Masalah Bayi & Anak Meragam | Kebanyakkan ibu bapa menjadi runsing apabila anak mula meragam tanpa sebab. Mesti anda dapat bayangkan, tengah anak-anak bersuka ria tiba-tiba menangis dan meragam tak tentu arah.
Hal ini pernah terjadi pada anak-anak saudara WA ketika menjaga mereka selama beberapa bulan. Sedang mereka khusyuk bermain ketawa bersama pada waktu malam, kemudian mereka mengaruk tak tidur langsung sampai pukul 2 pagi. Tup-tup mereka demam mungkin dek kerana cuaca atau hal lain. Hal ini membuatkan WA runsing kerana secara tiba-tiba sahaja berlaku tanpa kita sedar. Dengan segala ubat apa semua tak ada masa pagi buta tu. Bertabahlah diri ini..Huhu...
Baiklah, WA tak nak cerita panjang sangat nanti anda semua jemu nak baca panjang-panjang pula kan? Hehe.. Sebenarnya, baru-baru ini WA telah diperkenalkan dengan satu produk ini dan WA sendiri telah mencubanya. Yelah, sebab WA belum ada anak lagi. Maybe soon :)
Inilah dia balm bayi Tasneem Naturel yang WA ingin perkenalkan kepada anda semua kerana ia merupakan kit bayi semula jadi yang banyak memberi manfaat kepada ibu bapa yang mempunyai bayi atau anak kecil. Balm ini telah dirumus khas daripada bahan semula jadi serta kombinasi 100% minyak pati asli (essential oil) yang bermutu tinggi.
Buat pengetahuan anda semua, balm ini sesuai digunakan dari bayi hinggalah ke dewasa. Sebab itu WA juga telah merasmikannya. Mana tahu, jika okay bolehlah rekemenkan pada yang lain dan standby belikan untuk anak suatu hari nanti.
Mempunyai Bahan Kandungan Merbahaya Tak?
Mana boleh ada bahan kandungan merbahaya lagi-lagi untuk kegunaan anak-anak kecil. Kalau ada, mestilah tidak akan dijual hingga sekarang. Tapi, anda semua jangan risau kerana balm bayi Tasneem Naturel TIDAK MENGANDUNGI sebarang bahan kimia yang merbahaya seperti paraben, SLS dan juga bahan pewarna. Dan yang pastinya balm ini telahpun diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM.
Fuuuhh, lega sikit kan? Yelah, ibu bapa sangat menitikberatkan hal sebegini untuk keselamatan dan kesihatan anak masing-masing. Jadi, memang patutlah balm ini menjadi pilihan ramai ibu bapa. Sebelum itu, kita kena tahu 4 sebab kenapa bayi dan anak meragam dan bagaimana cara untuk mengatasinya.
4 Sebab Bayi/Anak Meragam :
- Bayi atau anak kecil meragam kerana sakit seperti demam, selsema, batuk dan lain-lain. Isu ini memang akan berlaku pada semua orang tak kira bayi, anak kecil atau dewasa. Kadang-kadang kita nak merawat anak sendiri pun tak berapa tahu. Contohnya, CoolFever yang jenis tampal itu tidak sesuai untuk bayi/anak kecil pakai di dahi. Seeloknya tampal di belakang leher.
- Bayi atau anak kecil meragam kerana ketidakselesaan akibat cuaca, keletihan akibat belajar sesuatu seperti berjalan dan lain-lain. Hal sebegini juga pernah berlaku tapi tak semua bayi/anak kecil mengalami situasi ini. Contoh paling senang kita dapat lihat, anak-anak berasa kurang selesa samada ketika cuaca tak menentu atau meracau akibat mengigau bangun tidur secara tiba-tiba (terkejut).
- Bayi atau anak kecil meragam kerana kembung perut, cirit birit dan lain-lain. Hal ini sangat membimbangkan para ibu bapa. Kadang-kadang terfikir adakah salah makan, kembung perut sebab angin banyak, atau cirit-birit sebab susu dah basi? Benda ini melibatkan organ dalaman, memang ibu bapa akan risau.
- Bayi atau anak kecil meragam kerana susah tidur malam. Ada sesetengah bayi/anak jenis susah tidur malam dan aktif sehingga waktu pagi. Ibu bapa pula perlu bekerja siang harinya. Ini juga boleh merunsingkan para ibu bapa. Bermacam-macam cara untuk lenakan anak.
Oleh itu, kita tidak perlu risau lagi kerana dengan adanya balm bayi Tasneem Naturel ini, anda semua boleh atasi masalah-masalah anak meragam dengan mudah. Balm ini mempunyai 4 jenis dan setiap jenis mempunyai fungsi-fungsinya. Jom kita kenali 4 jenis balm Tasneem Naturel iaitu :
- CF-Rub (Pink)
- Calm Time (Green)
- F-Rub (Yellow)
- Sleep Time (Purple)
1. Balm Tasneem Naturel CF-Rub (Pink)
CF-Rub telah dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan masalah anak demam, batuk, selsema serta mencairkan kahak. Bukan itu sahaja, ia juga berkesan dalam membantu melegakan asma. Bahan-bahan yang digunakan seperti Eucalyptus Oil, Cypress, Tea Tree dan Lemon dapat membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu demam anak-anak. Bau seperti teh bunga dan lemon sangat menyamankan suasana ketika berada dalam kesakitan.
