Monday, October 1, 2018

# althea korea # beauty

Apa Yang Wawa Shopping di Althea???


Jom Shopping di Althea | Hello uolls! Mesti ada yang tak sabar kan nak tau apa yang WA dah shopping kat Althea sebelum ini? Haa, buat yang tidak tahu lagi apa itu Althea, ia merupakan satu website online shopping barangan Kbeauty iaitu directly posted out from Korea dan yang pastinya ia adalah 100% authentic! Yesss, dan Althea kini sudah dikenali dikalangan Kbeauty. Paling mengejutkan barang Althea lebih murah dari website barangan Malaysia tapi estimated shipped take time around 1-2 weeks. Yelah, kan dari oversea. Jangan risau sebab setiap pembelian akan dapat kotak pink!!! 

Untuk pembelian kali ini, WA menggunakan rewards 120 points untuk mendapatkan barang-barang seperti di atas. Apa yang WA shopping kali ini?

1. Althea Petal Velvet Powder #Pink Lavendar (2pcs)
2. Althea Petal Velvet Powder #Translucent 
3. It's Skin Power 10 Formula PO Effector (3 bottles)
4. COS.W O2 Bubble Black Mask
5. COS.W My Real Skin Facial Mask

Althea Petal Velvet Powder 

Althea telah mengeluarkan produk kosmetik pertama iaitu Althea Petal Velvet Powder dengan kod Translucent & Warm. Kemudian, baru-baru ini sempena Althea Turns 3 ia telah mengeluarkan kod baharu iaitu Pink Lavendar. Kali ini WA ingin mencuba loose powder Althea kod Translucent & Pink Lavendar. Ramai yang kata best loose powder dari Althea sebab ia bersifat ringan di muka.

 It's Skin Power 10 Formula Effector

WA tertarik untuk mencuba serum dari It's Skin ni sebab banyak review positif dalam website Althea. Dan kebetulan WA juga telah kehabisan serum muka, jadi apa salahnya beli kan? It's Skin Power 10 Formula Effector ini mengandungi 13 jenis serum dan setiap serum mempunyai fungsi yang berbeza. Untuk pilihan kali ini, WA mencuba serum untuk pores, whitening (arbutin) dan juga vitamin C. Nanti WA share details untuk posting akan datang tentang serum ini ye.

COS.W O2 Bubble Black Mask

Memandangkan WA pengguna setia mask setiap malam, COS.W O2 Bubble Black Mask ini menjadi tarikan. First time WA nak cuba mask yang boleh mengeluarkan buih. Sebelum ini, hanya tahu bubble foam sahaja ada buih. Lagipun, bubble black mask ini ada 2 jenis sahaja iaitu Volcanic (pores/hydrate) dan Charcoal (moisturize).

COS.W My Real Skin Facial Mask

Mask COS.W jenis lain pula adalah My Real Skin Facial Mask. Ada bermacam variasi dan pilihan WA adalah Green Tea, Apple dan Coffee. WA suka pakai Green Tea sebab ia dapat lembut dan segarkan kulit dan kulit jadi bersih. Sheet mask ini sangat best kerana tidak terlalu keras seperti sheet mask yang lain.

===========================================================================

Untuk full review setiap barang yang dibeli, WA akan try buat satu per satu dan akan update entri di blog nanti. Bagi anda yang ingin dapatkan barangan original dari Korea dan murah, bolehlah shopping di website Althea https://my.althea.kr/ atau layari laman social mereka :

Facebook

Instagram 

21 comments:

  1. Wah nampaknya WAWA lebih banyak beli maskers, I beli macam macam juga ni sat lagi nak publish macam best je kan.. hee apapun what a great shopping EXPERIENCE !

    ReplyDelete
  2. i pun baru shopping kat althea.. syok nya... happy unboxing.. love the beauty hauls i get from there... nice nice..

    ReplyDelete
  3. Arrrhhh tension kita bila tengok orang perempuan boleh shopping banyak barang kat banyak tempat hehehe sebab orang perempuan barang untuk penjagaan mereka macam-macam kalau orang laki ni satu jer boleh guna kat semua bahagian hehehehe... untung lah jadi orang perempuan..

    ReplyDelete
  4. Banyaknya barangan yang wawa shopping kat Althea...best laaa...terbekenan kat serum tu..kejap lagi nak skodeng...Akak pun suka shopping kat ALTHEA...PUAS HATI

    ReplyDelete
  5. serum tu best gila (yang hijau) sha pakai kan pore sha macam makin mengecil tapi masih nampak la hehehe nanti nak repeat orderlah! sha menyesal beli Althea Petal Velvet Powder tu satu je, sumpah best gila guna powder tu :(

    ReplyDelete
  6. Ramai blogger yang review produk ni bagus. Ibu tak tahulah kan sebab tak pernah pakai sendiri jenama ni. Masih setia dengan jenama sekarang

    ReplyDelete
  7. banyak kali dah baca pasal produk Althea..lama-lama tertarik gak la gini.nasib baik produk wanita je kan

    ReplyDelete
  8. Rambang mata bila masuk web althea , hohoho dah rembat Althea Powder tu dedua jugak , memang best guna , terbaik

    ReplyDelete
  9. Wahhh wawa shopping althea petal velvet powder lagi, sampai 2 pulak tu. Emi haritu banyak beli face mask dan produk untuk rambut. Tak sempat nak try semua lagi hehe

    ReplyDelete
  10. Akak kalau shopping kt Althea kan memang penuh cart..pastu nanti sebelum submit tu akan review dlu..hahahha...yg serum tu akak pun ada...yg vit c n propolis...syiok pkai

    ReplyDelete
  11. Wow.. banyaknya membeli di Althea! menarik semua barang-barang yang dibeli tu. nak kena tengok juga website Althea ni. kalau masuk website tu susah nak keluar haha

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
  12. Sis dah shopping bulan Julai. Banyak gak sis shopping, memang seronok betul shoping kat Althea ni.

    ReplyDelete
  13. memang borong beli sekali banyak ni. mungkin ada promosi dan ada kemampuan wang ringgit. boleh jimat jangka panjang kan

    ReplyDelete
  14. amboiii banyaknya shopping. perempuan dan kecantikan memang berpisah tiada. tapi tulah, bila dah minat, memang kalau dah start nak membeli tu, sampai satu bakul. hahahhaa.

    ReplyDelete
  15. Borong sakan ya. Nampak jugak kawan perempuan beli barang kecantikan die althea ni. Macam2 die jual rupanya. Patotlah cantik.hehehe

    ReplyDelete
  16. Lia pun suka dengan Althea Powder tu. Lia beli semua version bedak tu. Althea ni memang berhantu kalau shopping rasa nak beli macam2 kan.

    ReplyDelete
  17. Menariknya..rata2 cte pasal althea ni..kte yang tengok ni je pun rambang mata dibuatnya heheh lagipumg suka product dari korea

    ReplyDelete
  18. wah macam-macam wawa shopping ye..best shopping althea..semua barang dia ramabng mata..rasa nak beli semua..sebab produk dia semua best..hehee

    ReplyDelete
  19. wahhh kak wawa mmg suka shopping althea kan

    ReplyDelete
  20. AM xpenah cuba lagi produk Althea ini.. teringin nak cuba.. hope beri kesan masalah kulit AM yg cepat mengering ini..

    ReplyDelete
  21. Hai bila ntah nak beli barang kat althea ni. Byk betul yg berkenan, bubble black musk tu macam best jerk

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)