Raya Aidilfitri  PKP 2021 | Sebenarnya aku jarang share story kehidupan aku mahupun keluarga dalam blog apatah lagi di media social. Tapi sebabkan sekarang orang kebanyakkan share sebagai kenangan, lagilah di musim COVID-19 ini, memang inilah pengganti sebagai kenangan kita selepas tiada. Di mana sakit dan mati kita yang mungkin tanpa ditatapi keluarga kerana wabak ini.


Walaupun raya 2021 dah berlalu bulan Mei tahun lepas, dan aku pun tak ada share gambar di media social, so aku baru terdetik nak simpan dalam blog sebagai diari online aku. Aku lebih prefer share di dalam blog berbanding facebook. So tanpa membuang masa, aku nak share perjalanan aku nak sambut raya Aidilfitri 2021 sebelum diumumkan PKP. Story ni panjang tau. Hehe...


Masa ni tak silap aku minggu ke-2 bulan puasa pada bulan April. Disebabkan tahun 2021 merupakan giliran aku di Kluang, jadi aku belikan sedikit apa-apa yang patut sebab tak ada buat kuih raya macam masa arwah mak ada dulu-dulu. Selebihnya adalah yang akan tokok tambah jenis kuih-muih. Masa ni excited sebab pikir boleh beraya kat kampung sebab tak ada uar-uar lagi pasal PKP.


So macam biasalah kalau time turn Kluang, sebelum balik aku akan kemas apa yang patut di rumah mertua sebelum balik seminggu awal di Kluang. Begitulah juga kalau turn rumah mertua, aku akan balik Kluang dulu tolong apa patut sebab yang lain bekerja. Itulah rutin aku dari sebelum kahwin lagi kalau bab kemas rumah sebelum raya. Tapi kadang kalau lambat balik, acik dah kemas sikit-sikit dulu. Huhuhu..


Selepas siap kemas apa patut kat rumah mertua, aku minta izin laki aku balik awal sikit. Alhamdulillah dipermudahkan. Masa ini dah ada pengumuman beberapa tempat yang kena PKP, yang aku ingat dalam senegeri hanya Johor Bahru yang PKP. Yang lain memang memang masih tak boleh rentas negeri lagi. Sekali dalam 4 hari sebelum nak raya diumumkan (hari Ahad umum PKP), PKP akan start sehari sebelum raya (hari Khamis). Seriuslah wei! Kesian yang dah balik kampung awal yang jauh sikit tu, kalau aku ni mujurlah selang sebelah daerah. Masa tu dah tak keruan, nak balik BP ke stay Kluang tanpa beraya dengan suami. Bincang-bincang, akhirnya dapat juga beraya bersama. Laki aku terus balik malam tu juga. 


Dan rancangan munjung orang seperti tahun-tahun lepas tetap berjalan. Kali ini aku decide masak 2 kali. Iaitu hari ke-2 sebelum raya (hari Selasa) dan pagi raya untuk menu juadah keluarga (hari Khamis). Kebiasaannya, kami di Kluang masak raya pada malam raya (start sedia bahan lepas pukul 10 malam ke 12 mlm, tidur dan sambung masak pukul 4-7 pagi gitu) dan terus munjung untuk semua. Kebetulan PKP akan start, jadi aku teruskan je plan asal tu. Bila masak serba sedikit tapi kerap tak rasa penat sangat. Yang penatnya bila masak sekali banyak dan terkejar-kejar untuk bersiap pagi raya. Hahhahaa~



So, pagi Isnin tu aku pergi beli barang dengan laki aku apa yang nak di masak untuk menu raya. Mana yang kurang untuk menu pagi raya, abang ude pergi beli pula. Punyalah payah nak pikir menu apa. Last-last decide 2 menu sahaja iaitu Ayam Sambal Masam Manis dengan lodeh. Punjungan yang dibuat dalam 20 lebih bungkusan (munjungan jiran, sedare, dan beberapa kawan arwah abah)


Ini first time aku masak untuk menu raya sepenuhnya kat Kluang, sebab selalunya memang acik yang akan masak untuk menu-menu raya ni aku just tolong-tolong. Tapi kalau turn aku, memang acik minta aku masak sambal goreng. So kali ini, acik tolong sediakan apa patut sebab nak mudahkan urusan cepat masak kan. Acik dah takut tapi aku cakap jangan risau. Tunggu jelah hasilnya. Tak adalah sesedap yang lain masak, tapi bolehlah dibuat masuk ke dalam tekak. Aahhh, ghisaaauuu~





So, inilah hasilnya yang aku masak pagi Selesa tu. Siap masak dalam tengahari. Pastu bungkus-bungkus selepas Zohor. Dan barulah start buat munjungan rumah ke rumah termasuklah balik ke kampung sat. Sebabkan fikir raya tak dapat balik, so balik la kejap hantar makanan. Tak dapat jumpa orang ramai pun takpelah, asalkan dapat jejak ke kampung juga. Yelah tahun 2020 takde balik kampung tu. 



