Serum Muka dari SwissVita | Setiap wanita memang inginkan raut wajah yang bersih dan kelihatan putih tanpa ada cacat cela. Memang tidak dinafikan, betul tak? Wawa pun tak terlepas untuk kelihatan cantik dan muda. Cewaahhh ! Hahaha..
Kali ini Wawa nak perkenalkan satu produk dari luar negara, iaitu SwissVita Laboratories from Switzerland. Macam baru first time dengar je kan? Oklah. Mari Wawa terangkan serba sedikit mengenai SwissVita ini.
Apa yang paling best mengenai produk ini adalah :
- Paraben Free
- Alcohol Free
- Fragrance Free
- Pigment Free
Jadi, ia boleh gunakan ke atas semua jenis kulit muka kerana tiada pengkhususan. Untuk review kali ini Wawa mencuba 3 jenis produk dari SwissVita iaitu Micrite 3D All Use Whitening Serum, Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum dan Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum.
MCRITE 3D ALL USE WHITENING SERUM
Serum ini boleh membuatkan kulit muka kita lebih flawless tanpa pori-pori terbuka dan memutihkan kulit. Bahkan ianya juga boleh menghidrasikan kulit muka dari berminyak. Sangat sesuai untuk semua jenis kulit muka.
Cara penggunaan : Picit sedikit serum muka ini dan sapu rata ke permukaan muka sehingga meresap. Untuk kesan terbaik, gunakan sebanyak 2 kali sehari. Jauhkan dari kawasan mata anda.
Harga : RM130 (30g/1.06oz)
MCRITE 3D ALL USE ANTI-SPOT SERUM
Untuk serum ini pula, sesuai untuk bahagian-bahagian tertentu seperti kawasan parut jerawat, bintik-bintik hitam atau tona kulit yang tidak sekata. Dengan adanya kandungan Vitamin C di dalam serum ini, ianya boleh mencerahkan kulit dan juga mengurangkan bekas kawasan masalah dimuka. Kulit muka akan merasa lebih ringan dan bersih selepas menggunakannya.
Cara penggunaan : Sama seperti penggunaan Whitening Serum. Picit sedikit serum muka ini dan sapu rata ke permukaan muka sehingga meresap. Untuk kesan terbaik, gunakan sebanyak 2 kali sehari. Jauhkan dari kawasan mata anda.
Harga : RM130 (15g/0.53oz)
Serum ini paling best dan Wawa suka. Sebab apa suka? Sebab ia boleh mengecilkan pori-pori yang terbuka, membuang sel-sel kulit mati dimuka seperti kulit kering atau mengelupas. Ianya juga melembapkan kulit muka dan mempunyai anti-oksidan dan membuat kulit muka rasa lembut dan lembap macam kulit baru. Kandungan dalam serum ini mengandungi Mandelic Acid (badam), Malic Acid (epal) dan Citric Acid (epal).
Cara penggunaan : Selepas mencuci muka, titik serum dimuka sikit dan sapu sehingga meresap. Kemudian boleh guna toner pula selepas serum ini (jika ada toner). Guna serum ini 2-3 kali dalam seminggu. Jauhkan dari kawasan mata anda.
p/s : Normal akan ada rasa sedikit sakit apabila menggunakannya.
Harga : RM110 (50g)
Ketiga-tiga produk ini memang terbaik dan best. Bagi yang feeling-feeling nak putih cantik berseri tu bolehlah try serum-serum ini. Bukan itu sahaja, ada banyak produk yang SwissVita keluarkan tau.
Untuk maklumat lanjut korang bolehlah layari :
Website : www.allyoung.my
Facebook : Swissvita SkinLab Malaysia
1 Comments
So far, yg i tahu...aturan penggunaan skin care ni adalah toner, essence dan serum.. correct me if i am wrong... So this product, which one shud i apply first, toner or serum?
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)