Kemeriahan Aidilfitri 2017 | Penghujung Syawal dah nak tutup dah, tapi baru ada kesempatan untuk update entry tentang sambutan raya. Hahaha. Kesiannn toohh.... Korang dah update ke? Yang dah update tu tahniah diucapkan, yang belum tu jom kita update. Nanti tahun depan bolehlah throwback balik gambar raya dalam blog. 

Alhamdulillah, Ramadhan tahun ini Wawa dapat puasa penuh! Tak payah ganti puasa. Yiiehhhaa! Pertama kali dalam sejarah puasa penuh sejak akil baligh ni. Hahaha. Okay stop! Actually, Wawa nak cerita pasal hari raya je. Tahun ini tahun pertama Wawa menyambut hari raya bersama suami. Dan tahun ini merupakan turn raya di rumah family Wawa di Kluang. Jomlah layaannn gambarr...
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN


Tema kami sebenarnya pink belacan, tapi macam purple pink belacan dah tengok. Hahaha! Tahun ini ikutkan turn aku dengan my sister Bella je, Along datang pagi raya dan sis Nadia pula datang sekejap pagi untuk bergambar kemudian turn belah suaminya. Tahun ini Uda je takde sebab jauh di Melaka, tak boleh singgah-singgah. Huhuhu. Tahun depan semua ada tapi aku pula takde. Sob sob sobbss... Nangis kat tepi bucu katil.. -.-

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir Batin dari Wawa & suami

Bersama abang long kawasan & sister-in-law

My gonjeng sisters.. Hahaha!!


Bersama dua orang bujang anakku.. Ehh, anak sedara laaa. Kekekeke.. Dari kecil dari usia korang dalam hari sampailah dah nak setahun moksu jaga, sampai sekarang masih melekat lagi manjanya. Tapi dah sombong sikit, ngendeng bila nak handphone je.. Hahaha..

Nak juga adiknya makeupkan, nasib nampak sweet-sweet..

sekarang dorang ngendeng mokcik dari moksu sebab moksu garang tahap singa 


Cantik tak kami? Macam kembar tak seiras tak? Hahaha.. Tudung raya kami dari yang Wawa pernah review sebelum ini iaitu Bawal Ribbon RM20 Jerrr!! & Bawal Ribbon Laku Keras!! 


Last sekali, tatapan buat my readers.... Hahahhaa.. Tak adalah... Ini namanya husband tiru gaya senyum isteri (gambar kanan) dan isteri tiru gaya senyum suami (gambar kiri). Okaylah, berhenti sampai sini jee nanti korang jemu tengok banyak-banyak. Nanti Wawa buat entry lain pula yee...