Sunday, May 27, 2018

# beauty # nanowhite

NanoWhite Dark Spot Corrective Serum | Kulit Menawan Tanpa Bintik Hitam Dalam Masa 2 Minggu!


Hilangkan Dark Spot | Muka dah bersih dari jerawat, tapi bintik hitam dan parut jerawat di muka masih kelihatan. Kadang-kadang buntu bagaimana cara nak hilangkan bintik hitam tersebut. Yelah, bila pori terbuka susah nak hilangkan dengan betul. WA mempunyai masalah bintik hitam dan bekas jerawat. Kadang-kadang mudah hilang, kadang-kadang susah pula. Tapi, alhamdulillah WA dah jumpa set penjagaan muka untuk menghilangkan dart spot di muka ni ha. Bukan semua skincare boleh hilangkan dark spot tau. 

Sejak sekian lama, ramai wanita bergantung pada pelbagai produk penjagaan kulit muka untuk memerangi bintik hitam dan parut jerawat. Tetapi bolehkah masalah ini dapat ditangani dengan hanya masa 2 minggu? Jadinya, WA telah mencuba NanoWhite Dark Spot Corrective Serum ini bagi memberi feedback adakah ia membuat kulit bertambah baik dengan cepat.

NanoWhite Dark Spot Corrective Serum dengan LumiLite baharu diperkaya dengan 3 bahan pencerah yang dapat membantu mengurangkan bintik hitam, memudarkan parut jerawat dan juga memberikan tona kulit yang sekata. Ia mempunyai gabungan teknologi Nano, Omega White-C dan ekstrak semulajadi untuk membentuk konsentrasi pencerah yang menembusi jauh ke dalam kulit untuk penyerapan bahan aktif yang lebih baik untuk memberikan hasil kulit yang cerah dan berseri serta kekal lama.

Ini bukanlah kata-kata kosong kerana ianya telah terbukti berhasil dalam ujian penggunaan di rumah yang telah dijalankan. Percubaan tersebut akan memantau keadaan kulit 50 orang wanita Malaysia yang telah menggunakan serum ini selama 28 hari, dan ia melaporkan hasil yang menakjubkan iaitu hampir kesemua (95%) wanita berusia 22 hingga 35 tahun nampak akan pengurangan bintik hitam dan parut jerawat selepas hanya menggunakan produk selama 2 minggu!

Mengikut hasil kajian penggunaan di rumah, pemulihan paling ketara dapat dilihat di bahagian pipi, dagu dan juga dahi. Oleh itu, masalah ketidaksempurnaan kulit hanya akan tinggal sejarah dan para wanita kini dapat tampil gembira dengan tona kulit yang sempurna dan lebih cerah.

Majoriti bagi mereka yang telah mencuba mendapati kulit mereka lebih berseri dalam hari pertama menggunakan NanoWhite Dark Spot Corrective Serum. Kebanyakkan mereka berpuas hati semakin meningkat perubahan di muka selari dengan bilangan hari penggunaan.

84% daripada wanita memberitahu bintik hitam dan parut jerawat semakin berkurangan dalam hari pertama penggunaan serum. Selepas 14 hari, mereka telah mendapat hasil yang sama meningkat kepada lebih 90%. Dari segi tona kulit sekata, 50% daripada mereka mengatakan bahawa nampak penambaikan yang ketara dalam tempoh 24 jam pertama selepas penggunaan, dan 60% memberitahu perkara sama selepas 2 minggu.

Muat Turun Aplikasi Mudah Alih NanoWhite AR+


Dengan itu, NanoWhite ingin membantu mereka membayangkan kulit yang lebih cerah dengan menerusi aplikasi realiti berperantaraan (AR) mudah alih yang baharu. Untuk melihat wajah bebas cela anda, cari dan muat turun aplikasi mudah alih NanoWhite AR+ dari Apple Store atau Google PlayStore. Kemudian, imbas pembungkusan serum dengan aplikasi tersebut dan ketahui lebih lanjut mengenai produk-produk NanoWhite dan panduan langkah-langkah penjagaan kulit muka sambil membayangkan penambahbaikan kulit melalui fungsi realiti perantaraan.