Cara penggunaan :
Sangat mudah menggunakannya, ibu bapa hanya perlu sapu balm ini di kawasan seperti tapak kaki, dada, tekak, hidung dan juga tulang belakang.
2. Balm Tasneem Naturel Calm Time (Green)
Calm Time berfungsi untuk memberi keselesaan kepada bayi dan anak kecil anda bagi membantu mengurangkan keletihan dan tekanan si manja supaya anak anda akan lebih tenang. Dengan menggunakan minyak pati tulen seperti Lavender, Naval Orange, Tangerine, Bergamot, Frankinsense dan Marjoram, balm ini boleh membantu ank kecil anda menjadi lebih tenang dan ceria sepanjang hari. Haruman yang sangat menenangkan minda dengan campuran bauan bunga Lavender dan buah Oren.
Cara penggunaan :
Hanya perlu sapu di tapak kaki, nadi, belakang telinga, tulang belakang dan juga pergelangan tangan.
3. Balm Tasneem Naturel F-Rub (Yellow)
Balm ini sangat sesuai kerana ianya boleh menggantikan minyak telon. Sudah tentunya ibu bapa sangat menyukainya kerana setiap kali mengurut dan menyapu balm ini ke perut bayi boleh melegakan perut kembung, sembelit, dan membuang angin berlebihan. Dengan adanya bahan-bahan utama seperti Fennel, Ginger, Lemongrass, Anise, Juniper, Wild Mint, Tangerine dan Patchouli ia dapat membantu masalah penghadaman juga. Bau haruman lebih kepada halia seperti bau minyak angin geliga tapi sedap je bau tau.
Cara penggunaan :
Sapukan balm ini di tapak kaki dan tangan. Untuk bahagian perut, ibu bapa disarankan membuat sapuan seperti urutan 'I Love You' bagi memastikan si manja anda lebih selesa.
4. Balm Tasneem Naturel Sleep Time (Purple)
Balm ini sangat membantu ibu bapa yang berhadapan masalah anak yang sukar tidur dan aktif pada wakti malam. Hal ini sangat dibelenggui oleh para ibu bapa dan tiada ubat yang sesuai untuk membuatkan anak tidur lena melainkan kita sendiri memaksanya. Oleh itu, balm ini telah dirumus khas dan berfungsi untuk membantu anak supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang lebih ceria. Balm ini mengandungi bahan-bahan seperti Cedarwood, Vetiver, Roman Chamomile, Sweet Orange, Marjoram, Tangerine dan Ylang-ylang bagi membantu anak mendapat tidur yang berkualiti. Bau buah oren yang lembut dengan campuran bahan lain melenakan tidur si manja hingga keesokkan harinya.
Cara penggunaan :
Ibu bapa boleh menyapukan balm ini di bahagian tulang belakang, tapak kaki, nadi belakang telinga dan pergelangan tangan.
Betul Ke Orang Dewasa Boleh Pakai Balm Tasneem Naturel???
Serius memang betul orang dewasa juga boleh guna. Bukan itu sahaja, orang tua juga boleh menggunakannya. Bestnya balm ini mesra pengguna kan? Oleh sebab itu, balm ini sangat sesuai untuk seisi keluarga.
Anak Ada Ekzema Boleh Guna Tak??
Buat pengetahuan anda semua, untuk anak yang ada ekzema atau jenis kulit yang sensitif, sebaiknya kena buat patch test dahulu di pelipat tangan sebelum menggunakannya. Tapi ianya bergantung pada individu tersebut itu juga. Dalam balm ini ada Almond Oil, jadi ada sesetengah yang sensitif dengannya dan ada juga yang sesuai bila guna balm ini.
Apa Kata WA Sebagai Pengguna Balm Tasneem Naturel?
Setakat ini WA telah mencuba 2 jenis balm Tasneem Naturel iaitu Sleep Time dan Calm Time lebih kurang nak masuk 2 minggu penggunaan. Untuk Calm Time, WA menggunakannya ketika WA keletihan kerana membuat kerja rumah atau stress dek kerja-kerja blog terutamanya yang memerlukan otak berfikir. WA mempunyai simpton Hyper Tencion dan WA sendiri perlu mengawal perasaan dan pemikiran WA supaya tidak berlarutan.
Jadi, WA cuba untuk menggunakan Calm Time ini ketika WA stress dan ternyata ia sangat membantu mengurangkan stress WA sehingga minda dan dada terasa lapang sedikit. Bukan nak kata balm ini mujarab 100% selain berdoa dan solat jika kita mengalami stress, tapi ia sebagai alternatif jika kita mengubatinya dengan menggunakan sesuatu benda seperti balm ini.
