Anytime Fitness | Francais kelab kecergasan 24 jam yang terbesar dan paling pesat berkembang di dunia, Anytime Fitness telah mengumumkan perkembangaan penting dalam industri kecergasan di Malaysia menerusi pelancaran kelas Les Mills dan pembukaan kelab baharu di Wilayah Johor.

Ahli Anytime Fitness boleh merasai pengalaman inovasi kecergasan terkini bermula Jun ini, menerusi kelas Les Mills yang menggabungkan muzik bertenaga dan pergerakan berkoreografi untuk memberikan senaman yang berkesan dan menyeronokkan buat peserta dalam apa jua peringkat kecergasan.

Di samping pelancaran kelas Les Mills, Anytime Fitness membuka kelab baharu di wilayah Johor. Kelab baharu berkenaan menyediakan peralatan terkini, kawasan senaman yang luas serta jurulatih pakar untuk membantu para ahli mencapai matlamat kecergasan masing-masing. Perluasan jenama ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam industri kecergasan.

Menurut COO Anytime Fitness Malaysia, Ryan Cheal berkata :

Ini merupakan perkembangan penting dalam industri kecergasan di Malaysia, pelancaran kelas Les Mills dan pembukaan kelab baharu kami di wilayah Johor bakal merevolusikan pengalaman kecergasan untuk ahli kami dan mengukuhkan kedudukan kami sebagai peneraju industri.

 

Bagi meraikan perkembagan menarik ini, Anytime Fitness kini menganjurkan Jualan Mega & Jualan Ulang Tahun dengan harga keahlian yang menarik. Jualan berkenaan akan diadakan bermula pada pertengahan Mei di beberapa lokasi termasuk R&F Mall, Setia Tropika, Tasek Central dan Sunway Big Box.

Jika terdapat individu yang berminat untuk menyertai, anda boleh mendaftar untuk keahlian di lokasi berikut :

Masa : 10 pagi - 10 malam

Tarikh : 15 Mei - 21 Mei [R&F Mall]

             22 Mei - 28 Mei [Setia Tropika]

             29 Mei - 4 Jun [Tasek Tropika]

             5 Jun - 11 Jun [Sunway Big Box]

Bagi memulakan perjalanan kecergasan mereka, ahli baharu boleh menyertai pelan transformasi 60 hari Anytime Fitness. Pelan terbabit termasuklah rancangan senaman, bimbingan pemakanan dan sokongan daripada jurulatih pakar untuk membantu ahli mencapai matlamat kecergasan mereka.

Untuk maklumat lanjut mengenai pelancaran Kelas Les Mills, pembukaan kelab baharu di wilayah Johor seta Jualan Mega, sila layari laman sesawang Anytime Fitness di www.anytimefitness.com.my.