Bukan itu sahaja, pengguna aplikasi berpeluang memenangi hamper produk NanoWhite bernikay RM2500! Anda hanya perlu mengisi borang kaji selidik dalam aplikasi mudah alih NanoWhite AR+ dan pemenang bertuah akan dimaklumkan melalui telefon.

Daily Skincare Dengan Produk NanoWhite

Bagi tak nak melepaskan peluang, WA telah mencuba produk dari NanoWhite baharu ini bagi menghilangkan bintik hitam degil dan parut jerawat di muka. Tapi, orang kata kalau nak hasil meletop, kena cuba satu set terus. Apa lagi? Terus cubalah satu set skincare dari NanoWhite! Ada pembersih wajah, toner, serum dan whitening gel cream. Nak tahu apa fungsi setiap jenis tersebut?

NanoWhite Awakening Snow Wash (100g)
  • Pembersih wajah sejuk seperti salji yang bertindak melembapkan ketika membersih, tidak menghilangkan lapisan pelindung semulajadi kulit
  • Diperkaya dengan Omega White-C dan Nano teknologi
  • Sesuai untuk kulit normal

NanoWhite Refining Treatment Toner (200ml)
  • Mengetat dan mengecilkan liang-liang pori
  • Bertindak sebagai astringen, meminimumkan liang pori dan mengeluarkan minyak yang berlebihan tanpa mengeringkan kulit
  • Dirumus khas dengan Nano teknologi, Omega White-C, Witch Hazel Extract, Orange Extract, Lemon Extract dan Bilberry Extract
  • Sesuai untuk semua jenis kulit
NanoWhite Dark Spot Corrective Serum
  • Dirumuskan dengan Nano teknologi, Omega White-C dan Ekstrak Semulajadi
  • Serum pemutihan yang bertindak jauh menyerap ke dalam kulit untuk mengurangkan bintik-bintik hitam, parut jerawat dan tona kulit yang sekata dan cerah

NanoWhite Double Action Whitening Gel Cream (40ml)
  • Memberi tindakbalas pemutihan berganda untuk kulit lebih licin dan lembap
  • Meminimumkan bintik hitam dan mencerahkan tona kulit
  • Mengandungi NanoWhite Super Antioxidant (Vitamin E & C)
  • Memberi kesan pencerahan maksimum dan mencegah pengoksidaan untuk kulit tahan lama
  • Ultra ringan, tidak berminyak dan mudah menyerap
  • Sesuai untuk semua jenis kulit

Bagaimana Cara Menggunakan Set Skincare NanoWhite Ini?

Sungguh mudah untuk menggunakan set skincare ini. Dengan hanya 4 langkah mudah, anda boleh lenyapkan bintik hitam dan parut jerawat di muka! 

1. Cuci muka dengan pembersih wajah NanoWhite Awakening Snow Wash secara rata dan kemudian bilas hingga bersih.

2. Titiskan NanoWhite Refining Treatment Toner di tangan atau guna kapas dan sapu di seluruh muka dan tunggu ia kering.

3. Kemudian, sapukan NanoWhite Dark Spot Corrective Serum di seluruh muka sebelum guna krim siang atau malam dan pelembap.

4. Last sekali, apply NanoWhite Double Action Whitening Gel Cream dengan rata.

Feedback WA Penggunaan Selepas 2 Minggu 

Haa, nampak tak perbezaannya? Sebelum kulit WA agak kusam sedikit dan tidak sekata. Kadang-kadang atas faktor cuaca juga. Dan lately WA kerap timbul jerawat di muka dan bintik hitam jelas kelihatan. Tapi selepas  2 minggu menggunakannya, ianya membantu memudarkan parut jerawat dan bintik hitam. Malah kulit wajah nampak sekata walaupun tanpa makeup!

