Jom Shopping di Althea | Hello uolls! Mesti ada yang tak sabar kan nak tau apa yang WA dah shopping kat Althea sebelum ini? Haa, buat yang tidak tahu lagi apa itu Althea, ia merupakan satu website online shopping barangan Kbeauty iaitu directly posted out from Korea dan yang pastinya ia adalah 100% authentic! Yesss, dan Althea kini sudah dikenali dikalangan Kbeauty. Paling mengejutkan barang Althea lebih murah dari website barangan Malaysia tapi estimated shipped take time around 1-2 weeks. Yelah, kan dari oversea. Jangan risau sebab setiap pembelian akan dapat kotak pink!!! 

Untuk pembelian kali ini, WA menggunakan rewards 120 points untuk mendapatkan barang-barang seperti di atas. Apa yang WA shopping kali ini?

1. Althea Petal Velvet Powder #Pink Lavendar (2pcs)
2. Althea Petal Velvet Powder #Translucent 
3. It's Skin Power 10 Formula PO Effector (3 bottles)
4. COS.W O2 Bubble Black Mask
5. COS.W My Real Skin Facial Mask

Althea Petal Velvet Powder 

Althea telah mengeluarkan produk kosmetik pertama iaitu Althea Petal Velvet Powder dengan kod Translucent & Warm. Kemudian, baru-baru ini sempena Althea Turns 3 ia telah mengeluarkan kod baharu iaitu Pink Lavendar. Kali ini WA ingin mencuba loose powder Althea kod Translucent & Pink Lavendar. Ramai yang kata best loose powder dari Althea sebab ia bersifat ringan di muka.

 It's Skin Power 10 Formula Effector

WA tertarik untuk mencuba serum dari It's Skin ni sebab banyak review positif dalam website Althea. Dan kebetulan WA juga telah kehabisan serum muka, jadi apa salahnya beli kan? It's Skin Power 10 Formula Effector ini mengandungi 13 jenis serum dan setiap serum mempunyai fungsi yang berbeza. Untuk pilihan kali ini, WA mencuba serum untuk pores, whitening (arbutin) dan juga vitamin C. Nanti WA share details untuk posting akan datang tentang serum ini ye.

COS.W O2 Bubble Black Mask

Memandangkan WA pengguna setia mask setiap malam, COS.W O2 Bubble Black Mask ini menjadi tarikan. First time WA nak cuba mask yang boleh mengeluarkan buih. Sebelum ini, hanya tahu bubble foam sahaja ada buih. Lagipun, bubble black mask ini ada 2 jenis sahaja iaitu Volcanic (pores/hydrate) dan Charcoal (moisturize).

COS.W My Real Skin Facial Mask

Mask COS.W jenis lain pula adalah My Real Skin Facial Mask. Ada bermacam variasi dan pilihan WA adalah Green Tea, Apple dan Coffee. WA suka pakai Green Tea sebab ia dapat lembut dan segarkan kulit dan kulit jadi bersih. Sheet mask ini sangat best kerana tidak terlalu keras seperti sheet mask yang lain.

===========================================================================

Untuk full review setiap barang yang dibeli, WA akan try buat satu per satu dan akan update entri di blog nanti. Bagi anda yang ingin dapatkan barangan original dari Korea dan murah, bolehlah shopping di website Althea https://my.althea.kr/ atau layari laman social mereka :

Facebook

Instagram