Perumahan & Pemilikan Tanah Di Johor | Sedia maklum, sebelum ini WA ada menceritakan mengenai Misi Dekad Baharu Johor Untuk Menjadikan Johor Negeri Berkemajuan. Di situ, anda dapat melihat pelbagai info yang menarik mengenai misi tersebut.

Kali ini, WA ingin membicarakan serba sedikit mengenai antara salah satu fokus utama pelan yang di utarakan iaitu menyediakan perumahan mampu milik. Berdasarkan maklumat mengenai perumahan Johor, kita dapat melihat pelaksanaan dalam menyediakan rumah mampu milik dan pemberian hak tanah Johor adalah Johor mengukir kejayaan dan melebihi dari apa yang dijanjikan dan perumahan mampu milik akan terus menjadi keutamaan kita pada masa depan.

FOKUS UTAMA DALAM PERUMAHAN & PEMILIKAN TANAH
  • Menyediakan penyediaan perumahan dan rumah mampu milik
  • Mengurniakan hak milik tanah kepada rakyat

Di dalam STATUS AKUJANJI menyatakan bahawa Johor akan :
  • Menyediakan Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ)
  • Menyelesaikan projek rumah terbengkalai
  • Pembinaan Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Meneruskan Program Bantuan Rumah
  • Mengurniakan hak milik tanah kepada peneroka Felda di Johor

Sebagai contoh, kita dapat melihat antaranya RMMJ yang dijanjikan hanya 6,000 unit sahaja, tapi bakal menyediakan 100,000 unit untuk RMMJ. Syabas buat Kerajaan Negeri Johor kerana bertindak dengan lebih pantas bagi memenuhi keperluan dan mensejahterakan rakyat.

Untuk maklumat lebih details mengenai kad laporan Johor, anda bolehlah melayari  laman sesawang www.dekadbaharujohor.my dan memuat turun kad laporan tersebut. 


#DekadBaharuJohor
#TeamJohor