Drugstore Foundation Viral | Zaman sekarang senang sangat nak viralkan sesuatu. Kadang-kadang kita share something yang orang tak tahu sangat pun senang. Inilah dinamakan kuasa viral. Baru-baru ini, dalam bulan 9 tahun lepas kalau tak silap, foundation keluaran Essence ini telah menular di laman social terutama bagu yang kaki makeup.

Sebelum ini, hanya brand Maybelline, Loreal dan Silky Girl sahaja lebih dikenali di Watsons atau Guardians terpilih yang menjual barang-barang makeup drugstore, tapi akhir-akhir ini, nama Essence melonjak naik mendadak sejak viral. Sudah tentulah foundation liquid Essence.

Sebenarnya foundation ini telah lama berada di pasaran cuma tak berapa dikenali. Dengan kuasa viral media social, ianya mendapat sambutan diluar jangkaan. Mana taknya, terus habis stock kesemua kod warna. Inilah dia Essence Stay All Day 16 hours Foundation. 

Masa WA mencari foundation ini, semua stock kat watsons dan guardians terpilih kebanyakkannya kehabisan stock weiii!! Mujur masa tu WA tergerak nak pergi Watsons di Aeon Big Kluang, stock masih ada itupun hanya tinggal satu kod saja. Dan mujurlah juga kod itu sesuai dengan kulit WA. Fuhhhh.......~~~

Tekstur foundation Essence

Untuk pengetahuan anda, tekstur foundation ini adalah sejenis liquid/cecair dan bersifat matte. Jadi makeup akan kelihatan lebih tahan lama dan kekal paling lama 16 jam. Sangat ringan dan tidak berasa berat apabila di apply ke muka. Sesuai digunakan untuk makeup harian anda.

 Credit photo to Sabrina Tajudin

Credit photo to Sabrina Tajudin

Untuk kod warna foundation Essence ini, hanya ada 4 kod sahaja yang available di pasaran Malaysia.
  • 10 Soft Beige
  • 20 Soft Nude
  • 30 Soft Sand
  • 40 Soft Honey
WA memakai kod 20 Soft Nude sebagai bedak asas/foundation harian WA. Boleh juga kalau nak pakai kod 40 Soft Honey sebab dia color yang natural. Untuk memilih foundation dengan cara betul, apply sedikit di bawah tepi dagu anda untuk lihat warna yang sesuai. 

Ini adalah hasil WA makeup natural look dengan menggunakan foundation Essence Stay All Day 16h kod 20 Soft Nude dan ianya sangat natural dan matte tidak berminyak. Malah, makeup lebih tahan lama sehingga petang. Tapi coverage ia lebih kepada light to medium so memang sesuailah untuk makeup harian. WA suka sangat dengan foundation ini dan masuk dalam list favourite foundation drugstore WA. Hehehe...

Jika anda ingin dapatkan foundation viral ini, bolehlah pergi ke Watsons dan Guardians terpilih yang menjual brand Essence atau beli melalui pembelian online di website Watsons. Harga sebotol foundation ini hanya berharga RM21.90 sahaja. Sangat berbaloi dan boleh tahan selama 2-3 bulan. Jika jarang pakai boleh tahan 5-6 bulan.