Maskara Melentik & Memanjangkan Bulu Mata | Sebelum ini WA ada ceritakan mengenai produk-produk Argania DISINI, so kali ini, WA nak ceritakan pula mengenai mascara mereka. Mascara ini merupakan hasil gabungan antara pihak Argania HQ serta seorang Make Up Artist (MUA) iaitu Shazreeyana Shukri. Kalau WA biasa panggil beliau sebagai Kak Love. WA adore gila dia tau!

Kali ini, WA tak nak bebel panjang sangat sebab WA nak cerita secara ringkas mengenai mascara keluaran terbaharu dari Argania HQ. Bagi WA mascara juga amat penting dalam rutin makeup harian. Tidak perlu berbulu mata palsu, hanya perlukan mascara sudah mencukupi gaya makeup anda. Tapi, tak semua mascara menepati citarasa kita kan?

Packaging Argania Mascara sedikit gemuk selain mascara yang lain. Manakala, mascara ini berbentuk full wand iaitu jenis gemuk dan bulu berus rapat-rapat. Selalunya bentuk full wand ini sesuai untuk menambahkan volume pada bulu mata (seperti yang dinyatakan pada kotak dan bekas mascara).

Suka dengan designnya yang sedikit gemuk dan sesuai dengan maksud volume up lashes. Kebanyakkan berus mascara WA lebih kurang macam Argania Mascara sebab WA lebih suka mascara yang boleh melebat dan memanjangkan bulu mata.

Kelebihan Mascara Argania X Shazreeyana Shukri :
  • Membantu melentik dan memanjangkan bulu mata
  • Mampu melebatkan bulu mata yang sedia ada
  • Memberi efek seperti memakai bulu mata palsu pada si pemakai
  • Tidak mencomotkan bawah mata
  • Ringan dan mudah dibawa ke mana sahaja
  • Mudah untuk dibersihkan dan tidak menanggalkan bulu mata
  • Tidak meninggalkan kesan hitam bawah mata selepas dibersihkan
Before & after apply mascara

Berdasarkan gambar di atas, WA telah mencuba dengan sendiri untuk melihat keberkesanan mascara ini sebelum dan selepas memakainya. Gambar sebelum merupakan gambar bulu mata asli WA tanpa memakai mascara Argania ini. Kemudian, WA mencuba dengan memakai sebanyak satu coat dan ternyata ianya membantu melentik dan memanjangkan bulu mata secara natural tanpa meninggalkan kesan yang clumping pada bulu mata. 

Untuk hasil yang lebih efektif, WA suka hasil dengan 2 coat kerana ia menampakkan seperti kita memakai bulu mata palsu. Malah, ketika memakai mascara ini, ada sedikit comot pada bahagian bawah mata dan WA tak sengaja bersihkan dengan menarik begitu je, tapi tak sangka ia langsung tak meninggalkan kesan hitam pada bawah mata. Bukan itu sahaja, ianya juga bersifat mudah kering dan senang untuk apply second coat selepasnya.

Nampak seperti memakai bulu mata palsu kan? 
Apa yang bestnya dekat Argania Mascara ini, ia membuatkan bulu mata nampak lebih natural seolah-olah memakai bulu mata palsu padahal tidak perlu pun. Buat masa ini, inilah mascara local produk yang WA suka setakat ini, kerana ianya tidak mencomotkan, tidak bergumpal seperti mascara local produk yang lain. Malah, ianya senang untuk dibersihkan dengan wet tissue, micellar water atau cleansing oil makeup remover. 

Bayangkan, gambar di atas WA hanya bersihkan mascara dengan menggunakan wet tissue sahaja. Tapi ianya senang ditanggalkan dengan sekali tarikan sahaja. Argania mascara ini bersifat non waterproof, kerana ianya senang untuk dicuci. Tapi bukanlah jika dikenakan air, mascara akan terus luntur. Sebab itu WA suka mascara sebegini. Sebab bukan senang nak cari mascara non waterproof tapi tak mudah luntur dan memberi kesan comot.

Keseluruhannya, selepas memakainya WA suka dengan tekstur mascara ini kerana ianya ringan walaupun apply 2 coat. Senang untuk dipakai dan dibawa ke mana-mana sahaja dan paling penting ianya bersifat non waterproof tapi tidak mudah luntur jika terkena air. Harga pun berbaloi sangat untuk didapatkan.

Jika korang berminat dan ingin mencubanya, bolehlah hubungi pihak Argania di :

Website : www.argania.my/ 

Facebook : Argania HQ

Instagram : @arganiahq