KLAVUU Actress Backstage Cream Review | Rahsia nak makeup lebih cantik semestinya memerlukan sejenis primer atau makeup base untuk membuatkan makeup kita lebih tahan lama dan nampak smooth je bila diratakan. Sebagai Freelance Makeup Artist secara part-time, Wawa memang memerlukan primer atau makup base yang terbaik untuk kulit client Wawa.

Terbaru, Wawa telah mencuba sejenis krim dari iaitu produk dari Korea yang berasaskan white pearl extract mengeluarkan produk kosmetik. Rupanya inilah rahsia dikalangan artis-artis Korea muka nampak lebih cantik dan glowing. Buat pengetahuan anda, Actress Cream ini sangat popular dikalangan artis Korea semenjak mereka memerlukannya untuk sebagai makeup harian mereka.


KLAVUU Actress Cream ini mengandungi SPF30 PA++ dan ianya melindungi kulit kita dari sinaran UV diluar sana daripada rosak kulit wajah. Sebab itu, kalau anda lihat kulit artis Korea sangat cantik dan flawless je kan? Jeles kita... Hehe...


Tesktur cream ini sangat ringan dan ianya tidak berminyak langsung. Jika anda lihat pada rupa cream ini, mungkin nampak agak pekat tapi sebenarnya tidak kerana ianya mudah untuk diratakan di kulit wajah dengan sempurna. Cream ini lebih kepada kesan glowing di kulit dengan kehadiran white pearl extract di dalamnya.

Testimoni Sebenar dari Wawa Sendiri


See the different after blend it? Yeah, thats me! Jika berdasarkan gambar sebelum, kulit Wawa agak tidak sekata tona kulitnya dan nampaklah bekas-bekas jerawat dulu. Hehe.. Tapi, selepas Wawa blendkan Actress cream dari Klavuu ini pada kulit wajah memang nampak beza kan? Kecuali bahagian keliling mata memang Wawa tak sapu sebab kalau boleh elakkan. Kesan selepas nampak lebih glowing serta cerah berseri dan yang paling penting ia boleh menutup lubang-lubang pori yang terbuka di kulit wajah.

Ini baru je blend cream kat muka dah nampak 80% perfect! Belum letak sebarang foundation selepas itu. Makin bertambah cantiklah wajah nanti. Memang Wawa recommended sangat-sangat pada yang makeup lover atau MUA boleh cuba Actress Cream ini sebagai primer atau makeup base anda sebelum mengenakan foundation supaya makeup lebih nampak cantik dan tidak bercapuk.


Tips tambahan buat anda, jika anda mempunyai kulit kering atau berminyak, digalakkan untuk guna sejenis moisturizer (apa-apa brand) sebelum apply cream ini supaya kulit wajah anda lebih flawless, glowing dan nampak sentiasa sihat selalu!

===================================================================

Anda ingin mencuba Actress Cream dari KLAVUU? Jangan risau, kini anda boleh dapatkannya di Lazada sekarang.  Klik Disini !


Previous Review for Klavuu Product :

Serum Mask Klavuu - http://bit.ly/2puFqbT