Friday, March 9, 2018

# foodie # resepi

Resepi Spaghetti Carbonara Cara Mudah


Spaghetti Carbonara | Hai semua.. WA nak update resepi western kali ini. Alaa, spaghetti carbonara tu.. WA kadang-kadang panggil spaghetti putih aje. Hahaha! Mesti korang dah tahu kan? Tak apa, WA nak update juga untuk koleksi resepi mudah WA dalam blog. Hehehe.. Jom layann!


RESEPI SPAGHETTI CARBONARA


Bahan-bahan :
  • Spaghetti 1 bungkus
  • Bawang putih 3 ulang potong dadu
  • Daging kisar (daging/ayam)
  • Udang 10-15 ekor
  • Cendawan butang 1 tin
  • Sosej (ikut nak banyak mana)
  • Sos prego cendawan asli (warna biru)
  • Sos krim prego kecil cheese (warna kuning)
  • Serbuk lada hitam sedikit
Cara-cara memasak :

1. Tumis bawang putih yang telah dicincang sehingga naik bau. 

2. Masukkan ayam kisar sehingga ia masak sebati. Kemudian, masukkan udang beserta serbuk lada hitam. Masukkan sedikit ajinamoto & garam dan gaul rata sehingga masak kesemuanya.

3. Then, masukkan cendawang butang dan sosej dan gaul rata sehingga masak sepenuhnya. Masa ini sekejap je tak payah nak lama-lama nanti hangus kang. Hehehe...

 4. Kemudian, tiba masa untuk masukkan sos spaghetti prego. Sos carbonara ni ada banyak. Ikut korang nak perisa apa. Macam WA ambil yang asli punya warna biru. Then tambah dengan sos prego krim tin warna kuning (cheese). WA tak beli cheese slide sebab bazir tak guna banyak.

5. Akhir sekali masukkan susu kotak dutch lady yang full cream. WA beli yang kotak kecil yang minum tu je. Bagi tambah rasa lemak-lemak manis sikit. Then, kalau rasa pekat tambahlah air sikit.

6. Ini WA tambah sendiri. Tambah meatball sikit. Tengok ada baki kat peti ais baik guna campurkan sekali. Kalau taknak, korang skip je tau bebola daging ni. Tak wajib pun. Hehehe.. Siap!!

21 comments:

  1. Sedapnya wa...boleh ry resipi wa ni tapi akak memang x masuk cendawan la sbb kurang suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheh try kak.. Boleh ganti letak sosej atau bebola daging..bhehe

      Delete
  2. Terliur tgk..nanti akak nak cuba jugak la resepi ni

    ReplyDelete
  3. Sedapnya... kak Rose tak pernah cuba masak sendiri carbonara.. bolognese je yang pernah cuba.. thank you Wawa untuk resepi ni. Lepas ni tak payah pergi Leezo dah kalau nak makan spagetthi carbonara. Hihihi

    ReplyDelete
  4. Tak pernah masak Carbonara letak udang..biasa mmg letak ayam dengan hotdog je..sbb pepperoni mahal..hahaha

    ReplyDelete
  5. resepi nampak senang je nak buat.. walaupun zaza tak makan spageti tapi boleh la try masak2 nanti untuk ahli kluarga or tetamu yang dtg..

    ReplyDelete
  6. Bertambah2 selera letak meatball lg..yummy

    ReplyDelete
  7. Favourite juga spaghetti mcm ni. Sllu suh adk yng buat. Sedapnyaaa..

    ReplyDelete
  8. TB tak pernah buat lagi spagetti carbonara ni.. selalu buat spagetti bolognese tu je.. boleh la try resepi wawa ni

    ReplyDelete
  9. Terliur akak. Banyaknya bahan.. Akak suka sebab lagi banyak bahan lagi sedap.

    ReplyDelete


  10. توفر الشركة لعملاؤها الكرام الكثير من خيارات و برامج عمليات تنظيف المنازل
    شركة تنظيف منازل بالجبيل
    وخبرتنا العملية و استطلاعنا الدائم لسوق خدمات تنظيف الشقق يؤكد لكم عملاؤنا الكرام انكم حتما ستجدون ما يناسب
    احتياجاتكم ضمن شرائحنا المختلفة والمتعددة المصممة خصيصا لتلبى مختلف احتياجاتكم فى اعمال تنظيف المنازل بالجبيل
    تنظيف المنازل بالقطيف انتشر بكثرة بين الناس لضمان الحصول على افضل اسعار تنظيف الشقق ذلك لأن شركات التنظيف لديها من
    العمالة ما يكفي لأنجاز المهام فى اقل مدة زمنية، ايضاَ كل شركة تنظيف من المفروض ان يتوفر بها ماكينات تنظيف مخصصة فى
    تنظيف الفلل و تنظيف القصور ونظافة المنازل وكل ماكينة تنظيف تقوم بمهام معينة يصعب على ربة المنزل القيام بها بمفردها
    مثل تنظيف القماش و لهذا يفضل إسناد المهمة إلي افضل شركة تنظيف منازل بالقطيف شركة تاج الافضل دائما 0551844053
    شركة تنظيف بالجبيل
    شركة تنظيف سجاد بالجبيل
    شركة تنظيف شقق بالجبيل
    شركة تنظيف فلل بالجبيل


    شركة تنظيف مجالس بالجبيل
    شركة تنظيف منازل بالقطيف
    شركة تنظيف مجالس بالقطيف
    شركة تنظيف سجاد بالقطيف
    شركة تنظيف شقق بالقطيف

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)