Maskara Melentik & Memanjangkan Bulu Mata | Sebelum ini WA ada ceritakan mengenai produk-produk Argania DISINI, so kali ini, WA nak ceritakan pula mengenai mascara mereka. Mascara ini merupakan hasil gabungan antara pihak Argania HQ serta seorang Make Up Artist (MUA) iaitu Shazreeyana Shukri. Kalau WA biasa panggil beliau sebagai Kak Love. WA adore gila dia tau!
Kali ini, WA tak nak bebel panjang sangat sebab WA nak cerita secara ringkas mengenai mascara keluaran terbaharu dari Argania HQ. Bagi WA mascara juga amat penting dalam rutin makeup harian. Tidak perlu berbulu mata palsu, hanya perlukan mascara sudah mencukupi gaya makeup anda. Tapi, tak semua mascara menepati citarasa kita kan?
Packaging Argania Mascara sedikit gemuk selain mascara yang lain. Manakala, mascara ini berbentuk full wand iaitu jenis gemuk dan bulu berus rapat-rapat. Selalunya bentuk full wand ini sesuai untuk menambahkan volume pada bulu mata (seperti yang dinyatakan pada kotak dan bekas mascara).
Suka dengan designnya yang sedikit gemuk dan sesuai dengan maksud volume up lashes. Kebanyakkan berus mascara WA lebih kurang macam Argania Mascara sebab WA lebih suka mascara yang boleh melebat dan memanjangkan bulu mata.
Kelebihan Mascara Argania X Shazreeyana Shukri :
- Membantu melentik dan memanjangkan bulu mata
- Mampu melebatkan bulu mata yang sedia ada
- Memberi efek seperti memakai bulu mata palsu pada si pemakai
- Tidak mencomotkan bawah mata
- Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
- Mudah untuk dibersihkan dan tidak menanggalkan bulu mata
- Tidak meninggalkan kesan hitam bawah mata selepas dibersihkan
Before & after apply mascara
Berdasarkan gambar di atas, WA telah mencuba dengan sendiri untuk melihat keberkesanan mascara ini sebelum dan selepas memakainya. Gambar sebelum merupakan gambar bulu mata asli WA tanpa memakai mascara Argania ini. Kemudian, WA mencuba dengan memakai sebanyak satu coat dan ternyata ianya membantu melentik dan memanjangkan bulu mata secara natural tanpa meninggalkan kesan yang clumping pada bulu mata.
Untuk hasil yang lebih efektif, WA suka hasil dengan 2 coat kerana ia menampakkan seperti kita memakai bulu mata palsu. Malah, ketika memakai mascara ini, ada sedikit comot pada bahagian bawah mata dan WA tak sengaja bersihkan dengan menarik begitu je, tapi tak sangka ia langsung tak meninggalkan kesan hitam pada bawah mata. Bukan itu sahaja, ianya juga bersifat mudah kering dan senang untuk apply second coat selepasnya.
Nampak seperti memakai bulu mata palsu kan?
Apa yang bestnya dekat Argania Mascara ini, ia membuatkan bulu mata nampak lebih natural seolah-olah memakai bulu mata palsu padahal tidak perlu pun. Buat masa ini, inilah mascara local produk yang WA suka setakat ini, kerana ianya tidak mencomotkan, tidak bergumpal seperti mascara local produk yang lain. Malah, ianya senang untuk dibersihkan dengan wet tissue, micellar water atau cleansing oil makeup remover.
Bayangkan, gambar di atas WA hanya bersihkan mascara dengan menggunakan wet tissue sahaja. Tapi ianya senang ditanggalkan dengan sekali tarikan sahaja. Argania mascara ini bersifat non waterproof, kerana ianya senang untuk dicuci. Tapi bukanlah jika dikenakan air, mascara akan terus luntur. Sebab itu WA suka mascara sebegini. Sebab bukan senang nak cari mascara non waterproof tapi tak mudah luntur dan memberi kesan comot.
Keseluruhannya, selepas memakainya WA suka dengan tekstur mascara ini kerana ianya ringan walaupun apply 2 coat. Senang untuk dipakai dan dibawa ke mana-mana sahaja dan paling penting ianya bersifat non waterproof tapi tidak mudah luntur jika terkena air. Harga pun berbaloi sangat untuk didapatkan.
