Hari Ulang Tahun Kelahiran | Orang selalunya cepat je update dekat blog tapi aku tak pernah update lifestyle aku sendiri. Cuma kali ini terasa nak update sebab banyak kenangan waktu musim Covid-19 melanda satu dunia ni.


Actually, tak ada yang gempak mana pun cuma saja nak share dalam blog sendiri kenangan sambut birthday pada kali ini macam mana. Seperti biasa, mertua memang masak masakan untuk meraikan kalau free dan masing-masing ada dirumah. Dan terkejut sebab dapat surprise kek dari bapa mertua sendiri. Hehehe.. Gambar makanan dan kek tak ada dalam handphone pula. Apa-apa pun, terima kasih banyak sebab sudi menyambut bersama dirumah.



Mekasih suami buat surprise last minit dan yang tak berapa surprise. Hehehe.. Laptop zaman study dari tahun 2011 pakai sampai sekarang masih elok cuma pernah jatuh tanpa sebab jadi skrin dah retak dalam. Kalau betulkan pun mahal macam beli baru. So requestlah nak laptop. Tak kisah lah yang size besar or kecil asalkan boleh buat menaip pun dah mencukupi. Bila dapat jenis notebook tab pad ni rasa macam bawak buku je sebab ringan dari sebelumnya. Nak buat review mengenai IdeaPad ni pun tak terbuat sebab dia punya function buat as notebook boleh, as tab phone pun boleh. Boleh touch screen la kiranya.




Selepas tu dapat kejutan dari kampung Kluang, Abang Ude bagi makanan guna khidmat akak aku yang berada di satu daerah dengan aku. Masa ini dalam PKP lagi takleh merentas daerah dan negeri. Dan kawasan aku ni kampung jauh dari bandar, jadi tak semua food delivery masuk. Alang-alang tu akak aku datang wakilkan sekali. Hehehehe...



Lepas tu dah waktu petang dah dalam pukul 6 lebih dapat kejutan lagi. Masa ni tak tahu siapa bagi. Sekali risik khabar pengantar, rupanya bonquet wakil dari acik dan akak aku yang dari Pasir Gudang. Dia kata susah betul nak cari yang boleh hantar ke kawasan kg. Sememangnya sangat susah mujur dia dapat jumpa orang kg sebelah buat bonquet. Hahahaha~



Last but not least, dapat kejutan lagi sekali dari suami hantar bonquet. Dia keluar kata ada kerja kat sekolah. Punyalah percaya aku tak pikir apa pun sebab pikir dah dapat ideapad tab tu. Rupanya ada juga kejutan bonquet. 


Ikutkan malas nak share kat blog, kat media social pun aku tak ada share. Kali ini aku nak share juga sebabnya selain boleh save kat hardisk ke apa, save kat blog pun tak ada masalah. Memory kat hp dah penuh dengan gambar-gambar dan video dari tahun 2020 dan 2021 yang tak pernah update kat media social kecuali whatsapp status jelah.