Tuesday, April 4, 2017

# review

Handsock Lengan Muslimah Besar & Selesa



Handsock Lengan Besar & Selesa | Hai Assalamualaikum.. Kali ini Wawa nak review satu barang yang memang jarang jumpa senang kata. Barang itu adalah Handsock Besar untuk kaum muslimah. Handsock ini berbeza dengan handsock yang korang pakai selalu dimana ada yang mengikut bentuk tangan sebab ngam-ngam lengan, tapi kali ini memang besar.



Handsock ini Wawa dapat sponsor sempena Program Kasih JDT Blogger Bersama Anak-Anak Yatim (siri 1) di Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Kluang pada 4 Mac yang lepas. Alhamdulillah, memang selesa sangat-sangat bila pakai.

Bukan sahaja pakai masa program tu je, tapi boleh pakai untuk kegunaan harian kita. Contohnya, pergi jogging, jalan santai-santai bila pakai lengan pendek boleh padankan dengan handsock ni.

Handsock pilihan top Wawa di Handsock Besar Malaysia ni adalah Handsock Fyna dan Handsock Zahra. Sebab ianya sesuai untuk guna pergi mana-mana.

Handsock Zahra

Handsock Fyna


Feedback dari kami semasa program anak yatim yang lepas



Memang puas hati sangat-sangat sebab besar dan yang paling best tak panas pun material kain handsock ni. Sebab masa program tu kami ada aktiviti gotong-royong, berpeluh pun tak rasa gatal-gatal dan panas. Bahkan, kalau nak buat untuk solat pun boleh tau. Memang  sesuai sangat memliki handsock yang besar dan selesa ni.

Testimoni dari customer HBM



KELEBIHAN HANDSOCK BESAR MALAYSIA

- Muat dari size M - XXXL
- Material Lycra Exclusive
- Longgar, besar dan tidak melekap
- 19 inci panjang & 14 inci lebar (sampai atas lengan)


Untuk tempahan atau pertanyaan lebih lanjut :



2 comments:

  1. assalamualaikum wawa..mmg best hand sock ni lembut kain nyer tapi ari tu mama x dpt pakai sbb mungkin dpt saiz besar agaknya...hand sock tu melorot ke bawah jer...:)
    ** Mama Maszull

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam

      Aah mama.. kalau bsr boleh jahit skit kt hujung lengan tu ikut size lengan kita.. hehe..

      Delete

takkan singgah je ? bagilah 1 komen kt sini :)