Inaidamia | Sebut mengenai inai, kaum wanitalah yang paling banyak menggunakan inai terutama di hari bahagia mereka seperti hari pertunangan dan perkahwinan. Mesti ramai pengguna tegar inai kan? Tidak kira inai serbuk mahupun inai daun. Ini kerana inai boleh di pelbagai gunakan selain di kuku boleh juga di rambut.

Dengan ini, WA ingin memperkenalkan satu peneraju inai daun asli Malaysia, Inadamia yang kini bakal melancarkan produk dan bungkusan baharu mereka iaitu Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium pada 8 Mac 2021 ini. Bukan itu sahaja, Inaidamia turut menawarkan promosi prapelancaran bermula 22 Februari 2021 hingga 7 Mac 2021 sempena pelancaran produk-produk tersebut. Sebelum itu, mari kita kenal dahulu Inaidamia Sdn Bhd.


Tentang Inaidamia Sdn Bhd.

Inaidamia Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang memasarkan produk daun inai asli semula jadi, halal dan selamat di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Inaidamia ialah jenama terkemuka di pasaran inai semula jadi dan halal dengan rangkaian produk mesra wuduk dan bebas daripada bahan kimia terlarang.


Menurut Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan berkata bahawa pihak mereka sangat komited dalam menghasilkan produk inai 100% asli dalam menyediakan produk dengan selamat kepada pengguna berbanding produk berasaskan bahan kimia sintetik bagi melaraskan misi Inaidamia untuk memasarkan produk kecantikan berdasarkan sumber semula jadi.

Pengasas Inaidamia, Noor Hazlinda Ridzuan

"Inai Serbuk dan Inai Rambut Premium merupakan permintaan pelanggan yang inginkan inai yang mempunyai warna yang tahan lebih lama disamping menyihatkan rambut. Jika Inai Serbuk dipakai pada jari, warna inainya tahan lama di kuku, jika Inai Rambut Premium digunakan pada rambut, ia dapat menguatkan akar rambut dan mengurangkan rambut gugur serta menghilangkan kelemumur," tambah beliau.

Ramuan Dalam Produk Inaidamia

Serbuk inai dan inai rambut ini dihasilkan daripada 100% inai asli dengan kualiti premium tanpa pewarna tambahan dan bahan kimia terlarang yang diimport dari Sojat City, Rajasthan, India. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah Lowsonia Inermis, Madder Root, Minyak Argan, Air Limau dan Air Teh.


Keistimewaan Inaidamia

  • Warna inai tahan lebih lama
  • Merah natural dan aroma daun inai asli
  • Tanpa kesan pengelupasan
  • Berdaftar dengan KKM (NOT201201658K Inai Rambut & NOT201201659K Inai Serbuk)
  • Terdapat dalam 3 variasi - Instant Celup, Inai Serbuk & Inai Rambut
Disebabkan permintaan inai semakin meninggi, pihak Inaidamia dalam usaha menarik lebih ramai lagi pelanggan dengan melancarkan reka bentuk pembungkusan baharu untuk produk mereka ini. Wajah baharu produk-produk Inaidamia tampil lebih moden namun masih mengekalkan ciri tradisi dan kewanitaan. Di sebalik menghasilkan produk berkualiti tinggi dan selamat digunakan, mereka juga tidak lupa untuk meningkatkan imej mereka, iaitu dengan menampilkan reka bentuk dan rancangan pemasaran yang lebih baik.

Semua produk Inaidamia boleh dibawa untuk solat, bebas daripada bahan kimia terlarang dengan harga yang berpatutan. Laman web Inaidamia juga mempunyai tanda meterai BizTrust daripada Suruhanjaua Syarikat Malaysia (SSM). 

Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan promosi Inaidamia sebelum pelancaran, anda bolehlah menghubungi ejen Inaidamia di seluruh Malaysia atau melayari laman web Inaidamia di https://inaidamia.com/produk/.