Thursday, January 18, 2018

# asam pedas ayam pencen # foodie

Resepi Asam Pedas Ayam Pencen


Asam Pedas Ayam Pencen | Korang layan tak ayam pencen ni? Area bandar susah tau nak jumpa ayam pencen. Duduk kawasan kampung ni senang je nak jumpa ayam pencen. Murah pun murah. Tapi ada orang tak berapa suka ayam pencen sebab liat. Nak petua ayam pencen tak liat? Senang je, korang rebus ayam pencen tu sampai air dah nak kering. Barulah masak apa-apa jenis makanan.

Kali ini WA nak bagi resepi masak asam pedas ayam pencen versi WA. Memang ketinggalan sebab resepi asam pedas bersepah. Hahaha. Dan ramai tahu. Tapi tak mengapa kita buat juga resepi versi kita sendiri. Jom kita layan resepi.....


RESEPI ASAM PEDAS

Bahan-bahan :

  • Ayam pencen seekor potong 8 ke 12 ke ikut suka (direbus dahulu)
  • Bawang putih 4 ulas
  • Bawang besar 1 ulas (kalau bawang merah dalam 5-7 ulas)
  • Halia 1 inci
  • Serbuk kunyit setengah sudu besar (kalau kunyit hidup 1 inci)
  • Cili kering 15-20 tangkai (ikut nak pedas mana)
  • Daun kesum 1-2 tangkai (kalau tak ada, guna 1 bunga kantan)
  • Asam jawa 1 sudu besar 
Cara memasak :

1. Masukkan bahan-bahan yang di blender (bawang putih,bawang besar,halia, cili kering) serta serbuk kunyit dan tumis hingga naik bau dan garing. 

2. Kemudian, masukkan ayam pencen dan gaul rata sehingga sebati rencah pada ayam tersebut. Biarkan beberapa minit.

3. Masukkan  daun kesum dan asam jawa. Kemudian gaul rata semula. 

4. Letak air ikut suka nak banyak mana kuahnya dan jangan lupa bagi ajinamoto dan garam secukup rasa. Kemudian, siap dan hidang!


Haa, amacam... Senang kan  buat asam pedas ni? Kalau korang suka kuah pekat, arwah mak pernah cakap letak lebih bawang besar sebab ia boleh pekatkan kuah asam pedas. Yang penting air tu jangan terlebih sudah. Hehehe...

p/s : Maaflah sebab tak ada gambar official yang cantik-cantik sebab memang tak sempat nak snap betul-betul.. jadi terimalah gambar kuali dengan senduk sudip tu yee :D


22 comments:

  1. Sally tak pernah buat asam pedas ayam pencen...kalau asam pedas ayam biasa tu mmg favorite.. Hehehe..sudip pun sudip laa..janji masak sedap kan...hahaha

    ReplyDelete
  2. Sedap tau ayam pencen.. Liat2 je rasa hehe.. Zaza tak pernah lagi masak ayam asam pedas.. Biasa ikan.. Sbb ayam mmg sbln pun blm tntu beli.. Tp resepi ni boleh dicuba nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..tp dah rebus lama ni lembutlah gak isinya.... wawa dlu layan asam pedas ikan pari je.. ayam pedas ni mkn start kawen sbb laki suka aym dr ikan..hehee

      Delete
  3. kalau akak pulak masak ayam pencen , memula rebus dengan air banyak, agak2 sampai air tu tinggal secawan je baru start masak macam biasa.Kalau masak ayam pencen ni tak makan le dengan nasik..Akak suka ratah je..hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. same lah kita kak... mmg rebus lama smpi air nak kering..hehehe...uishh kita xreti ratah gitu je.,,,

      Delete
  4. wuuu asam pedas. favret emi tu, lagi2 bendi tu. wajib letak byk bendi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe.... sama la.. tp mse ni bendi takde so xletak,,.huhu

      Delete
  5. Sedapnya,kalau ayam pencen ni kena masak lama sikitkan kalau tak liat. Susah nak telan

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah kne masak lama2 rebus smpai air kering..hehehe...

      Delete
  6. sedapnye sis..tq ye berkongsi resepi..boleh try nti

    ReplyDelete
  7. Gambar dalam kuali la best wawa.. fresh gitu. Hihi. Sedapnya asam pedas ayam kampung. Tapi kak Ros tak pernah masak asam pedas ayam. Ikan je pernah cuba.. ni ada resepi, next time boleh cuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. alaaa.....kuali xnk interframe la k.ros.. hahaha....
      buat jgn xbuat..hihi

      Delete
  8. Akak pernah masak wawa ayam masak asam pedas tapi tak dapat sambutan sebab akak sorang saja makan. Anak anak kureng makan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. lar..ruginya anak2 xmkn ayam masak asam pedas.hehe

      Delete
  9. Kalau ayam oencen..suh mak masak..hehehe..tak pernah masak asam pedas ayam..suka ikan pari

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejak kawen ni je mkn ayam pencen sokmo sbb dok kg... sama la feberet kita asm pedas pari.hehe

      Delete
  10. Aym pencen sdap. Baru ni buat. Tapi gulai lemak la. Asam pedas tak try pulak. Hehe

    ReplyDelete
  11. I love to try new recipes. Thanks for sharing!

    ReplyDelete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)