Perjalanan ke kampung. Taklah jauh mana pun. Setengah jam je perjalanan tu. Kekekekekeke~ Just 5 destinasi je yang dapat singgah. Itupun satu rumah 5-10 minit je dapat. Sebab kejar waktu masa ni. Pergi pukul 4 petang. Balik dalam pukul 5.30 petang. Pastu sambung bagi rumah ke rumah jiran.



Sebenarnya first kat rumah Wak M sebelah rumah Wak K ni. Tapi tak sempat snap. Hehehe.. Dapatlah juga borak kejap. Mekasih juga buat Abg J sempat kirimkan buah. Inilah kampung belah arwah mak. Kecik-kecik dulu selalu ke sini, kadang siap tidur sini lagi time bukan raya pun. Seronok zaman kecik-kecik dulu. Rasa macam nak kembali ke zaman kecik je. Hahhaa~



Seterusnya aku pergi ke rumah pakcik aku belah arwah abah. Inilah satunya muka pakcik aku (adik arwah abah) yang orang  kata hampir sama macam arwah abah. Sebenarnya aku tak kuat nak masuk. Tapi aku rindu abah. Aku pun masuklah. Mula nampak dah meleleh air mata. Eeee, gembenggg ~ Tapi terubatlah juga dapat jumpa pakcik sendiri yang iras-iras abah. Mana taknye, masa kecik time raya nak bermaafan ramai-ramai, aku pernah tersilap orang. Aku ingat pakcik aku ni abah, dan abah tu pakcik aku. Hahaha! So sebelum pulang, aku minta izin nak bergambar kenangan masa ni. Yelah entah sempat jumpa ke tak kita tak tahu kan? Mana tahu aku yang pergi dulu. Huhuhu~


Destinasi ke-3 sepatutnya masuk dalam estet tapi sebabkan kawalan ketat guard tak bagi masuk, dapatlah jumpa wakil anak arwah poklong yang bekerja kat pekan. Sepatutnya jumpa si kakak, last-last jumpa si adiknya sebab belum balik kerja lagi. Hahahaha~


Destinasi terakhir rumah akak kepada arwah mak dan acik. Takde tuan rumahnya, kita bergambar depan rumah jelah. Hihihihi~ Alhamdulillah selesai hantar punjungan ke rumah sedare yang mana sempat dan ingat. Maaf pada yang terlepas pandang sebab kalut masak, kalut sediakan bungkusan sebab nak cepat.


RAYA AIDILFITRI 2021 DALAM MOOD PKP 



Bermulalah kisah raya dalam mood PKP. Huhuhu.. Alhamdulillah lauk pagi raya masak bersama acik. Antara menu wajib setiap tahun memang 4 menu ini sahajalah. Ayam masak opor, rendang daging, sambal kacang dan sambal goreng. Rendang tu ikut resepi mertua aku. Tapi acik masakkan sebab aku tengah buat sambal goreng. Sambal goreng tu wajib banyak sewaktu dihidang sebab masing-masing hantu sambal goreng. Especially aku lah tuh. Hahahah~



Yang dapat ada waktu ini hanya aku, abang ude dan abang long sahaja. Tahun beraya kitaorang tak sama. Kalau turn aku, masing-masing rumah mertua. Kenapa aku lain? Sebab aku ikut jadual turn belah suami. Tu yang aku sorang je lain. Tapi kali ni tak berapa lah sebab abang ude dah sama turn dengan aku, abang long pula anytime boleh datang pagi raya sebab rumah dekat. 


Akak yang atas aku sepatutnya dia kat Kluang macam tahun sebelumnya, tapi kali ini dia beraya di BP dahulu. Cuma akak aku lagi sorang tu jelah memang tetap maintain dengan turn dia takde pertukaran buat masa ini. So memang tahun lepas 2021 dia tak ada sebab bukan turn rumah abah, tapi rumah mertuanya di sini juga. Cuma kebetulan JB kena PKP dulu so dia memang tak baliklah. Makanya, tahun 2022 ni aku pula sorang jelah tak ada sebab aku turn belah suami. Kalau tak PKP ler..



Baju recycle je pakai tahun lepas. Pakai pun baru beberapa kali je. Baju turn belah suami sebenarnya tema hijau emerald ni, so bila turn belah sini nak hijau, langkah kanan aku takyah pikir tema warna. Hahahah~



Tak sangka dah jadi bini orang, masih juga dapat duit raya. Hohohoho! Sampul duit raya dari laki aku, mertua aku, Wak T, abang ude dan abang long. Manakala, baju raya dari akak ke 4 yang gonjeng. Mekasih masih ingat adikmu yang bongsu ni ~


Ok tu jelah nak bebel. Sebenarnya ada banyak lagi gambar dan story tapi takpelah kita up yang mana patut jelah. Selebihnya antara kita dengan orang tua, dengan suami dan adik beradik. Hehehehe...