JOBJOM | Laman web kerja JOBJOM yang baru dilancarkan adalah portal perkhidmatan atas permintaan yang menyediakan penyelesaian untuk majikan (employer), pencari kerja (jobseeker) dan pekerja bebas (freelancer). Ia percaya bahawa semua pencarian kerja atau pekerja tidak seharusnya dihadkan oleh kekurangan pilihan atau dihalang oleh ekonomi atau kos. JOBJOM diwujudkan untuk melakukan perubahan dan menjadi pilihan utama untuk employer, jobseeker dan freelancer di Malaysia.


Penyelesaian JOBJOM didedikasikan untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh ketiga-tiga pihak tersebut. JOBJOM didorong oleh saranan tinggi untuk mencapai kadar pekerjaan 100% di Malaysia untuk setiap employer, jobseeker dan freelancer dalam komunitinya. Ia percaya bahawa penyelesaian onlinenya ditawarkan pada masa yang tepat dan akan diterima baik oleh masyarakat kerana peralihan tabiat ke online telah dipercepatkan oleh pandemik global.



Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menunjukkan pada Januari 2022 bahawa nisbah pekerjaan kepada populasi adalah 66.2%. Statistik yang menunjukkan keupayaan sesebuah ekonomi untuk mewujudkan pekerjaan ini boleh dipertingkatkan dan JOBJOM menyasarkan untuk menjadi pemangkin terhadap pertumbuhan yang lebih baik.


Pengarah Partnership, Encik  Will Ong berkata :

Pasaran pekerjaan perlu berubah. Saya percaya bahawa JOBJOM ada sesuatu untuk orang  ramai. 


Menurut data tahun 2020 oleh KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja), terdapat sejumlah 14.89 juta ahli, dimana 7.59 juta adalah aktif dan terdapat 534,398 majikan. Angka ini dijangka meningkat pada tahun 2023 dan Encik Ong percaya penyelesaian JOBJOM akan terbukti bermanfaat.



Majikan (employer)

Memandangkan kebanyakan perniagaan Malaysia semakin pulih dari Covid-19, kemungkina ramai yang akan memulakan semula usaha pengrekrutan dan sedang mencari tenanga kerja untuk membantu perniagaan mereka maju pada kadar yang lebih baik dan pantas.


Bagaimanapun, tidak semua kekosongan jawatan yang ada boleh disiarkan kerana syarikat atau pengurus perlu mempertimbangkan kos iklan yang tinggi bagi setiap jawatan kerja dan hanya jawatan kosong sahaja akan dimuat naik. Perkhidmatan mengrekrut lain untuk jawatan yang lebih tinggi pula mungkin melebihi bajet syarikat.


JOBJOM menjemput semua syarikat untuk menyertai komuniti employer di JOBJOM. Pendaftaran adalah percuma bagi menyiarkan pekerjaan di JOBJOM. Komuniti employer akan mempunyai penyelesaian one-stop yang mudah tanpa yuran atau caj tersembunyi beserta akses penuh ke Pusat Sumber (Resource Centre) yang mengandungi maklumat sumber manusia yang relevan. Kandungaan Resource Centre akan dikemas kini dari masa ke semasa dan akan kekal dapat diakses sepenuhnya oleh akaun berdaftar.


Daftar sebagai Employer : https://www.jobjom.com/register-as-employer/ 



Pencari Kerja (Jobseeker)

Dengan yuran pendaftaran hanya RM9.90 setahun, jobseeker mempunyai akses kepada semua peluang pekerjaan dan juga Hab Pengetahuan (Knowledge Hub) dan Pusat Muat Turun (Download Centre) JOBJOM. Ini membekalkan calon maklumat untuk temuduga atau penambahbaikan resume dan surat iringan. 


Jobseeker juga boleh disenaraikan dalam database TalentMore menandakan mereka sedia untuk dicari dan direkrut oleh majikan. Selepas berdaftar dengan JOBJOM, jobseeker boleh mengongsikan pautan unik untuk meningkatkan database dan mendapat ganjaran. JOBJOM percaya kaedah perkongsian komuniti ini membolehkan orang ramai berusaha ke arah matlamat bersama untuk Malaysia yang lebih baik.


Daftar sebagai Jobseeker :  https://www.jobjom.com/register-as-jobseeker/



Pekerja Bebas (Freelance)

JOBJOM juga merupakan portal perkhidmatan atas permintaan dengan penyelesaian untuk menampung ekonomi, bergantung kepada freelancer yang menawarkan perkhidmatan berdasarkan kemahiran, atas permintaan, kontrak jangka pendek atau fleksibel. Kebiasaan industri melibatkan generasi muda yang celik teknologi, berhubung dengan dengan bakal pelanggan melalui platform online.


JOBJOM menawarkan model berasaskan iklan mereka untuk freelancer dengan harga serendah RM0.50 sehari. Freelancer boleh memaparkan kepakaran mereka dan bakal pelanggan boleh menghubungi freelancer berdaftar secara terus dan tidak mengenakan sebarang caj terhadap mana-mana transaksi.


Daftar sebagai Freelancer : https://www.jobjom.com/register-as-freelancer/


Secara kesimpulannya, JOBJOM mengambil berat dan berusaha melakukan perubahan dan mempercayai jobseeker harus segera merebut peluang ini. Dengan perkongsian pautan  unik antara rakan-rakan jobseeker, JOBJOM berharap dapat menyatukan penggunanya dan memanfaatkan semua orang ramai. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.jobjom.com.