December 19, 2020

# #resepi #udangbuttermilk #masakapahariini #buttermilkprawn

Resipi Udang Masak Buttermilk Berkuah Pekat!

 

Udang Masak Buttermilk | Hello guyss... dah macam dalam utube pula. Hahhaa! Haritu bingung nak masak apa. Asal udang je mesti ingat udang masak diraja. Tapi bosan pula. So, WA buat udang masak buttermilk je. Buatnya pun senang. Yang penting bahan utama iaitu butter mesti wajib ada okeh!


Entri kali ini WA tak sempat nak ambil gambar setiap bahan sebab masa buat ni nak cepat sebab nak keluar ada urusan. WA masak dalam setengah jam juga lah. Klentang klentung gedebak gedebokk oklah kan. Takdelah lama sangat. Jadi lama sebab baru nak kupas bawang. Selalu dah ada stok bawang dah dikupas. Tapi time tu habis pula. Tu sediakan bahan sambil berangan menyanyi, last-last mendung!


UDANG MASAK BUTTERMILK

Bahan-bahan :
  • Udang besar XL (1 kg)
  • Buttercup (1/2 butter)
  • Daun kari (3 tangkai) *ambil daun sahaja
  • Cili api campur (5-6 tangkai) *potong serong
  • Bawang putih (4 biji) *dipotong dadu
  • Susu cair (1/2 tin)
  • Tepung jagung (1 sudu besar)
  • Garam, ajinamoto dan gula *serba sedikit


Cara Penyediaan :

1. Panaskan butter dalam kuali dengan suhu api yang sederhana.


2. Tumis bawang serta cili api yang telah dipotong. 


3. Masukkan daun kari dan gaul sebati bagi naik bau aroma.


4. Kemudian, masukkan susu cair dan tuang air bancuhan tepung jagung dalam 1 cawan. Gaul sehingga ia menjadi pekat. 


5. Masukkan udang dan setelah masak udangnya, masukkan garam, aji dan gula ikut rasa. Garam jangan banyak dulu sebab buttercup ada yang dah masin. Tak masin baru tambah lagi. Gula ikut nak ada rasa manis-manis masin lagi sedap.


6. Jika nak pekat kuahnya, boleh tambah lagi sikit air bancuhan tepung jagung. Tapi jangan pekat sangat pula. 


7. Sedia untuk dihidang!


Amacam... Senang bukan cara nak masak udang buttermilk ini? Memang mudah yang penting bahan mesti ada lah. Kalau tak ada payah juga. Hehehe~


Selamat mencuba resipi ini guysss! =)

13 comments:

  1. Oh wow! So yummy! Buttermilk kalo mask dgn apa2 pun sedap. Udang, ketam, chicken all taste good with buttermilk.

    ReplyDelete
  2. Hehe kita pun suka masak ni. Tapi selalu guna susu tepung je. Lebih kurang je rasanya. Susu cair selalu tak abis guna, pastu takleh simpan lama.

    ReplyDelete
  3. Perghhh ...tak menahan nengok.. terus kecur nengoknyaaa Wawa..udang takde, sotomg ada tu, nak try laaaa...

    ReplyDelete
  4. Omg! Baca ni before lunch hour so that sempat la masak untuk lunch nanti hahah lapar la plak tgk resipi ni

    ReplyDelete
  5. Anyonyoo sedapnya.. mmg pekat kuahnya tu.. mesti sedap dan puas makan

    ReplyDelete
  6. OMG looking at this is making me drool. Just look at the thickness and the rich buttermilk sauce that is coating the huge succulent prawns. OMG! Can I have some please?

    ReplyDelete
  7. Fuhhh buttermilk ni i suka! Memang best. Masal mesti lebih, sebab tak sedar bleh habis semangkuk besar. Hahaha.

    ReplyDelete
  8. Wahhh buttermilk dishes memang kegemaran Nell, boleh la cuba try test sebab tak pernah try masak sendiri lagi... 🤭🤭🤭

    ReplyDelete
  9. pekatnya kuah dia. this dish looks so amazing and this is such a unique twist to the usual buttermilk udang goreng that we are used to eating!

    ReplyDelete
  10. Thanks for your recipe. my family love butter milk taste. must give it a try and cook for them

    ReplyDelete
  11. Tq share resepi memang kak pun suka mkn udak masak mcm ni nti blh tray

    ReplyDelete
  12. resepi yang senang nk dicuba ni.. :-)

    ReplyDelete
  13. Yum...yum... kaw kaw kuah buttermilk, sedap makan dengan nasi putih.

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)