Anda tak sabar nak mencubanya? Jom kita serikan kulit wajah hari ini! Masih sempat ni kalau nak kelihatan cantik berseri di hari raya. Hehehe.. Mari kita miliki kulit tona yang sekata dan mengurangkan bintik hitam dan parut jerawat! NanoWhite Dark Spot Corrective Serum 30ml kini boleh didapati pada harga RM69.90 di semua farmasi dan pasaraya utama di seluruh Malaysia. 

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari laman berikut :

Website 

Facebook 


45 comments:

  1. suka toner nanowhite! tapi belom pernah try serum tu

    ReplyDelete
  2. Nano white ni ada kan kat watson..? Toner tu menarik pulak zaza tengok sbb boleh kecikkan liang pori.. Zaza ni dah lama tak pakai toner.. Produk ni pun blh untuk semua kulit..maybe zaza kena cuba jgk lah nanti 😘

    ReplyDelete
    Replies
    1. toner dia superbbbb!!!.. hehehhee.....try jgn tak try

      Delete
  3. Nano white! Pernah dengar tapi tak pernah cuba lagi. Nanowhite dark spot corrective serum ni macam best. Nak try lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. best k.ros.... kesan dia boleh nmpk dlm mse 2 minggu walaupun tak berapa banyak tapi puas hati...

      Delete
  4. Wow boleh hilangkan bintik hitam dalam masa 2 minggu. Menarik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup...tp xdelah secara drastik.... mungkin dlm mse 2 mggu ni wawa xcampor2 produk....

      Delete
  5. Nanti nak try survey la , cam menarik sangat produk Nano White ni. Nak raya ni kena tampil cun kekdahnya kan.

    ReplyDelete
  6. Ramai juga dah buat review cakap nano white nih bagus dan selmaat digunakan. Dekat watsons ada jual kan wa

    ReplyDelete
  7. Di usia Rawlins, memang Rawlins perlukan banyak bantuan untuk kulit dan kesihatan kulit. Nak try la nanti.

    ReplyDelete
  8. Hari tu macam ada nampak kat Watson ramai yang pakai tengok kulit dorang cantik sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah.... setiap kli ke watsons guardians, nano white toner dan serum cpt habis..

      Delete
  9. Dulu pernah juga pakai Nano white sekejap tapi lepas tu bertukar. Wah.. nampak banyak juga komen positif tentang produk ni ya. Packaging pun rasanya lain daripada sebelum ni. Apapun, yang penting produknya selesa dan sesuai pada kulit dan semestinya berkesan!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup... yang penting konsisten pakai dan mse pakai ni pon xcampur dgn produk lain...

      Delete
  10. oh, I have some dark spots on my face of various sizes. I am afraid they will grow bigger and bigger! I want to try NanoWhite lah!

    ReplyDelete
  11. Pernah nampak kat Watson dan Guardian..tak pernah cuba dan rasanya sesuai untuk teenagers kan..bagus kalau boleh hilangkan dark spots..rasa nak belikan untuk Dania la..

    ReplyDelete
  12. x pernah try brand ni lagi.
    bagus utk kulit remaja. bahan2
    pun not bad bagus.. suka warna
    dan pakaging dia.. nampak perubahan
    pd kulit cerah..

    ReplyDelete
  13. Bagus juga Nano WWhite nih ye wa. Mampu hilangkan bintik hitam pada kulit wajah. Biasa nampak produk nih tapi tak pernah cuba pun. Nampak gaya kena try produk nih. Nampak bagus je

    ReplyDelete
  14. Allahu banyaknya produk perempuan skrang , hahaha yang lelaki boleh pakai tak ni? nak tau gak cara pakai dia hehehe

    ReplyDelete
  15. Selalu dengar pasal produk nano ni ok. Tapi tak pernah lagi cuba. Kut la akan try next nanti tak sure pulak. Tengok perubahan wawa pun okay je.

