Ikan Bawal Hiris Cili Api | Lama betul WA tak update resipi kat blog. Padahal banyak dah menu yang nak dikongsikan bersama tapi tak ada masa nak menaip entry. Kadang sampai terlupa nak letak resipi. Gambar makanan dah bersepah dalam gallery masakan.


Memandangkan sekarang pun masih dalam 'lockdown' atau MCO 3.0 disebabkan kes Covid-19 semakin naik di Malaysia, so kenalah duduk rumah aje. Sampai dah kering idea nak masak apa. Last-last menu ni juga jadi pilihan sebab paling mudah nak sediakan bahan dia. Orang bujang pun boleh masak lauk sedap gini. Rajin atau malas je. Hehehe~ Oklah, malas nak bebel panjang, so jom layan resipi mudah WA kali ini. Sedap dan makan pun boleh bertambah-tambah tau.

~sorry gambar sebelah je, sebab ikan ni besar ~


RESIPI IKAN BAWAL HIRIS CILI API

Bahan Utama :

- Ikan 2 ekor [ apa-apa ikan boleh ]
*paling best ikan Bawal, Lolong, Pelaling, Tenggiri, Kembong

Bahan Yang Perlu Dihiris/Mayang Halus :

- Bawang putih [ 6 ulas ]
- Bawang Besar [ 2/3 ulas ]
- Halia [ 2-3 inci ]
- Cili Api Merah & Hijau [ ikut nak banyak dan pedas mana ]
- Cili Hidup Merah [ 1 tangkai ]


Perisa Tambahan :


- Garam, ajinamoto dan gula


Cara Penyediaan Masakan :


1. Gorengkan ikan terlebih dahulu seperti goreng ikan biasa. 


2. Tumiskan bahan-bahan yang telah dihiris tadi sehingga naik bau aroma.


3. Masukkan perisa tambahan ajinamoto sedikit sahaja, garam dalam 1 sdm kecil, dan gula dalam 2 sdm besar. Kemudian, letak air masak dalam 1 cawan kecil bagi ia berkuah.


4. Last, masukkan semula ikan yang telah digoreng tadi dan gaul rata secara lembut je, jangan kasar sangat kang isi ikan terburai dok gaul je. Biarkan ia meresap dalam ikan dalam 1 minit dalam kuali kemudian dah boleh angkat. Siap!




## Tips : Untuk masakan ini, memang perlukan gula lebih sedikit supaya rasa ia balance dengan garam, masin manis tapi memang sedap. Cuba try baru tahu rasanya macam mana. Ada orang suka manis sikit, ada orang suka ngam-ngam rasa masin manis tu. Halia pun kalau lebih tak apa sebab sedap! Depends koranglah.


Dan pastikan rasa dahulu kuahnya sebelum masuk ikan ya. Untuk elak isi ikan hancur. Tapi kalau dah goreng garing tu tak apa lah. Sebab ada sesetengah orang suka goreng ala gitu-gitu aje.



Selamat mencuba resipi malas kekeringan idea nak masak apa musim MCO ni! =D