Untuk balm Sleep Time, WA menggunakannya ketika hendak tidur malam. Ini kerana, WA mengalami keadaan seperti kesukaran untuk tidur dengan lena. Kadang-kadang kerap terjaga malam dan susah untuk tidur semula. Maka, WA mencuba balm ini pada diri sendiri dan alhamdulillah, senang tidur dan lena hingga ke esok pagi.
Manakala, balm CF-Rub dan F-Rub WA belum lagi mencubanya kerana tidak mengalami lagi simpton2 tersebut.
Harga balm ini murah sangat dan berbaloi sebab boleh tahan berbulan-bulan. 1 kotak hanya berharga RM49 sahaja dan jika beli 2 kotak berharga RM88 (jimat RM10). Makin banyak anda beli makin jimat duit anda. Hehehehe...
Jika anda berminat membuat tempahan atau ingin mengetahui lebih lanjut tentang balm Tasneem Naturel ini, bolehlah hubungi maklumat-maklumat berikut seperti yang tertera :
TASNEEM NATUREL
15-1, JALAN PUTRA KAJANG, TAMAN PUTRA KAJANG,
43000 KAJANG SELANGOR
HOTLINE : 011-20964665 (ORDER) / 010-8453469 (DAFTAR AGEN@STOKIS)
Facebook :
Instagram :
30 Comments
Memang best balm ni. Kak Rose sendiri memang pakai sleep time tu sebelum tidur. Juga F-Rub tu, kak ros akan sapu di bahagian dalam tapak kaki. Urut-urut sikit, mesti keluar angin melalui sendawa..
ReplyDeletekan k.ros....lena tidur guna sleep time tu....
Deletebagus ada produk sebegini...
Memang suka jgk dgn bau balm dari tasneem ni.. Sesuai sangat utk anak2 yang pening kepala ke, rasa mual ke.. Susah nak tidur ke.. Sbb setiap jenis ada fungsi2 tertentu.. Utk dewasa pun boleh pakai jugak.. Produk pilihan ramai pengguna..
ReplyDeletebetul...byk fungsi dan kebaikan balm ni..
DeleteBaguskan balm ni bukan je dapat selesaikan masalah anak kita pn dapat tido lena
ReplyDeleteaah....bkn tidur lena je...mcm2 ada...
DeleteSally curi pakai anak buah punya Sleep Time..melingkor sampai ke pagi...hahaha...sbb Sally ade mslh tido
ReplyDeletehehehe....tau xpe,,,dewasa pakai pon lena je...
DeleteBestkan wawa guna balm ni. Rasa lebih selesa lepas guna balm ni. Masalah anak pun boleh settle
ReplyDeletebetul..ia membantu menyelesaikan masalah anak,,inshaaAllah
DeleteAkak pun guna juga. Memang sangat-sangat membantu ibu-ibu menjaga bayi dan anak kecil
ReplyDeletekan akk...mmg membantu sgt..
DeleteKlu cik en de tanda2 diatas leh guna kan.. bkn pd baby je kam?
ReplyDeleteboleh cik en....sesuai utk seisi keluarga..nenek atuk pon boleh
DeleteTB kalau tengok balm ni rasa geram je.. nak jugak satu set.. comey betul .. sapelah yang design nya kan.. pastu tau dah ramai dok citer kata balm ni bagus mesti cari ni..
ReplyDeletekan TB... comel packaging...pastu fungsi dia best..
DeleteGeram tengok balm ni. Dah laa bekas dia comel. Lagi best sebab ada 4 jenis ikut keadaan kan? At least kena ada dalam simpanan ni.
ReplyDeletebtul kak... mmg best...4 balm boleh membantu selesaikan masalah ibubapa terhadap anak meragam..
Deletebetul kan..beli bnyk lagi jimat duit...senang..
ReplyDeleteWow... Macam best.. Nak jugak try!!
ReplyDeletememang best.. patut try.. hehe
Deletenk kene try jugak ni sis
ReplyDeleteofkos kena try... berbaloi tau sebab semua boleh guna
Deleteainy pun tengah pakai balm ni sekarang kak. best! tak melekit pulak tu. moga serasilah untuk kita2 semua ya.
ReplyDeletekan.... best gila balm ni.. first time dpt try balm yg ada pelbagai jenis dgn khusus..
DeleteBalm CF rub akak dh habis dh.. Memg kerap guna
ReplyDeleteuiiitt..cpt gila..hehe.. kita F-rub yg dh nak abis...
DeleteMcm best jer balm ni..k.el pun nak beli jugak lah..sbb sesuai utk seisi keluarga kan..
ReplyDeletebest kak el.... kita guna yg utk perut dah nk habis..sbb buang angin....
DeleteAlhamdulillah memang terbaik guna balm tasneem ni. Anak dah kurang meragam. saya juga recommend pada family sendiri untuk try guna.
ReplyDeletePost a Comment
takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)