Single Debut Solo Lisa Blackpink | Setelah YG Entertainment mengkonfirmasikan solo Lisa Blackpink  bakal dirilis pada musim panas, akhirnya yang ditunggu-tunggu telah pun tiba. Single Debut Solo Lisa yang berjudul 'LALISA' akan bersiaran secara langsung bermula tanggal 10 September 2021.


Sebelum itu, pihak YG dan Blackpink telah merilis teaser dari MV 'LALISA' beberapa hari yang lepas dan telah membuat para penggemar penyanyi kumpulan wanita K-Pop yang terkenal iaitu Lisa Blackpink merasa tidak sabar untuk mendengar lagu baharu beliau. 



Untuk single Solo Lisa kali ini berkonsepkan hip-hop yang kena dengan jiwa beliau dalam seni music. Lisa Blackpink merupakan seorang main dancer, rapper dan sub-vocalist dalam kumpulan Blackpink. Mempunyai gaya penampilan yang swag dan memiliki stage presence yang sangat bagus.


Menurut Lisa, single Album beliau dinamakan 'LALISA' sempena nama beliau sendiri iaitu Lalisa Manoban bagi menunjukkan diri beliau yang sebenar kepada semua penggemar seluruh dunia. 


Follow Instagram Lisa - @lalalalisa_m


Untuk keluaran single solo album, Lisa memiliki 4 track musik iaitu  Lalisa sebagai tittle track, Money (English ver), serta Lalisa dan Money dalam bentuk instrumental. Lagu-lagu tersebut mempunyai genre musik Hip-Hop dan rap tanpa henti. 


Dan pada hari ini, akhirnya YG Entertainment merilis tittle track 'LALISA' untuk pertama kalinya di akaun Youtube Blackpink Official. Bagi anda yang belum mendengarkannya, anda boleh lihat di youtube Blackpink dan search di ruang playlist LISA. 


LISA - LALISA MV


Selamat mendengar buat para penggemar~ Adakah Lisa akan merilis MV untuk lagu Money? Kita nantikan saja ya. Btw, tak sabar nak tunggu album Lisa sampai ke Malaysia. Hehehe.. Korang nak tak kalau WA buat unboxing album solo Lisa nanti? =)