasa lembut dan lembap macam kulit baru. Kandungan dalam serum ini mengandungi Mandelic Acid (badam), Malic Acid (epal) dan Citric Acid (epal).

Cara penggunaan : Selepas mencuci muka, titik serum dimuka sikit dan sapu sehingga meresap. Kemudian boleh guna toner pula selepas serum ini (jika ada toner). Guna serum ini 2-3 kali dalam seminggu. Jauhkan dari kawasan mata anda.
p/s : Normal akan ada rasa sedikit sakit apabila menggunakannya.

Harga : RM110 (50g)



Ketiga-tiga produk ini memang terbaik dan best. Bagi yang feeling-feeling nak putih cantik berseri tu bolehlah try serum-serum ini. Bukan itu sahaja, ada banyak produk yang SwissVita keluarkan tau.

Untuk maklumat lanjut korang bolehlah layari :

Website : www.allyoung.my