Pengalaman Terima Suntikan Vaksin | Sebenarnya dah lama dah nak buat entry ini tapi sampai tak terbuat sehingga lah hari ini baru nak menaip. Benda ni kena story simpan sini juga sebab ia adalah kenangan untuk masa depan. Kot lah bila ada anak, anak tanya pengalaman amik vaksin Covid-19. Hihi...


Alhamdulillah, WA selamat menerima lengkap suntikan vaksin Pfizer sebanyak 2 dose setakat ini. Walaupun ada uar-uar bakal kena suntkan kali ke-3 tapi belum confirm lagi yang tu. So kat sini WA nak ceritalah perjalanan sebelum dan selepas menerima vaksin Covid untuk kenangan bersama followers dan simpanan hari tua WA kalau panjang umur.


Sebenarnya ada kisah sebelum dapat temujanji vaksin. FYP dekat TikTok pasal luahan kat Instagram tak dapat vaksin. Hahaha. Nak tahu kisah tengok lah sendiri video kat TikTok WA search je @wawa.ashihara nanti dapatlah tahu kisah apa.


Gambar semasa dose 1


Temujanji Vaksin Dose Pertama Pada 6 Ogos 2021

Dapat temujanji vaksin seminggu sebelum tarikh dose pertama. Selepas je tahu dapat tarikh vaksin, mulalah time tu sakit pinggang yang amat 3 hari sebelum kejadian, memang menahan sakit pinggang tulang belakang. Yang paling tak boleh tahan sampai nak berdiri tegak tak boleh dengan betul. Risau dah sebab esoknya kena vaksin dah. Malam tu nangis je. Tak tahu nak cakap apa. Ngadu kat orang pun bukan orang paham. Pagi subuh tu tawakkal je nak pergi. Alhamdulillah, dalam perjalanan ke PPV Muar tu tak rasa sakit langsung. Jadi normal balik. Mungkin sebab WA mudah panik. Excited dah dapat vaksin, tapi risau sebab tengah sakit belakang. Tu yang panik risau macam-macam sampai angin usik belakang. Hehehehe....


Turn WA waktu pagi pukul 9 pagi gitu. Datang awal 20 minit tapi dah beratur panjang. Ramai sangat masa ni. Tapi alhamdulillah walaupun ramai, tapi perjalanan jadi smooth. Mula-mula je lama sikit masa nak daftar. Tepat pukul 9 pagi barulah masuk seksyen one by one. And berakhir pada pukul 9.40 pagi. Macam biasalah seksyen pemerhatian lama dalam 15 minit untuk tengok ada simptom ke tak. So far okaylah kat PPV tak ada masalah. Bolehlah tonton short video WA buat  masa vaksin dose pertama ni dekat TikTok....

@wawa.ashihara

Alhamdulillah 💉 ##vaksin ##pfizervaccine ##fyp ##fypシ ##vaccinated

♬ original sound - Mark Odea (ALAMARK!)




Alami Simptom Dose Pertama Vaksin?

Alhamdulillah hari pertama selepas vaksin so far tak ada alami simptom yang teruk. Cuma 2 malam berturut-turut je kepala pening lalat. Sebenarnya selepas vaksin, WA rasa cepat lapar tau. Sikit-sikit nak makan. Malam pula WA tak biasa makan malam, jadi bila asyik lapar je, malam nak tak nak terpaksa isi perut juga. Bila lewat je makan, mulalah pening lalat. Hahah~ Lepas tu terus okay dah..

Simptom lain hanya rasa lenguh pada tempat cucuk sahaja selama 3 hari itupun hari ke-2 baru start rasa. Then yang peliknya selepas seminggu cucuk tu, barulah bengkak timbul pada bahagian cucuk. Bengkak timbul macam lebam langgar bucu. Tak sakit kalau tak usik, tapi bila tengok benjol bengkak tu kelakar pula. Then selang beberapa hari barulah surut sendiri.


