Karnival Jelajah Usahawan MITI Pontian 2017 | Buat seluruh warga Johor Darul Takzim khususnya, anda semua dijemput hadir ke Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi Pontian 2017 di Dataran Dewan Jubli Intan, Pontian, Johor. Karnival yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 24 Februari hingga 26 Februari 2017, telah dibuka pada jam 9 pagi hingga 10 malam.


MAJLIS PERASMIAN JELAJAH USAHAWAN MITI & AGENSI 2017

Tanggal 25 Februari 2017 (Sabtu), telah berlangsungnya Majlis Perasmian Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017 dan telah dirasmikan sendiri oleh Y.B Dato Haji Ahmad Haji Maslan, Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.




AKTIVITI-AKTIVITI SEPANJANG KARNIVAL BERLANGSUNG

Terdapat pelbagai pameran dan juga aktiviti yang diadakan disepanjang karnival berlangsung selama 3 hari. Di sepanjang karnival ini berlangsung, warga Johor berpeluang untuk merasai pelbagai aktiviti yang disediakan untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta dan juga sahabat andai.

Antara aktiviti yang diadakan sepanjang karnival ialah :
  • Career Fair
  • Food Truck
  • Forum Perdana
  • Innorace / Infotaiment
  • Aktiviti Tarikan Pengunjung
  • Info Booth Agensi



Pelbagai lagi aktiviti yang menggalakkan warga Johor dan rakyat jelata datang berkunjung, seperti :
  • Pemeriksaan Kereta Percuma
  • Program Halal Cilik
  • Pameran & Jualan Produk PKS Setempat
  • Mini Showcase SDSI
  • Pertandingan Catur Bistari
  • Khidmat Nasihat Keusahawanan
  • Cabutan Bertuah






Tunggu apa lagi? Jom beramai-ramai datang memeriahkan lagi Karnival Jelajah Usahawan MITI & Agensi 2017! Jangan lepaskan peluang untuk bersama-sama dengan keluarga tersayang dengan pelbagai aktiviti yang disediakan. Hanya tinggal hari esok sahaja!