    ReplyDelete
  16. Ni pasti elok uyk muda remaja. Aida perasan produk ni. Aida dok survey produk utk anak dara ari tu. Ada yg suggest ni. Bagus katanya produk ni. Tapi tu la. Aida pilih yg lain :-)

    ReplyDelete
  17. Dalam 2 minggu ni sempat lagi lah nak cantik untuk persiapan raya untung orang perempuan sekarang nak cantik mudah heheheh bestnya...

    ReplyDelete
  18. Used to apply this brand but kinda mild on me so I changed. it seems like they have more different selection.. cool.. gonna check this out....

    ReplyDelete
  19. I can spot the difference, you really look whiter within 2 weeks, looks like this product is affrable and it works well.

    ReplyDelete
  20. memang nampak perubahannnya. memang ebtul, bintik2 hitam nie sgt menggangu ketenteraman jiwa. bolehlah lepas nie menggunakan produk nano white utk kulit muka yg bersih

    ReplyDelete
  21. Bestnya bila pkai produk n nmpk perubahan kan...
    Nk try la yg serum n toner tu..
    Mcm best ja

    ReplyDelete
  22. Muka akk dah la mcm ada dark spot dekat parut2 jerawat ni..nnt nak cark la kt watson utk hilangkan dark spot ni..sakit hati tgk muka skrg

    ReplyDelete
  23. Suka sangat dengan produk ni. Dalam masa 2minggu ja dah nampak hasil . Jenama Nanowhite pun dah dikenali so tak was was nk guna . Harga pun berpatutan .

    ReplyDelete
  24. Wah memang berkesanla produk baru nanowhite ni. dulu pernah guna masa zaman duduk asrama sekolah menengah brand ni. Rasa nak beli la, nk try buang bintik hitam kat muka ni

    ReplyDelete
  25. tak pernah try lagi produk ni.. baca details memang nampak macam best jee!! harga pon not bad jugak..

    ReplyDelete
  26. Menariknya, nampak fresh je tema packaging nanowhite ni. Ada di farmasi dan watson ya? Yakin sikit nak guna kalau dari drugstore. Sebab produk berkualiti shj biasa masuk farmasi dan drugstore ni.

    ReplyDelete
  27. Memang best pakai nano ni....kita dah pakai lama

    ReplyDelete
  28. Saya ada nk jual set nano white yg saya dh pakai tp nk letgo sbb nk tukar produk lain. Kalau buang membazir
    - facial wash snow wash awakening - RM10
    - day cream 90% lgi - RM25
    - night cream 90% lgi - RM30
    - intensive serum 50% lgi - RM20
    - toner - RM15
    - cleansing milk (lebih kurang makeup remover) - RM15
    - skin renewing aqua gel 95% lg - RM31

    Free postage. Saya tanggung postage.
    Boleh ws saya 0199631552

    Kalau ambik satu set saya jual RM130 ja😁

    ReplyDelete
  29. Saya ada nk jual set nano white yg saya dh pakai tp nk letgo sbb nk tukar produk lain. Kalau buang membazir
    - facial wash snow wash awakening - RM10
    - day cream 90% lgi - RM25
    - night cream 90% lgi - RM30
    - intensive serum 50% lgi - RM20
    - toner - RM15
    - cleansing milk (lebih kurang makeup remover) - RM15
    - skin renewing aqua gel 95% lg - RM31

    Free postage. Saya tanggung postage.
    Boleh ws saya 0199631552

    Kalau ambik satu set saya jual RM130 ja😁

    ReplyDelete
  30. Saya sedang mencuba baru 5hari..😊

    ReplyDelete
  31. kalau muka berjerawat kecil2. .boleh ke guna nano white serum dark spot corective serum?orang watson yang syorkan and dah beli..boleh ke kalau saya teruskan guna

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh.. sbb sy guna ni masa muka tgh berjerawat...

      Delete
  32. Karang nie sy tgh Pakai nano white dah nk habis 2 set muka Memang cerah tapi jeragat ku tak hilang tuh tambah byk.. pening

    ReplyDelete
  33. Umur berapa blh pakai serum nano?

    ReplyDelete
  34. Klau 1 set brp harga? Ad jual 1 set ke?

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)