Temujanji Vaksin Dose Kedua Pada 27 Ogos 2021

Ini lagi satu masalah ada kisah sebelum divaksin. Huhu... Seminggu sebelum vaksin sakit kepala yang amat sangat sampai nak angkat kepala tu tak boleh reda. Ingatkan pening sekejap je, tapi ia berlarutan sampailah hari kejadian. Memang masa tu ada problem sikit, 2 minggu sebelum tu dengan ada masalah time tu, terpaksa fikir untuk selesaikan masalah. Bila cuba check BPM, tinggi betul tekanan aku. Tengah hypertension tu yang sakit kepala tu tak hilang-hilang. Masa tu mula lah start debar panik tak memasal sebab risau tak lepas 2nd dose sebab simptom sakit kepala, badan panas semua tu ada tau. Macam-macam usaha buat untuk kurangkan alhamdulillah rasa lega sikit kejap lah juga. Even pagi hari nak ke PPV tu pun pinar je mata. Tapi WA gagahkan diri juga. Mungkin benda ni berlarutan sebabkan tekanan, dan mudah rasa panik. 


Pagi kejadian tu, WA datang awal gila. Pukul 8.30 pagi dah tiba. Rupanya tak ramai orang weii, lengang betul. Tapi WA masuk pukul 8.45 walaupun start sepatutnya pukul 9 pagi. Kali ke-2 punya perjalanan sangatlah lancar berbanding 1st dose yang ramai orang. Sebab WA masuk seksyen pertama, tup-tup terus ke tempat cucuk vaksin dah. Then tunggu dalam 15 minit kat pemerhatian and siap sudah. Pukul 9.05 pagi WA dah keluar dari PPV. Hehehe...

Untuk 2nd dose ni WA tak bergambar kat photobooth sebab tak ada orang nak amikkan gambar sebab tak ramai kan. Tengok yang keluar dewan pun semua terus balik. So WA pun malas lah. Balik je terus hahaha....


Alami Simptom Dose Kedua Vaksin?

Macam biasalah, selepas vaksin nafsu nk makan tu membuak-buak. Tapi rasa lenguh dia cepat gila terasa kali ni. Pagi cucuk, petang dah terasa lenguh. Malam tu juga dah rasa seram sejuk dah badan ni. Macam dedor nak demam gitu. Terus telan panadol biasa bukan yang ActiveFast. Esoknya bangun, panas badan dah ok sikit, sakit kepala pun ok sikit dah. Tapi tiba-tiba pagi tu (hari ke-2), dada rasa sesak macam kena hempap, degupan nadi jadi laju tak henti-henti. WA dah start panik gila. Dalam 1 jam setengah WA cuba tenteramkan diri, barulah okay. Sebab kalini nafas tu lain macam sikit dari panik attack. Memang usik sangat dada ni. 

Petang dah start kebah panas dan pernafasan dah jadi normal. Cuma malam tu macam biasalah rasa macam nak dedor badan tapi taklah demam. So telan jelah panadol itupun sebiji je. Alhamdulillah hari ke-3 dah okay dah. Lenguh tempat cucuk pun dah reda hari ke-3 tu.. Tapi penangan dose ke-2 ni betul-betul menguji diri. Huhuhu.. Harap tak adalah dose ke-3 untuk vaksin Pfizer ni tak mauuuu.. Hahhahaha~




Alhamdulillah, kami dah lengkap 2 dose. Suami seminggu awal dari WA dan PPV pun berlainan tempat. Ini saja bergambar bersama tunjuk dah lengkap dose sebab masing-masing 2nd dose tak bergambar pun kat photobooth. 

Ada lagi ke yang belum dapat vaksin? Tapi majoriti tengok macam dah ramai dapat kan. Apa-apa pun, kita ambil vaksin ni sebagai ikhtiar untuk mengelakkan dari terkena janggkitan yang lebih serius dan dapat menguatkan antibodi kita. Vaksin bukan elak kita mati sebab Covid ye, sebab mati itu pasti. Ramai yang salah tanggapan tentang vaksin. Tak salah pun kita ikhtiar dahulu dan doa moga yang baik-baik sahaja selepas ini.

Korang yang dah ambil vaksin mesti ada pengalaman kan. Boleh lah share sedikit dekat WA juga. Jaga diri, sebab kita bakal berdepan dengan Endemik pula nanti. Jangan terlalu seronok sampai lupa jaga SOP walaupun dah fully vaccinated. Jaga diri, stay safe!