Jika korang berminat dan ingin mencubanya, bolehlah hubungi pihak Argania di :
Website : www.argania.my/
Facebook : Argania HQ
Instagram : @arganiahq
25 Comments
That's interesting. Not waterproof but doesn't stain
ReplyDeletebest jer mascara ni. first coat pon dah panjang bulu mata. lepas apply 2nd coat ni nampak menawan. I kan, tak boleh keluar rumah tanpa mascara. nanti jessie try brand ni ya
ReplyDeletei sure gonna need this mascara.. looks so great.. the before and after is really huge difference..great product.. everyone must use it..
ReplyDeleteNampak lentik selepas dua kali tu.. Boleh try jugak la brand ni nanti.. Zaza pun pengemar beli mascara
ReplyDeleteSebenarnya saya zero sangat benda ni..almaklumlah wife pun tak reti nak guna :) so totally zero..but tidak salah kot kalau saya beli dan hadiahkan kat wife nanti kan :) thanks untuk review...
ReplyDeleteLama Kak Sue tak pakai mascara.. yang nie nampak menarik.. nampak cantik bulu mata Wawa lepas pakai..
ReplyDeleteNti bolehlah sis try..elok melentik bulu mata tu
ReplyDeletelama sudah tak bermaskara, wawa.
ReplyDeletelast time rasa nyer masa majlis nikah kawin dulu kala hi hi hi hi...
time anak dara aida akan pakai maskara yg takde kaler tau.
dulu rasa nyer product maybelline.
sejak beranak pinak, tak sempat dah nak buh maskara :) ha ha ha ha...
menarik. untuk saya yng lelaki ni , saya sebenarnya lgsung tk tahu pasal makeup haha. nmpak meyakinkan. itu sahaja yg boleh dikomen haha :) terima kasih share ya
ReplyDeleteKalau lelaki x tau benda alah ini. Kalau wanita akan menyukai review sebegini. hehe
ReplyDeletePakai berulang mesti lagi lentik ni kan.. Macam best je.. Tunggu maskara nad habis boleh cuba yang ni
ReplyDeletenampak panjang bulu mata wawa... hitam dari bulu mata pendek nampak panjang sikit.. i harap formulasi mascara ni berkualiti and buat bulu mata jadi lebat... heee. thanks for sharing wawa mana tahu i berminat ill go check out nanti ;)
ReplyDeleteMenarik sangat ni. Dulu kalau sis pakai non waterproof memang lebam le bawah mata..hehehe. Kalau tak cair memang bagus sangat ni, nampak lentik dan panjang tu yang buat sis tertarik tu.
ReplyDeleteNampak mudah je guna maskara ni. Yang lelaki ni pun rasa macam nak cuba.’haha. Boleh la bagi isteri cuba jenis mcm ni. Beli online pun boleh dh kan sekarang? Selalunya range harga dalam berapa?
ReplyDeleteFuhhhh... Melentik giler laaaa..!!
ReplyDeleteTeruja nak beli seketul untuk diri sendiri. Sebensrnya kak nina tak reti pakai mascara sebab bulu mata kita secoet jer tapi tengok hasil Wawa tu kagum laa... Nak plak senang cuci. Bestnya
lama dh tak pakai mascra ni.. ada tapi kejap juga kejap idak tgk mood.. hahaha... but yg ini mcm okay jeeee.. x prnh cuba bila sebut bab tak cair, nmpk makin lentik haaaa not bad!! suka yg ada ciri2 ni
ReplyDeleteFirst time
ReplyDeleteI dengar brand ni. Not bad sebab dia waterproofs kan.nampak lps
Pakai ringgan jer mata hehe
akak pakai spek , macam tak sesuai pulak nak pakai maskara ..tapi boleh jugak nak cuba waktu pakai CL, baru lagi meyerlah
ReplyDeleteBest juga mascara ni, your eyelashes look curler and dense after applying it.
ReplyDeleteAlamak tak kenal pulak Syazreeyana Shukri ni. Jenama ni pun first time dengar ni. Best ke wawa?
ReplyDeletenampak best sangat mascara ni! memang minat juga syazreeyana ni. hehe.
ReplyDeleteCantik wa pkai ni.. Suka tgk.. Mmg nmpk beza pkai ngn x pkai
ReplyDeleteoh ini ke fungsi maskara. hehehe. kita tak tahu. nampak beza dia tu.
ReplyDeleteboleh grab ni. sesuailah kot dengan bulu mata pendek ni. Nak juga bulu mata panjang gitu
ReplyDeleteNever heard of this one before. But looks like it does a great job and saya pun jenis yang pakai 2 coats of mascara.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)