Ikan Bawal Hiris Cili Api | Lama betul WA tak update resipi kat blog. Padahal banyak dah menu yang nak dikongsikan bersama tapi tak ada masa nak menaip entry. Kadang sampai terlupa nak letak resipi. Gambar makanan dah bersepah dalam gallery masakan.
Memandangkan sekarang pun masih dalam 'lockdown' atau MCO 3.0 disebabkan kes Covid-19 semakin naik di Malaysia, so kenalah duduk rumah aje. Sampai dah kering idea nak masak apa. Last-last menu ni juga jadi pilihan sebab paling mudah nak sediakan bahan dia. Orang bujang pun boleh masak lauk sedap gini. Rajin atau malas je. Hehehe~ Oklah, malas nak bebel panjang, so jom layan resipi mudah WA kali ini. Sedap dan makan pun boleh bertambah-tambah tau.
Perisa Tambahan :
- Garam, ajinamoto dan gula
Cara Penyediaan Masakan :
1. Gorengkan ikan terlebih dahulu seperti goreng ikan biasa.
2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris tadi sehingga naik bau aroma.
3. Masukkan perisa tambahan ajinamoto sedikit sahaja, garam dalam 1 sdm kecil, dan gula dalam 2 sdm besar. Kemudian, letak air masak dalam 1 cawan kecil bagi ia berkuah.
4. Last, masukkan semula ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata secara lembut je, jangan kasar sangat kang isi ikan terburai dok gaul je. Biarkan ia meresap dalam ikan dalam 1 minit dalam kuali kemudian dah boleh angkat. Siap!
## Tips : Untuk masakan ini, memang perlukan gula lebih sedikit supaya rasa ia balance dengan garam, masin manis tapi memang sedap. Cuba try baru tahu rasanya macam mana. Ada orang suka manis sikit, ada orang suka ngam-ngam rasa masin manis tu. Halia pun kalau lebih tak apa sebab sedap! Depends koranglah.
Dan pastikan rasa dahulu kuahnya sebelum masuk ikan ya. Untuk elak isi ikan hancur. Tapi kalau dah goreng garing tu tak apa lah. Sebab ada sesetengah orang suka goreng ala gitu-gitu aje.
Selamat mencuba resipi malas kekeringan idea nak masak apa musim MCO ni! =D
22 Comments
Memang masak camni dah x payah nak ada lauk lain dah kan..camni pun makan nasi panas2 dah cukup daaa
ReplyDeleteSedapnya resipi mudah macam ni. Tak perlu berlama-lama di dapur. Masak macam ni konfem bertambah nasi.
ReplyDeleteSedapnya ikan bawal. Bella pun dah lama tak masak. Kadangkala snap gambar nak update tp sampai ke sudah tak buat. Hahaha. Ni makan dengan nasi je dah cukup ni.
ReplyDeleteResipi begini yang Rawlins suka, mudah dan senang nak sediakan serta cepat kan. Rawlins tak suka resipi yang banyak ragam hahaha
ReplyDeleteTapi kalau makan, Rawlins suka
mudah je resepi ni, boleh la try nanti. lagipun dah lama tak makan ikan bawal
ReplyDeleteIni kalau makan dengan nasi panas2 yang lembik sikit mesti bertambah makan. Add on timun jepun sikit. Aduihhh mau jugak esok cari ikan bawal buat. Dahlah kebelakangan ni selera makan hilang. Tengok resepi ni rasa naik berselera pulak.
ReplyDeleteBestnya.. lama tak makan ikan bawal. Saya rajin masak kalau ada org lain kat umah je. Kalau sorang2, biskut atau roti kering je la. Hahaha.
ReplyDeleteSedapnya, kalau masakan jenis bercili ni memang dalam rumah ni kuat makan cili. Tengok senang je buatnya.Bolehla cuba nanti..hehehe
ReplyDeleteBoleh tunjuk ni kat my housemate ahh! Aritue tunjuk one recipe terus he go beli bahan2 and masak!
ReplyDeleteYeay, ada la tambahan resipi nk masak bawal ni! Sy ni salu masak takat masak sambal tumis atau goreng je reti la ni bertambah dah ilmu tq sis :)
ReplyDeleteMemang nampak resipi mudah dan cepat nak buat time PKP ni tengah-tengah tak ada idea ni memang yang simple tu lah jadi sedap hehehe boleh nak cuba kita ada beli ikan bawal ni ok good idea...
ReplyDeleteKita nak kena cuba ni resipi mudah dan cepat nak buat time PKP dah tak ada idea nak masak sekarang ni hehehe nasib ada resipi ni.. Kita pula ada stock ikan bawal boleh cuba masak hari ni hehehehe...
ReplyDeleteResipi mudah dan sedap ni macam kena cuba lak sebab kat rumah kita ada stock ikan bawal tu hehehehe nak masak masa PKP ni tak ada idea nasib ada resipi ni hehehehe..
ReplyDeleteResipi yang mudah dan sedap kena cuba ni... Kita dah tak ada idea nak masak musim PKP ni hehehe nasib ada stock ikan bawal dalam peti...
ReplyDeleteSenangnyaa.. mudah dan nampak sedap, boleh cuba ni.. takde bawal, boleh juga kan ganti ikan lain kan..
ReplyDeleteThanks for this Ikan Bawal Hiris Cili Api recipe. I pun suka masakan macam ni, nanti nak try masak.
ReplyDeleteSaya suka sangat makan ikan bawal. Nanti saya akan try resepi ni
ReplyDeleteAduiii... Terliur akak tgk wak... Sedapppp nyaa.. Terus rasa nak masak jugak lah
ReplyDeletewoow...wow...air liur I tak tahan, love this tasty recipe shared la. cheers, siennylovesdrawing
ReplyDeleteJarang-jarang ada respi bawal macam ni. Sesuai sangat hidangan ni makan 1-2 orang, takde lah membazir.
ReplyDeleteDah lama tak makan ikan bawal. Teringin lak nengoknya. Besok nak cari ikan bawal masak gini laaa . Simple mudah
ReplyDeletesedapnya akak.. busyra suka pedas2 gini.. mmg tambah nasi la.. haha
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)