Inaidamia | Sebut mengenai inai, kaum wanitalah yang paling banyak menggunakan inai terutama di hari bahagia mereka seperti hari pertunangan dan perkahwinan. Mesti ramai pengguna tegar inai kan? Tidak kira inai serbuk mahupun inai daun. Ini kerana inai boleh di pelbagai gunakan selain di kuku boleh juga di rambut.
Dengan ini, WA ingin memperkenalkan satu peneraju inai daun asli Malaysia, Inadamia yang kini bakal melancarkan produk dan bungkusan baharu mereka iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8 Mac 2021 ini. Bukan itu sahaja, Inaidamia turut menawarkan promosi prapelancaran bermula 22 Februari 2021 hingga 7 Mac 2021 sempena pelancaran produk-produk tersebut. Sebelum itu, mari kita kenal dahulu Inaidamia Sdn Bhd.
Tentang Inaidamia Sdn Bhd.
Inaidamia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai asli semula jadi, halal dan selamat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang.
Menurut Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan berkata bahawa pihak mereka sangat komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli dalam menyediakan produk dengan selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik bagi melaraskan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.
Ramuan Dalam Produk Inaidamia
Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai asli dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah Lowsonia Inermis, Madder Root, Minyak Argan, Air Limau dan Air Teh.
Keistimewaan Inaidamia
- Warna inai tahan lebih lama
- Merah natural dan aroma daun inai asli
- Tanpa kesan pengelupasan
- Berdaftar dengan KKM (NOT201201658K Inai Rambut & NOT201201659K Inai Serbuk)
- Terdapat dalam 3 variasi - Instant Celup, Inai Serbuk & Inai Rambut
22 Comments
sekarang ni semua mudah..tak perlu dah nak tumbuk2 mcm dulu. sekarang pokok inai pun dah jarang jumpa
ReplyDeleteank sedara yang kecik tu cukup suka pakai inai damia ni. warna memang cantik sangat.
ReplyDeletewahh, bungkusan pun dah cantik. nak try la. hehe
ReplyDeleteTak silap I, my colleagues pun pakai InaiDamia nie. Nampak dia pakai dan senang sangat cara pemakaiannya. Kuku beliau pun cantik je
ReplyDeletesenang kalau dah jual dalam pek macam ni sebab pokok inai pun susah nak dapat dekat kawasan bandar. Tertarik dengan pek untuk rambut tu
ReplyDeleteRamai kawan yang recommended this product, i think the innai hair color is a good for hair.
ReplyDeletekalau guna ni rambut jadi warna merah ya? bolehla cuba sebab tak boleh inai rambut jadi warna asal. Nak cuba tu sebab dah ada uban sikit, almaklumlah kita makin muda hahah, nak try jugalah
ReplyDeleteEh cantik plak pakaging baru ni, nanti nak cari laa, agak lama tak pakai inai.. Sis suka inaidamia ni, merah dia terserlah..
ReplyDeletePackaging dia simple tapi bagus. Tgk ramai gak rekomen pakai brand ni.. Nnt nk cubalah.
ReplyDeleteSekarang nak pakai inai senang dah. Lagipun sekarang ni susah nak jumpa pokok inai macam dulu.
ReplyDeleteUnik dan cantik la packaging dia.. Boleh la share ni dengan my friends yang bakal melangsungkan majlis mereka since dah dibenarkan hehehe...
ReplyDeleteMcm nak try laaa inaidamia ni. Rambut nur sekarang gugur teruk
ReplyDeleteUmm.......first saya dengar product dan jenama nie. Menarik juga idea mereka commercialize kan inai. I sejak nail polish dah ada yg halal jarang sgt pakai inai.
ReplyDeletecantik packaging inai ni Wa. bestnya inai rambut. macam nak try juga. akak ada masalah rambuy gugur tau sekarang ni...
ReplyDeleteInai ni memang bagus, kan? Dah terbukti secara turun temurun kebaikannya pada rambut.
ReplyDeletesuka dengan produk inai-inai ni..skrg ada promosi menarik dengan packaging baru..comel giler.
ReplyDeleteOk...nak try inai rambut. Lama dah cari termasuk untuk jari. Berkurun tak pakai
ReplyDeleteNak try lah produk inai ni, lama tak guna inai , nk cuba yang inai rambut lah. thanks sharing produk inai yang selamat ni
ReplyDeletebagusnya produk ni. khai rasa ramai yang cari especially yang halal dan risau was-was. ni untuk pengantin atau sapa nak inaikan jari atau rambut bolehlah pakai kan?
ReplyDeleteMemang follow fb inaidamia ni
ReplyDeleteMenarik nanti nak beli, nak try kat rambut... jenama inai halal bkn senang nak cari boleh bawa solat
ReplyDeleteLama sungguh tak pakai inai. Last pakai masa kawin 18 tahun lepas. Dulu inai susah pakai, la ni instant memang mudah!
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)